Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Mei 17, 2018

Jangan ulangi apa yang dilakukan Najib

Jangan ulangi apa yang dilakukan Najib, pesan Mohamad Sabu
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) adalah atas sokongan rakyat, justeru pemimpin-pemim PH katanya tidak boleh bersikap sombong dan lupa diri.
“Kekuatan PH adalah pada tuan-tuan semua, bukan pada mereka yang menang.
“Yang menang adalah tuan-tuan,” kata beliau berucap pada majlis jamuan kesyukuran di Bukit Kemuning Shah Alam malam tadi.
Sehubungan itu juga beliau mengingatkan pemimpin PH agar tidak menjadi sombong dan angkuh dengan duit, kerana jika hal itu berlaku jelasnya, pemimpin PH juga akan menjadi seperti Najib dan Rosmah.
Jelas Mohamad, rakyat Malaysia hari ini adalah rakyat yang mampu menjatuh dan menaikkan sesuatu kerajaan.
Justeru tambahnya, jika PH berbuat tidak betul, rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan PH sebagaimana mereka menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Razak.
Mohamad Sabu di jamjlis jamuan kesyukuran di Bukit Kemuning, Shah Alam malam tadi.
“Sebab itu kita kena berhati-hati dan laksanakan amanah yang diberikan rakyat dengan jujur,” kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.
Berhubung pembebasan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad berkata, beliau berharap dengan pembebasan tersebut ia dapat menjadikan PH lebih kuat melalui penglibatan Anwar nanti.
Dalam majlis berkenaan beliau juga memberitahu tiga nama daripada parti AMANAH yang dicadangkan untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri Kabinet adalah pemimpin tertinggi parti itu.
Beliau berkata, senarai nama itu dihantar kelmarin kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini terpulang kepada budi bicara beliau untuk memutuskan mereka berada di kementerian mana.
mdl

Picture

12 ulasan:

  1. Diharapkan BAPAK TOLol dpt tunaikan janji hapuskan TOLol yg dia telah mulakan satu ketika dulu.
    Sama2 kita doakan beliau dpt menunaikan janjinya.Harap para macai haprak sama2 mendoakan dan mendesak agar TOLol dihapuskan spt dlm janji manipesto haprak.
    Takut janji tggl janji...hehehehehe

    BalasPadam
  2. klu tol dihapuskn kamu jg yg untung noi.. klu pilih rosmah, jgn haraplah. lu ribut lebeh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sama2 sokong TOLol dihapuskan spt dlm manipistol haprak...hehehehehe
      Hrp BAPAK TOLol mampu merealisasikannya....hmmmm

      Padam
  3. Kenapa sebut macam itu kepada seorang tua.... kenapa tak kata kat yang kleptokrasi dulu tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarkan lah... manusia tu.. agak2 emak bapak tak ajar..tu jadi kurang ajar.. kalau kita ingat asuhan emak bapak kita.. takde berperangai gitu...

      Padam
    2. Yg lama mampu hapuskan 4 lebuhraya berTOL dan bina lebuhraya tanpa tol di swk dan sabah.
      Hrp BAPAK TOLol mampu lakukan lebih dpd itu...hehehehehe

      Padam
  4. 1998...rmh anwar diselongkar
    2018...rmh najib diselongkar
    Bila pulak nak selongkar rmh tun klepet dan anak2nya yg kaya raya????
    Jgn jadi hipokrit wahai tua kutuk oii!!!
    Ketulahan nanti...

    BalasPadam
  5. Org x matang n xda akhlak apabila beri comment ibarat org gila kita layan kita pun MCM org gila
    Ke arah malaysia maju

    BalasPadam
  6. Macai fakenews memang begitu. Kekeke. Meroyan dalam komen sambil sebar fakenews. Kalau kopipes laporan luar negara dan ulasan pemimpin antarabangsa lagi teruk dia meroyan. Kekeke.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kutip dari mana pon...hehehehe
      Semuanya dari bakal peeM ke8 dan juga bos invoke...

      Mrklah yg bongkar dosa2 tun klepet...
      Sebab itulah mrk bagi syarat dgn tun klepet klu dia nak jd peeM..dia tak boleh pegang mana2 portfolio menteri.
      Tapi dia dah langgar 1 dgn umum jd menteri pelajaran slps impian besar iaitu kewangan mmg menjilat jari dan nafsu dia.

      Pelajaran pon pelajaran lah tapi peruntukan tahunan pon besar billion2.Projek bestari.net pon pernah dikomplen yb nurul dan audit negara krn tak berbaloi dgn sewa rm599 sbln tapi plan data cuma 2gb.Muhdin yg bagi pada kroni tun klepet ytl cuma senyum sengih jer.Apa boleh buat..dh tdtangan peejanjian.
      Tak berbaloi wang rakyat habis percuma sedangkan di luar boleh dpt plan data 20gb dgn bayaran tak sampai rm100.Ini bayaran sewa em599 sebulan tapi data cuma 2gb.Untung goyang kaki ytl dan kroni2 mrk.
      Hrp org tua tu tak terlalu hipokrit dlm menjalankan tugas takut rakyat menyumpah...hehehehehehe

      Padam
  7. Lupa...hehehehehe
    Terima kasih kpd tun klepet krn memansuhkan gst.Oh salah...gst msh ada..cuma kadarnya 0%..hehehehe
    Hrp lepas ni minyak makin turun dan harga barang makin turun...hehehehehe
    Jgn lupa dgn TOLol...hrp status BAPAK TOLol akan hilang slps itu...hehehehe

    BalasPadam
  8. Parlimen Pekan akan dapat malu bermula 10 Mei 2018 sampai 10 Mei 2023. 5 tahun menanggung hinaan seluruh Rakyat kerana tabiat suka mencuri. Sepandai-pandai kleptokrat Mencuri akhirnya jatuh ke lubang tahi. Kekeke.



    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...