Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Julai 31, 2017

Anwar Ibrahim : Jangan bimbang dengan kehadiran Mahathir

Anwar mahathir mahkamah
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, dengan kerangka kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ada, penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya tidak akan mengulangi zaman pemerintahan autokrasi.
"Sungguhnya, politik baru yang dijana PH tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit," kata Anwar dalam satu kenyataannya.
"Pada hemat saya kehadiran Tun Mahathir dan Bersatu adalah dalam kerangka memperluas jaringan dukungan kepada agenda perjuangan yang lebih disepakati.
"Secara peribadi saya alukan kesediaan Tun untuk turun mengharungi perjuangan bersama," tegas Ketua Umum PH itu.
Katanya, keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara.
"Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani. Beliau harus diberikan ruang untuk membantu memperluas jaringan gerakan rakyat," katanya.
Bagi bekas timbalan perdana menteri itu, struktur PH tidak boleh disamakan dengan BN. PH adalah wadah demokratik, memimpin bersama dalam pasukan ketua-ketua parti.
anwar ibrahim mukaBagi beliau, kekhuatiran yang disuarakan mengenai kemungkinan seorang Pengerusi parti mengelencong dari hala tuju yang disepakati tidak mungkin dalam struktur yang wujud.
Anwar mengulas kegusaran dari SUARAM, Otai Reformasi, PSM, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis telah mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang merangkul Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan PH.
Mereka khuatir akan berlaku penyimpangan dari landasan gagasan Reformasi dan agenda perubahan.
Ada pandangan yang mencurigai muslihat sebenar yakni memadamkan keterlanjuran lalu termasuk penahanan tokoh politik dan aktivis rakyat, pelanggaran hukum dan rasuah.
Paling tajam adalah dakwaan bahawa akan berlaku ikhtiar untuk memulihkan corak pemerintahan dan tatakelola era lampau yang juga autokratik seperti rejim kini.
Bagi Anwar, luahan tersebut adalah dari rakan-rakan setia dan prihatin, yang turut mengalami keperitan perjuangan dan banyak membantu melonjakkan kekuatan pembangkang.
Katanya, kegusaran tersebut memang berlegar di kalangan masyarakat dan dihebah di media milik Umno-BN.
"Saya hargai teguran rakan-rakan dan menggesa pimpinan PH berlapang dada berunding dan menjelaskan kedudukan sebenarnya.
"Kerana sesungguhnya, politik baru yang dijana PH tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit; tetapi mengambilkira rintihan, denyut nadi rakyat," kata Anwar.
Pada asasnya, katanya, PH adalah sebahagian utama dari gerakan rakyat.
struktor PHMalah dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat sebelumnya - dasar bersama, manifesto dan belanjawan alternatif dilakar dan diolah setelah menimba pandangan rakan-rakan NGO, aktivis termasuk Bersih, katanya.
Bagi bekas ketua pembangkang itu, PH akan lebih kukuh dengan memberi ruang wacana segar; menghimpun semua tenaga progresif rakyat dengan hasrat mendamba kebebasan dan keadilan.
"Muafakat inklusif PH memuktamadkan prinsip asas perjuangan ke arah negara demokratik, adil dan saksama.
"Dasarnya tidak samar melalui retorik umum, tetapi menggagaskan tonggak negara hukum dengan memulihkan kewibawaan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), badan kehakiman, penguatkuasaan, dan menghindari kerakusan, amalan rasuah, kronisme dan kleptokrasi," katanya.
Dasar ekonomi negara juga, katanya, perlu menjurus kepada pemacuan pertumbuhan dan jaminan pengagihan adil dan peduli rakyat.
"Kita menolak dasar ekonomi pemerintah UMNO-BN yang memelihara kepentingan kelompok kecil mahakaya dan mendera rakyat melalui sistem percukaian dan GST; lesen dan kenaikan harga barang," katanya.
PH, katanya, lebih jelas dan tegas dalam usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sambil menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.
Memartabatkan kedudukan Islam harus disertai nilai dan etika luhur; tidak hanya pada lambang tetapi membiakkan rasuah dan kezaliman.
Begitu juga, katanya, penghayatan Islam termasuk pemerkasaan Mahkamah Syariah perlu dilaksanakan dengan jaminan tegas memelihara hak dan kebebasan penganut agama lainnya.
Dasar bersama yang dipersetujui telah didedah kepada khalayak secara telus. Ia adalah agenda rakyat yang diusung oleh PH.
"Kita perhatikan saja prestasi negeri Selangor dan Pulau Pinang serta wewenang yang diberikan kepada pimpinan negeri," katanya merujuk kepada dua negeri PH.
Yang tidak mampu disangkal adalah kejayaan program kepedulian rakyat walaupun kuasa negeri terbatas, katanya.
Namun, bagi Anwar, rakan-rakan NGO dan aktivis berhak untuk terus memantau perjalanan dan prestasi PH dan menegur atau mengemukakan cadangan.
"Saya tetap berkeyakinan akan peranan mereka terus menunjangi perubahan menjelang PRU ke 14," katanya.
Tambahnya, sistem pilihanraya yang tempang dan kecoh perlu diluruskan.
Kesedaran dan kebangkitan rakyat yang resah dengan tekanan hidup dan merebaknya budaya rasuah tidak mungkin dibendung melainkan dengan tipu-helah perjalanan pilihanraya.
Percubaan kerajaan khususnya Peguam Negara melindungi penjenayah skandal 1MDB tidak menghalang tujuh negara meneruskan siasatan yang mereka sebut sebagai "penipuan, rasuah, rompakan harta khazanah negara."
Bagi Anwar, penyelewengan dan rompakan tidak menemui titik noktahnya; hinggakan kepentingan peneroka, majoriti besar Melayu-bumiputera turut dikhianati. Skandal Felda-FGV berlarutan sekian lama dan kini terbongkar. Menuding peranan seorang tokoh, atau kambing hitamkan seseorang hanya helah licik mengaburi mata peneroka dan rakyat.
"Kecurangan berleluasa dan kerugian kedua-dua skandal besar ini mencecah puluhan bilion ringgit. Kita boleh senaraikan ratusan kisah keterlanjuran, sebahagiannya diambil tindakan, dan selainnya terus dilindungi,"katanya.
Kata Anwar lagi, menjelang PRU ke 14, UMNO-BN seperti lazimnya akan mengerah jentera kerajaan; media milik mereka; bersama saudagar kaya mengupah pekerja politik dan mengugut rakyat.
"PH dan rakan-rakan dalam gerakan rakyat perlu bangkit sebagai kekuatan raksasa, menggalas amanah menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia tercinta," tegas Anwar.
Sebelum ini, pemimpin Amanah juga memberikan pandangan yang sama.
Dalam satu video klip yang diterbitkan oleh Media Oren, badan di bawah parti pecahan Pas itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan lain-lain pimpinannya menegaskan Dr Mahathir tidak boleh menentukan apa saja yang dikehendakinya dalam PH.
Klik video di bawah untuk tonton pandangan pemimpin Amanah.
media oren
mdl
Image result for projek robot

5 ulasan:

  1. Kenyataan dsai ini hanya utk para penyokong PH.. bagi kami para pejuang islam hanya bimbang jika Allah lupakan kami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah bukan setakat lupa tapi akan murka kpd mereka yg berbaik dan membantu penyamun...

      Padam
    2. Berbaik untuk menginsafkan mereka adalah sesuatu yang dituntut.

      Tiada kekeliruan antara umno dan PAS, sudah jelas siapa yang patut insaf.

      Seperti jugak Madey berbaik dengan Anwar untuk menginsafkan mereka berdua, samada Anwar yang menginsafkan Madey ataupun Madey yang menginsafkan Anwar???

      Padam
  2. Bila kaki putar memujuk pengikutnya yg bangang....hehehe
    Mrk ingat rakyat nie bodoh mcm mrk jugak...

    BalasPadam
  3. Permainan gila manusia hipokrit!!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...