Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Oktober 11, 2017

Felda: Bila beli Ferrari pakai duit rakyat, rakyat yang rugi

Felda: Bila beli Ferrari pakai duit rakyat, rakyat yang rugi
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menempelak Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad kerana memperlekehkan skandal kewangan Felda Global Venture (FGV) apabila menyamakan penjualan hotel di London seumpama sebuah kereta Ferrari yang boleh dijual.
Sedangkan menurut Rafizi, pada Februari lalu media melaporkan Shahrir pernah mempersoalkan kehilangan sejumlah RM4.3 bilion wang Felda.
“Tan Sri Shahrir sendiri yang mencari ke mana hilang RM4.3 bilion wang Felda hasil dari menjual hartanya di pasaran saham melalui penyenaraian FGV.
“Sedangkan wang Felda yang telah dibelanjakan dan tidak diterjemahkan kepada keuntungan kepada peneroka dan kerajaan bukannya RM4.3 bilion tetapi RM11.4 bilion,” ujarnya dalam kenyataan hari ini yang diadakan di Ibu Pejabat Invoke.
Justeru katanya, apabila Shahrir mengumpamakan penjualan aset seperti hotel di London seumpama menjual Ferrari yang jarang dipakai, Shahrir, ujarnya lagi, seolah-olah lupa bahawa Ferrari yang dibeli itu mengunakan wang rakyat.
“Apatah lagi dalam keadaan wang itu adalah sebahagian daripada durian runtuh hasil daripada keringat peneroka dan pengurusan terdahulu yang dibelanjakan secara besar-besaran oleh kepimpinan Felda Datuk Seri Najib sejak 2010 sehingga meningkar sekitar RM11.4 bilion.
“Tan Sri Shahrir juga menyebut penjualan hotel itu hanya menjatuhkan air muka sahaja tetapi tidak merugikan Felda adalah tidak tepat.
“Hakikatnya hotel itu belum lagi dijual dan telah berada di pasaran sejak Julai 2017 lagi dan semakan saya menunjukka sehingga kini belum ada pembeli,” ujarnya.
Justeru kata Rafizi lagi perumpaan yang lebih tepat ialah Ferrari yang dibeli pada ketika Felda kaya pada satu ketika dahuku kini ditarik balik pada masa baki pinjaman kereta belum lagi langsai.
“Apabila dicampur dengan belanja minyak, tukar tayar dan servis yang cukup mahal beberapa tahun lalu apabila Ferrari itu ditarik kerugian semakin besar,” ujarnya.
Menurut Rafizi lagi, melalui Invoke beliau akan mendedahkan lagi akan pembiayaan untuk membayar insentif peneroka Felda yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini ujarnya, semakin menjerut Felda yang seolah-olah Felda sedang melelong harta untuk mencari wang membayar hutang dan menyogok peneroka Felda demi satu undi dalam PRU14, katanya.
mdl
Picture

18 ulasan:

  1. Memang rakyat yang rugi macam INVOKE, Rafizi bayar Rafizi, yang bengap rakyat yang percaya dengan Rafizi.

    Rakyat yang bengap derma pada Rafizi, Rafizi pulak guna duit rakyat bayar pada Rafizi.

    Kata nak saman, tak saman2 pun.

    BalasPadam
  2. beli mahal jual murah mampooos peneroka tanggung hutang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peneroka dipermainkan sejak dari zaman Madey lagi, sekarang mereka dah berkarat dengan UMNO, susah nak tanggal. Salah Madey jugak, kini Najib sambung apa yang dilakukan oleh Madey Mahafiraun.

      Padam
  3. Tanpa nama 11.00 PG. Apa yg ko mengarut ni? Penjelasan ttg rafizi bayar telah diperjelas sejelas jelasnya. Malah rafizi dlm proses menyaman penjilat rosmah tu. Ko ni update tak maklumat yg ko ada? Atau jenis sekali dengar terus percaya smpi mati? Setakat bodoh ok lg kot tapi kalau dah bodoh buat fitnah pulak, ko ingat akan lepas begitu saja? Nasihat ini ikhlas, tapi utk org2 yg berakal dan berniat mencari kebenaran. Tapi tgk gaya posting ko, tak pasti le aku samada ko layak diberi nasihat. Khalas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh pakai penjelasan dari Rafizi, selagi belum saman pembantu Rosmah dan belum terbukti bahawa Rafizi adalah seorang yang bersih selagi tu rakyat nampak Rafizi kaki penipu, Rafizi bayar Rafizi. Orang bodoh macam kalian amat mudah ditipu.

      Padam
  4. Betul bengap tanpanama 11.00 ni. Dia ingat pagi ni ckp nak saman, sebelum pukul 12 tghari, saman dah berjalan. Kesian betul aku tgk level IQ ko.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah berminggu dah Rafizi kata nak saman, bukan pagi tadi, bahalol.

      Padam
  5. Tu contoh le bodoh, proses saman menyaman ni ambil masa. Cheh, menyesal ckp dgn org bodoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ek eleh bangang, pembantu Rosmah bukan kat London bodoh, kat Malaysia ni dalam masa 24 jam boleh boleh bertindak, at least buat la laporan polis pada hari yang sama kalau betul difitnah, kalau berani la, pengecut macam Rafizi mana ada telur. Bodoh punya pengikut.

      Padam
  6. Dah pandai sikit sibodoh ni. Ingat, pandai sikit je, bodoh masih byk.

    BalasPadam
  7. Apa kata dia mcm tu bro. Ini urusan saya dgn dia. Walaupun dia bodoh, dia masih pandai menjilat.

    BalasPadam
  8. Bukan apa bang, rafizi yg bongkar byk kecurangan pemimpin, dia kata takada telur. Kalau rafizi yg berani mcm tu takada telur dia ni mesti takada batang. Yg confirm selalu pakai lidah. Hobo Menjilat le katakan.

    BalasPadam
  9. Hahahaha sekarang oan dah bg alasan yg dia sendiri pertikaikan dulu.. dulu masa pas belum saman SR di london apa yg pan tak kata dan tak kutuk pas? Sekarang ni dah kena batang hidung sendiri pandai pulak kata mana boleh cepat, amik masa lah, apa ke lobang lah..

    Aku cuma berharap rafizi jadi saman pembantu rosmah tu. Itu pun kalau rafizi berani macam pas..

    BalasPadam
  10. Jgn mcm tu bang, cer baca posting dia, pakar undang2 ni bang. Cuma dia tak kata pulak nama2 yg rafizi sebut wajib saman rafizi. Maafkanlah dia bang, spesis jenis ni perlu wujud. Kos hidup mahal skrg bang. Ada le sikit hiburan dengar dia makihamun, mencarut dan bg idea lucu ni. Dah bang dah, jgn kutuk dia lg.

    BalasPadam
  11. Aku harap sgt wanrosli sahut cabaran mohd nasir utk jawab mr nobody kat blog sisi bukit. Dah lebih 24 jam dah ni. Takkan nak biarkan org kata ko bodoh wan?

    BalasPadam
  12. Apa le ko ni wan, sana sini org kata ko bodo. Tu le sbb dr dulu aku suruh ko simpan kebodohan ko tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa perkataan lagi org nak guna selain perkataan tu setelah segala hujah dia dah tak terjawab?

      Padam
  13. PKR=UMNO,PH=BN, Anwar=Mahathir, semuanya kaki temberang

    Semasa Mahathir berkuasa, mana-mana pemimpin yang cuba menegur kesilapannya, samada dari partinya sendiri apatah lagi pembangkang, dia menjadikanya musuh. Mahathir memecat Anwar setelah Anwar cuba menyekat Mahathir dari memonopoli kekayaan Negara untuk keluarga dan kroninya lalu mencari alasan pemecatan dengan menuduh Anwar sebagai peliwat. Anwar pula menjadi bertambah agresif menuduh Mahathir telah merompak harta rakyat untuk mengkayakan kroninya, telah menuduh Mahathir memperjudikan wang Negara dalam Forex melalui proksinya pada masa itu iaitu Tan Sri Mohd Nor Yaacob. Tetapi apabila kedua-duanya duduk dalam kandang yang sama, anwar telah membersihkan Mahathir dalam isu forex semasa dipanggil sebagai saksi RCI baru-baru ini. Mahathir pun begitu, kesalahan moral Anwar (yang tidak melayakkan menjadi pemimpin) yang telah dijaja bertahun-tahun telah bersih dengan sendiri. Sedangkan Anwar masih lagi terpenjara kerana kesalahan meliwat. Itu lah contoh perangai dua orang bekas perangai pemimpin UMNO.

    Kita tengok pula perangai pemimpin UMNO yang masih berkuasa pada hari ini. Mana-mana menteri yang letak jawatan atau dipecat kemudian cuba memburuk-burukan BN atau pemimpin yang masih berkuasa akan disiasat dengan pelbagai tuduhan, contohnya DS Husni Hanzalah bekas menteri kewangan kedua, dan terbaru DS Shafie Afdal, kaum kerabatnya telah ditahan SPRM, mungkin sejam dua lagi gilirannya pula. Tetapi kalau pemimpinnya rasuah atau kesalahan moral lain yang membela UNMO semuanya selamat, tengok saja Anuar Musa, berapa banyak duit yang hilang masa dia jadi menteri pembangunan luar bandar dulu, masih ada jawatan dalam parti dan GLC.

    Kesimpulan PH kalau dia dapat kuasa dia akan ulang apa yang BN lakukan pada hari ini dan sebelum ini. Kaedah Rafizi bayar Rafizi telah lama diamalkan dikalangan wakil rakyat BN semenjak zaman Mahathir lagi. Najib cuba buat pembaharuan dengan kaedah 1MDB bayar Najib.


    Tapi tak apa.. sekiranya Najib disingkirkan dari partinya dan tempatnya digantikan oleh DS Zahid Hamidi, DS Najib boleh masuk PH untuk melawan partinya semula seperti yang Mahathir lakukan, Najib pun akan bersih dari isu 1MDB, sebagaimana Mahathir telah bersih dan suci murni dari sebarang kesalahan semasa berkuasa dulu.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...