Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 11, 2018

Gaji peneraju GLC mungkin diturunkan, kata Tun Mahathir

Gaji peneraju GLC mungkin diturunkan, kata Mahathir
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kerajaan mungkin menurunkan gaji peneraju di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi merapatkan jurang perbezaan gaji antara ahli parlimen dan sektor swasta, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar gaji ahli parlimen ketika ini jauh lebih rendah berbanding sektor swasta.
“Anda tahu tak ada beberapa orang yang menerajui GLC mendapat gaji lumayan sehingga RM7 juta setahun? Gaji kita (ahli parlimen) rendah tetapi bukanlah terlalu rendah.
“Kita tidak mahu (gaji ahli parlimen terlalu) rendah daripada (peneraju) sektor swasta. Jadi, kita (mungkin) menurunkan gaji di sektor swasta,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Taklimat Governans, Integriti dan Anti Rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya hari ini dipetik bharian.com.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga sudah melakukan banyak perkara dalam membantu anggota kerajaan menangani kos sara hidup.
“Sebagai Perdana Menteri (dalam pentadbiran terdahulu), ketika saya letak jawatan, gaji RM20,000 sebulan, lebih rendah berbanding mereka di PROTON, sebagai contoh.
“Tapi saya melihat RM20,000 ini mencukupi untuk saya, kenapa?… kerana kerajaan sudah memberikan kakitangan kerajaan rumah, bayar elektrik, air, beri kenderaan selain elaun perjalanan ke luar negara.
“Semua ditanggung… selama 29 tahun saya tidak gunakan wang gaji, saya simpan dan duit itu saya gunakan sekarang,” katanya.
Mengenai pengisytiharan aset oleh ahli parlimen, Dr Mahathir berkata setakat ini belum ada yang tampil berbuat demikian.
“Setahu saya belum ada (yang tampil mengisytiharkan aset). Kita akan tentukan kemudian tempoh masa yang akan diberi kepada mereka untuk mengisytiharkan aset masing-masing,” katanya.
mdl

Picture

2 ulasan:

  1. Sandiwara....
    Mampukah org tua tu isytihar aset dia dgn jujur....hehehehehe

    Kpd macai yg pernah julang gambar dia sebagai mahafiraun dan wajah di balik tirai besi rasanya dah kenyang kena kencing hancing sandiwara tokoh perasuah dan salahguna kuasa ulung negara nie.Mrk semua dh redho krn dosa2nya dah diampunkan...hehehehe


    BalasPadam
  2. Rosmah Mansor kerja apa sampai boleh 'tempah' barang kemas berjuta-juta letak dalam rumah? Takkan cukup gaji laki dia nak bayar. HAHAHA.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...