Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Disember 02, 2010

50 Marsyal Lancarkan Demo Air Ahad Ini


SHAH ALAM 2 DIS : Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menjanjikan perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara pada Ahad ini akan berjalan lancar dengan bantuan 50 'marsyal demo' yang berpengalaman.

Katanya, mereka ini yang sudah lali dengan demonstrasi jalanan, akan memastikan proses penyerahan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor berjaya direalisasikan.

Sementara itu, beliau yang ditemui Tv Selangor selepas menyampaikan taklimat "Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor" malam tadi berkata, beliau yakin penubuhan Gerakkan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS yang bakal menyerahkan memorandum pada hari sama sebagai sebagai modes operandi biasa Umno-Barisan Nasional(BN).

"Ini adalah modus operandi biasa yang dilakukan oleh Umno setiap mula kita hendak (turun ke jalan) sama seperti ketika BERSIH, mereka juga mengeluarkan cadangan kononnya turut menghantar memorandum.

"Bila kita rancang perhimpunan besar, ini cara dan strategi mereka. Saya yakin dan percaya tidak ada satu di antara mereka yang turun pun, mereka ini pasukan berbayar, yang mengikut keperluan tertentu," ujar Badrul lagi.

Tambahnya lagi, kumpulan yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibantu oleh 50 'masyal demo' berpengalam sejak 1998, tidak akan akan terjejas dan mengganggu tugas kumpulan GAPS yang berbaju hitam.

"Mereka turun pun tidak menjadi masalah kerana kita kena menghargai demokrasi. Semua orang boleh bersuara tetapi hakikat yang sebenarnya yang pertama, kita kena turun beramai-ramai, turun dengan semangat dan yang ketiga, turun dengan disiplin," tambah Badrul.

Nasihat beliau, apa yang paling penting pada Ahad ini ialah para peserta demonstrasi mematuhi garis panduan yang ditetapkan untuk memudah dan melancarkan perjalanan seterusnya misi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dapat dilakukan dengan jayanya.

"Kita dalam mesyuarat penyelarasan telah meletakkan beberapa pelan tindakan tentang beberapa tindakan kejadian yang boleh berlaku, kedua kita juga telah menyediakan petugas yang terlatih yang berpengalaman dalam berdepan dengan demonstasi-demonstrasi besar ini.

Cuma arahan kepada semua ialah, turun dengan baju merah tetapi kalau tidak mahu memakai baju merah, berada sehampir mungkin dengan Masjid Negara dan yang lain kami akan beri arahan pada ketika itu.

Justeru beliau menggesa seluruh rakyat terutamanya generasi muda untuk bersama-sama mencipta sejarah turun ke jalanan bagi mempertahankan hak asas bagi mendapat bekalan air.

TVSNEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...