Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, April 25, 2018

Jangan sedih tindakan SPR, lawan dengan bijak

Syarat baru SPR disifatkan sebagai menekan PH termasuk menghalang gambar Tun Mahathir dari digunakan pada bahan kempen.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Tindakan SPR meletakkan syarat baru, termasuk menghalang penggunaan gambar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tindakan untuk menekan PH.
Ia perlu dilawan dengan pemikiran di luar kotak bukan dengan bersedih, kecewa dan mengalah dengan tekanan ini, kata penulis Biro Undang-undang AMANAH, Kanun.
“Tun Mahathir kini bukan sahaja menjadi ancaman kepada BN bahkan menjadi ancaman kepada SPR itu sendiri.
“SPR sudah dibayangi dengan bayang-bayang PH sehingga SPR mudah sekali menjadi alat untuk memenangkan BN,” kata tulisan itu.
Katanya, tiada rasionalnya untuk menghalang penggunaan gambar Tun Mahathir.
“Tun Mahathir bukanlah pengganas malah Tun Mahathir telah begitu berjasa kepada negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri untuk tempoh 23 tahun,” katanya.
Tindakan SPR ini sangat pelik dan aneh. SPR terang-terang ingin mengikat PH daripada menggunakan gambar Tun Mahathir sebagai daya penarik kempen Pakatan Harapan, katanya.
“Hal yang sama tidak dihalang ke atas BN dan PAS,” tulis penulis Kanun dalam akhbar Mingguan Amanah yang bakal terbit Jumaat ini.
Bagi beliau, PH telah ditekan semenjak belum bermulanya penamaan calon.
“Selepas diikat sebegitu, PH akan ditendang dan dipukul sebelum dibenarkan bertarung atas padang yang tidak sama rata.
“Di manakah janji SPR untuk melaksanakan pilihan raya yang adil dan bersih?” kata tulisan itu.
Katanya, syarat yang sebegitu pelik tidak pernah dilaksanakan dalam mana-mana PRU yang lepas.
“Kali ini nampaknya ancaman PH begitu besar kepada BN,” katanya.
Ia bermula dengan persempadanan semula yang memihak kepada BN, kemudian diikuti dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah mengharamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan seterusnya penwartaan hari Rabu sebagai hari mengundi, tulisnya.
“Kini terbaharu, SPR menggunakan kuasanya untuk menghalang pengunaan bahan kempen yang tidak adil,” katanya.
Bagi beliau, tindakan ini adalah tindakan yang berat sebelah dan tidak adil bagi PH.
“Namun, PH tidak seharusnya cepat kecewa dan mengalah dengan tindakan berat sebelah ini.
“PH masih lagi mempunyai cara-cara yang ampuh untuk menentang BN dan kuncu-kuncunya ini,” katanya.
Katanya, jika dilihat kepada Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), ianya hanya dirujuk kepada calon dan wakil calon (ejen pilihan raya) sahaja.
“Ini bermakna jika ianya dilakukan oleh pengundi itu sendiri maka ianya tidak bersalahan dengan mana-mana peruntukan undang-undang,” katanya.
Keduanya, bahan kempen yang dirujuk dalam seksyen tersebut adalah bahan kempen tradisional iaitu iklan, risalah, brosur, bendera, panji-panji, sepanduk, tetunggul, poster, pelekat, surat sebaran, label atau apa-apa bentuk papan iklan sementara sahaja.
“Ini bermakna bahan kempen moden tidak terikat dengan seksyen ini seperti penggunaan dalam laman web, facebook dan whatsapp.
“Begitu juga dengan wajah Tun Mahathir jika dicetak di atas baju atau topi tidaklah boleh dikatakan melanggar garis panduan tersebut.
“Justeru, PH perlu memaksimakan penggunaan teknologi terkini supaya tidak terikat dengan garis panduan SPR itu,” kata tulisan itu.
Maka, katanya, tindakan yang perlu dibuat oleh PH adalah untuk membanjirkan seluruh media sosial dan persekitaran dengan bahan kempen yang tidak termasuk dalam definisi bahan kempen di bawah Seksyen 24B itu.
“PH juga perlu menggalakkan pengundi untuk berpakaian yang mempunyai wajah Tun Mahathir.
“Bayangkan mesej yang boleh disampaikan kepada orang ramai jika jutaan pengundi memakai baju yang bercetak gambar Tun Mahathir.
“Oleh itu, penyokong PH usahlah berduka dengan garis panduan SPR ini. Yang penting adalah berfikir di luar kotak untuk mengakali akal SPR yang sempit ini,” katanya.
mdl

Picture

3 ulasan:

  1. nada suara najib bila di atas pentas, langsung x menarik. tunM releks je, cool bila berceramah. tabik tunM.. najib jiwa kacau.

    BalasPadam
  2. Kekeke. Tan Sri jangan buat bodoh. Rakyat nak pakai gambar Tun, bukan sebab kempen sahaja tetapi sebab nak bagi pengundi ingat mantan PM ke empat Malaysia yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Malaysia dan Harimau Asia! Kekeke. Tapi bagus juga gambar Najib dah naik, PM yang diingati sebagai Kleptokrat MO1 dan Bapa tiri Riza Aziz. Kekeke. Jom tangkap Jho Taek Low! Kekeke.



    BalasPadam
  3. Alasan tun klepet jer tu...tak mgkin spr halang muka penyamun tarbus tu buat poster muka dia....hehehehe
    Dia sebenarnya sedar rakyat benci tengok muka dia...hehehehe

    Paklah menang besar dulu krn rakyat menunjukkan rasa kesyukuran tun klepet melepaskan jwtn....hehehehe

    Asyik nak salahkan org jer kerja org tua kutuk tu.Klu nak tagih simpati cakap jer dia benar2 fitnah anwar meliwat sambil melancap butuh pasangannya...habis cerita

    KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKKAHKAHKAHKAH

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...