Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Mei 23, 2019

Umat Islam perlu lebih memahami intipati al-Quran berbanding ritual, kata Nik Omar

Umat Islam perlu lebih memahami intipati al-Quran berbanding ritual, kata Nik Omar

Umat Islam perlu sedar tentang pentingnya penghayatan terhadap pesanan yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Nabi berbanding melaksanakan ritual keagamaan itu tanpa disertai dengan pemahaman.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Aziz berkata, bersempena dengan peristiwa Nuzul Al-quran, umat Islam diingatkan untuk menghayati hikmah yang terkandung pada peristiwa ini dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.
Tegasnya, beliau meminta umat Islam supaya tidak terperangkap dengan retorik dan slogan indah yang tidak berpijak di alam nyata dan pada masa yang sama mengalami kekosongan dalam memahami isi kandungan al-Quran dan Sunnah itu sendiri.
“Ada segelintir dari kalangan kita sibuk dengan ritual-ritual keagamaan seperti tidak pernah terlepas sembahyang lima waktu, rajin puasa sunat Isnin dan Khamis, menyokong kehidupan Islamik, akan tetapi pada masa yang sama mereka melanggar dan menyeleweng daripada prinsip dan kandungan al-Quran.
“Contohnya, mereka taksub kepada kumpulan dan pemimpin tertentu, suka mengkafir dan menyesatkan orang Islam lain, tidak menghargai perbezaan pendapat, bertindak zalim, memfitnah, pecah amanah, rasuah dan sikap negatif yang lain.
“Bersempena peristiwa Nuzul al-Quran, Yadim mengharapkan slogan kembali kepada al-Quran dan sunnah dijadikan sebagai hujah untuk mengukuhkan perpaduan seluruh umat Islam tanpa mengira peganganmazhab, aliran keagamaan dan pegangan politik,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau turut berkata, Umat Islam harus berhati-hati supaya tidak menjadi ejen kepada perpecahan umat kerana sesungguhnya al-Quran menyediakan wahana dan tafsiran yang begitu luas yang memungkinkan berlakunya khilafiah.
5 hikmah di sebalik peringatan Nuzul al-Quran
Dalam pada itu, beliau turut menyenaraikan lima hikmah di sebalik peringatan Nuzul al-Quran di mana ia dapat membersihkan akal dan menyucikan jiwa dari segala bentuk syirik serta memantapkan keyakinan tentang keesaan yang sempurna bagi Tuhan sekalian alam.
Selain itu, katanya, peristiwa ini turut mengajar sifat kemanusiaan yang adil dan berakhlak karimah yakni umat manusia merupakan suatu umat yang sepatutnya dapat bekerjasama dalam pengabdian kepada Allah dan pelaksanaan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi.
“Seterusnya adalah mencipta persatuan dan kesatuan, bukan saja antara suku atau bangsa, tetapi kesatuan alam semesta, kesatuan kehidupan dunia dan akhirat dan kesemuanya yang berada di bawah satu keesaan, iaitu keesaan Allah SWT.
“Hikmahnya juga antara lain untuk mengajak manusia berfikir dan bekerjasama dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara dengan cara bermusyawarah dan mengelakkan perpecahan.
“Yang terakhir adalah membanteras kemiskinan tegar sama ada kemiskinan secara keagamaan mahupun secara ekonomi, kebodohan, penyakit, dan penderitaan hidup,” ujarnya.
Picture

20 ulasan:

  1. SEMAKIN RAMAI SEDAR PERLU ADA TARIKH DALAM PERALIHAN KUASA

    Melepasi tempoh setahun Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan kira-kira setahun lagi sebelum peralihan jawatan kepada Anwar Ibrahim, semakin ramai kini sedar perlunya ada tarikh khusus mengenai peralihan tersebut.
    Kata-kata “mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang” tidak lebih hanya akan menambahkan lagi kekeliruan dan kekaburan mengenai peralihan yang dijanjikan itu.
    Kecuali dengan adanya tarikh khusus saja yang dapat menamatkan ketidaktentuan serta kekeliruan itu.

    Selain Anwar sendiri baru-baru ini menyatakan rundingan antara beliau dengan Tun Mahathir sedang berjalan berhubung tarikh peralihan jawatan itu, saya sendiri turut mengemukakan persoalan yang sama dalam buku terbaru, “Anwar PM Ke-8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati” yang kini sudah dijual di seluruh negara.
    Jika Tun Mahathir boleh menetapkan tarikh penyerahan jawatan kepada Tun Abdullah pada 2003 dahulu, tiada sebab beliau tidak boleh melakukannya sekali lagi?
    Tun Mahathir tidak perlu risau beliau mungkin menjadi “lamb duck” kiranya tarikh peralihan jawatan itu ditetapkan, sebaliknya harus melihatnya sebagai titik untuk melonjakkan lagi namanya sebagai negarawan yang menjadikan nama serta legasinya terus dikenang dan disanjung sepanjang zaman.

    Lagi pun, ini adalah kali kedua beliau memegang jawatan Perdana Menteri, persoalan itu seharusnya tidak menjadi perkiraan utama lagi baginya.
    Yang lebih penting, tidakkah beliau terfikir bahawa nama dan legasinya akan bertambah buruk jika meninggal dunia dalam keadaan janji tidak ditepati, apatah lagi kalau berbalah semula buat kali kedua dengan Anwar sedangkan sudah berdamai sebelum ini dan simbol yang digunakan PH dalam PRU14 lalu juga ialah logo PKR?

    Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang kini menjadi pengkritik kerajaan, Zaid Ibrahim turut melihat pentingnya tarikh peralihan kuasa segera ditetapkan.
    Kata beliau, jika ada tarikhnya semua isu berkaitan peralihan itu akan selesai dengan sendirinya.
    Penulis dan kolumnis, Wan Haron Wan Hassan tidak terkecuali melontarkan persoalan yang sama dalam tulisannya.
    Beliau menanyakan, bilakah masa yang sesuai untuk Tun Mahathir melakukan penyerahan baton kuasa kepada Anwar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg dikhuatiri ialah mahdey akan menyerahkan baton kpd org lain yg mampu menjaga legasinya...hihihi

      Padam
  2. Amu rasa bila cakap menghayati dan memahami isi kandungan Ouran kerajaan perlu adakan program memahami isi quran...baca terjemahan pon tak paham sangat maksud ayat diturunkan...

    Nik omar dan Jakim patut sediakan guru2 quran untuk adekan program khas dlm tv setiap minggu mengenai terjemahan dan tafseer quran...

    Mungkin mlm jumaat ato mlm sabtu sesuai dibuat rancangan dlm tv...tentu ramai yg minat...

    Kalo orang mcm nik omar cakap perlu paham isi quran memang tak kemana....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang pekak dan bodo mcm ko tak kemana, belagak pandai ckp tak serupa bikin. Hihihi

      Padam
    2. Ye aku dah berjaya buat ko jadi pekak dan bodoo bila ko kaciwa sepanjang zaman bila ketua prompak berjemaah pojaan hati ko aku jatuhkan......hihihihihi....

      Padam
  3. Kami masih Islam walau tidak sokong Pas.

    Kami masih ucap syahadah walau undi PH.

    Kami tetap Melayu walau berjaya jatuhkan UMNO.

    Mesejnya mudah, pemimpin korupsi yang makan dedak akan kalah selamanya di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  4. Yg jahil tak paham kandongan quran..yg dikatakan alim boleh mengajar orang jahil dan nak tegakkan islam tapi jadi ahli kartel dedak dan berbohong patuh syariah...

    Mengajar hukum dari quran untuk orang lain sahaja...diri sendiri bebas dari hukum?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau pun sama jer jahil, dah lah jahil, pekak bodo pulak tu. Mengajar org lain tapi diri sendiri pekak dan buta.

      Padam
    2. Orang kaciwa memang kuat merapoo dan meroyan...tak sedar dah jadi pekak dan bodooo....hihihihihi...bagi pantaton satu...hahahaha....kah kaakkaaah...

      Padam
  5. Pas dan umno nak bergabong untuk tumbangkan ph...satu parti melayu prompak...satu parti islam yg tak ikut hukum islam kuat fitbah orang...

    2 dua dah rosak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahdey juga perompak dan kaki kencing serta bekas umno.Fitnah dah jadi darah dagingnya ditambah lagi sejak bercomolot dgn kapir dapigs yg 2x5 tak kesah melakukan fitnah.
      Jangka hayatnya dlm haprak akan menenggelamkan dia dan pakatan haprak pru15 nanti.
      Tanda2 dah ada...hihihi

      Padam
    2. Mahdey prompak ade kelas kerana umno dan pas takut nak repot polis....dua fitnah puak prompak ajee mcm ko..

      Padam
  6. smail Ali

    Lebih dua tahun dulu bila kita tudoh dia nak bergabong dengan umno menentang PH, semua ketua2 lebai menlompat2 menafikan nya, sekarang macam mana? Bila kita kata mereka ni semua munafik, mereka marah. Bila kita kata ketua lebai2 semua terima duit dari umno, mereka mati matian menafikan nya, akhir mereka sendiri yg pecah tembelang mengaku terima duit dari umno. Bayangkan lah apa akan jadi kepada negara jikalau parti ajaran sesat ini dan umno prentah negara nanti.

    Suka · Balas · Tanda Sebagai Spam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sprm bawah KERAjaan haprak dah mengumum tiada wang rm90juta hasil siasatan mrk.
      Husam tugu pon dah naik gila bila diminta tunjukkan bukti.
      Anwar pon dah kelam kabut ttg wang rm1.4juta kes setel luar mahkamah dgn claire brown yg nyata dpd wang kwnnya sendiri.
      Minyak rm1.50 seliter adalah kencingan hanceng anwar brahim. Maka tak heran dgn bab menipu dan fitnah demi secebis kuasa.

      Amat memalukan...ko berada di masjid dan tergesa2 nak blah sedangkan azan tgh berkumandang.
      Sheikh apakah ini???
      Hihihi....

      Padam
    2. Sprm siasat akaun lobai2 pas kerana 90 jota tak masuk akaun Pas....

      Sprm siasat nak pastikan sumber wang tersebut...siasatan masih berjalan..

      Padam
    3. Husam sudah serahkan bukti akaun lobai pas terima 90 juta..

      Ramli kawan baik lobai hadi....rameli tak pernah napikan dia bayar untuk hadi dan lobai hadi tak pernah napikan rameli tolong bayar bagi pihak hadi...

      Minyak 1.50 seliter anwar janji masa pru 13... Kenape ko bongok tolak offer dgn buat pekak....

      Sekarang ko masih tolak jugak...tak usah nak jadi hero tunjuk lagak bodoo pekak..

      Padam









  7. Demi bangsa, agama dan negara!!!!!!!!!! Viralkan segera!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Ahli UMNO wajib sokong pindaan usul fasal 9.9 Perlembagaan UMNO.

    #buang
    #bersih
    #bina
    #baharu

    TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    ALLAHU AKBAR!
    ALLAHU AKBAR!
    ALLAHU AKBAR!





    BalasPadam
  8. Tinggal berape orang lagi ahli umno?...

    BalasPadam
  9. Quran sentiasa benar begitu juga hadith Rasulullah s.a.w - yang selalu jadi masalah bila orang menggunakan kedua-duanya untuk kepentingan sendiri dan membela golongan yang durhaka kepada perintah Allah. Bila teguran untuk memperbaiki akhlak atau ketaatan kepada Allah datang dari golongan yang berpegang teguh kepada ajaran quran dan hadith, golongan 'belaan' pihak yang berkepentingan 'berapi' membela diorang sampai terkadang terlajak lebih kufur dari golongan yang jelas kafirnya

    BalasPadam
  10. SILA BACA SILA BACA

    Hai, ya yang sebenarnya hanya mendapat kad atm saya kosong, dari MR GEORGE. dia sangat baik pada apa yang dia lakukan. bertemu dengan beberapa orang tetapi mereka melarikan diri dengan wang saya tetapi mr george menghantar saya kad itu dua hari lalu melalui perkhidmatan kurier di negara saya. Kad yang diprogram hanya untuk pengeluaran wang tanpa diperhatikan dan juga boleh digunakan untuk pembelian dalam talian secara percuma. Proses permohonan adalah sangat mudah, saya telah mencuba mesin ATM terdekat dengan saya, untuk mengejutkan saya yang paling besar Ia bekerja seperti sihir. Saya mampu mengeluarkan sehingga $ 3000 setiap hari, saya tidak perlu risau tentang mendapatkan pinjaman lagi. ATM ini benar-benar mengubah hidup saya. Jika anda ingin menghubungi mereka di sini. Di sini ialah alamat e-mel georgeflemming402@yandex.com

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...