Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Oktober 25, 2017

Wisma Tok Guru : KANUN desak Pas tunjukkan bukti perjanjian jual beli

Wisma Tok Guru : KANUN desak Pas tunjukkan bukti perjanjian jual beli
Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) mencabar Pemuda Pas untuk mendedahkan butiran perjanjian itu bagi semua pihak mendapat ketepatan maklumat jika terdapat pertindihan tuntutan oleh waris-waris terhadap tanah di mana terletaknya bangunan Wisma Tok Guru.
Timbalan Pengerusinya Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, KANUN juga was-was bahawa pemilik tanah baharu itu memegang tanah sebagai amanah kepada Pas kerana tidak mendapati sebarang catatan ‘pemegang amanah’ di atas geran hak milik tanah tersebut.
KANUN juga memandang serius tindakan Pemuda Pas yang membuat provokasi melampau di perkarangan Wisma Tok Guru di Salor, Kelantan.
“Tindakan Pemuda Pas berkumpul beramai-ramai dengan diketuai oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda Pas Kelantan merangkap Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dalam cubaan untuk memasang bendera Pas di perkarangan Wisma Tok Guru adalah suatu tindakan samseng dan tidak mencerminkan doktrin atau prinsip matang dan sejahtera.
“KANUN menegaskan bahawa Pemuda Pas seharusnya mendukung prinsip kedaulatan undang-undang. KANUN menyatakan bahawa berdasarkan prinsip ekuiti, AMANAH Kelantan telah menduduki tanah tersebut dengan kebenaran tuan punya asal malah telah mendapat kebenaran bertulis daripada penama tanah dan tuan punya asal tanah tersebut.
“KANUN percaya AMANAH Kelantan mampu untuk mempertahankan Wisma Tok Guru itu berdasarkan prinsip ekuiti yang diamalkan di Malaysia.
“KANUN juga menyatakan bahawa tidak berbangkit isu kenapa Datuk Husam Musa tidak memulakan saman ke atas pemilik tanah baharu kerana pada asasnya prinsip ekuiti digunakan sebagai perisai (“a shield not a sword”),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru dalam kenyataan itu KANUN mempersoalkan bagaimanakah peguam Pas yang ramai daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) atau Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi (JUHAM) Pas gagal menasihati Ketua Pemuda Pas Pusat dan Ketua Pemuda Pas Kelantan tersebut untuk tidak membelakangkan proses perundangan.
“KANUN menyatakan bahawa AMANAH Kelantan bukanlah menduduki Wisma Tok Guru seperti setinggan. Bahkan, jika ianya setinggan sekali pun, tuan punya tidak berhak untuk menghalaunya melainkan dengan mendapat perintah Mahkamah terlebih dahulu. Inikan pula kedudukan AMANAH Kelantan yang telah menduduki tanah itu dengan kebenaran pemilik asal.
“KANUN juga hairan adakah wujud mana-mana peguam yang menasihati Pas tentang tatacara dan prosedur pembelian sesuatu tanah?
“Lazimnya, bagi pembelian setinggi RM700,000 ianya akan diperincikan dalam satu perjanjian jual beli. Perjanjian jual beli itu pula akan memperincikan kaedah pembayaran dan kaedah penyerahan kosong sesuatu hartanah.
“Penyerahan kosong hartanah pula akan bergantung kepada keadaan semasa hartanah itu sama ada didiami oleh penyewa atau orang yang diberikan kebenaran.
“Jika pembeli mendapati hartanah itu didiami oleh orang lain, maka sebelum baki wang pembelian dibayar sepenuhnya penjual perlu memastikan tanah itu benar-benar kosong dan tiada isu-isu yang masih tergantung di mahkamah,” ujarnya.
Terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa dipetik berkata, beliau kesian kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakub kerana tidak dapat mengawal anak buahnya dalam mencari jalan penyelesaian bagi pertikaian Wisma Tok Guru.
Ujar beliau, dalam hal sekecil itu pun Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan gagal hendak mengendalinya, maka akan jatuhlah maruah Pas.
Husam juga berkata, beliau menerusu KANUN telah menubuhkan satu kumpulan yang dibarisi beberapa peguam untuk memfailkan kes perebutan itu ke mahkamah agar penyelesaian dapat dilakukan melalui proses undang-undang.
mdl
Picture

4 ulasan:

  1. KANUN tak faham jual beli tanah, sila rujuk pejabat tanah

    BalasPadam
  2. huhhh... pandainya dia..

    BalasPadam
  3. KANUN ni bukan jabatan kerajaan yg PAS perlu patuh.. cukuplah sekadar geran yg tak ada nama husam dan KANUN.. KANUN sangka PAS perlu patuh kepada KANUN sebagaimana PAN patuh kpd DAP selama ni.. kahaaaaakkk ptuiii...

    BalasPadam
  4. KANUN boleh pergi ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu dan dengan bayaran beberapa ringgit sahaja dia boleh dapatkan "Cabutan" dari geran Tanah tersebut, semua maklumat mengenai Tanah tersebut ada tercatat disitu. Siapa pemiliknya, terlibat dengan gadaian ataupun tidak, milikan sementara, pajakan atau kekal, semuanya ada. Kalau masih tak puashati dengan apa yang tercatit pada geran tersebut, boleh bawa ke mahkamah. Sekiranya mahkamah membuktikan bahawa penama pada geran tersebut adalah tidak sah barulah AMANAH boleh ambil Tanah dan bangunan tersebut. Sebelum keputusan mahkamah keluar dia menjadi milik penama yang tercatat pada geran. Ada faham?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...