Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Julai 01, 2017

Yb Dato Husam mampu ikut jejak Tuan Guru Nik Aziz

Pemimpin Amanah Kelantan yang juga mudir pondok Baba Zulkarnain makan bersama Kit Siang di rumah terbuka Amanah Nasional di Kota Bharu semalam.
Datuk Husam Musa yang dianggap tokoh paling sesuai mengetuai kerajaan Kelantan mampu menjadi pengganti Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin contoh.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata di negara ini amat sukar ditemui pemimpin yang boleh jadi ikutan rakyat dari segi ketelusan dan sifat sederhana.
"Rakyat bukan sahaja di Kelantan, malah seluruh negara akan mendapat tokoh disegani bila beliau (Husam) menjadi menteri besar Kelantan selepas pilihan raya umum nanti," katanya di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran bersama DAP Cawangan Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kelab Suara Muda, Kota Bharu petang semalam.
Beliau yakin pilihan raya kali ini akan menyaksikan perubahan menyeluruh di peringkat negeri dan persekutuan.
"Harapan saya, rakyat Kelantan akan memilih (Datuk) Husam (Musa) sebagai menteri besar.
"Dan tahun depan saya akan datang lagi untuk menghadiri rumah terbuka Pakatan Harapan bersama menteri besar yang baru," katanya.
Mengenang Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Kit Siang menyifatkan Almarhum sebagai pemimpin contoh yang menjadi inspirasi kepada rakyat.
"Bukan sekadar di Kelantan, seluruh Malaysia mengkagumi dan mahu mencontohinya," katanya.
Lim yang dalam aturcara jelajah raya Pantai Timur sebelum itu menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Amanah Nasional di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu.
"Hari ini masuk hari ketiga saya di Pahang dan Kelantan meraikan hari raya," katanya.
mdl
Picture

11 ulasan:

  1. hebat lim kit siang. Mampu bandingkan dgn TGNA dgn husam. Mcm dia penentu percaturan politik ph.

    BalasPadam
  2. ATGNA sendiri pun tidak rela husang kuasa 10 jadi MB sebabnya husang nih banyak sangat menipu ATGNA, kafir DAPigs belum kenal lagi siapa husang kuasa 10 ni.

    Memang haprak suka berangan dengan jawatan dan kuasa daripada PM, MB hingga ke jawatan ketua kampung. Hampas.

    BalasPadam
  3. Hinanya jadi pemimpin pan .. nak lantik ketua jika menang pun perlukan tglks's blessing.. sehinggakan tglks dianggap lebih berwibawa daripada tgaa di mata ahli2 pan.. syukurlah korang dah berambus dari pas dgn kerelaan hati bukan dihalau oleh TGHH yg kami kasihi!

    BalasPadam
  4. Kita akan tengok siapa yg akan dihina oleh Allah SWT nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah SWT tidak akan menghina makhluknya melainkan makhluk itu sendiri mencipta penghinaan untuk dihina.

      Padam
  5. taik dah naik kepala

    BalasPadam
  6. Khadam mahdey nak diangkat jadi mb...kelakor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak diangkat ok lagi tapi diangkat oleh kafir tu yg dah sah barua tu..

      Padam
  7. Nok bagi nik amar jd mb, hacurlah klate napoknya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hancur lagi Kelantan kalau dibawa masuk avengelis kristian, lgbt, pusat judi dan pusat pelacuran macam Penang, Na'uzubillah.

      Padam
    2. Kalau pan perintah kelantan aku bimbang segala keputusan mengenai agama islam perlu dirujuk kpd dap terlebih dahulu..lihatlah nasib fatwa negeri yg terlebih dahulu dibelek oleh si mb kafir sebelum sampai kpd YDPA..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...