Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Disember 15, 2017

Hot!! : Yb Mahfuz Omar seru ahli Pas tidak berdendam

Mahfuz Omar sedang berucap di majlis ceramah anjuran PPBM.
Satu-satunya pemimpin Pas yang terus berceramah di pentas Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar menyeru supaya ahli Pas tidak berdendam sebaliknya fokus untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN.
“Saya sudah lama ajak orang tinggalkan Umno, tiba-tiba hari ini ada orang Umno tinggalkan Umno,” ujarnya diikuti ketawa hadirin yang majoritinya ahli dan penyokong PPBM di Kampung Chenghai, Changloon, Kedah semalam.Menurutnya, ahli Pas perlu berfikir secara rasional dengan menyokong Pakatan Harapan serta menyambut baik mereka yang meninggalkan Umno.
Ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, sikap menolak mereka yang meninggalkan Umno hanya kerana dendam tidak harus berlaku dalam kalangan ahli Pas.
“Tiba-tiba kita (Pas) tidak mahu bersama rakan-rakan kita pada hari ini kerana dendam kesumat. Ini bagi saya tidak betul.
“Bukan kepentingan dendam dengan musuh lama tetapi kita fikir untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini,” tegasnya dalam ceramah anjuran PPBM Kedah itu.
Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa ahli Pas tiada masalah untuk kekal berada dalam parti tersebut jika tidak mempunyai keberanian meninggalkan Pas.
“Saya minta ahli Pas fikir secara rasional. Saya ulang, ahli-ahli Pas boleh tengok dalam Youtube ceramah saya mutakhir ini.
“Saya cakap terus-terang tidak berselindung lagi apa yang berlaku dalam Pas pada hari ini berkaitan dengan RUU 355. Tuan-tuan tidak berani keluar Pas, tidak mengapa. Duduklah dalam Pas,” ujarnya.
Orang ramai yang hadir pada majlis Ghebang Santai di Kampung Chenghai, Changloon Kedah semalam.
Mahfuz berpendapat kerajaan Umno-BN perlu diganti dengan Pakatan Harapan memandangkan isu kos sara hidup yang melambung pada masa ini dirasai seluruh rakyat tanpa mengira parti politik.
“Takkan kita nak biarkan keadaan ini berlarutan dengan Umno-BN terus memerintah?
“Isu kos sara hidup dan kesusahan rakyat dirasai oleh semua tidak terkecuali ahli Umno dan Pas,” katanya dalam program Ghebang Santai di Kampung Chenghai itu.
Tambahnya, keadaan tersebut berlaku kerana urus tadbir negara yang diterajui Umno-BN pada masa ini gagal melihat kepada penyelesaian terhadap masalah sebenar yang dialami rakyat.
Turut hadir timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga pengerusi PPBM Kedah; ahli dewan undangan negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta para pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan Kubang Pasu.
mdl
Picture

6 ulasan:

  1. Mahfuz ni orang biasa je. Cuma fikirnya bukan untuk sendiri. Ini orang perjuangan. Sanggup terbakar demi kebenaran. Tidak gelojoh dan tamak. Tidak meminta untuk sendiri. Senang diajak bicara. Tetap pada prinsip tegar akar umbi. Berparti bukan kerna nama tapi untuk mereka yang tak ternama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi Mahfuz ni menyokong penyamun, sepentas dengan Mahazalim yang dulunya beliau gelar Mahafiraun

      Padam
    2. Kalau mahfuz ni tetap tegar kpd akar umbi maka eloklah dia bersama akar umbi wala’ kpd pemimpin parti.. bukannya wala’ ketika ada jawatan sahaja.. selama ni perhimpunan PAS yg berjaya menarik ratusan ribu org telah dijayakan oleh akar umbi bukannya oleh pemimpin2 yg telah tewas dalam pemilihan yg tak seberapa kerat pun..

      Harap mahfuz sedarkan diri sendiri.. kelihatan dia tersalah tafsir.. akar umbi hendakkan ISLAM dipelihara bukannya DAP..

      Padam
  2. Mana ada ahli PAS berdendam, malah ahli PAS tetap istiqamah dengan PAS, kalau tak ikut PH berdendam ke namanya? Mahfuz ni sebenarnya yang berdendam dengan PAS

    BalasPadam
  3. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...