Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Mei 05, 2018

Khayalan DAP akan musnahkan Islam akibat termakan dedak Umno, kata Nik Omar

Khayalan DAP akan musnahkan Islam akibat termakan dedak Umno, kata Nik Omar
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Percubaan menggambarkan DAP sebagai anti Islam dan merancang memusnahkan agama itu di negara ini hanya datang dari pemikiran yang begitu lama diasak Umno kepada pengikutnya.
“Mereka yang takut kononnya DAP memusuhi Islam dan akan hancur Islam kalau berpakat dengan DAP adalah akibat termakan dedak Umno,” kata calon Pakatan Harapan Dun Chempaka, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.
DAP katanya, mempunyai sikap yang jelas dan konsisten menentang Umno-Barisal Nasional (BN).
“Masa Tok Guru ada dia ajak DAP berhujah.
“Kalau tak puas hati apa tak kena dengan Islam sila datang ke Kelantan, kita mahu dengar hujah.
“Bukan terus kata kamu kafir, kami tak akan dengar hujah kamu,” katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kampung Laut pagi tadi.
Menurutnya golongan non-muslim dalam DAP sama seperti rakan bukan Islam lain tentu menjalani kehidupan berbeza dengan masyarakat Islam di negara ini.
Wan Ahmad menunjukkan gambar lama bersama Tok Guru kepada Nik Omar.
“Tidak perlu menuduh mereka yang bukan-bukan kerana mereka juga mahukan kehidupan harmoni seperti manusia lain.
“Semalam pemimpin DAP, Hanna Yeoh yang berucap sepentas dengan saya dan Tun Mahathir di Putrajaya dengan berkata beliau tidak anti Islam.
“Dia jelas menerima persetujuan PH yang berikrar untuk tidak mengganggu Islam, hak Melayu, sistem beraja dan segala yang telah termaktub dalam perlembagaan.
“Semua ini telah dibincang dan dipersetujui dalam Majlis Presiden PH.
“Sebab itu saya katakan yang tidak setuju dengan perkara ini hanyalah Umno dan yang termakan dedak Umno,” katanya.
Mengenai sebab mengapa beliau memilih PH beliau berkata, itulah intisari panduan ayahandanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Ayahanda saya dulu selalu berpesan dan acap kali ulang dalam ceramah dia bahawa bergegar tiang masjid berceramah pun kalau tak ada kuasa tak boleh buat apa.
“Saya berpegang pada kaedah ini, kita perlukan kuasa memerintah.
“Maka realitinya di Malaysia sekarang, kalau nak kuasa kalau nak memerintah kita perlukan gabungan kuasa gabungan yang kukuh dengan parti-parti pembangkang yang lain.
“Pas dasarnya Islam PH juga tak akan tinggalkan Islam tetapi kaedahnya sekarang nampak berlainan.
“Kaedah Pas sekarang berseorangan.
“PH pula kukuh dengan gabungan parti pembangkang yang lain.
“Maka ambo setuju dengan kaedah PH,” katanya.
Turut menyampaikan ucapan di majlis itu adalah calon Keadilan Parlimen Tumpat, Datuk Nordin Salleh dan calon Keadilan Dun Pasir Pekan, Wan Johari Wan Omar.
mdl

Picture

10 ulasan:

  1. Tahniah G17 krn dpt memperbodohkan melayu haprak...hehehehe

    Tahniah juga krn kaki2 rasuah spt daim n pidah dah join pakatan haprak.Makin meriah slps terowong dasar laut ajaib dapigs dipuja...hehehehehe

    Jgn ada yg kata daim n pidah dah taubat dan insaf pulak...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni dedakian, hang pulak bila nak tobat?

      Padam
    2. Macai fakenews meroyan tu. Bagi meroyan. Kekeke. Kalau tak nanti nak sebar fakenews pun tak jadi. Kekeke.

      Padam
  2. Cantik Ustaz Nik Omar berikan kata hikmah -

    Ambo tak ajak adik kakak lawan Islam,
    Ambo ajak adik kakak pegang Al Quran.

    Ambo tak ajak adik kakak guna kekerasan,
    Ambo ajak adik kakak junjung HARAPAN.

    Ambo tak ajak adik kakak pegang senapang,
    Ambo ajak adik kakak pegang kalam.

    Ambo tak ajak adik kakak pangkah orang,
    Ambo ajak adik kakak pangkah Pakatan Harapan
    Lambang KEADILAN demi kebajikan.

    Wallahualam. Legasi Tok Guru diteruskan. ALLAHU AKBAR!

    BalasPadam
  3. Baru 2-3 hari masuk PAN dah pandai main fitnah, tahniah Nik Omar, kami doakan sedara mendapat keampunan ibu saudara yang tercinta dan tahniah juga sebab dah dapat "Ayah" yang pernah mengISAkan adik sedara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HASAD! HASAD! HASAD! Sifat manusia,dia hanya nak dia dan kumpulan dia shj.orng lain nak buat kebaikan TAK BOLEH.

      Memang benar tun tak perfect sejahat-jahat tun dia tak lebamkan mata hadi,dia tak penjarakan hadi,DSAI yg kena...pelik,pelik orng yg kena 'MEMAAFKAN' dan boleh bekerjasama dlm usaha 'BINA SEMULA NEGARA',sementara orng yg dikatakan pejuang islam,boleh 'SENANG-LENANG' tanpa ugutan pemerintah.!dlm masa yg sama memberi peluru pada musuh untuk tembak orng2 yg INSAF untuk buat 'KEBAIKKAN'.

      orng lain INSAF dikatakan tak ikhlas,dia dan kumpulannya ikhlas,TETAPI cara perbuatan mereka adalah nak memenangkan kerajaan zalim

      Padam
    2. Buat la kebaikan tapi bukan dgn cara memfitnah, itu bukan ajaran TGNA

      Padam
  4. Selalu dok dengar DAP macam2 tapi bila dok tengok DAP dok lawan MCA, MIC dan Gerakan. Kalau menang DAP makna yang kalah MCA, MIC dan Gerakan. Adakah DAP kalah melayu yang akan menang? Tapi ada kemungkinan di setengah-tengah kawasan DAP menang maka melayu yang menang. Yang jelas tahyol berkaitan DAP ini sudah sekian lama, contoh paling mudah jika mahu DAP kalah letaklah calon-calon melayu dari MCA, MIC dan Gerakan menentang DAP. Kalau adalah MCA, MIC dan Gerakan calon-calon melayu. Fikir-fikirkan lah, jangan diperbodohkan sampai sekian lama, melayu terpinggir sekarang ini tak pernah walaupun sehari DAP memerintah Malaysia tapi BN yang memerintah Malaysia selama ini yang menyebabkan melayu dan Islam terpinggir.

    BalasPadam
  5. Kekeke. Sebelum PRU, Ulama ajar ikhlas itu macam semut melata di atas batu hitam dalam bilik gelap pada malam tanpa bulan dan bintang.

    Dekat nak PRU ikhlas rupanya Ulama boleh nampak guna whatsapp, instagram, foto dan boleh trace levelnya. Bukan lagi rahsia tuan empunya dengan Tuhan. Kekeke.

    BalasPadam
  6. Terdesaknya bn...dichini pahang sampai 4 Kali turun najib
    DI pekan 5 Kali...tapi pas juga menang..Dan pkr

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...