Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Mei 03, 2017

Terbaik!! : Parti Islam Amanah Perak akan letak calon ulamak, profesional PRU14

Mohammad Nizar JamaluddinMohammad Nizar Jamaluddin
Parti Amanah Negara (Amanah) Perak akan memastikan calon-calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mewakili parti itu terdiri daripada kalangan ulama, wanita, profesional dan orang bukan Islam.
Menurut timbalan pengerusinya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Amanah Perak akan akan menyiapkan calon-calon tersebut sesuai dengan kehendak rakyat.
"Persediaan menyiapkan calon-calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan beramanah adalah aset penting semua parti dalam Pakatan Harapan bagi berdepan dengan calon-calon daripada Barisan Nasional (BN) dan sekutunya dengan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, undi rakyat pada PRU14 adalah isyarat jelas mengenai apa yang mereka mahukan daripada sebuah kerjaaan.
Justeru, beliau berkata, pemilihan calon yang berwibawa daripada pelbagai latar belakang adalah amat penting.
"Undi rakyat pada PRU14 nanti adalah isyarat yang jelas apa yang dimahukan oleh rakyat dan pentadbiran kerajaan yang bakal dibentuk terutamanya di peringkat negeri adalah kerajaan negeri yang membela dan cakna kepada bebanan yang telah rakyak tanggung selama ini," katanya.
Nizar yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak turut menegaskan, Amanah Perak bertekad untuk memastikan rakan-rakan dalam PH meletakkan agenda rakyat sebagai perkara utama dan bukannya meletakkan cita-cita peribadi sebagai menggalas kepercayaan rakyat nanti.
"Amanah Perak yakin semua parti di dalam Pakatan Harapan akan menyediakan calon-calon yang berwibawa dan berintegriti bagi dikemukakan untuk rakyat membuat pilihan pada PRU14 yang semakin hampir," katanya yang juga Adun Changkat Jering.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

12 ulasan:

  1. Rupa2nya selama ni PR kecuali PAS percaya yg UMNO tak menipu dlm pilihanraya khususnya di Terengganu nampaknya.. tahniah Tun M kerana berjaya membuatkan PH percaya bhw UMNO telah menang secara bersih pd tahun 2004 bersama Gelombang Birunya yg menyebabkan PAS tewas di Terengganu! Yang menariknya pd PRU yg sama, LKS serta mendiang KS turut tewas di kerusi masing2 walaupun TGHH masih tetap memenangi kedua2 kerusi DUN dan parlimennya.

    Manakala di Perak pd tahun 2009 pula apabila berlaku lompatan oleh ADUN2 PKR dan DAP menjadi ADUN2 Bebas, menyebabkan terus hilangnya kepercayaan rakyat kpd PR.. dan pastinya PAS terkena tempiasnya juga.

    Tambahan lagi bila terbongkarnya Perjanjian Pangkor 2 secara sulit bersama DAP yg hanya diketahui oleh pimpinan PAS Perak (kini pimpinan PAN), rakyat terus menolak semua parti komponen PR secara mutlak. PAS Perak rupanya telah mengkhianati PAS Pusat pada waktu itu. Mujurlah kini mereka sudah tidak lagi bersama PAS. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Ada jentera ke PAN ni? Tak pasal2 ulamak pangkor 2 kena pasang bendera sendiri.....kahkahkah

    Tak sabar rasanya nak tengok 4 wakil rakyat PH yang nak melompat kat Selangor.

    BalasPadam
  3. PANtat nak letak calon yg hebat sekalipun dgn latarbelakang ulama tapi masih tunduk dgn kapir dapigs....baik tak payah!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat mcm mana, ini sajalah tahap iq walaun..memaki hamun dan carut mencarut saja yg depa fakeh...ikut perangai sang ketua..wala' wala'..takbir!!

      Padam
    2. Sensitif dgn nama parti PANxxx...
      kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

      Tapi mggelar org bukan main...
      Dasar hamba abdi kapir dapigs dulu kini dan selamanya...

      Padam
  4. Parti fatwa expired ulas mcm cakap org takda fakta..klau nak keluar fatwa ikut lah,jgn jd kan fatwa ada tempoh expired..rosak kan bangsa n agama saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu tak perlu risau jika kamu asal dari penang kerana ada si kafir yg tolong belek2kan fatwa negeri..

      Padam
    2. Bangsa dan agama dirosakkan oleh PAN dan PKR diikuti oleh Bunga Raya dan sama jenisnya dengan UMNO.

      Padam
  5. Banyak sungguh orang Islam mencarut dan memaki hamun di sini ya. Mencarut dan memaki hamun itu menjadi hobi mereka nampaknya. Mereka ini langsung tidak malu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Inikah orang Islam yang mahu menjadikan Islam dipandang mulia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak juga orang Islam yang menyokong melayu Islam menjadi pemimpin walaupun terang-terangan mereka melakukan rasuah, fitnah dan perbuatan yang tidak bermoral. Mereka semua tidak malu kepada Allah swt dan Rasulullah saw dan sanggup mengenepikan ayat-ayat Alah swt yang melarang umat Islam mengambil kafir sebagai pemimpin. Bagaimana Islam nak dimuliakan kalau ayat-ayat Allah swt sanggup mereka ketepikan?

      Padam
    2. apahal pulak kafir jd pemimpin. tun m, annuar, mat sabu tu korang tuduh kafir?

      Padam
    3. Tuduhan kafir je yg kamu risau? Mungkin itu dalam kes belek fatwa negeri dan memilih pemimpin kafir bilamana masih ada pemimpin islam utk dipilih.. jika hanya ada pemimpin kafir utk dipilih mungkin kita boleh boikot atau memilih kafir yg terbaik antara mereka. Sbg contoh jika satu pemimpin kafir salah guna kuasa, jadi bolehlah dipilih yg seorang lagi..

      Tuduhan rasuah, fitnah dan perbuatan yg tidak bermoral tak perlu risau ke?

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...