Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, April 30, 2018

Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji

Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji
“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam. “Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Gelombang yang telah dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini bergabung dengan gelombang yang terbina ekoran penyertaan anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, Nik Omar telah mencipta gelombang baru di kalangan pengundi pro Islam di negara ini khasnya di kalangan penyokong Pas.
“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam.
“Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.
Berdasarkan perkara itulah, katanya, pemimpin dan penyokong Pas paling marah kepada Nik Omar sekarang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan telah mengumumkan Nik Omar dipecat serta merta dari Pas sebaik saja beliau menjadi calon PH.
NIk Omar yakin politik Nik Aziz lebih dekat dengan PH.
Padahal ia tidak perlu dibuat kerana penyertaan Nik Omar ke dalam AMANAH bermakna keahlian beliau dalam Pas tergugur dengan sendirinya.
Bagi beliau, PH kini berjaya menggabung dua gelombang iaitu yang dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar.
“Kalau Dr Mahathir Mohamad hasilkan gelombang di kalangan Melayu luar bandar yang menyokong Umno selama ini, Nik Omar telah melahirkan gelombang baru kepada pengundi yang menyokong PAS selama ini.
“Sebab itu, apabila Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka, pemimpin dan cybertrooper Pas paling marah,” kata penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.
Berdasarkan kajian beliau terhadap trend di media sosial, Dr Mazlan mendapati, ramai pengundi yang selama ini mengundi atas kepentingan Islam mula memberikan keyakinan kepada Amanah dan PH dengan penyertaan Nik Omar.
Katanya, kalau selama ini pengundi pro Islam masih was-was apakah Amanah ini parti Islam atau tidak, penyertaan Nik Omar telah menghakis keraguan itu.
“Penyertaan beliau telah berjaya memecahkan doktrin bahawa hanya Pas parti Islam dan mereka mula fikir undi PH ini tidak ada masalah,” kata pengkaji politik UTM itu.
Sehubungan itu, beliau yakin penyertaan Nik Omar telah memberikan impak besar kepada politik orang Melayu yang selama ini pro Islam.
“Bagi saya ini satu kejayaan besar Husam Musa dalam karier politiknya khasnya di Kelantan,” katanya berdasarkan Pengerusi PH Kelantan itu yang berusaha membawa Nik Omar menjadi calon PH.
Nik Omar telah membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon dan dinamakan sebagai calon PH untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Cempaka, Kelantan.
Ekoran itu, pelakon terkenal Wardina Suffiah berkata, sokongan beliau kepada Pakatan Harapan naik 100% dengan penyertaan Nik Omar ini.
mdl

Picture

21 ulasan:

  1. Wahai semua umat Islam di Malaysia. Perjuangan semua Tuan Guru dalam Pas sekarang sebenarnya sudah beralih wadah kepada AMANAH. Yang masih tinggal di wadah Pas janganlah cemburu dan iri hati. Islam bukan hakmilik dan hakcipta pada satu jemaah dan satu parti sahaja. Hakmilik Allah. Moga dipermudahkan perjuangan Nik Omar.




    BalasPadam
  2. Sesatnya dan jahilnya Hadi Awang samakan Nik Omar seperti anak Nabi Nuh? Keluar Pas dah jadi seperti keluar agama? Bertaubatlah Hadi Awang. Dosa mengkafirkan Umno dulu pun belum habis lagi disambung ahli Pas kini. Sekarang buka akaun baru lagi?



    BalasPadam
  3. Terima kasih SPR bantu kempen PH dengan memotong dan menjatuhkan gambar Tun. Terkejut tak sampai 3 j video viral dah ditonton lebih 10k. Patut lebih kerap potong dan buang gambar Tun sampai hari mengundi. Kekeke. Xie Jinping calon MCA BN Parlimen mana? Gambar billboardnya tak kena kacau. Habislah Malaysia kena jual kepada komunis. Kekeke.

    BalasPadam
  4. Tun M dan Nik Omar harus bergambar bersama..Calon PM Dan Mb Kelantan

    BalasPadam
  5. muslimat muslimit yg sokong pas ni hanya pikir pahala kapla hotak utk diorg sendiri jek.. permasalahan umat islam secara keseluruhan diorg x ambk peduli. baek duk dlm hutan la.. lgpun betol ka undi pas dpt pahala? boleh blah..

    BalasPadam
  6. Syabas Nik Omar, kamu akan bertembung dengan Tuan Sabariah di Chempaka.

    BalasPadam
  7. Terbaca coretan Nik Abduh bercerita kepada orang ramai masalah keluarganya yang hancur berantakan angkara beza politik sahaja. Nik Abduh nampaknya memang manusia jijik yang suka mengadu domba. Sampaikan ibunya sendiri dihasut dan diadu domba dengan anaknya sendiri! Sungguh benarlah sumpah anak derhaka Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada Nik Abduh. Bersabarlah Nik Omar dalam perjuangan bersama gelombang rakyat Malaysia. Insya Allah niat Pakatan Harapan melawan pencuri dan penerima duit curi akan berjaya! Bina semula negara daripada korupsi dan hipokrasi Be End.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang menjaja cerita keperluan redha ibu adalah Nik Omar, sebelum ni riuh satu Malaysia Nik Omar kata halangan dia adalah ibundanya, tanpa restu ibu siapalah kita, sekarang apa sudah jadi? Nik Omar kena berhadapan dengan ibunya sendiri di Chempaka, rakyat Chempaka akan melihat bagaimana anak yang disusukan dan diasuh dari kecil cuba untuk menumbangkan legasi yang dibuna oleh ayahnya sendiri dan ibunya cuba untuk mempertahankan apa yang suaminya bina dahulu, adakah Nik Omar menderhaka kepada ibunya? Sama-sama kita saksikan.

      Padam
    2. Hina akhlak pimpinan Pas dan ahli Pas sekarang. Beza politik nak dikaitkan dengan masalah keluarga Tok Guru dan buat kempen PRU14?

      Perkara dalaman keluarga tak perlu ahli Pas yang lain nak dikaitkan. Yang dapat malu ialah keluarga Tok Guru sendiri. Ada juga yang dah menyindir allahyarham Tok Guru sebab tak pandai jaga anak. Hal keluarga sebaiknya selesaikan secara dalaman.

      Ahli Pas yang tak berkenaan patut malu nak jadikan masalah keluarga berbeza fahaman politik sebagai bahan kempen. Tapi apa boleh buat, yang mengadu domba dan viral anak Tok Guru sendiri.

      Nik Abduh. Janganlah hasut ibu sendiri membenci abang kamu. Lihat akhlak Nik Omar yang doakan kemenangan kamu di Bachok. Akhlak ini jelas diwarisi daripada Tok Guru.

      Aku yang pernah pangkah Pas dulu menyeru ahli Pas supaya rasa malu kalau nak masuk campur hal keluarga Tok Guru. Masalah beza fahaman politik bukan masalah utama negara. Jangan sampai nama Tok Guru dijaja secara murahan dan lelong tanpa harga seperti apa yang dibuat oleh Nik Abduh.

      Padam
    3. Ni sebab ATGNA adalah bapa kepada Nik Omar, ATGNA adalah pemimpin agung PAS manakala Nik Omar pula anak kepada ATGNA yang cuba untuk meruntuhkan apa yang ATGNA usahakan selama hidupnya.

      Politik berkeluarga dah menjadi kebiasaan kat Malaysia, Anwar dgn kelurganya, Madey dengan keluarganya, Lim Kit Siang pun dengan keluarga. Yang memalukan keluarga ATGNA ialah Nik Omar sendiri dan juga Husang.

      Kalau tak nak sesiapa mencampuri urusan keluarga, elok jangan berpolitik secara berkeluarga, ini adalah salah satu sebab utama mengapa ATGNA melarang Nik Omar dari berpolitik.

      Jangan fitnah Nik Abduh menghasut ibundanya, Tuan Sabariah lebih arif dengan peel anak-anaknya. Elok Nik Omar pulang dan berjumpa dengan ibunya memohon kemafaan dan tarik diri dari menjadi calun untuk meruntuhkan PAS, masih belum terlambat buat Nik Omar.

      Padam
    4. Kalau tak hasut mengapa bahasa FB Nik Abduh sangat emosi dan menyucuk-nyucuk ibunya sendiri? Sangat jelas Nik Abduh bukan menenangkan ibunya jika benar ibunya kesedihan (konon), malah mengapikan lagi supaya keluarganya sendiri hancur akibat beza politik.

      Anak yang soleh bila ibu bersedih (kononnya) patut menulis sesuatu yang menghiburkan hati ibu. Bacalah apa yang digambarkan kepada ibunya sendiri? Ditembak? Kemalangan? Aduhai... Ini bahasa anak soleh yang menghiburkan kesedihan ibu?

      Yang paling memalukan, disebut Nik Abduh juga sebagai perumpamaan air mani (air mani Tok Guru kah?) yang hina merujuk abangnya memilih wadah Islam lain daripada Pas?

      Nik Abduh tak patut bawa isu keluarga sebagai kempen pada ahli Pas. Anak yang memalukan Tok Guru.

      Padam
    5. Yer, Nik Omar sepatutnya yang harus menjadi anak yang soleh, jangan lukakan hati ibu jangan malukan ibu dan bapa dengan habuan duniawi, jangan tukar kasih sayang ibu dan bapa dengan tawaran jawatan MB, jangan terpedaya dengan pujuk rayu Husang, semua itu hanya akan membuatkan keluarga kamu menanggung malu dan sedih, jangan buatkan ibu kamu merana, masih belum terlambat buat Nik Omar untuk menjadi anak yang soleh.

      Padam
    6. Tahniah TITM yang 'tegur' dua manusia lalai dalam jemaahnya, Nik Abduh dan Hadi Awang.

      Jika saya diberi pilihan anak yang berbeza pandangan politik dan anak yang sebar aib keluarga, anak yang kedua akan saya tegur dan nasihat. Jangan melampaui batas.

      Inilah 'bapa' yang soleh.

      Padam
  8. Islam mengajar umatnya menegakkan keadilan, mengamalkan maaruf, mencegah mungkar.

    Namun demikian, ada juga yang tak puas hati. Malah cuba menghasut supaya tinggalkan perjuangan dan biarkan sahaja kemungkaran berterusan.

    Jika pejuang Islam dengan mudah menerima hasutan mazmumah si jahil ini, nescaya hancurlah Islam ditelan kemungkaran yang dibawa oleh Be End sekarang.

    Sepatutnya kita berikan sokongan dan dokongan kepada pejuang yang ada karisma dan ilmu agama seperti Nik Omar.

    Kalau kita nak jadi penghasut yang tak puas hati dengan istiqamahnya pejuang Islam melawan kemungkaran, sebaiknya muhasabah diri sendiri.

    Buanglah cemburu dan iri hati, sifat bongkak, angkuh dan perasan suci.

    BalasPadam
  9. Mula-mula Walaunta2 pas 'BERGULING-GULING' kata hadi menang saman,rupa2nya menang dapatkan kos preceeding mahkamah....siap buat tajuk ceramah lagi...
    untuk walaunnn totok....perbelanjaan kos dibayar hadi rm1.66juta dan claire rm1.08juta...REAL CASE BERMULA 1APRIL-12APRIL 2019.

    Yang bestnya claire nak bicara AWAL,TETAPI HADI TAK NAK!Peguam hadi berjaya postpone......NAMPAK TAK HADI NAK GUNA CASE INI MILEAGE POLITIK..TAPI ALLAH MAHA KAYA CASE INI AKAN TERLIBAT SEMUA HADIor PAS,NAJIB DAN PIMPINAN PAS TERLIBAT,TERMASUK AUDIO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana konfius juga. Rupanya bayar kos pentadbiran. Bicara penuh belum mula. Memang banyak juga habis duit 1.6 juta sebab Hadi tak mahu bicara awal yang kos lebih murah dan terus kepada isu benar atau tidak Pas terima duit Umno. Sanggup lagi Hadi bayar lebih dan tangguh bicara sampai tahun hadapan? Jangan tahun depan Hadi minta tangguh lagi berkali-kali sudah. SR dah dua - tiga kali mohon sumbangan dan tak sampai sebulan ucap terima kasih sebab sumbangan dah cukup. Banding Hadi sumbangan tak umum langsung, tahu-tahu berjuta habis. Siapa sumbang agaknya sampai tak umum langsung?



      Padam
    2. Disitu kita lihat...bersinarlah hakikat...debu jadi permata...hina jadi mulia....

      Bayar dulu RM155k, lepas tu baru bicara...kehkehkeh

      Padam
  10. Trial Date Set For Hadi Awang Case Vs Sarawak Report

    Claims apparently being promulgated by PAS alleging that there were 5 applications defeated and even the astounding allegation that Hadi has 'won…

    There will be a full trial....The FUN BEGINs!!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berjanggutlah kau nak tunggu. Bicara kes akan mula tahun depan bulan April. Sempat lagi Hadi nak buat anak dengan bini nombor empat.

      Padam
  11. Bila kes nik omar ni bertanding guna PH.. teringat PRU 11 ke 12.. umno guna gambar awang adik.. bakal MB kelantan.. dengar2nya masa itu.. memang sudah dengar pas akan tumbang di kelantan. Masa itu pas guna gambar Arwah TGNA sedang berdoa... kalau tak salah dlm gambar airmata arwah kelihatan.. gambar itu di pasang setiap tiang seluruh kelantan .dengar idea ini.. idea husam..
    (Walaun2 tak boleh dengar nama ini).kesan dr gambar itu.. awang adik dpt malu.. nama pun dr panas jadi suam2 kuku. Bg aku psikologi husam utk PH.. dan cara menunjolkan nik omar terbaik
    . Cuba baca komen2 penganalisa2 seluruh negara..(jgn penganalisa parti pak lebai). Paling seronok aku baca.. aura TUN M dan aura TGNA bergabung utk jatuhkan najib... tulis2 nik abduh berkenaaan AIR MANI tu..akan mengurangkankan undi pas.(org akan terfikit nik abduh menghina air..arwah.).memang betul ramai yg ckp.. pasu bunga tu pru 14 patut di rehatkan.. byk tindakan nik abduh.. malapetaka utk parti pak lebai..kita tunggu ya walaun2.. kalau di izinkan ALLAH.. seorg ustaz mengaji pondok akan jadi MB kelantan..

    BalasPadam
  12. Makin sentaplah walaun2 Pas baca nii..rasuah syurga pun tak laku skrg.

    kah kah kah

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...