Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Jun 01, 2017

ALHAMDULILLAH!! : PAKATAN HARAPAN ADA BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA.


Iklan : WWW.GAJIMASYUK.COM
Majlis  Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini dijangka akan mengumumkan logo baharu  pakatan pembangkang itu  pada 9 Jun ini, sebagaimana dimaklumkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini,  juga bersetuju untuk mengunakan logo baharu itu dengan menggunakan singkatan nama 'Harapan' bukan Pakatan Harapan.
"Kita akan umum 9 Jun ini hari Jumaat dan sepakat guna 'Harapan'," ujar beliau ringkas ketika ditemui media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang ini.
Hari ini media dimaklumkan satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan dan jamuan berbuka puasa, solat terawih dengan  kehadiran pimpinan Pakatan Harapan dan jemputan.
Bagaimanapun sidang media yang dijadual  pada jam 6.30 petang itu, dibatalkan dan media meluru untuk mendapatkan komen berkaitan pertemuan pimpinan  Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat diadakan sebelumnya.
Pada 16 Mei lalu Majlis Setiausaha Pakatan Harapan  mengumumkan sebanyak 10 logo telah disenarai pendek daripada 330 penyertaan untuk dipaparkan di laman rasmi Pakatan Harapan.Dimaklumkan juga dalam mesyuarat hari ini selain logo, beberapa isu turut dibincangkan.
Daripada 10 logo disenarai pendek itu pimpinan Pakatan Harapan telah memiih hanya satu logo dan ia tidak akan dipaparkan  untuk mendapatkan sekali lagi komen balas khalayak.
Fahmi FadzilFahmi FadzilPengarah Majlis Media Pakatan Harapan Fahmi Fadzil turut memaklumkan mesyuarat Majlis Presiden hari ini, telah memilih satu logo sahaja yang hanya akan diumumkan kepada khalayak ketika membuat pendaftaran logo di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
"Kita sudah buat senarai pendek hanya satu logo dipilih. Kita ada buat sedikit perubahan ke atas logo yang dipilih itu dari segi  jenis font dan saiz tulisan dan nama yang akan digunakan.
"Dalam masa terdekat sewaktu buat proses pendaftaran ke RoS, kita akan paparkan, kita tidak mahu tunjuk lebih awal," ujarnya.
Ditanya tentang peluang khalayak untuk menilai 10 logo yang disenarai pendek seperti diumumkan sebelum ini, Fahmi berkata:" Keputusan sudah berubah. Sekurang-kurangnya kita sudah lalui proses awal (penyertaan orang ramai) untuk mereka cipta logo," terang Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR itu.
Ditanya lagi, bila akan didaftarkan ke RoS, beliau tidak pasti sebaliknya mahu media bertanyakan kepada pimpinan utama majlis presiden yang mana media kemudiannya meluru mendapatkan jawaban daripada Dr Mahathir.
Dr Mahathir yang juga Penasihat Pakatan Harapan, bagaimanapun tidak pula  menyatakan bila logo itu akan didaftarkan ke Ros ketika ditanya media,  hanya menyebut logo akan diumumkan pada Jumaat.
Turut kelihatan dalam majlis diadakan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir,Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah serta pimpinan kanan parti-parti gabungan dan penyokong Pakatan Harapan.
mdl
Picture

15 ulasan:

  1. Kahkahkahkah......apa la admin nih, kalau setakat logo je dah jadi berita baik untuk rakyat ke???....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. janganlah jealous bro!!,mana dia logo pigs

      Padam
    2. Takde logo pun takpe la bro, janji bersih dari rasuah dan kerosakan akhlak.

      Padam
  2. Ntah pape. Ingtkan nk umum bila jadi kerajaan nk bg bonus 3 bulan gaji tiap2 tahun. Sembang lebattt ah luu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerajaan selangor beri bonus 2.5 bln.Najib bagi berape????????????

      Padam
    2. Najib tiap2 bulan bagi bonus...

      Padam
  3. kERAJAAN pas kelantan,bagi bonus???????????????????,curi balak ada lagi la..

    membalak bersame ularmak.yg kayo ularmak,ado porshe,ado audi q7,tapi dokek walaunta....dapek apo???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Merompak harta rakyat sambil membeli banglo takde kolam.....korang dapat logo je la...kahkahkah..

      Pemimpim korang dapat banglo murah, dapat mahligai besar, dapat kereta berjenama siap buat koleksi lagi, dapat seks free....korang main dengan logo je la....kahkahkahkah

      Padam
  4. Teruskanlah bercakap kotor. Insya_Allah kami humban kamu dan parti kamu nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap kotor konon....kahkahkah...kelakuan kotor dialu-alukan.....kahkahkahkah....apakebenda PANCAI.....

      Padam
  5. Humbankan parti yg menggunakan agama sebagai perisai peribadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti parti Islam PANgan.....kahkahkah

      Padam
    2. Ahli sorga ketawa riang..cili di lidah sepatutnya lebih terasa pedasnya..

      Padam
    3. Parti yg gunakan agama ialah parti yg tidak langsung ada perkataan alQuran dan alSunnah pada perlembagaannya tapi masih nak mengaku parti islam itu ini.. Sekadar jawaban ikhlas dari aku. lepas tu bila langgar sumpah baiah dgn muka selamba bgtahu kpd kafirun bhw dalam islam tak salahnya langgar sumpah baiah..

      Padam
  6. Logo apa pun tak kesah malah lagi elok buat rakyat.. senang rakyat nak cam logo yg perlu ditolak oleh mereka iaitu logo dacing dan logo cap ayam ph..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...