Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Julai 14, 2017

Terbaik!! : Anwar Ketua Umum, Mahathir Pengerusi, Wan Azizah Presiden Pakatan Harapan


iklan : www.jomservis.blogspot.my
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju secara konsensus untuk  menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu dengan meletakkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Harapan, Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Pengumuman struktur Pakatan Harapan ini telah dibuat Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini selepas lebih 4 jam mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan.
Bagi jawatan Timbalan Presiden diwakili  Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Naib-Naib Presiden diwakili TImbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir , Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Ketua Setiausaha Datuk Saifuddin Abdullah dan Bendahari M. Kula Segaran.
Turut diumumkan malam ini adalah logo Pakatan Harapan yang akan dikenali sebagai 'Harapan' yang dijangkakan akan didaftarkan ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)  selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu.
Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini mengadakan mesyuarat bagi memuktamadkan rundingan gabungan itu untuk menetapkan pimpinan utama dalam Pakatan Harapan.
Struktur organisasi Pakatan Harapan, yang terdiri daripada pemimpin utama dari parti PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mesyuarat yang bermula jam 9.30 malam ini masih lagi berlansung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Sumber diperoleh sebelum ini membayangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan utama dalam gabungan itu, mungkin sebagai pengerusinya, sementara beliau masih di penjara.
Bagaimanapun, sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, beliau akan memastikan Anwar dibebaskan dari penjara dan diberi pengampunan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun untuk sabitan kes Liwat II, satu pertuduhan yang didakwanya bermotivasi politik.
Sebagai rekod dalam senarai pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang tersebar pada awal bulan lalu, Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir dikatakan dilantik sebagai pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat Pakatan Harapan.
Dr Wan Azizah pula dikatakan menjadi timbalan pengerusi, sementara Azmin sebagai timbalan presiden, manakala Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu pula sekadar menjadi naib presiden Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 14 Jun lalu menafikan Dr Mahathir akan dilantik sebagai pengerusi dan parti itu mempunyai struktur organisasi berbeza daripada senarai tersebar itu.
 mdl
Picture

29 ulasan:

  1. Satu Malaysia sudah diperbodohkan oleh Mahathir dan Anwar, adakah tuduhan Mahathir keatas Anwar adalah betul2 fitnah? Rakyat masih keliru, the return of mahafiraun.

    Hanya PAS yang terkecuali dengan permainan gila Anwar-Mahathir. Syabas PAS kerana lebih bijak menilai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 pas bijak merompak balak kelantan... selain tu bijak tgk porno german. kahkahkah

      Padam
    2. Kesian walaun dah takder modal... tulah lain kali jgn sokong membabi buta...rajin2 sikit membaca... totok walaun rupanya lagi parah drp pentotok umngok... aduhaiii...

      Padam
    3. Betulkan ayat tu...bukan satu malaysia dibodohkan... kau jea sorang yg bodoh... hehehee...

      Padam
    4. Bijaksana bijaksini PAS....hutan sejuta ekar digadai kepada syarikat tanpa pejabat. Bijaksana bijaksini PAS....Pemimpin semakin mewah, pula yang salah.....Bijaksana bijaksini PAS....mulut pemimpin yang celupar, ahli-ahli kena bagi derma....Bijaksana bijaksini PAS....Presiden punya sayang perompak tapi Timbalan cakap lain pula....Bijaksana bijaksini PAS....Konsert artis sudah boleh dibuat secara terbuka selepas ketiadaan Tok Guru....Bijaksana bijaksini PAS....Presiden cakap DAP cina tapi MCA kawan baik....Bijaksana bijaksini PAS....Yang saman MCA tapi DAP juga yang salah.....Bijaksana bijaksini PAS....Dengan ahli bawahan diajak debat tapi takut debat bila Husam datang....Bijaksana bijaksini PAS....

      Padam
    5. Walaun mmg buta kayu... asal ularmak jea mesti semua betul... islam tu mcm hak peribadi dia jea... org lain x boleh... yee deee pigiii daahh...

      Padam
    6. Kita ikut penegasan Imam Al Shafie untuk memilih ulamak yang akan membimbing kita bukan ikut kitab sarawak report.

      Padam
    7. Kalau haprak bukan saja tengok porno siap cabul lagi, isteri orang pun dibedalnya....kehkehkeh

      Padam
    8. Kita membaca pun ada batasnya, Al Quran saja yang patut dibaca dan patuhi segala isinya bukan sarawak report....kuikuikui

      Padam
    9. Saya betulkan semula, yang diperbodohkan oleh Madey bukan semua rakyak Malaysia tapi pemimpin-pemimpin haprak dan pengikutnya saja yang telah berjaya diperbodohkan oleh Madey.....kehkehkeh

      Padam
    10. Manusia yang bijaksana ialah manusia yang sentiasa meletakkan Al-Quran dan hadis sebagai rujukan.....hebat PAS kerana PAS meletakkan Al Quran dan hadis sebagai sempadan, bukan tunduk pada kafir....

      Padam
    11. Maki hamun org, fitnah membabi buta, mungkir dgn janji yg telah dimeterai, ponteng parlimen, lepas u turn u turn itu kau kata ikut al quran dan hadis... ngok tul walaun malas membaca ni...

      Padam

    12. MO1 musibat sekali lagi takut menyahut cabaran Tun M untuk bertemu di acara "Nothing To Hide 2.0"
      Inikah yang di katakan najib sebagai negarawan?? Negarawan taik kucing..!!
      24 jam kerja menipu dan membodohkan rakyat.....!!
      Ini juga membuktikan memang benar MO1 & Jho Low mentekedarah wang negara dan rakyat..!!!!

      Padam
    13. Ada tiga individu yang membodohkan rakyat, pertama najib jibby kedua madey dan ketiga amwar brahim.....habis jadi bodoh dengan permainan gila mereka....

      Padam
    14. Ngok lagi mereka yang ambil kafir jadi pemimpin, baca dan fahami isi Al Quran jangan jadi buta Al Quran, rugi, bukan baca sarawak report.....kihkihkih

      Kaki maki hamun, kaki fitnah dan kaki golongan melanggar janji dan sumpah kalian dah angkat mereka jadi pemimpin kalian sekarang, kesian la kat korang semua sebab mudah sangat diperbodohkan oleh mereka....kahkahkahkah

      Padam
    15. 24 jam ok lagi la, madey selama 22 tahun menipu bukan kira jam tahun beb, last2 korang angkat pulak mahafiraun memimpin korang....nasib korang la yer ....kahkahkahkah

      Padam
  2. Betul. PAS le parti politik yg melampau cerdiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS lah satu-satunya parti yang amat cerdik, sebabnya PAS tidak mudah tunduk pada munafikun dan kafirun.....kuikuikui

      Padam
  3. PM sementara takde dah tun m cakap.. harap dswa setuju keh keh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada PM sementara yang membawa maksud satu penggal at least, lebih tu atas inisiatif Madey memperbodohkan dan mempergunakan pemimpin haprak, kembang kempis hidung mereka yang menharapkan jawatan kerusi empuk.....kihkihkih....kesian.

      Padam
  4. Madey berjaya memperbodohkan pemimpin haprak, pancai ternganga kebingungan....kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg betul...
      Makin nampak kedunguan mrk bila mahdey mengawal haprak...
      Ntah apa ilmu yg org tua tu pakai sehingga wan jijah dan warisnya jadi lembam.Begitu juga dgn pelopor langkah kejang yg jadi bisu dgn dosa2 mahdey.
      Hebat juga kencing org tua tu..hehehe

      Padam
    2. Madey lagi bagus dr hj marang yg menyebelahi penyamun... ingatlah pengakhiran hidup seseorg bukannya permulaan... jika di takdir sebelum mati lim guan eng mengucap syahadah... ia beribu kali lebih mulia dr kita semua...

      Padam
    3. Itu kalau takdir je, tak boleh dijadikan sandaran, sama jugak kalau ditakdir najib insaf, bertaubat dan memohon maaf dari semua rakyat dengan perbuatannya dan memulangkan semua harta yang dirompak ia pun lebih pada seribu kali lebih mulia dari kalian semua, buat masa sekarang lim go end masih lagi kafir dan Allah SWT melarang mengambil kafir jadi pemimpin umat Islam, ada faham ke samdul?...apa punya pemikiran pancai macam ni? Madey pulak bila nak insaf dan memeohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia dengan memulangkan semua hak rakyat yang rompak sejak 20 tahun yang lalu.....

      Padam
    4. Bukan tun m dah bersih secara automatik ke bila join PH? Begitu juga TGLGE yg maksum di mata PH walaupun beli rumah banglo murah dari harga pasaran.. ntahlaa

      Padam
    5. An anon,

      Tak kira siapa la Madey ke, Lim Go End ke, Yiddin ke, TGHA ke atau Najib dengan Rosmah sekali pun apabila mereka keluar umno lalu mereka menyertai salah satu parti pembangkang kecuali PAS secara automatiknya mereka akan dilihat suci dimata pengikut haprak. Kriteria yang mudah dan simple.

      Diantara Anwar dan Madey masih ada perkara yang belum selesai menyebabkan keresahan pada rakyat yang mendokong reformasi.

      Prinsip didahukan maruh diutamakan.



      Padam
    6. Tongong punya walaun...kuman seberang laut sibuk kau teropong...gajah depan mata kau buat2 tak nampak jea...bila dah berbaik dgn umbgok, penyamun pun kau sanjung...tongong punya walaunn...

      Padam
    7. Kuman seberang laut lagi bahaya bang, boleh rosak anggota dalaman kalau bergabung dengan kuman ni, celaru pemikiran dibuatnya.

      Gajah dimata mata senang ditembak tak perlu teropong.....kihkihkihkih

      Padam
  5. Are you interested in joining the great illuminati, here is a life
    transforming opportunity into the world of the
    rich, you will be given $5,000 every two weeks as a membership
    blessings, powerful and famous.
    Inbox, OR send a friend request
    Whatsapp +13176681073

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...