Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, April 10, 2018

Pas dicabar tunjuk penyata bank nafi terima duit Umno


iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menurutnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti didesak beberapa pemimpin Pas.
“Pas boleh tunjuk penyata bank kepada awam pada tarikh 21 Mac ada atau tidak, masuk RM1.5 juta? Itu saja jalan penyelesaian untuk bersihkan nama Pas.
“Apa masalah Pas suruh orang lain buat laporan SPRM? Pasal apa saya nak buat? Saya tak kata Pas terima rasuah. Saya tidak sebut pun Pas terima rasuah. Mungkin sedekah?
“Saya pun tak boleh cakap sama ada itu rasuah atau derma daripada mana-mana tok arab. Jadi, apa perlu saya buat laporan (SPRM)?” bidasnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di tapak pasar malam Mergong, Alor Setar malam tadi.
Pada 7 April lalu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan mencabar Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden mereka untuk membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan parti tersebut menerima dana daripada Umno.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga mengemukakan cabaran sama ke atas Mahfuz ekoran namanya antara yang dikaitkan menerima duit Umno.
Sehubungan itu, Mahfuz berkata Pas mempunyai keperluan untuk membersihkan nama daripada tuduhan yang dikemukakan pemilik akaun Facebook atas nama Syarifah Sofea Syed Addul Rashid.
“Satu lagi (akaun) Facebook ‘Ana Tahu’ juga mendedahkan perkara sama. Ini tuduhan berat kalau Pas menganggap itu fitnah kepada Pas.
“Saya 10 tahun dulu bila Utusan Malaysia dan Berita Harian buat laporan tak betul dalam kes berlainan, menang dua-dua kes dapat RM300,000.
“Tapi ini bukan soal duit semata-mata tetapi soal maruah apabila orang tuduh perkara tidak betul,” ujarnya.
Menurut bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Seksyen 133 dan 134 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) mengatakan tiada sesiapa boleh mendedahkan apa-apa dokumen bank selain pemilik akaun.
“Maksudnya, tuan pemegang akaun saja boleh dedah, hendak tunjukkan apa yang orang dakwa tidak betul.
“Jadi, Pas kena tunjukkan kepada awam penyata bank pada 21 Mac tentang kemasukan wang kepada tiga orang pemimpin Pas dan Jabatan Pembangunan Pilihan Raya Pas Pusat,” tegasnya.
Beliau berkata, pemilik Facebook atas nama Syarifah Sofea Syed Addul Rashid itu mendedahkan wujudnya satu akaun khas yang membabitkan tiga nama dalam akaun amanah bukan atas nama mana-mana pertubuhan.
“Siapa dia? Ustaz Satiful Bahri iaitu bekas Adun di Terengganu dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu sekarang.
“Yang kedua, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Setiausaha Pas Negeri Terengganu; ketiga, Shukrimun Shamsudin iaitu Bendahari Pas Terengganu. Ketiga-tiga mereka ini adalah pimpinan utama Pas Terengganu.
“Akaun atas nama tiga orang ini telah menerima sejumlah wang RM1 juta daripada disebut Bendahari Umno peringkat pusat.
“Satu lagi akaun disebut Syarifah Sofea Syed Abdul Rashid ini ialah akaun atas nama Jabatan Pembangunan Pilihan Raya Pas Pusat (JPP) yang menerima wang berjumlah RM1.5 juta juga daripada Bendahari Umno,” katanya lagi.
mdl

Picture

16 ulasan:

  1. Mahpus, Mahpus, mung la yang patut buktikan apa yang mung tuduh, jangan main dgn fitnah, makin huru hara Haprak, pergila pacak bendera Haprak, leni hanya 2 parti bertanding PAS vs BN, parti lain tak nampak kelibat, asyik dgn fitnah bila nak mara ni?...macam pondan, terhegeh-hegeh...kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dpd pangkah Pas baikle Kita pangkah BN sudah tentu Kita Tau bn tu penyamun. Ni Kita akan bermasalah kalu penyamun pakai jubah

      Padam
    2. Pembetulan sikit cai...hehehehe
      Tun klepet tu penyamun tarbus...ada 8 buah rmh mewah di dlm dan luar negara.Ada ladang kuda di argentina...2 kali sebulan jenguk kuda rega juta2 dgn jet peribadi.

      40 ekor kuda2 tu klu dibeli dgn wang pencen tun klepet tak akan mampu punyer...hehehehehe

      Mana dia dpt kekayaan sebegitu rupa klu tak jd penyamun...hehehehe

      Yg lawak..beruk2 haprak nak tangkap dan penjarakan penyamun tu tapi atas kebodohan sendiri penyamun tu terlepas....hehehehe

      Padam
  2. Ana tahu. Ana minta jangan pecah kalau tidak Ana sumpah enta jadi abu. Kekeke.



    BalasPadam
  3. Setuju, jgn bagi undi pada Haprak yang didominasi oleh kafir, taknak undi PAS takpe undilah BN...kehkehkeh

    BalasPadam
  4. Pas dicabar tunjuk penyata bank....
    Mak aii...lawaknya permintaan hamba2 dapigs dan tun klepet nie...hehehehe

    Mcm budak belum bersunat...
    Mcm makcik2 bawang jer standard permintaan hamba2 d & t.k. nie...hehehehe

    Umno bagi duit utk org pas undi umno ker???hehehehehe
    Yg tolak pas dpd haprak sah dapigs...tanyalah dapigs kenapa tolak pas...BANGANG!!!!

    PANxxx dpt lbh rm100juta dpd tun klepet sehingga berlaku pergolakan dgn abg mat sabun atas ketelusan pgagihan tak ada bising pon...hehehehe

    Yg pernah dpt dana dpd yahudi zionis tak kecoh pon....hehehehehe

    BalasPadam
  5. Di Paya Jaras PAN dakwa ada 327227 ahli, PAN akan boikot pru jika pkr berkeras dengan mencalunkan Khairuddin...kahkahkah

    Belum pun penamaan calun Haprak dah berperang sesama sendiri disebabkan gila kuasa dan jawatan, ni semua berpunca dari Khairuddin yang masih lagi gilakan jawatan adun...kahkahkah...bagus, bagus teruskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diramalkan PANxxx terpaksa mengalah krn mrk cuma hamba kpd dapigs dan tun klepet....hehehehehehe

      Padam
  6. 32. MALAYSIAN OFFICIAL 1 is a high-ranking official in the Malaysian
    government who also held a position of authority with 1MDB. During all times relevant to the Complaint, MALAYSIAN OFFICIAL 1 was a “public official” as that term is used in 18 U.S.C. § 1956(c)(7)(B)(iv) and a “public servant” as that term is used in Section 21 of the Malaysian Penal Code.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nak ditangkapnyer cai...hehehehe

      Serupa cerita rasuah terowong dasar laut di penang jer nie.....

      KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

      Padam
  7. UNDI PAKATAN. UNDI LAMBANG PKR.


    TANGKAP MO1. TANGKAP JHO LOW TAEK.


    HAPUS GST. HAPUS GST. HAPUS GST.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Undi tun klepet demi memewahkan anak..waris..proksi dan kroni!!!

      Sokong perasuah..sokong diktator..kronisme dan nepotisme...

      Hehehehehe....sujud jugak ko di bawah kangkang presiden pgayR

      KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

      Padam
    2. Hehehehe...tangkap juga tun klepet!!!

      Ooppsssss....dosa2 nya dah diampunkan oleh hakim besar dapigs

      KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

      Padam
  8. SAKIT JIWA MAKIN PARAH.

    Awas, malaikat akan beratur mengundi Pas nanti, kata Pemuda Pas Kelantan
    Ucapan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi bahawa malaikat akan datang menolong parti itu dalam pilihan raya nanti kini menjadi tular di media sosial.

    “Jadi dalam pilihan raya boleh tak Allah hantar malaikat bawa IC beratur pergi mengundi? Boleh tak? Senang sangat adik-kakok,” kata penceramah Pas yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Ja.

    Katanya, Allah boleh hantar malaikat menyerupai sesiapa yang tak balik mengundi. “Pegang IC, berdiri dan beratur di depan kita.


    UFO

    ADA DATANG

    SAMA KE?

    ADAKAH

    MALAIKAT DATANG

    NAIK KERETA

    AUDI Q7?

    KAH KAH KAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maner bendera Haprak ni? Mara cepat la ooii...terhegeh-hegeh macam pondan, PAS dgn BN he ke pru kali ni?...kehkehkeh

      Padam
  9. DAH DAPAT DEDAK APA LAGI PAS KHADDAM. KERJA KASI LAWAN SAMA PH. JANGAN MALAS. KAHKAHKAH. DEDAK TIME!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...