Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, November 21, 2017

Panas!! : Pas selamatkan Bajet BN 2018 KPDNKK bila 2 MP berkecuali

2 MP Pas yang berkecuali telah selamatkan Bajet 2018 KPDNKK hari ini.
Tindakan dua ahli parlimen Pas bekecuali dari mengundi dalam Dewan Rakyat hari ini telah menyelamatkan Belanjawan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Dalam pengundian belah bahagi untuk kementerian yang menjadi punca kenaikan harga barangan itu, BN telah mendapat 52 undi, pembangkang 51 undi manakala berkecuali dua undi.
Ahli parlimen yang berkecuali itu adalah Idris Ahmad (Pas – Bukit Gantang) dan Siti Zailah Yusof (Pas – Rantau Panjang).
Yang lebih menyelamatkan Bajet KPDNKK adalah tindakan Timbalan Speaker yang melambat-lambatkan mengumumkan pengundian untuk menunggu wakil rakyat BN masuk ke dalam Dewan, kata Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH – Sepang).
“Sekarang ini terbukti hasrat parti suci hendak menjadi ‘king maker’ di PRU dijelmakan malam ini,” kata Hanipa di facebook beliau.
Sebelum ini, 11 ahli parlimen Pas telah mengambil sikap berkecuali ketika pengundian untuk Bajet 2018.
Ekoran itu, beberapa aktivis AMANAH menyifatkan ahli parlimen Pas itu telah ‘mempasubungakan’ diri apabila tidak mengundi.
mdl
Picture

9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Eh ye ke?? Bukan 26 MP PH yg kaki ponteng tu ke yg selamatkan BAJET BN 2018? Keh keh. Kalau nak klepet bukan org PAS, tapi org PAN ok? Boleh? Keh keh..

    BalasPadam
  3. Mohon dedahkan sapa 26 MP PH tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Admin bermimpi 15kali mcm husam tugu.
      Takyah layan sgt...giler nanti..hehehe

      Padam
  4. pas parti suci ni ada pikir pasal kesusahan rakyat ka? jgn hanya pandai main cerita akhirat jek... lu punya org pun main kereta mewah juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiranya haprak jer yg pikir pasal kesusahan rakyat!??
      Habis kenapa jadikan penyamun besar sebagai pengerusi haprak????
      Pengerusi haprak punca konsesi tol berat sebelah...tarif letrik melambung dgn perjanjian berat sebelah...anak waris proksi dan kroni dikayakan...wang rakyat dihabiskan utk bailout syarikat anak dan kroni.Banyak lagi tapi rasanya korang lbh tahu....hehe
      Cuma memalukan pengikut haprak jadi munafik menyembah penyamun yg pernah menyusahkan rakyat sebagai pengerusi mrk...hehehe

      Padam
    2. Parti suci sebab pemimpin dan jemaahnya pun suci, yang tak suci akan selalu mengatakan orang lain suci, sebabnya mereka tak suci

      Nabi Lut pun dihalau oleh kaumnya disebabkan Nabi Lut suci dari amalan gejala songsang

      Sepatutnya MP 26 yang tak suci yang kena bertanggungjawab bukan MP 2 yang suci dipersalahkan

      Padam
    3. Setuju tuan.. alhamdulillah.. ianya ibarat doa sebenarnya.. tapi doa org teraniaya lebih makbul daripada doa khadam dap..

      Padam
  5. Secara tak sedar Haprak telah mempromosikan PAS sebagai 'King Maker'....hebat PAS

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...