Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Jun 03, 2017

PANAS!! : CARA UNTUK JATUHKAN NAJIB..RAKYAT WAJIB BACA.

Salahuddin Ayub


Hanya 'bahasa undi' sahaja yang mampu menurunkan Datuk Seri Najib Razak dan BN dari kerusi kuasa seterusnya menamatkan era kerajaan kleptokrasi di negara ini, kata timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Usaha ini, katanya perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara dan rakyat dan masa depan generasi akan datang.
"Kita merasa begitu bangga menyaksikan beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Jepun, Korea Selatan dan Singapura mempamerkan akhlak integriti urustadbir negara mereka yang mampu menjadi contoh kepada sekalian warga dunia," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Salahuddin merujuk tindakan tegas kerajaan Singapura berkaitan isu 1MDB yang sekali lagi memberi keaiban besar kepada negara dan rakyat Malaysia.
Menurutnya, Pengarah Urusan Berkuasa Kewangan Republik Singapura Ravi Menom mendedahkan terdapat 8 bank di republik itu yang telah terlibat dengan skandal 1MDB dan didenda hampir SD30 juta.
Namun penglibatan Najib dalam skandal mega 1MDB, ujar beliau telah berlarutan hampir 5 tahun dan mengakibatkan berlakunya malapetaka politik dan ekonomi yang sangat memalukan.
"Ianya merobek maruah negara di mata rakyat tempatan sekaligus masyarakat antarabangsa," kesal beliau.
Menurut Salahuddin, adalah sangat membimbangkan apabila fenomena amalan dan budaya rasuah yang berlaku di negara ini berinspirasikan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
"Tidak mustahil kepada penagih rasuah di negara ini akan dan telah menjadikan Najib sebagai ikon mereka," katanya.
mdl
Picture

7 ulasan:

  1. Jatuhkan najib kepala perompak naik pula madey kepala penyamun, keluar mulut buaya masuk pulak mulut harimau dan singa.

    BalasPadam
  2. TM dah insaf dah. Tu yg dok jatuhkan kpala perompak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insaf?..... kahkahkah....insaf apakebendanya?....insaf ni dengan perbuatan bro, bukan stakat petik perkataan insaf dalam fb sudah dikira insaf......jangan mudah tertipu kalau dengan madey.....

      Padam
  3. Insaf ka atau tdk, yg agak pastinya TM bukan nak jdi PM lg dah. So, tak relevan la istilah masuk mulut harimau pula utk kaitkan dgn TM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ternyata kamu jauh ketinggalan dengan perkembangan terbaru pengakuan madey, iaitu beliau sanggup jadi PM kalau pakatan haprak menguasai putrajaya. Kat mana tidak relevannya kalau masuk mulut harimau, umno mulut buaya haprak mulut harimau.

      Padam
  4. Kalau TM x msk btanding blh jd PM ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangang gak anti ug ni.. dah tun m ckp akan pertimbangkan jika dilantik jadi PM bermakna dia akan bertanding lah tu... sekarang ni bincang pasal hasrat tun m nak pertimbang jd pm bukan masuk bertanding ke idak.. tak pe lah anti ug aku maafkan kau..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...