Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung perselisihan mereka pada 1998.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
“Saya telah memaafkan beliau atas kapasiti peribadi, begitu juga bekas perdana menteri Najib. Saya tidak pernah meminta beliau memohon maaf dan saya sentiasa tegas dengan anda (pemberita) bahawa saya berpuas hati dengan perilaku dan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan saya.
“Lupakan masa lalu dan tumpukan kepada masa depan, anda (pemberita) yang membangkitkan perkara itu,” kata beliau kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-150 kelahiran Mahatma Gandhi di Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose di Kuala Lumpur semalam lapor Bernama.
Anwar diminta mengulas wawancara Dr Mahathir dalam program bual biacara HARDtalk menerusi BBC apabila Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf kepada Anwar.
“Tetapi dengan Tun Mahathir, Saya tidak fikir ia perlu kerana beliau komited kepada agenda pembaharuan, beliau telah menerima saya sebagai rakan. Saya fikir itu sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya,” kata beliau.
Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar juga menyentuh mengenai amalan pemaafan dan prinsip yang diterapkan oleh Gandhi, tokoh pembaharuan India yang ulung dan juga tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan India.
mdl
Masa senang ingat-ingat kepada rakyat. Mereka memilih pemimpin dan mereka juga "BOSS" kamu 5 tahun ini.
BalasPadamKalau tidak jadi macam parti BN. Parti BN sudah hancur berkecai pecah belah tiada sesiapa pun peduli. Menjerit dan menangis pun tidak lagi berguna sebab BN abaikan rakyat.
Mahadey tidak pernah minta maaf dan tidak perlu minta maaf kerana dlm hal pemecatan dan alasan pemecatan yg melibatkan isu moral anu war, mahadey betul dan dia yakin tidak silap dlm membuat keputusan setelah berjumpa/menemubual mangsa kesongsangan anu war berahi al jubu.. .. peliknya anu war al jub pula yg terhegeh hegeh memaafkan mahadey tanpa keruan !! Sudah sudahlah anu war, kes sukma, azizan, saiful dan amoi yg diuruskan oleh datuk eskey itu sepatutnya menginsafkan diri kamu, ajal tak jauh mana pun, kamu boleh tipu manusia dia dunia, tapi mereka juga yg akan menyaksikan keadilan Allah di akhirat kelak ..pasti akan terdedah aib dan pembohongan kamu .. lihatlah natijah dan aakibat perlakuan songsang kamu .. malaysia umumnya huru hara kamu kerjakan semata mata untuk berbohong dan berpura pura alim dan bersih ..bersumpah laknatlah kalau kau berani sangat !! Isu jam omega pun ko tak boleh nk jawab ... Ko mmg jahanam !!
BalasPadammungkin maknanya..hal-hal yang terdahulu itu BENAR?
BalasPadam