Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Jun 15, 2017

Terbaik!! : Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Yb Husam penasihat

Mesyuarat pimpinan utama Pakatan Harapan Kelantan malam tadi putuskan tubuh sekretariat tetap.


Mesyuarat pimpinan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Kelantan malam tadi memutuskan untuk membentuk satu sekretariat tetap dengan Datuk Husam Musa sebagai penasihat mereka.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata mesyuarat bersetuju menetapkan perjumpaan pimpinan PH peringkat negeri itu dibuat secara bulanan.
"Seperti malam tadi, setiap parti diwakili oleh 5 pemimpin utama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan pertama di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kota Bharu malam tadi.
Mesyuarat malam tadi juga kata Wan Rahim memutuskan untuk melantik Adun Salor, Datuk Husam Musa sebagai penasihat PH Kelantan.
"Sehingga ini kita bersetuju supaya pengerusi mesyuarat ini digilirkan antara parti-parti dalam PH setiap kali diadakan.
"Keputusan juga dibuat untuk melantik Mohamad Soberi Shafii sebagai ketua urusetia sekretariat PH Kelantan," katanya.
Bermula sekarang menurutnya, semua program-program yang disusun oleh mana-mana parti dalam PH akan turut melibatkan parti-parti lain.
"Seperti beberapa program sepanjang sambutan Aidilfitri yang telah disusun bersama atau parti- parti secara bersendirian, akan mendapat kerjasama dari parti-parti rakan.
"Kita sudah mengatur satu dialog anjuran PH pada hari raya ketiga pada 27 Jun dan Amanah Nasional mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kota Bharu pada hari raya kelima (29 Jun)," katanya.
Persetujuan juga menurut beliau telah dibuat untuk mengujudkan kerjasama di peringkat parlimen dan dun.
"Jawatankuasa penyelaras PH di peringkat parllimen dan dun dengan lima wakil setiap parti komponen akan ditubuhkan di seluruh negeri Kelantan.
"Dengan penubuhan ini gerakerja semua peringkat akan dibuat secara bersama walaupun masing-masing parti diberi peluang untuk merancang program masing- masing," katanya.
mdl
Picture

21 ulasan:

  1. Aku masih menunggu logo baru yg bakal ditolak terutama oleh pengundi melayu islam bersama2 dgn logo dacing pada PRU14 nanti!

    BalasPadam
  2. Tak la.. InsyaAllah logo tu akan jadi pilihan majoriti pengundi Melayu khususnya di Kelantan.

    BalasPadam
  3. Walau banyak mana pun atau siapa sekali pun yang membentuk sekritariat untuk apa sekali pun pakatan haprak tidak mampu untuk membendung gejala lgbt, pelacuran dan perjudian, sebaliknya pakatan haprak lah yang menjadi benteng kepada kehidupan songsang yang terkutuk ini.

    Gejala liwat sejak kebelakangan ini begitu menjadi-jadi, baru saja kejadian di penang, diikuti di johor dan terbaru di sibu, guru meliwat sehingga 50 kali terkantoi. MasyaAllah.

    Disini lah perlunya pengukuhan dan pemerkasaan ruu 355 supaya moral dan akhlak umat Islam terpelihara, bahkan ruu 355 juga amat diperlukan untuk membenteras gejala judi dan pelacuran yang begitu berleluasa di penang.

    Ingat husang, Jangan pula nanti kamu yang bawa cara pemikiran pemerintahan di penang ke kelantan.

    BalasPadam
  4. Pantun utk walaun dan lobai...

    Sejak kecik pakai jubah,
    Besar sikit ikat serban,
    Bila remaja suka dengar khutbah,
    Malang bila dewasa, jadi setan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila islam dipinggirkan maka bebaslah para kristian evangelis memaki para ulamak.. manakala apabila pendakwah kristian evangelis ditegur maka akan ada para pembelanya menyalahkan para ulamak kerana katanya tak perlu risau akan perkembangan kristian kerana tidak akan memberi kesan kpd anak cucu kita termasuk anak cucu si pembela tersebut... yg penting dapat undi mereka iaitu undi kaum kristian evangelis.. ntahlah..

      Padam
  5. Sape ulamak..? Haji hadi..? Hahahahaaaa... tu setan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari tu dap kristian evangelis panggil Dr zakir naik setan.. sekarang kristian evangelis panggil TGHH dgn panggilan yg sama pula..

      Tahniah PAN! Terbukti sudah ini semua hasil kerja tangan kamu membela kristian evangelis.. harap rakyat melayu islam maklum akan sikap PAN ini..

      Padam
  6. Sape kristian..? LGE bukan kristian. Majority Yb DAP bukan kristian. Yang puak pan islamic party dok jaja ulamak HH tu setan, ulamak betul Macam Ustaz Ahmad Awang, tawadhuk.. bukan panggil sama islam babi, barua, lembu mcm2.. aku benci hadi sebab mulut dia... suka banding musuh politik dgn haiwan, mentang2 la suka makan dedak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa tak kenal Joseph Lim pembelek fatwa negeri..

      Ulamak tawadhuk konon tapi TAK layak belek fatwa macam si kafir lahanat yg boleh belek fatwa negeri.. inilah islam liberal yg diinginkan oleh PH.. macam manalah PAS nak join korang?

      Spt yg aku cakap tadi harap rakyat melayu islam maklum akan sikap PAN ini..

      Padam
  7. Joseph lim tu sapo pulak...? Senang cerita invite ambo masuk group wazap lobai-lobai pendedak... dok mesej dgn anon xsyok arrr... nak royat nama pon x berani.. ni no ambo +601110610116 .. kalu berani laaa.....

    BalasPadam
  8. Kalau setakat bg no.jenis top up sim card.. si pembela kristian evangelis pun boleh.. lepas tu senyap bila Dr Kamarul berhujah.. buat report polis..

    Btw aku nak tgk kamu lwn hujah2 aku dulu.. so far masih ke laut lgi..

    BalasPadam
  9. Harap rakyat melayu muslim faham akan sikap musuh PAS yg setia membela pendakyah kristian evangelis ini..

    BalasPadam
  10. Senang2 hina ciptaan allah... kafir pon makhluk allah jugak. (Flashback zaman rasulullah saw) Ikrimah r.a seorang sahabat nabi dan pejuang islam agung.. soalnya siapa ayah Ikrimah..? Abu Jahal bebbb...
    Paman nabi abu thalib (antara individu nabi saw paling sayang), Ayahanda amirulmukminin Saidina Ali Karramallahuwajhah.. sapo abu thalib..? Non muslim weiii...
    Saya x marah dgn sedara tapi jujur la tengok kebenaran.
    Jangan kerna sedikit habuan dunia enta tergelincir dari laluan ke syurga...
    Sesungguhuhnya syurga itu maha luas (antara satu gerbang ke gerbangnya saja sudah (kiraan hisab semasa) 1,272km.. Kenapa tidak kita masuk sama-sama... we're muslim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lucunya korang ni.. konon sayang si kafir lahanat tapi tidak mahu tunjukkan kpd mereka akan kebaikan islam agar dapat menunjukkan kehebatan islam.. tunjukkanlah kpd mereka jika hukum islam dilaksanakan pasti pesalah tidak begitu mudah dibiarkan terlepas berbanding dgn sistem sekarang yg mana najib atau kuncu2 nya begitu mudah terlepas begitu shj.. kesan hukuman islam pula kebih kpd mendidik seseorang bukan spt sekarang yg menyebabkan ahli keluarga yg tidak bersalah pun terlibat menjadi mangsa..alangkah adilnya hukum islam ini.. tapi sayangnya hanya PAS shj yg yakin dgn hukum islam ini di malaysia yg terdiri dari masyarakat majmuk yg juga Allah jua yg menciptakannya.. kata nak masuk syurga sama2..

      Padam
  11. Kami tak tolak hukum islam TAPI aryuyu 355 bukan hukum islam. Ketika nabi menghukum dgn hukum had (hudud) ke atas orang yang minta dihukum atas kesalahannya, nabi menjamin kebajikan masa depan org tersebut... sedang aryuyu, orang yg didenda 100k dia akan jadi fakir kedana, tak terurus, bingung mcm... last2 mungkin dia jadi perompak, penyamun.
    So, mana yg dinamakan kebaikan islam...? Andaikata dipenjara 30 tahu dgn kebajiksn keluarga org itu x dijamin kerajaan, mana kebaikan hukum islam... enta salah menafsir kemuliaa islam tapi melempar kejahilan enta pd pihak lain.. insaf la... allah maha pengampun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak usahlah putar belit.. sengaja nak pertikaikan had2 yg maksima tu..padahal ia terpulang kpd hakim2 yg membuat keputusan.. asalkan tidak melebihi tahap maksima itu.. aku tahu kamu sedar akan perkara ini tapi sengaja nak mempertikaikan hanya kerana ianya dibawa oleh PAS parti yg telah menyingkirkan pemimpin2 kamu.. tapi kamu jangan sangka rakyat melayu islam tidak tahu akan taktik huduh pan ini.. asalkan dapat undi cina sanggup buat apa saja.. aku yakin kamu pun tahu bhw sebelum ini pas tidak meletakkan sebarang had kerana percaya dgn kebijaksanaan hakim.. tapi pan pertikaikan kerana jika tiada had bimbang disalahguna.. bila dipinda dan had diletakkan maka dipertikai lagi.. terlalu tinggi katanya.. jika had2 itu diturunkan aku yakin pasti pan akan pertikai lagi kerana kali ini ia terlalu rendah pula.. begitulah sikap kemunafikan yg diharap pengundi melayu islam dapt lihat dan jadikan sempadan dlm memilih pemimpin nanti..

      Padam
  12. Ruu355 bkn hudud knapa x buat hudud terus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Oleh kerana kamu masih tidak tahu maka tak salah kamu bertanya tu.. ini lebih baik dari berpura2 bijak..

      Jawapan aku mudah aje setakat ini di kelantan dan terengganu sudahpun terdapat enakmen hukuman jenayah syariah atau hudud tapi tak boleh terlaksana lagi lantaran ada yg tak selari dgn perlembagaan atau undang2 persekutuan.. maka dgn RUU 355 ini, kita yakin sekurang2nya sebahagian enakmen tersebut boleh dilaksanakan.. itupun sudah cukup baik bukan? Terima kasih kerana bertanya..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...