Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Ogos 02, 2017

Yb Khalid : Pas berjangkit 'penyakit' Umno,

Khalid Samad02
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad menyifatkan Pas bersikap seperti Umno yang berbangga dengan jumlah kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Menurutnya, Pas menganggap mendapat sokongan rakyat teramai padahal prestasi parti berkenaan pada 2013 dibantu pimpinan lama Pas yang pada masa ini bersama AMANAH.
"Sedikit sebanyak 'penyakit' yang dihinggapi Umno-BN telah menjangkiti Pas. Mungkin ini disebabkan mereka kerap bertemu dan kadang-kadang berkongsi bantal yang sama.
"Bukankah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusof Rawa, Datuk Husam Musa dan lain-lain telah turun berkempen di seluruh negara untuk calon-calon Pas?
"Bukankah Dr Hatta pengarah pilihan raya Pas pada ketika itu?" soalnya yang menyifatkan Pas sepertimana Umno-BN lupa peranan pimpinan lama dalam memenangkan calon-calon parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu turut mengingatkan Najib Razak tidak harus berbangga dengan 88 kerusi Parlimen yang telah dimenangi Umno-BN.
Tanpa sumbangan 'pesara politik' yang dicemuh Presiden Umno itu, jelasnya, pencapaian Umno-BN jauh lebih buruk.
"Sebahagian darinya, kalau tidak kesemuanya, dimenangi dengan bantuan 'pesara politik' seperti mana digelarnya, yang sekarang ini bersama PH (Pakatan Harapan).
"Tanpa mereka (Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Mahyuddin) sudah pasti prestasi Umno-BN akan semakin terjejas," tegasnya dipetik dari akhbar keluaran terbaharu AMANAH Edisi 61, 30 Julai - 5 Ogos.
Beliau berpendapat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz telah berperanan membantu Umno-BN untuk merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat pada 2013.
"Atau Najib menganggap Kedah dirampas kembali semata-mata atas kekuatan dirinya sendiri tanpa bantuan Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz?
"Dan tidakkah begitu juga di Johor? Tidakkah Tan Sri Mahyuddin berperanan membantu Umno-BN supaya terus berkuasa di negeri Johor?" soalnya.
Paling kurang 80 kerusi
Mengulas lanjut, Khalid berkata, keadaan DAP sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak tidak semestinya kekal jika Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan di Putrajaya selepas PRU-14 dengan paling kurang memperoleh 112 kerusi Parlimen.
"Sekiranya DAP kekal dengan 38 kerusi atau bertambah menjadi 42 kerusi sekalipun, jumlah kerusi AMANAH, Keadilan dan PPBM mesti melebihi 80 kerusi.
"Ini bermakna kerusi yang dimenangi tiga parti ini mesti bertambah dari 37 yang ada sekarang ke paling kurang 80 kerusi. Dan ini bukan sesuatu yang mustahil memandangkan sokongan terhadap tiga parti ini sedang bertambah hari demi hari," ujarnya lagi.
mdl
Your image is loading...

9 ulasan:

  1. Kita tengok PRU 14 nanti siapa yang rebah.

    Pengkhianat dan barua DAPigs.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nada2 kecewa seorg walaun yg bakal melihat partinya menjadi dah tak relevan lepas pru nanti...kesiannn

      Padam
    2. Kami PAS tidak pernah rasa kecewa dengan perjuangan Islam, yang akan kecewa nanti adalah mereka yang mementingkan jawatan dan kuasa sehingga rakyat marhaen pun diperbodohkan dengan lakunan yang jijik.

      Padam
  2. Cukup2lah tu kaitkan pas dgn PH.. kami tak sudi bersama PH.. malah dah serik dgn penerimaan PH terutama PKR dan DAP kpd agenda islam.. semua kali putarbelit.. mujur pas dah tak sanggup lagi utk terpedaya mcm sebelum ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcmlah umngok tu jujur sgt nak islam... x payah bisinglah... kami dah tau peranan pascai tak lebih hanya sbg macai yg akan pecahkan undi pmbgkang dan seterusnya jadi talian hayat buat umngok...paham x walaunn...

      Padam
    2. Boleh dikira umno ada sikit kejujuran jika dibandingkan dengan PH yang penuh dengan pemimpin hipokrasi.

      Kalau nak pembangkang menang diminta PH yang baru setahun jagung jangan mengacau undi jika PAS bertanding, jangan jadi penyambung hayat kepada BN.

      PH tertubuh pun kerana kekeliruan yang ketara, sehingga ke hari para khadam PH masih keliru.

      Hanya PAS yang tidak terheret dengan lakunan manusia hipokrit, sebabnya PAS adalah parti yang berpegang pada prinsip yang tidak mudah diperbodohkan oleh pemimpin hipokrit PH. Kesian Pancai yang mudah diperdaya.

      Padam
  3. DOMPETCASINO SITUS JUDI ONLINE CASINO ONLINE DAN SABUNG AYAM

    Situs judi online saat ini sudah menjadi hal yang sangat banyak di jumpai di dunia internet. Salah satu permainan judi online yang paling digemari saat ini adalah poker online dan casino online. Oleh sebab itu kini hadir situs judi poker dan dominoqq online yang bernama Dompetcasino. Kami kini ikut hadir untuk membantu memenuhi permintaan para pejudi online. Dompetcasino sendiri juga menyediakan 7 jenis games yang bisa anda mainkan cukup dengan 1 User ID saja. Game tersebut adalah sabung ayam, baccarat, sicbo, rulette, dragon tiger, slot game dan casino online. Permainan yang kami sediakan tentunya cukup lengkap dong ya.

    PELAYANAN TERBAIK SITUS JUDI ONLINE DOMPETCASINO

    Untuk menjadi sebuah situs judi online yang berkualitas, tentunya pelayanan yang kita berikan juga tidak perlu dipertanyakan lagi. Karena kami Dompetcasino selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk member kami. Jika tanpa member setia yang bermain Bersama kami, kami tidak ada apa apanya. Karena itu, bagi kami setiap member adalah raja bagi kami. Oleh sebab itu kami menyediakan layanan livechat dan CS 24jam nonstop. CS yang kami sediakan juga siap melayani semua keluhan atau pun saran anda. Mulai dari persoalan transaksi,games mulai dari poker online hingga casino online. Intinya adalah CS kami bersedia membantu anda kapan pun dan apa pun permasalahan yang anda hadapi.

    PENAWARAN BONUS JUDI ONLINE CASINO ONLINE DAN SABUNG AYAM

    Kami juga memberikan beberapa jenis bonus untuk member kami. Hal tersebut tentu saja sebagai komitmen buat member kami yang sudah sangat setia bermain Bersama kami. Bonus tersebut seperti bonus cashback 2%. Kami juga menawarkan bonus referral sebesar 2%. Bonus referral bisa di dapatkan dengan mengajak teman anda bermain di situs judi online Dompetcasino. Bonus referral akan masuk secara otomatis ke akun anda setiap teman anda bermain. Jadi apalagi yang anda tunggu? Ayo coba peruntungan anda hari ini dan menang sebanyak-banyaknya di Dompetcasino. Mari daftar sekarang dengan menekan tombol daftar di atas atau menguhubungi livechat kami. Dompetcasino situs judi online, casino online dan casino online terbaik di Indonesia.

    casino online
    situs judi
    judi online terpecaya
    sabung ayam online
    dompetcasino
    situs poker
    <a href="http://www.dompetpkr

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...