Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Disember 29, 2017

Agihan kerusi PH Selangor dijangka selesai Januari depan

Agihan kerusi PH Selangor dijangka selesai Januari depan
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad memberitahu perbincangan berhubung agihan kerusi di Selangor dijangka dimuktamadkan pada akhir Januari depan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton dalam slot Fokus yang disiarkan secara langsung di Oren TV semalam.

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menurutnya, rundingan antara komponen Pakatan Harapan bagi menentukan calon dari parti mana akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melibatkan empat parti berbanding tiga sebelum ini.
“Masih lagi dalam proses (agihan kerusi). Dulu, kita mula tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Sekarang ini dalam Pakatan Harapan, kita ada empat parti.
“Dulu agih kepada tiga, sekarang nak agih antara empat. Ia akan selesai jika tidak hujung bulan Disember, sebelum akhir Januari,” katanya.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, rundingan tersebut perlu berjalan dengan pendekatan hormat-menghormati tanpa memperlekeh mana-mana parti.
“Masing-masing mesti saling menghargai bukan saling menghina. ‘Parti awak ini kecil tiada harapan, tiada kekuatan’. Itu tidak harus wujud.
“Kalau kita ada sikap begitu, susahlah tapi Alhamdulillah, setakat ini kita ada satu pendekatan saling menghormati dan kita akan mencapai kata sepakat,” jelasnya.
Sehubungan itu, Khalid berkata, parti mana yang memperoleh banyak kerusi ditandingi pada pilihan raya umum lalu harus bertolak ansur meskipun mengakui hal itu bukan mudah dilakukan.
Beliau turut berkongsikan pengalamannya berhubung agihan kerusi antara parti pembangkang sewaktu berada dalam Pas ketika PKR baharu sahaja ditubuhkan.
“Mana dapat banyak kerusi yang ditandingi, dia kena serah (kerusi). Nak serah itu bukan satu yang mudah. Mula-mula waktu PKR baru ditubuhkan, Pas pun tidak mahu serah kepada PKR. Parti barulah, ahli baru, petugas tiada.
“Tetapi hasil perbahasan, perbincangan dalam kalangan pimpinan Pas dan saya juga ketika itu terlibat memang kita yakinkan kena serahkan kepada PKR.
“Banyak kerusi yang kita serahkan kepada PKR dan Dr Hatta yang salah seorang pemimpin terlibat ketika itu dikutuk oleh sebahagian ustaz-ustaz muda sebagai pengkhianat Pas,” dedahnya.
potong jari
Tanpa menyebutkan nama pemimpin Pas yang sanggup mengerat jari sendiri jika Selangor dimenangi parti pembangkang, Khalid berkata, kesepakatan rundingan ketika itu terbukti membawa kejayaan.
“Pemimpin-pemimpin Pas kata kerusi-kerusi ini dipinjamkan kepada PKR tetapi kami yang sekarang ini semua berada dalam AMANAH kata, kita serah kepada PKR.
“Jangan kita tamak. Kita ada kekuatan di kawasan tertentu. Kawasan-kawasan lain kita serah kepada PKR.
“Biar dia (PKR) bertanding. Dia menang, kita menang bersama. Ada pemimpin Pas, saya tidak mahu sebut nama jika menang Selangor, aku potong jari.
“Terbukti dengan kerjasama itu, kita boleh menang. Lalu, kita kena ada satu kejujuran dalam soal agihan kerusi. Kita tahu kita ada kekuatan. Jangan kita macam Pas anggap kita kuat di semua tempat,” ujarnya.
Menegaskan kembali pentingnya semangat saling membantu dalam membincangkan agihan kerusi di Selangor, beliau menyifatkan AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP saling melengkapi.
“Kita perlu saling bantu-membantu. Setiap satu parti itu penting, ada kekuatan di mana kalau kita gembleng (Pakatan Harapan) boleh menang.
“Hal ini ambil masa lagi untuk kita bincang dan percaya satu sama lain,” tambah khalid lagi.
mdl
Picture

33 ulasan:

  1. Terbaek.... Besar hikmahnya bila Pas bersama Umno.... Pas Selangor dan Kelantan pun dah jadi kelam kabut.... Biarlah mereka rasa kuat.... biar mereka berebut kerusi dengan semua orang. Akhirnya, pengundi akan menghukum Pas bersama Umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah.. PAS boleh memberi peluang kpd PCM, IKATAN serta BERJASA utk bertanding bersama2 di bawah GAGASAN SEJAHTERA.. tentang jentera pilihanraya jangan risau, PAS akan menyokong parti2 yg bersamanya.. jangan jeles..

      PH nak guna jentera mana gamaknya .. DAP? Tahniah la..

      Padam
    2. #40 / 222 kerusi Parlimen
      #YB Berkecuali

      Selamatkan Malaysia atau...

      Padam
    3. Atau terjun gaung bersama BN/PH...

      Padam
  2. #UNDILAH GAGASAN SEJAHTERA, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PENYAMUN, PEROMPAK DAN AGEN ISRAEL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukit Gantang buat sesuatu.

      Bukit Gantang buat sesuatu.

      Bukit Gantang terima kasih.

      Selamat kami..

      Kehkehkehkeh...

      Padam
    2. Buat apa? Perjanjian Pangkor 3 pulak?

      Padam
    3. Perjanjian SYAITON dengan KAFIR

      Padam
  3. Tun M dan Anwar aset terbaik Malaysia. Inilah pemimpin Melayu Islam. Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban dan semua suku kaum tak kira agama dapat bersatu.

    Tiada pilihan lain lagi.




    #VOTE4PH



    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi dah terbukti sebelum ni bercelaru.. ke masa tu ko belum lahir? Pegi tanya imam surau ko camana zaman dorang.. habih huru hara.. dgn songlap duit rakyatnya dengan tuduhan liwatnya dengan hina hukum Allahnya dengan berbalah dgn raja2nya dan banyak lagi.. kalo ko dapat jumpa bekas reformis lagi bagus.. harta benda dan masa terbuang sia2, hilang pekerjaan malah hingga hilang nyawa pun ada.. at last apa yg berlaku? Yg sorang kata hanya luka kecil dan yg sorang lagi masih kekalkan tuduhan liwat dan siap ditambah dgn tuduhan lancap lagi...

      Sekarang mereka berdua masih berangan nak perintah malaysia balik.. porah.. bongoklah ko ni!

      Maka dengan itu jom undi GAGASAN SEJAHTERA! ISLAM TERPELIHARA!!

      Padam
    2. #SELAMATKAN MALAYSIA DARI PELIWAT,PENYAMUN, PEROMPAK DAN AGEN ISRAEL

      #UNDILAH GAGASAN SEJAHTERA DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR

      #SELAMATKAN RAKYAT DARI KAUM LGBT DAN ATHIES

      #SELAMATKAN JUGA PORT DICKSON DARI ISRAEL

      #LOKKOHOPUNOH

      Padam
    3. Begitulah apabila ketokohan pemimpin Melayu Islam dalam Pakatan Harapan sangat dihormati lawan dan kawan.

      Tun M dan DSAI sudah ada rekod memimpin Malaysia dengan cemerlang. Slogan dan Wawasan yang menjadi tangkal azimat Rakyat - Malaysia Boleh!

      Sebelum Zaman Najib dan Tun Lah, Malaysia Boleh tidak menjadi bahan gurauan Rakyat.

      Sebab itu kita capai kejayaan dan kecemerlangan dengan penuh semangat patriotik dan nasionalisme - tidak langsung melibatkan parti. Maka Rakyat menjadi bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik.

      Malangnya, tokoh seterusnya gagal menyerlah. Mereka terpaksa menokok kepentingan parti dalam Kerajaan untuk undi. Mereka kurang kredibiliti dan tiada pengaruh di dunia antarabangsa ataupun tempatan!

      Hasilnya, duit Kerajaan jadi duit parti, harta Kerajaan jadi harta parti. Dah tak tahu bezanya sampai memalukan Rakyat di pentas antarabangsa.

      Parti Lebai suci jangan katalah. Pembangunan di Kelantan boleh ditangguhkan ikut sedap rasa? Rakyat rasa terhina apabila ada pemimpin otak kurang cerdik memimpin mereka. Jangan pelik jika undi akan beralih kepada PAKATAN HARAPAN.



      #VOTE4PH

      Padam
    4. Kalau setakat penyokong pan boleh lah ko nak kelentong..

      JOM SELAMATKAN PORT DICKSON!!

      SIAPA LAGI YG BOLEH DIHARAP SELAIN GAGASAN SEJAHTERA!!

      Padam
    5. PAN? atau.....

      https://en.m.wikipedia.org/wiki/Gagasan_Sejahtera

      Nama pemimpin tak terkenal jadi tak penting pon nak tepek. Tapi check di satu tempat yang penting.

      Membership

      Pan-Malaysian Islamic Party (PAS)
      Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)
      Pan-Malaysian Islamic Front (BERJASA)
      Love Malaysia Party (PCM)
      Malaysian Hope Party (PHM)[1]

      Yang lawaknya ada yang edit nama English buang PAN di atas artikel. Adoiyai...buang tebiat apa? Dah nama Pan-Malaysian Islamic Party, tukar pula kepada Malaysian Islamic Party. Malu agaknya. Tapi tetap kekal nama asal PAN.

      PAN rupanya merujuk kepada 2 parti sahaja macam di atas. Apa jadi bila ustaz doa JAHANAM PAN? Masya Allah. Doakan kebaikan ya ustaz. Parti sendiri pun tak sayang ke?

      Kalau ahli pun dah berdoa begitu, apa guna undi? Tiada lagi pilihan lain.


      #VOTE4PH

      Padam
    6. Sempat berkunjung ke sabah dan swk cuti sklh.Tanya tanggapan mrk thdp mahdey...22tahun hampeh!!!hehehe
      Maksudnya 22thn tiada apa sumbangan besar mahdey.
      Di sabah mrk menyalahkan mahdey n nuar gay krn memberi kerakyatan kpd pati krn ingin sgt nak menang.Msh jd nostalgia buruk tu!!!hehehe
      Utk pru14 rata2 menolak mahdey dan anwar apatah lagi isu liwat yg msh jd tanda tanya kpd rakyat.Sukar utk menerima pemimpin tiada prinsip.Hidup hanya mempergunakan org lain utk kepentingan anak..waris..proksi dan kroni.Klepet2 mahdey...hehehe
      Tahniah kpd haprak mempunyai punaisihat sehebat mahapenyamun tu...hehehe

      Padam
    7. Sabah?? Biarlah gambar2 di Facebook Parti Warisan yang berbicara.

      https://m.facebook.com/pg/warisansabah.org/photos/?ref=page_internal&mt_nav=1

      Boleh bah kalo kao!

      #VOTE4PH
      #VOTE4WARISANSABAH

      Padam
    8. Tak sabarnya nak tunggu husam “dedahkan” bukti 90 juta.. patutnya dedahkan pd sprm barulah macho macam azwan ali..

      Walaun DAP sejak dari dulu memang percaya giler pd si husam ni.. kita tgk depa kena kencing ataupun bagaimana..

      Padam
    9. Nama ustaz2 suci dan Najib dah naik di court London. Jumlah bukan 90j. Uptodate sikit. Dekat 200juta Najib bagi. Syukur Parti suci dapat nikmat.

      Kalau dah mula bicara nanti banyak lagi terbongkar. Kenderaan mewah, hadiah mahal, money trail, syarikat dah bankrap atau masih beroperasi...

      Lebai suci pekena Najib dengan diri sendiri sekali.

      Padam
    10. Banyak mana juta nya pun...biar sertakan dgn bukti.Jgn bila dh terkantoi asyik menuding jari sana sini...hehehe
      Yang penting dan hebat ialah pas berani membawa kes tersebut ke mahkamah london.Hrp mana2 pemimpin haprak yg mukanya dipijak oleh dapigs berani dipanggil sebagai saksi...hehehe
      Cukup2lah kes DOJ amerika yg lps...takda sekor beruk haprak yg mengemukakan bukti utk siasatan kali kedua DOJ.Hanya sekadar menyalak bagai anjing kurap tanpa tulur...hehehe

      Padam
    11. Husam ada bukti katanya.. tapi rupanya dia kata cuma nampak je bukti tu setelah dia tahu pas saman SR kat london court.. ntah laa.

      Padam
  4. Port Dickson penuh kenangan,
    Pantai popular di Telok Kemang,
    Fitnah berputar lawan kebenaran,
    Ziana Zain juga Najib terbayang.

    Fitnah berputar lawan kebenaran,
    Ziana Zain juga Najib terbayang,
    Felda dirompak Isa ditahan,
    Kisah yang lalu kembali berulang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang telok intan dulunya telok anson
      Singgah di pekan membeli kuali
      Kepada israel bakal diserahnya port dickson
      Begitulah spt yg didedahkan oleh si razali



      Padam
    2. Najib kepala bapak kleptokrasi,
      Dedah apa tak ada bukti?

      Rosmah Mansor shopping mewah,
      Jangan suka menabur fitnah.

      Isa Samad merompak Felda,
      Sebar fitnah tak usul periksa.

      Dzulkipli seks dengan bini orang,
      Rakyat dah muak ditipu berulang.

      Macai Umno komen susah dan payah,
      Pilih PAKATAN HARAPAN saja sudah.

      Padam
    3. Nie bukan pantun...hehehe
      Setelah puas mengutuk mengata mahdey selama 22tahun...akhirnya haprak menjilat2 biawak hidup tersebut bagai makhluk paling suci slps kit sial.

      Meludah ke langit akhirnya jatuh balik ke batang hidungnya...hehehe

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Kekeke...Najib pun cium Tun M juga dulu. Dengan DSAI jangan ceritalah.

      Hadi Awang pun peluk Arab dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga dulu.

      No big deal. Benda remeh macam ini hanya untuk orang berakal pendek.

      Padam
    6. Para penumpang menaiki sampaN
      Khodam peliharaan DAP namanya paN

      Ada ura2 boboy bertanding bawah bN
      Jika begitu terselamatlah port dicksoN

      Padam
    7. Kekeke.... Port Dickson memang strategik. Najib pun guna Port Dickson berdua-duaan bersama artis terkenal.

      Cuma Port Najib tersalah tempat. BADAR datang serbu masa pakai tuala. Nasib baik MB datang tutup kes. Syukur Alhamdulillah.

      #TanahFeldaJalanSemarak

      Tiada pilihan lain lagi.

      #VOTE4PH

      Padam
    8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    9. Pergi penang tengok banglo tak de kolam
      Bayar rm200j utk projek tanpa permit EIA

      Tak serik fitnah pas dan najib siang malam
      Fitnah itu ibarat makan daging saudarA

      Padam
    10. Sama dgn anwar..salah port main dgn chinadoll.Tak pasal2 kena rakam...hehehe

      Padam
  5. Rakyat hanya ada dua pilihan BN atau GS, selain daripada itu semuanya LONGKANG

    BalasPadam
  6. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...