Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Mei 27, 2018

Wakil rakyat PH dingatkan jangan gelojoh kejar jawatan

Kini kita harus berbaik semula dan rapatkan saf setelah selesainya pilihan raya umum baru-baru ini, kata Anwar.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) supaya tidak gopoh dan gelojoh mengejar jawatan setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei yang lalu.
Beliau berulang kali memberi peringatan tersebut ketika berucap pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh semalam.
Tegas beliau lagi, setelah menang besar dalam PRU baru-baru ini maka tugasan utama ialah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“Jalankan kerja dengan sebaik mungkin bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang timbul.
“Jangan letakkan dalam fikiran untuk merebut macam-macam jawatan selepas menang.
“Dah menang, jangan ada yang gopoh dan juga gelojoh, ” ujar beliau lagi.
Malah katanya yang kalah, sudah sememangnya kalah, manakala yang menang harus berusaha sebaik mungkin bagi meneruskan khidmat.
Beliau turut menyeru semua pihak supaya tidak berbalah selepas selesainya PRU.
“Kini kita harus berbaik semula dan rapatkan saf setelah selesainya pilihan raya umum baru-baru ini.
“Saya juga ikut berdamai dengan Tun Mahathir dan melupakan segala sengketa semata-mata bagi memastikan aspirasi menumbangkan Umno dan BN menjadi kenyataan.
“Akhirnya ia menjadi nyata dan kita mampu untuk menegakkan sebuah kerajaan untuk membawa perubahan kepada negara dan juga rakyat, ” jelasnya.
Sehubungan itu katanya, yang perlu dilaksanakan kini ialah sikap berbaik-baik dan rapatkan saf dengan semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira dari parti mana dan ideologi mereka.
mdl

Picture

6 ulasan:

  1. Macai fakenews paling tak puas hati berita DSAI dan Tun M nampak bersatu dan bekerjasama dalam pasukan. Kekeke. Berbulu je mata macai bila baca. Nak cucuk banyak-banyak rugi masa sebab lagi 2 - 3 tahun nak menyucuk. Kekeke. Meroyan tak habis.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerjasama anwar dgn tun klepet tak lah sebaik kerjasama tun klepet dgn mantan menteri kewangan si daim tu...hehehehe

      Nak berbulu biji mata???
      Hehehehehe

      Anwar dan otai2 reformasi bukan tak tahu kuasa gandingan tun klepet dan daim...kononnya pakar ekonomi...hehehehe

      Hairankan...mcm tak ada pakar ekonomi lain dlm haprak selain daim....hehehe

      Cai...alang2 anwar dah bekerjasama dgn tun klepet tu...hrp dia dpt menasihati BAPAK SEGALA TOLol tu mgkaji semula segala perjanjian berat sebelah konsesi TOLol....hehehehe

      Sementara semua dalang masih hidup dan tengah berkuasa sekarang.Mmg ada rahmat kemenangan haprak nie..cai
      Hehehehehehe.....

      Padam
  2. Rkyat baru bermula kluar dari sisi gelap gelap gelap yg sgt2 gelap.. dan sinar cahaya cahaya n CAHAYA kini dah pon mula bersinar2..

    Semua diantara kita tak kira saya tuan2 semua trmasuk Nuar lebih2 lg Madey Daim Samy Vellu Lee Liong Sik ada sisi mrk yg sgt2 GELAP krn tlh melahap khazanah negara..

    Najib jd begitu krn Madey Daim Samy pernah 'ajar' dia begitu..hatta Nuar juga pernah berada dibwh rejim Madey yg memulakan langkah korup itu!

    Tetapi itu semua dah berlaku DAHULU..dan klu betul2 Madey ingin berubah dia wajib buktikan sjujur2 kejujuran tulen dibwh sinar sulohan CAHAYA rkyat SEKARANG..tiada n tiada lg agenda conspiracy sandiwara Liwat-1 n Liwat-2 dll conspiracy yg diRASAkannya dialah yg trlalu2 bijak hebat n sgt2 licik taik KUCING pd wktu itu..sdangkan skrg Madey baru sedar bhw utk mnjd pakar KLEPET Najib lebih hatta lebih pakar lebih sifu drp sgl2 sifu dan terlajak laju drp beliau dulu hu hu, TAK gitu?!!

    Kpd Nuar tak yah lah sampai cium2 tangan sesiapa pon, smua kita ini akhirnya SAMA jer jd tanah n jadi debu apb jasad terkulai lesu lalu mmbangkai nanti hi hi .. selalulah renong2 kan kembali idup wktu ddlm penjara tuu, krn itu pasti mmberi manfaat berCAHAYA-CAHAYA ddlm hati..


    Percayalah, sinar CAHAYA dijiwa n diminda rkyat SEKARANG sgt terang sdang menyuloh Madey Daim n konco2 penulis upahannya haha..TETAPI awas awas awas n AWAS klu mrk ini smua coba kembali bermain ddlm GELAP, usaha hatta usia kamu semua pon tidak akan panjangggggg!?

    Kpd Nuar spatutnya tempoh ddlm penjara itu mnjdkan sdr betul2 dewasa serta bijaksana n tidak lagi kelihatan ingin mncari glamor mcm budak2 hingusan yg mengada2 terkinja he he..

    Eloklah kita semua belajar mnjd sprt LKS, takde langsung KELAHAP nak jd 'menteri', dan insafilah dan contohilah bgmn Rafizi yg selfLESS dgn IQ-meritnya yg tinggi itu, begitu segar n INDAH sekali tlh pon menaburkan bakti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik penulisan saudara...
      Harap duit petronas yg mencecah hampir rm200b tidak diusik setelah lama tidak diusik oleh legasi 22tahun...

      Padam
    2. bayangkan jika geng2 lebai 90juta menang,mereka dapat kerusi parliment 47,bn=79,agak-agak kes najib dibicarakan?

      Padam
    3. Syukur Allah SWT tidak memberikan kemenangan kepada mereka. Setakat dua minggu berlalu, macam tak ada perubahan langsung pada Geng Lebai daripada segi mutu kerja dan hasilnya di Pantai Timur ini. Mungkin sebab rasa terlalu selesa dan berehat-rehat selepas penat PRU14. Ada juga bendera kempen Pas dan papan kempen yang masih belum lagi diturunkan sampai sekarang. PBT dah beri amaran hari akhir Jumaat lepas atau deposit hangus, tak kisah pun mereka.

      Buat malu sahaja dengan pemimpin yang sudah berumure 93 tahun. Hampir 40% janji 100 hari sudah pun menjadi kenyataan dalam masa 14 hari menjadi Kerajaan. Bendera PKR yang pakai pun sedikit sahaja. Janji menang dan buat kerja.



      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...