Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, November 02, 2017

Wisma Tok Guru : Fahami Isu sebenar ikut undang-undang Negara

Pemakaian prinsip ekuiti dalam kes Wisma Tok Guru
Beberapa hari lepas, sekelompok ahli dan penyokong Pas yang diketuai oleh Ketua Pemuda Pas Malaysia sendiri iaitu Al-Ustaz Muhammad Khalil Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Al-Ustaz Ahmad Fadhli Shaari telah mencetuskan aksi samseng dan provokasi dalam usaha mereka untuk memacak bendera Pas di perkarangan bangunan Wisma Tok Guru di Salor yang menjadi ibu pejabat Parti Amanah Negara, (AMANAH) Negeri Kelantan.
Peristiwa itu telah mencetuskan ketegangan sehingga hampir mencetuskan pergaduhan. Kini dikhabarkan pula bahawa pimpinan PAS Kelantan akan mengadakan majlis solat hajat di perkarangan Wisma Tok Guru yang menjadi pertikaian itu. Nampaknya, Pas semakin bermain dengan nilai agama dalam percubaan untuk mengambil alih bangunan itu dan mengabaikan proses perundangan.
Peristiwa itu berlaku rentetan apa yang didakwa oleh Pas bahawa mereka kini adalah pemilik tanah tersebut yang telah membelinya daripada balu Allahyarham Datuk Rosli, bekas Adun Salor.
Namun, bagi AMANAH Allahyarham DatukRosli adalah pemilik sebenar tanah tersebut dan hanya meletakkan nama balunya di dalam geran tanah. Namun, taktik licik pihak Pas yang dikatakan islamik itu telah memujuk balu Allahyarham untuk menjualnya kepada salah seorang ahli Pas. Ahli Pas itu dikatakan sebagai proksi kepada PAS itu sendiri. Selanjutnya, pemilik baharu itu telah mengeluarkan notis pengosongan supaya premis yang didirikan di atas tanah itu dikosongkan dalam tempoh 30 hari.
Isunya adalah perlukah AMANAH Negeri Kelantan mengosongkan premis itu selepas tempoh notis itu tamat. Dalam hal ini perlulah dilihat sejauh mana AMANAH Kelantan telah bergantung kepada galakan (encouragement) yang diberikan oleh Allahyarham Datuk Rosli.
Antara prinsip undang-undang yang boleh digunakan adalah doktrin atau prinsip ekuiti. Prinsip ekuiti ini berasal daripada undang-undang Inggeris. Prinsip ekuiti adalah dibuat berdasarkan prinsip keadilan. Dalam sesetengah keadaan, pemakaian common law adalah terlalu keras sehingga tidak menampakkan keadilan menyebabkan Mahkamah akan menggunakan budi bicaranya bagi menegakkan keadilan. Budi bicara itulah yang menjadi intipati dalam prinsip ekuiti. Antara contoh prinsip ekuiti yang sering digunakan adalah kuasa Mahkamah untuk membenarkan injunksi atau perintah tegahan. Pada asalnya common law tidak mengiktiraf pemakaian injunksi.
Namun, oleh kerana jika tiada injunksi boleh menyebabkan seseorang litigan itu akan kehilangan haknya meskipun telah memenangi sesuatu kes maka mahkamah mula membenarkan permohonan injunksi.
Ini kerana pihak yang bertikai itu mungkin akan melupuskan harta itu dan di akhir perbicaraan kelak harta yang dipertikaikan itu telah dilupuskan sepenuhnya. Maka, dalam hal ini adalah mustahak bagi mahkamah untuk membenarkan suatu perintah injunksi yang bertujuan untuk mengekalkan status quo hartanah itu sehingga ianya diputuskan oleh Mahkamah.
Ini bermakna harta itu tidak boleh dijual beli sehingga kes berakhir dan Mahkamah telah pun mengeluarkan suatu perintah yang muktamad.
Dalam suatu pertikaian berkaitan hartanah, antara prinsip ekuiti yang sering digunakan adalah  prinsip ‘equitable estoppel’ dan ‘tenancy/licencee coupled with estoppel’. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘equitable estoppel’? Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai pemakaian prinsip ini. Malah, ramai juga pelajar undang-undang terkeliru dengan konsep ini khasnya apabila ianya dipakai dalam undang-undang tanah sedangkan undang-undang tanah di Malaysia ini menggunakan sistem Torrens.
Mengikut sistem Torrens, pendaftaran adalah segala-galanya. Maknanya, apabila seseorang itu didaftarkan sebagai pemilik tanah maka undang-undang menganggap bahawa dia adalah pemiliknya sehinggalah pendaftaran namanya dibatalkan. Namun, prinsip ekuiti ini di dalam sesetengah keadaan akan mengatasi kesulitan yang ditimbulkan dalam sistem Torrens ini.
Dalam kes Bongsor Bina Sdn Bhd lwn Malaysian Building Society Berhad, Rayuan Sivil No. W-02-1229-06/2012 ada menjelaskan secara terperinci berkaitan maksud ‘estoppel’ ini. Antara lain, Mahkamah Rayuan merujuk kepada buku, Spencer Bower and Turner: Law Relating to Estoppel by Representation 3rd ed (1977), para 15 yang menyatakan bahawa doktrin estoppel ini bermaksud apabila seseorang itu telah membuat suatu representasi kepada seorang yang lain sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau perlakuan, atau diam atau tidak berbuat apa-apa dengan niat (sama ada benar-benar berniat atau dibuat andaian) dan telah menyebabkan orang itu telah percaya terhadap representasi itu maka orang yang membuat representasi itu tidak boleh lagi kembali kepada keadaan sebelum representasi itu dibuat.
Dalam kes Boustead Trading Sdn. Bhd. v Arabian Malaysian Merchant Bank Bhd. [1995] 3 MLJ 331, Mahkamah Persekutuan telah menerima bahawa doktrin estopel ini sangat luas pemakaiannya dan hendaklah dirujuk bagi mencapai keadilan.
Justeru, dalam kes isu Wisma Tok Guru ini, nyata sekali bahawa doktrin estopel ini akan terpakai jika AMANAH dapat membuktikan bahawa wujud galakan yang dibuat oleh pemilik tanah untuk AMANAH menggunakan Wisma Tok Guru ini sebagai tempat aktiviti parti.
Oleh itu, mana-mana pembeli tanah itu sepatutnya tahu bahawa wujud estopel di atas tanah itu dan seharusnya memasukkan klausa berkaitan penyerahan milikan kosong di dalam perjanjian jual beli. Pembeli tidak sepatutnya menggunakan kekerasan terhadap mana-mana pihak yang menghuni tanah tersebut apatah lagi wujud ‘estopel’ yang nyata.
Jika pembeli meneruskan dengan tindakan kekerasan ke atas penghuni Wisma Tok Guru, penghuni Wisma Tok Guru boleh mengambil tindakan undang-undang pencerobohan ke atas sesiapa yang menceroboh masuk.
Dalam hal ini, sepatutnya Pas menghormati proses perundangan berkaitan hartanah ini baharulah Pas boleh dianggap sejahtera dan matang. Semua pihak haruslah bersabar dan menunggu proses mahkamah itu berakhir. Tindakan membuat provokasi melampau ke atas tanah tersebut menyerlahkan sikap sesetengah pihak sama ada mereka benar-benar matang dan sejahtera untuk memerintah sesebuah negeri.
mdl
Picture

33 ulasan:

  1. Urusan jual beli tanah hanya melibatkan pembeli dan penjual tiada pihak ketiga, seeloknya PANdir keluarlah dari Wisma Tok Guru dengan cara bermaruah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah masaalahnya bila,Parti untuk keperluan dunia dimanupulatekan,sebagai parti islam.Bila kita terikat dgn undang2 duinia kenalah ikut,kita ada perrlembagaan malaysia.
      Janganlah mengambil islam itu,kita jadi abovee the law.

      Padam
    2. pas lagi tekde kena mengena.. pihak ke empat yg jd pak sibuk

      pas berambos jauh2 dr wisma tok guru, ia bukan milik pas pun.

      dasar samseng umno (pas la)

      Padam
    3. Tunjuk bukti lah kalau ada, kecoh dengan air liur saja tu buang masa je namanya

      Padam
    4. Apa pulak tiada kena mengena dengan PAS dari awal penubuhan wisma tok guru atas nama PAS bukan nama Husang Jin

      Guna duit derma ahli2 PAS

      Padam
    5. HUDUD jadi HUDUUIIT tu macam baru keluar dari jel.. mana dia nak tahu PAS yg bina bangunan tu.. sebab tu mudah kena klepet dgn husang..

      Padam
  2. Balasan
    1. SPOT on bro!!inilah masanya islam mesti menunjukkan ahklak yg baik,tiada provokasi.

      Padam
    2. Bawala solution tu ke mahkamah biar undang2 yang menentukan

      Padam
    3. Entah PANdir ni, inilah masanya Husang kena tunjukkan akhlak pejuang Islam yang baik, keluar secara bermaruah, jangan dicipta provakasi

      Padam
  3. Ni kes sama dgn kes chip lobai dgn 10 lobai malang menyamun duit atas nama Islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes macam timbul sebab Husang mencipta provokasi, tanah dah dimiliki oleh orang lain berambus lah Husang

      Padam
  4. DLM PAS TAKDE AHLI UNDANG2 KE

    BAHAYA KALAU PAS MEMERINTAH... GUNA UNDANG2 HJ HADI

    NNTI AMANAT DIGANTI DGN PERLEMBAGAAN HJ HADI

    pas betul2 memalukan islam.. sgt huduh dan bodoh islam itu ditgn pas.

    agaknya org pas yg ramai saman trafik sebb bodoh undang2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes macam ni tak perlu pakar undang2, just simple understanding, tanah tu dah dijual dan pemiliknya adalah pembeli, yang pasti pemiliknya bukan Husang Jin

      Tengok geran tanah tu ada ke nama Husang kuasa 10?

      Yang bodoh ialah tanah milik orang lain mengaku tanah tu milkinya

      Bertingkat-tingkat lagi la kebodohan PANdir

      Padam
    2. patutlah pas teruk sekarang klu gini lah pemikiran mereka.

      entah apa lagi perkara lain akan guna pemikiran begini.

      sudahlah tafisr Quran dangkal.. asal berkawan dgn org bukan islam saja dianggap munafik dan musuh islam.

      hanya kafir mic dan mca saja yg mualaf suci.

      Padam
    3. Cuba hayati pesanan dan saranan Imam Syafei..

      Padam
  5. kenapa ahli2 PAS,terlalu taksub dgn PARTI pas pimpinan ulamaknya????
    walaupun kita rakyat biasa melihat pimpinan ulamak mereka bermewah2 dgn kereta,ada yg beli flat kereta sahaj rm100,000 ribu. dan pinpinanya tertingginya mendiamkan diri bila najib menyamun berbellion2 dduit rakyat susahkan rakyat dgn gst.

    Mereka MENdoktrinkan ahli2nya hanya melalui politk dunia yg dipimpin leh pimpinan pas shj boleh memerintah tidak orang2 kafir!! mereka menganggap lim guan eng itu tak layak diikuti sebab dia kafir.Sedangkan politik dunia,perlembagaan malaysia membenarkan rakyat malaysia memerintah dinegeri2.Ayat2 al-quran digunakan hujah untuk membenarkanya,hanya pemimpin islam sahaja,memerintah di negeri2 malaysia.

    Meemang BETUL,tetapi kalau di halusi ayat2 alquran/hadits, secara detail menjelaskan..Allah menetapkan pemimpin islam yg layak unutk umat ahkhir zaman adalah bukan dari kalangan Dari pemimpin politik dunia,ianya dari ulamak2 yg BERDAKWAH dimana orang kafir diharamkan diambil sebagai kawan,yg berdakwah tu macammana?? tentulah dakwahnya macam nabi s.a.w. umat akhir zaman sedang menunggu imam mahdi dan nabi isa.Mereka2lah akan pimpin kita nanti.tak politik dunia, sebab politik dunia banyak kelemahannya,salah-satunya tentang kemewahan dunia,jika tak kuat iman itulh yg terjadi sekarang ,perintah agama jadi berpilih-pilih.

    Inilah perbezaan TGNA dan TGHA..
    nik aziz faham akan hakikat ini,sbab remajanya dihabiskan berdakwah cara nabi.s.a.w.bila dia memerintah dia berdakwah dgn orng2 kafir,pemerintahannya >10tahun banyak penggal,beliau pergi,kerajaanya masih ada,Allah banyak memberi pertolongan padanya.
    Manakala Hadi ilmu agamanya hebat,tetapi pergaulanya terbatas.hanya kelompok-sendiri shj. Memerintah hanya sepengal shj.

    Kedua2nya bercakap pasal hudud,tetapi yg saorang lagi sudah tewas sudah bercakap pasal ruu355.yg saorang lagi TETAP dgn hududnya bersama dgn dap.

    Sebab TGNA faham akan ayat2 al-quran,itu diturnkan untuk siapa dan keterangan2,panduan allah.

    Rujukkan al=quran tafsir al=rahman malaysia.
    al-quran tafsir ulamak2 ,syria.
    al -quran tafsir iman sayuti -2 jalalin.

    wallah'
    ualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu hanya berani guna nama seseorang yang dah arwah, semasa hidup ATGNA tiada siapa pulak nak membezakan diantara mereka berdua

      Apabila salah satu dah kembali ke rahmatullah kamu ambil kesempatan, ini ke yang dikatakan akhlak terpuji?

      Kamu boleh sanjung Lim Guan Eng, itu pilihan kamu tapi kamu jangan memaksa orang lain ikut jejak kamu

      Kata-kata Imam Al Syafiee disalahtafsirkan mengikut selera, menunggu kemunculan Imam Mahadi, sementara itu ketepikan saja suruhan Al Quran dan Al Hadis, ketepikan apa yang ditegaskan oleh Ulamak2 dan Imam2 terdahulu

      Bunyi dah lain macam, Al Quran kena ikut zaman, berpolitik kena ikut dunia dan perlembagaan, ketepikan saja Al Quran buat sementara menunggu munculnya Imam Mahadi

      Patut la patah larangan Allah rupanya ini hujah kamu, tapi ia valid hanya untuk kamu saja, bukan kami dan kami faham situasi kamu

      Teruskan dengan kefahaman kamu, semoga kamu dapat petunjuk yang benar

      Cuma nasihat aku, agar lain kali jangan digunakan lagi nama Tuan Guru kami ATGNA untuk memburukkan orang lain, jaga akhlak






      Padam
    2. takde sapa paksa sokong sesapa.

      yg melabel munafik dan kafir harbi adalah pas.

      memang sgt berbeza tgna dan hj hadi.

      tgna menyantuni DAP malah hadir majlis karpal singh

      hj hadi memusuhi dap

      kami pun bukan taksub tgna tp pendekatan beliau memang baik dan sesuai dgn akhlak islam.

      sgt berbeza dgn hj hadi.

      Padam
  6. Ikutlah saranan Imam Syafei..

    Carilah ulamak yg dibenci oleh kafirun dan munafikun agar dapat membimbing kamu ke jalan Allah.. kedua2 TGHH dan TGNA telah berusaha melaksanakan hudud masing2 di Terengganu dan Kelantan.. hudud inilah yg amat ditentang oleh DAP sekarang ini.. inilah yg membezakan antara TGHH & TGNA dan TGAA & TGGS.. yg dibenci dan dicintai oleh kafirun dan munafikun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul saranan imam shafie tu.. tp klu nk ikut fahaman pas memang tk betul... pas saja yg suci dan murni.

      Padam
    2. Kalau benar PAS saja yg suci dan murni, pasti PAN tak tergamak nak fitnah RM90 juta ye tak?

      Padam
  7. Aku cuma berharap PAN Kelantan tidak lagi bergantung kpd nama2 manusia yg telah menghadap Illahi spt ATGNA dan Arwah Dato Rosli Ibrahim demi survival parti PAN di Kelantan..

    BalasPadam
  8. awang, ko jaga t'ganu cukuplah.. negeri sendiri pon x dpt perintah. lagi mau main kelantan ka..

    BalasPadam
  9. siapa ulamak yg dibenci munafikun dan kafirun?

    atau ulamak tu yg benci kafiran dan cop org lain munafikun.

    atau ulamak tu yg berperangai buat org kafir dan 'munafikun' benci dia?

    waaahh senanglah mcm tu.. kalau aku ulamak aku bebas lah buat sesuka hati tak perlu jg akhlak dan adab sopan.. nanti org kafir dan islam lain benci aku.. aku gunalah kata2 imam shafie utk kepentingan aku.

    aku ulamak aku label saja org kafir dan islam lain dgn label2 buruk.. dibeli diperkuda barua tolol babi dalam bukit. then bila depa marah aku, aku guna kata2 imam shafie.

    then aku rasuah, aku makan dedak, aku ponteng kewajipan di parlimen, aku jadi pasu bunga kt parlimen.. bila org tak suka aku, aku gunalah kata2 imam shafie tu.

    masalahnya siapa yg istihar seseorg itu ulamak? hanya kerana berkelulusan agama. ramai lagi org luar dr parti agama pun ada kelulusan agama.

    so siapa ulamak tu? yg digelar oleh manusia atau yg diiktraf Tuhan merujuk AlQuran dan Hadis.

    adakah ulamak tu ahli dewan ulamak pas saja? kalau gitu parti lain pun blh tubuh dewan ulama dap, dewan ulamak pkr, dewan ulamak Amanah dll. terus dpt jadi ulamak dan sesiapap in jgn tk setuju dengan mereka... nnti guna kata2 imam shafie.

    so kalau selain pas itu munafik dan kafir, siapa pula umno? mualaf?

    begitulah dangkalnya perasan ujud takabur dan riak yg ada dlm diri org pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. “waaahh senanglah mcm tu.. kalau aku ulamak aku bebas lah buat sesuka hati tak perlu jg akhlak dan adab sopan.. nanti org kafir dan islam lain benci aku..”

      Ko ingat ulamak ni dangkal macam yg ko tulis kt atas tu ke.. kalau perangai macam tu kita panggil ulamak biol sampaikan ada si kafir hina ilmuwan islam dgn panggilan SYAITON pun dia diam seribu barua.. ilmuwan islam Dr Zakir Naik adalah satu lagi cth ulamak bilamana dibenci oleh si kafir harbi sehingga menggelarnya SYAITON.... marilah kita sama2 hayati apa yg Imam Shafei sarankan.. aku nasihat aje.. terpulang kpd kau kalau masih nak ikut ulamak yg disukai oleh kafir dan munafikun...

      Padam
    2. zakir naik yesss.... ulama pas belum tentu betul

      Padam
    3. Kalau ulama pas maksum mana mungkin PAN tergamak fitnah RM90 juta ye tak?

      Padam
  10. ORG PAS MANA FAHAM UNDANG2.

    UNDANG2 HJ HADI YG TENTUKAN.

    KESIAN BETUL WALAUN PAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau paham undang2 jom kita tgk siapa pemilik terkini tanah tu.. kalau ada nama husang ataupun pemimpin pan yg lain, ok pas memang patut berundur.. keh keh

      Padam
    2. geran bukan nama pas, ia nama individu

      yg pas sibuk kenapa

      Padam
    3. Kan aku dah kata byk kali PAN ni bangang.. yg tak ada nama PAN pun PAN tak mahu keluar nape?

      Sekarang nama atas geran ahli PAS.. amacam sape yg patut duk dlm tanah tu? Takkan tokey korang DAP kut..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...