Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Mei 24, 2017

Terbaik!! : Pakatan Harapan alternatif ambil alih pentadbiran Malaysia

Mohamad Sabu Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan sebagai saling melengkapi dan meyakinkan rakyat untuk menggantikan Umno-BN di Putrajaya.
Menurutnya, kesepakatan Amanah, PKR, DAP dan Bersatu penting kerana pengalaman pilihan raya lalu membuktikan sikap bersendirian tidak diterima dalam masyarakat majmuk di negara ini.
"Sekarang empat parti masing-masing ada kelebihan. Gabungan empat parti ini saling menampung kekurangan yang ada dalam mana-mana parti. Rakyat melihat inilah alternatif untuk mengambil alih pentadbiran Malaysia.
"Mana-mana parti politik tidak boleh bersendirian kerana keadaan majmuk masyarakat di negara ini. Kuat macam mana Umno pun, dia kena bersama dengan parti-parti lain (membentuk komponen BN)," tegasnya dalam Pidato Pakatan Harapan 'Negara Ini Kita Bina Bersama' di Gombak kelmarin.
Tanpa menyebut secara langsung nama Pas, beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menganggap 'parti yang bersendirian' itu tidak perlu dipedulikan lagi memandangkan banyak usaha sebelum ini mengajak parti tersebut untuk bersama-sama melawan Umno-BN tidak berhasil.
"Kita gembira bila ramai kawan. Ada parti itu suka duduk sorang-sorang. Biarkanlah," katanya sebelum menggunakan panggilan 'kami' merujuk kepada pengalamannya yang bergiat dalam Pas selama hampir 40 tahun.
Beliau menceritakan Pas meraih banyak kejayaan dalam pilihan raya apabila bersama-sama membentuk blok pembangkang menentang Umno-BN.
"Kami (Pas) pernah bersendirian dulu. Bila berceramah ramai yang hadir. Kadang-kadang mencecah puluhan ribu. Datang pilihan raya, tidak menang kerana kaum lain tidak mengundi kami.
"Tetapi bila kami bersama Pakatan Rakyat baru menang lima negeri pada 2008 kerana kita bermuafakat. Kekuatan satu parti tidak boleh menang di Malaysia ini tetapi kalau bergabung kita boleh menang," tegas bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat tidak lagi mengadu-domba sentimen perkauman yang sebenarnya hanya memanjangkan hayat Umno-BN untuk terus berkuasa.
"Hentikan gembar-gembur isu perkauman. Saya sudah meluat dengan isu perkauman ini yang dimainkan untuk survival Umno-BN.
"Kalau tiada isu perkauman ini mereka (Umno-BN) tidak boleh menang. Sekarang Tun Mahathir bersama kita meruntuhkan isu perkauman ini," ujarnya disambut tepukan gemuruh hadirin yang memenuhi Dewan Sri Siantan di Selayang itu.
Beliau berpendapat kejayaan meruntuhkan sentimen perkauman sempit menjadikan rakyat memilih pemimpin berdasarkan nilai kebertanggungjawaban.
"Bila runtuh semangat perkauman, orang memilih wakil rakyat berdasarkan kualiti khidmat dan yang mengamalkan 'good governance' (urus tadbir baik), sudah pasti rakyat memilih Pakatan Harapan," tambahnya lagi.
mdl
Picture

9 ulasan:

  1. Bertambah huru hara jadinya....pakatan yang keliru dan celaru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapigs hanya tersengih melihat gelagat2 bangsaT melayu dlm haprak berebut jwtn peeM.
      Siapa pun calon akan terpaksa menjadi boneka abadi kapir dapigs dulu kini dan selamanya.
      Mrk saling berprasangka antara mrk sambil yg lemah mengadu domba utk memperolehi laba bagi memastikan periuk nasi berasap.Tiada pendirian dan arah dlm membantu rakyat.Hanya menanti keuntungan jika calon mrk menjadi manusia berkuasa.
      Apa2 pon...kapir dapigs akan goyang kaki memunggu bangsaT2 melayu haprak menyembah mrk memohon restu...hehehe

      Padam
  2. tk keliru apa2 pun

    yg keliru pas.. tktau nk kemana

    tak tau apa matlamat pas dlm pru

    rakyat melihat contoh pentandbiran Selangor dan
    penang.. jg perak semasa ds nizar.

    PH mentadbir lebih baik... maka undi PH sgt relevan

    BalasPadam
    Balasan
    1. dh rakyat melihat pentadbiran pas Kelantan selepas
      era TGNA.. sgt bobrok lemah korup dan kurang kebijaksanaan

      sgt relevan pas Kelantan diganti dgn PH

      Padam
    2. PH adalah satu pakatan perompak dan penyamun disusuli dengan pemimpin yang rasuah, kaki betina, kaki kelab malam, kaki mabuk dan banyak lagi yang dikendong oleh pemimpin haprak.

      Lagu mana haprak nak perintah Mesia dengan segala kerosakan akhlak oleh pemimpinnya? Takkan PANCAI boleh pejam mata dengan kerosakan ini atau PANCAI sengaja membutakan mata?

      Sekarang haprak tengah bergaduh sesama sendiri pasal jawatan, belum lagi menang dah nampak belang.

      Masing2 berebut nak jadi PM, anwar dan reformasi dah jadi nasi basi. Hancur la Malaysia tercinta apabila pemimpin yang keliru dan celaru yang memimpin.

      Padam
    3. Pemimpin PAN dan PANCAI yang setia selalu guna dan memuji ATGNA demi keuntungan politiknya.

      Apabila Madey kutuk ATGNA tiada sekor pun pemimpin PAN dan PANCAI yang setia bersuara mengkritik Madey kerana menghina pemimpin yang kononnya IDOLA mereka, wayang apa semua ni?

      Dah jadi macam tunggul kayu, bodoh dan kelu tunggu masa je untuk mereput.

      Padam
    4. Kononnya husam tugu bermimpi...
      Tapi si mamak kerala yg pernah mengutuk dan mghina arwah tg nik aziz nak disokong sbg peeM.
      Nie lah manusia munafik yg akan bercakap demi dedak dan bukannya atas prinsip.

      Padam
    5. Dah tak keruan puak PAN ni.. inilah akibatnya tidak taat kpd pemimpin hanya kerana pemimpin tidak sependapat dgn kita.. kita tunggulah episod selanjutnya akan hubungan sesama parti dlm PH.. tak sabar tunggu ni...

      Padam
  3. PH sedang menuju kehancuran, kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...