Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Mei 14, 2019

Kemenangan PH di Sandakan petunjuk momentum kerajaan yang positif

Kemenangan PH di Sandakan petunjuk momentum kerajaan yang positif

Kemenangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan menunjukkan momentum kerajaan yang sedang berada betul di landasannya sekaligus membuktikan politik perkauman yang dibawa Umno-Pas tidak diterima di negeri itu.
Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, kemenangan PH selepas tiga kali kemenangan berturut di kerusi yang dikuasai Barisan Nasional (BN), membuktikan bahawa rakyat percaya dengan usaha kerajaan yang komited menyediakan inisiatif-inisiatif yang bermanfaat untuk masyarakat di Sabah.
Katanya, rakyat telah melihat sendiri usaha para pemimpin yang turun padang bersama rakyat disamping pengumuman tentang inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu, baru-baru ini.
“Mungkin sebelum ini faktor kekalahan PH kerana masyarakat menganggap PH tidak menunaikan janji dan tak buat manifesto, tetapi dalam beberapa bulan ini nampak kelainan dan perubahan. Kita tengok PH dah mula fokus semula kepada manifesto dan berusaha mengotakan janji.
“Tun Mahathir juga ada menggariskan beberapa perkara penting dalam ucapan beliau dan inisiatif baru di mana setahun pemerintahan PH menunjukkan komitmen pemimpin yang sedang memperbetulkan keadaan.
“Kebetulan di Sabah dan Sarawak mereka ada sedikit sentimen bahawa PH mempunyai iltizam untuk membantu rakyat. Kalau kita lihat juga akhir-akhir ini nampaknya kerajaan sudah dapat tangani isu-isu media dengan lebih baik,”katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa kejayaan PH di Sandakan turut bersandar pada faktor kejayaan kerajaan menangani isu-isu yang dibawa oleh media terutama media kerajaan supaya terus membawa mesej positif kepada rakyat.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata, media dibawah kerajaan hari ini sudah mula mengadakan kempen dan penerangan tentang dasar kerajaan yang diperlukan untuk pemahaman rakyat yang akhirnya telah membentuk kemenangan besar di Sandakan.
Selain itu, katanya, sentimen perkauman yang dimainkan Umno-Pas tidak lagi berjaya mempengaruhi pengundi Sabah di Sandakan di mana penglibatan Pas sendiri dalam tempoh berkempen untuk parti Parti Bersatu Sabah (PBS) menyebabkan masyarakat Sabah tidak selesa dengan politik perkauman yang dibawa.
“Masyarakat Sabah ini lain. Mereka berkawan dengan semua agama sama ada kristian, iban, dan juga Islam. Jika kita perhatikan, Sandakan mempunyai majoriti orang Islam namun mengapa DAP masih boleh menang? Ini kerana orang Islam Sabah tolak PBS dan mereka lihat politik perkauman ini tidak baik untuk politik di Sabah.
“Tambahan pula, Najib yang turun padang dan berkempen sebenarnya sudah mempunyai imej yang tidak baik. Imej Bossku itu sendiri tidak bagus apatah lagi setelah beliau sendiri telah dibicarakan hampir 16 hari dan banyak amalan rasuah yang telah didedahkan. Sekarang, Imej Bossku dah dikaitkan dengan rasuah yang menyebabkan rakyat tidak terima beliau,”ujarnya.
Picture

9 ulasan:

  1. Sentimen Malu apa Bossku sudah gagal tarik minat Rakyat.

    Sentimen politik yang murahan memang takkan lama.

    Macam sentimen politik perkauman dan menunggang agama.

    Menarik orang ramai yang tak sedar diperbodohkan macai.

    Apabila tukang jual politik perkauman dan agama gagal?

    Mereka terpaksa berterusan mereka sentimen baru yang tetap gagal.

    Pakar kosmetik dan penasihat Najib Razak dan Penyamun Ummah kena balik ke Janda Baik.

    Kursus politik Lokman Adam gagal memberi impak jangka panjang untuk Penyamun Ummah.

    PRU15 Penyamun Ummah hanya tambah 30 kerusi dalam mahkamah atau penjara?

    BalasPadam
  2. https://news.detik.com/infografis/d-4040452/sirna-kuasa-najib-razak-karena-menimbun-harta

    Tahniah Boss Najib Razak.

    Berjaya menjadi Diktator Pertama Dunia kalah dalam Pilihanraya.

    Inilah SATU rekod terbaik Najib Razak.

    Sebelum ke Penjara Sungai Buloh.

    BalasPadam
  3. Klu tempat sah majoriti cina dapigs dgn populasi yg sgt besar dan menyokong penuh perasuah terowong dan banglo....tiada apa nak dibanggakan.
    Doktrin hidup mrk tetap kukuh dan sama sejak dulu lagi...hihihi

    Klu buat di langkawi...nescaya gerenti penyatuan ummah akan menang...hihihi
    Gerenti...hihihi

    BalasPadam
  4. Penyamun Ummah takkan menang.

    Ramai-ramai Penyamun Ummah masuk penjara Sungai Buloh dulu.

    Kes Penyamun Ummah pecah amanah dan songlap duit haram berderet.

    Ada hati Penyamun Ummah nak menang lagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tggu penyamun besar haprak arwah dulu...hihihi

      Tapi rasanya tak perlu tggu penyamun besar haprak arwah dulu krn saham dia mmg dh jatuh...hihihi

      Padam
    2. Klu mantan banduan ganti penyamun besar pon tetap akan kalah pru15 nanti...hihihi

      Menang pru14 krn fitnah dan diberi menang pon makin buruk ekonomi negara....ptuihhh

      Hihihi...

      Padam
  5. Penyamun Ummah tetap akan gagal.

    Sentimen politik disebarkan tetapi tiada sambutan lagi.

    Keghairahan sudah kureng sebab tiada impak kepada Rakyat.

    Tak bawa perubahan kepada masyarakat.

    Penyamun Ummah kena cuba tunjuk keikhlasan dan amanah.

    Tolong Rakyat dan tebus dosa-dosa merompak komisyen berjuta-juta dulu.

    Buatlah kerja kemasyarakatan atau banyakkan propaganda berunsurkan nasihat.

    Ini politik dan melibatkan manusia dan alam sekitar.

    Kalau setakat guna sentimen murahan dan sentimen pop yeh-yeh.

    Sekejap sahaja popularnya selepas itu Rakyat akan jadi boring.

    Buatlah sesuatu yang memberikan impak besar macam PH.

    Nasihat ikhlas kepada Penyamun Ummah yang konon berangan nak menang PRU15.

    BalasPadam
  6. Jika kita perhatikan, Sandakan mempunyai majoriti orang Islam namun mengapa DAP masih boleh menang.... Betul ke fakta ni.. Merapu kerana nak menjilat Abang Besar lah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah baca data politik tu.

      Semua PDM majoriti Melayu Islam di Sandakan tolak calon PBS.

      Umno kacau kempen bawa isu perkauman dan agama di Sabah.

      Akibatnya terus PBS kena rejected.

      Salah strategi sebab ingat Melayu Islam macam di Malaya senang kena tipu.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...