Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Julai 23, 2017

Kesatuan kita kegerunan Najib

Iklan : www.jomservis.blogspot.my Izinkan saya menyorot kembali pertemuan terkini di antara saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri Malaysia merangkap rakan-seteru politik ayahanda tersayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang kini terkenal selaku tahanan politik Malaysia.
Bertempat di kota London, yang menemukan insan-insan sewarga sedang di perantauan  dan mengambil semangat Syawal, kami menumpukan kepada pembentukan sebuah pakatan berasaskan reformasi demi Malaysia yang terjamin.
Malangnya, media arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan telah mencalar pertemuan ini menerusi serangan peribadi setelah cubaan demi cubaan untuk menggugat kesatuan pakatan secara langsung dan tidak langsung dilakukan.
Semua serangan ini berpunca pasca berita bahawasanya Anwar dan Dr Mahathir telah mencapai kata sepakat membentuk barisan reformasi pembangkang menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melindungi kleptokrat dan perompak bangsa.
Jelas, asbab utama pertemuan adalah usaha konsisten yang mengutamakan negara daripada kepentingan ataupun kesengsaraan peribadi: dan ini petunjuk jelas bahawa mereka yang berada di dalam tampuk kekuasaan gentar dengan kesatuan ini.
Saat Dr Mahathir dan Anwar tampil bersama untuk rakyat, bakal menggegar persada negara yang julung kalinya bakal meraih semula negara dari tangan para perasuah-pemerintah elit.
Alangkah ruginya jika kita tidak mampu mengambil peluang ini, yang mana membuktikan kita di pihak yang benar memandangkan campur tangan melulu dari pihak atasan yang tampil dengan kenyataan balas dan serangan semberono. Tangkaplah kalau berani!
Batu asas untuk strategi BN telah dan akan terus berlandaskan konsep kolonial British yakni pecah dan perintah.
Kebergantungan kepada strategi pengundi hantu, dakwat 'tak kekal', membeli undi, dan persempadanan semula yang tidak sah - memperlihatkan agenda murahan BN untuk memecahbelahkan barisan pembangkang yang akhirnya mungkin membawa kepada perlawanan tiga atau empat penjuru.
Natijahnya, ini semua bakal membuahkan BN sebagai parti yang membolot semua kerusi.
Pada 2008, umum maklum bahawa Anwar telah mengepalai barisan Pakatan Rakyat dan mencatat rekod tertinggi pencapaian pembangkang di Malaysia. Bahkan, bertambah lagi dengan perolehan 52 peratus majoriti melalui undi popular pada tahun 2013 (meskipun setelah hampir 40 peratus kerusi-kerusi yang mengalami gerrymandering/persempadanan semula yang tempang).
Walhasil, dua tahun kebelakangan ini memperlihatkan momokan dan manipulasi pimpinan BN terhadap pemimpin kanan Pas menerusi acah-tidak-acah/bahas-bukan lulus RUU 355, yakni menyebabkan parti Pas menjauhi barisan pembangkang.
Dengan penarikan sebegini, BNl mungkin beranggapan bahawa mereka telah berjaya melumpuhkan barisan pembangkang. Syukur, berbekalkan segala daya dan upaya untuk mencantas plot jahat dan putar belit, terdapat beberapa pencetus upaya ke arah reformasi dan keadilan sebagai satu wadah penambahbaikan demokrasi di Malaysia.
Tumpuan-tumpuan demi mencapai kemenangan adalah (1) pemisahan antara Parti Amanah Negara daripada Pas, (2) penyatuan antara Amanah dan DAP serta parti PKR-Anwar, tambahan (3) perpecahan dari BN yang diketuai oleh tak lain tak bukan mantan perdana menteri Mahathir melalui pembentukan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Sementelah, pelbagai persefahaman dan rundingan melalui dokongan dan sepakat telah dilakukan dan diterima secara baik antara komponen parti-parti serta pemimpin Bersatu
Dengan jangkaan mengenepikan hasad politik dan permainan kuasa telah membawa sebuah formaliti kesatuan " 3+1" pakatan. Menelan kekecewaan, dan kebimbangan melanda pihak kleptokrat terutamanya 'Najib & Co', memperlihatkan minggu ini bakal merubah kenyataan tersebut. Ternyata, BN kecewa dengan kejayaan ini.
Lihat sahaja, dalam minggu ini, PM dan TPM masing-masing telah meluangkan masa dan berhempas pulas menyerang pemimpin pembangkang dan menjurus ke arah pengumuman yang dinanti-nantikan.
Ingatlah, bahawa kesemua ini hanyalah permulaan. Sebelum tamat PRU14, kita akan menerima serangan rutin dari kiri dan kanan serta kesemua arah, tidak kurang juga oleh serangan dalaman.
Kesimpulannya jelas, sesiapa sahaja yang mencari alasan untuk memecah belah pakatan, hanya akan memberi kelebihan kepada pemerintahan sedia ada, dan membenarkan rejim semasa bernafas lebih lama hanya kerana ketidakupayaan kita untuk bersatu.
Justeru, pelebaran sayap barisan pembangkang akan berdiri teguh di atas prinsip keadilan dan reformasi, dan menjadi ancaman utama terhadap BN. Kesepakatan kita inilah yang akan menggentarkan kerajaan dan jentera parti pemerintah.
Bayangkan, barisan pimpinan seperti Anwar, Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Azmin Ali, Lim Kit Siang, Hj Mohammed Sabu, Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Rafizi Ramli dan semua adiwira ahli politik di Malaysia berganding bahu menentang "Najib & Co", serta perompak dana awam 1MDB, yang telah mengaibkan Malaysia di mata dunia - dengan skandal berbilion ringgit menggunakan dana awam. Hakikatnya, BN tidak punya banyak pilihan dan peluang.
Nah, kesemua ini bakal kita raih bersama jika dan hanya jika barisan pembangkang mahu dan mampu berdiri bersama di atas paksi kesepakatan HARAPAN ke arah keadilan dan reformasi.
Rakyat hanya bisa dilindungi melalui proses demokrasi yang tulen dan institusi yang bebas, berkhidmat seperti benteng yang kukuh menentang rasuah dan kerajaan yang kuku besi.
Bahkan, alangkah moleknya jika akar umbi parti Pas mampu menyeru agar kepimpinan mereka turut serta dalam agenda keberlangsungan pakatan reformasi supaya berada bersama pihak yang benar, setidaknya sebagai pakatan dalam PRU, pastinya BN bakal terkubur pada PRU14 ini. Ini semua pastinya takkan berlaku tanpa usaha berpanjangan dan jiwa besar pemimpin yang berpengalaman lagi bertauliah.
Pertemuan saya dan Dr Mahathir di London diharapkan agar menjadi langkah tuntas dalam membulatkan tekad dan persefahaman antara gerakan kita.
Saya yakin dan percaya bahawa struktur akhir bakal dipersetujui bersama, asal sahaja berlangsung dengan tenang dan sentiasa mengutamakan kebajikan dan masa depan rakyat.
Kita sedang menuju ke garisan penamat, dengan serangan peribadi bertubi-tubi oleh BN adalah indikator yang jelas - bahawa kita, Insya-Allah, sedang berada di landasan yang benar.
*Penulis Nurul Izzah Anwar adalah Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai.
mdl
Picture

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Diharap nurul izzah dapat pergi sekolah lagi jika hendak menulis.. saya malas nak meneruskan bacaan bila sampai kpd fakta2 (kononnya) mengenai perkara2 di bawah:

    Tumpuan-tumpuan demi mencapai kemenangan (kononnya) adalah:

    (1) pemisahan antara Parti Amanah Negara daripada Pas (entah bila pas dan pan pernah bergabung untuk proses pemisahan?)

    (2) penyatuan antara Amanah dan DAP serta parti PKR-Anwar, tambahan (sedangkan pan dan dap dah lama bersatu sejak penubuhan pasma lagi!)

    (3) perpecahan dari BN yang diketuai oleh tak lain tak bukan mantan perdana menteri Mahathir melalui pembentukan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). (entah bila ppbm pernah bersama BN untuk proses perpecahan?.. bukankah ppbm hasil perpecahan dari umno dan bukannya dari perpecahan BN?)

    Ntahlaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ni sihat ke tidak?

      Mana kau dapat fakta Amanah dan DAP dah lama bersatu sejak penubuhan PASMA lagi???

      Umur Amanah baru lebih kurang 2 tahun. PASMA ditubuhkan sejak tahun 2014. Macam mana Amanah bergabung dengan DAP sejak penubuhan PASMA???

      Kau ni waras ke tak??? Otak kau letak di mana???

      Padam
    2. Baguslah jawapan kau kerana hanya pertikaikan hujah 2.. ini bermakna hujah-hujah 1 dan 3 tu memang betul maka nurul izzah pun memang kena belajar lagi..

      Sebab tu aku panggil kau budak bodoh sebab pembaca lain pun paham maksud aku iaitu org yg sama dlm pasma dan G18 dan kini Pan yg sejak dari awal tidak menyokong presiden pas tapi hanya menyokong si kafir lahanat lge..maka mereka keakraban itu bermaksud bersatu.. vangang!!

      Padam
    3. Selama hidup aku, tak ada satu pun hujah kau yang tak boleh dipatahkan sebab hujah kau semua tahap bangang hahahahhahhaaa!!!

      Sebab tu aku panggil kau budak lebih bodoh daripada aku sebab pembaca lain pun faham maksud aku iaitu bila Mat Sabu dan Salehuddin Ayub serta Khalid Samad masuk PASMA???

      Kau tunjuk bukti kalau ada???

      Dah kalau tak ada bukti kenapa kau nak menipu, merepek dan meraban ni???

      Hujah no 2 pun menipu tak ada fakta nak cerita hujah no 1 dan 3 pulak!!!

      Entah-entah dah terikut kafir syiah tak kau ni, semacam je bebal kau ni???

      Siapa nak percaya orang bodoh macam kau gelar orang lain bodoh hahahaaahahhahaha!!!

      Padam
    4. Kalau dah kantoi hujah no 1 dan 3 tak payah nak malu2.. itu perkara biasa.. buat muka selamba je sebab bukan salah kau pun walaupun kau memang budak bodoh.. biarkan je nurul izzah pergi sekolah lagi..

      Padam
    5. Kalau ikut cara kau, daripada banyak2 fakta yang Nurul Izah beri kau hanya dapat beri 3 hujah je???

      Maksudnya kau mengakulah semua hujah Nurul Izaah yang lain tu benar dan tiada yang salah melainkan benar belaka hahahahahaha!!! Bangang sangat kau ni!!!

      Macam aku pernah cakap dengan kau, kalau kau tak ada bukti, masih lagi nak nak menabur fitnah, kau tu bukan manusia, kau seekor babi!!!!

      Kau beri semua bukti kau daripada hujah no 1 hingga 3 aku nak tengok. Kalau tak boleh beri, simple je, kau memang babi parti PIGS hahahahahahah!!!

      Padam
    6. Dahlah budak bodoh, bodoh pulak tu.. tambah bodoh.. aku guna hujah dalam posting di atas tu.. bodoh lah kamu ni .. anak sape lah gamaknya?

      Padam
    7. Kau tulis apa tadi???

      "penyatuan antara Amanah dan DAP serta parti PKR-Anwar, tambahan (sedangkan pan dan dap dah lama bersatu sejak penubuhan pasma lagi!)"

      PASMA ditubuhkan pada tahun 2014. Amanah ditubuhkan pada tahun 2015. Macam mana kau kata Amanah dan DAP dah lama bersatu sejak penubuhan PASMA???

      Cuba kau terangkan pada kami semua, macam mana hujah terencat akal macam ni tidak menunjukkan kau seorang yang bodoh???

      Hahahahahhaa, tak habis-habis bangangnya. Fakta pun tak ada, menipu je lebih kau tu!!!!

      Kau rasalah ada tak babi yang menipu???

      Aku rasa kau lah babi tu hahahahhahahahahhaaaa bongoknya babi parti PIGS!!!!

      Padam
  3. Nuri Izzah dinasihatkan supaya tidak melibatkan PAS dengan huru hara yang melanda Pakatun Haprak, tak usah lagi menagih simpati dari PAS selepas apa yang telah kamu lakukan kepada PAS semasa bertahaluf siyasi.

    Biarkan kami bersendirian membawa bahtera perjuangan yang tidak pernah pudar bahkan lebih bersemangat untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi dan autokrasi Madey.

    Perjuangan diantara PAS dan Pakatun Haprak terlalu banyak bezanya, PAS meletakkan Al-Quran dan Al Hadis mengatasi segalanya sebaliknya Pakatun Haprak meletakkan kepentingan peribadi pemimpin2 yang ada dalam gabungan ini sehingga terlupa dengan tuntutan Al Quran dan Al Hadis.

    Cukuplah memujuk rayu kepada kami untuk menyeru pemimpin kami agar turut serta dalam agenda keberlansungan pakatan reformasi yang palsu dan penuh tipu daya, tiada apa yang nampak benar selain dari sifat hipokrit yang melanda pemimpin pakatun haprak termasuklah kamu Nurul Izzah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pula PAS meletakkan Al-Quran dan Hadis mengatasi segalanya???

      Al-Quran dan Hadis tak pernahpun suruh menyokong pembiaya filem lucah the Wolf of the Wall Street!!!

      Al-Quran dan Hadis tak pernahpun suruh bersama pengebas duit rakyat!!!

      Kalau perkara-perkara ni pun tak boleh buat macam mana pulak PAS meletakkan Al-Quran dan Hadis mengatasi segalanya???

      Kau ni sihat ke tak???

      Siapa pula nak pujuk mereka yang tak sihat macam PAS??? Perasan je tu!!!

      Padam
  4. 5% je melayu sokong pan.. itupun sebab ada dedak dari utara.. tak dapat nak dibayangkan berapa % pula jika tanpa dedak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5% Melayu sokong Amanah kau kata, kau tak boleh beri bukti!!!

      100% gay Kelantan sokong PAS aku kata, aku pun tak nak beri bukti hahahahahaa!!!!

      Kerajaan PAS Kelantan kan secara tidak rasmi menggalakkan gay, itu yang mereka sokong sangat tu hahahhahhaa!!!

      Padam
    2. Sebab tu lah pkr dan dap tak nak bg kerusi pd pan.. mereka lebih rela bg kpd ppbm.. keh keh.. seronoknya dgn perkembangan terkini ni...

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...