Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Julai 04, 2017

Panas!! : Kerajaan Pas Kelantan didakwa terlibat dengan syarikat kutip wang haram


Husam Musa


iklan : www.jomservis.blogspot.my
Kerajaan negeri Kelantan didakwa terlibat dengan operasi sebuah syarikat yang mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau apa yang didakwa cryptocurrency.
Naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata rakyat berhak untuk mengetahui sama ada langkah Climate Protector yang beralamat di Berek 12, Kota Bharu menggunakan kelulusan sejuta ekar Hutan Simpan Kekal (HSK) itu dengan mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau apa yang didakwa cryptocurrency dipersetujui oleh Kerajaan Kelantan atau tidak.
"Semasa berucap di majlis perjumpaan Aidilfitri, 2 Syawal (26 Jun), Menteri Besar Kelantan dengan bangganya sekali lagi bercakap mengenai projek 'bertaraf dunia' Kelantan - perniagaan karbon menerusi sejuta ekar HSK diluluskan kepada Climate Protector Sdn Bhd.," katanya melalui status faceboonya hari ini.
Sedangkan tiga hari sebelum itu katanya, iaitu pada 23 Jun, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi laman webnya, menyenaraikan Climate Protector dan sekutunya, EcoBit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=551&lang=en 
"Pertama, syarikat mengutip wang secara haram menggunakan kelulusan Kerajaan Negeri?
"Kedua, orang ramai mungkin menjadi mangsa kepada skim penipuan?
"Ketiga, syarikat mendapat untung percuma?
"Jika ya, adakah Kerajaan Kelantan turut menjadi mangsa atau bersubahat?," soal beliau.
Menurutnya selepas pendedahan ini, Kerajaan Kelantan perlu mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan negeri dan rakyat.
"Kala perlu kerajaan harus membatalkan perjanjian.
"Atau memberitahu orang ramai jangan terpedaya.
.
"Bagi rakyat mereka tidak harus berdiam diri seperti biasa.
"Kalau perlu patut membuat laporan polis, BNM dan SPRM," katanya.
Apa yang penting katanya, aset HSK Kelantan tidak tergadai, rakyat tidak mengalami kerugian dan kepentingan negeri dipelihara secara jujur, amanah, profesional dan cekap.
"Esok jam 4 Julai 2017, Selasa, jam 11.00 pagi saya akan mengadakan sidang media Khas di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur," katanya.
mdl
Picture

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul tu mahligai seni! Macam2 fitnah yg terus dikumandangkan selagi pas tidak tersungkur dan selagi dap tidak menang besar..

      Betapa hinanya jadi pimpinan pan di mata majoriti rakyat islam melayu tapi betapa mulianya jadi pimpinan pan di mata majoriti rakyat bukan islam cina! Ntahlaaa..

      Padam
  2. Baru 3-4 hari lepas husang kuasa 10 didarab dengan mimpi 15 kali dinobat dan ditabalkan sebagai MB Kelantan jika haprak menang di Kelantan oleh tuan guru lim kit sial, tidak semena-mena husang nak tunjuk kepada lim kit sial bahawa selayaknya akulah yang sepatutnya ditabalkan sebagi MB Kelantan dan tidak semena-mena husang mencipta fitnah terhadap PAS supaya lim kit sial nampak bahawa aku lah hero. Bagaimana dengan dakwaan bahawa husang menerima jutaan ringgit dari tauke genting? tiadapun penafian dari husang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo dh otak udang....

      Padam
    2. Cuba bagi fakta bro, jgn main fitnah macam tu, berdosa.

      Padam
  3. Aku dh nk muntah dengan 2 ulasan diatas,hati pengulas tu fikir mereka jer yg islam sebenar atas muka bumi ni..hati dh Allah gelapkn tk boleh nmpak kebenaran lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. selagi husang tak dedahkan pemilik sebenar akaun affin dan nama sebenar tauke genting selagi itulah rakyat melihat betapa gelapnya hati calon ph mb kelantan ni!

      Padam
    2. 11:34,
      Kalau rasa diri tu Islam kenapa tak ikut suruhan Allah SWT, bukan hanya berpuasa pada bulan ramadhan dan solat lima waktu, ikutlah sepenuhnya apa yang disuruh, jauhi kafir dari memimpin umat Islam. Atau kamu ada hujah yang boleh digunakan untuk melawan apa yang ditegah oleh Allah SWT?

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...