Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 19, 2017

Panas!! : Pas tidak harus jadi talian hayat Umno-BN, kata PKR

iklan : www.gajimasyuk.com
Mohd Sharmizan Mohamad NoorPas tidak seharusnya menjadi talian hayat bagi memberi nafas kepada Umno-BN yang terbukti semakin tercungap--cungap kepenatan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Mohd Sharmizan Mohamad Noor (gambar) berkata, semua parti pembangkang sewajarnya menyedari betapa terbebannya rakyat dan negara akibat pelbagai kepincangan pentadbiran Umno-BN.
"Pelbagai isu kontroversi yang membabitkan Umno dan BN amat terserlah dan begitu ketara berlaku di hadapan mata.
"Takkanlah kita masih lagi tidak sedar mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang dikenakan oleh kerajaan termasuklah rakyat miskin dan daif.
"Isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menghantui pemikiran rakyat setelah seribu satu macam pendedahan penyelewengan dan ketirisan didedahkan hingga kini belum dapat diselesaikan," katanya.
Beliau juga berkata, selain itu isu Felda Global Venture (FGV) masih belum reda dan menjadi krisis yang amat mencurigakan rakyat sehingga kini.
"Terlalu banyak isu termasuklah peningkatan kos sara hidup dengan harga barang yang amat tinggi dan membebankan rakyat.
"Yang miskin bertambah merana dan sengsara, apakah ini pun tidak nampak di hadapan mata kita.
"Apakah kita masih lagi mahu membiarkan Umno dan BN terus menekan rakyat sehinggakan terdapat rakyat yang hidup melarat dan papa kedana?" soalnya lagi.
Oleh itu katanya, perlu ada persefahaman dan permuafakatan yang jelas sebagai asas kepada perjuangan bagi menumbangkan rejim zalim yang sedang menerajui kepimpinan negara tatkala ini.
Tambahnya lagi, matlamat utama rakyat kini adalah bagi menolak kepimpinan Najib serta Umno dan BN dan bukannya bersekongkol dengan mereka.
mdl
Picture

5 ulasan:

  1. Dari dulu hingga kini PAS hanya menentang UMNO/BN, dimana ada UMNO/BN maka disitu lah ada PAS sehingga boleh dikatakan UMNO/BN adalah musuh tradisi PAS.

    Tetiba datang parti baharu seperti PPBM dan PANdir mencelah untuk menumbangkan UMNO/BN katanya, walhal merekalah yang beri talian hayat kepada UMNO/BN.

    Contohnya diKelantan, bukan UMNO-BN yang menguasai Kelantan, kenapa pula Pakatun Hipokrit nak menentang PAS diKelantan dan memberi talian hayat kepada UMNO/BN?

    Kenyataan ini menggambarkan kekecewaan lantas menuduh orang lain diatas kesalahan sendiri. Elok muhasabah diri diatas apa yang melanda Pakatun Hipokrit yang masih lagi tergantung tiada penyelesaian.

    BalasPadam
  2. Mula2 tun m kata akan terima anwar jadi pm jika itu pilihan rakyat..

    Lepas tu bila dilantik pengerusi PH dia kata tiada pm sementara pulak.. so secara automatik dua org iaitu dswa (takkan dswa nak jdd pm bukan sementara) dan dsai (dsai takkan layak jd pm jika tiada pm sementara) berjaya dicantasnya..

    Bijak bijak tun m ni...

    BalasPadam
  3. Mengikut kata Kolik Samak tiada 'abang besar' dalam Pakatun Hipokrit, tapi Kolik Samak tak berani pula tegur Madey yang mengaku dirinya adalah 'top dog' dalam Pakatun Haprak, Kolik Samak ni tiada nilai disisi Madey kot.....kehkehkeh....cacarmarba akhirnya membawa rebah.

    BalasPadam
  4. He he he, pas nampaknya pupus slps ini...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...