Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Mei 19, 2017

PANAS!! : NAJIB GUNA DUIT CURI 1MDB BAYAR CYBER TROOPER UMNO.

Rafizi Ramli Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa lebih RM2.6juta telah digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak daripada dana SRC International Sdn.Bhd untuk membayar pengamal media dan kempen media sosial.
Menerusi blongnya, Rafizi dipetik berkata, tiga penerima dana SRC itu adalah pengamal media atau syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kempen media sosial atau kempen media Umno/Barisan Nasional, atau pun kempen Najib sendiri.
"Kita mahu tahu berapa banyak wang dan peruntukan yang telah digunakan oleh Datuk Seri Najib, baik dari akaun beliau sendiri atau dari peruntukan kerajaan untuk membayar cyber trooper upahan atau syarikat-syarikat yang menggaji cyber trooper upahan, dengan menggunakan wang rakyat?," soalnya.
Rafizi menyebut tiga syarikat itu adalah sebuah firma bernama Warisan Researh Ltd.
"Pada 22 Julai 2014, maklumat dari dokumen yang dibocorkan menunjukkan Datuk Seri Najib membayar dari akaun peribadinya sejumlah RM1juta kepada satu firma bernama Warisan Research PLT
"Pada 19 Ogos 2014, maklumat dari dokumen yang dibocorkan menunjukkan Dato’ Seri Najib membayar dari akaun peribadinya sejumlah RM655,000 kepada seorang rakyat Singapura bernama Romen Bose yang juga merupakan wakil media antarabangsa di negara ini
"Pada 27 Ogos 2014, maklumat dari dokumen yang dibocorkan menunjukkan Datuk  Seri Najib membayar dari akaun peribadinya sejumlah RM2 juta kepada satu firma bernama Orb Solutions Sdn Bhd," ujarnya.
Rafizi percaya individu-individu yang dinamakan itu tidak akan menafikan pendedahan-pendedahan dilakukannya atau akan mengemukakan bukti bahawa pendedahan ini tidak benar.
"Yang saya paling tertarik ialah bagaimana Datuk Seri Najib membayar firma-firma dan pengamal media untuk menulis dan memantau kandungan media sosial.
"Ini bukanlah mengejutkan kerana rakyat Malaysia telah menerima kewujudan “cyber trooper” Umno yang banyak mewujudkan akaun-akaun palsu (termasuklah menggunakan identiti orang yang sudah mati) untuk membodek Datuk Seri Najib dan menyerang pembangkang.
"Fenomena media sosial seperti #supportMyPM yang banyak ada di laman Datuk Seri Najib sendiri mengesahkan kewujudan tentera maya palsu ini," ujarnya.
mdl
peluang

7 ulasan:

  1. Memang rakyat tahu najib adalah ketua penyamun tapi apa kan daya disebelah sana pun ada ketua perompak dan macam2 pengikut yang kerosakan akhlak.

    Sama je najib dgn madey.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersama rakyat yang dirompak atau bersama pemimpin yang sedang merompak, mana lebih memudaratkan?

      Padam
    2. Keluar dari mulut buaya masuk pulak mulut harimau, sama je, rakyat tetap menanggung semuanya kecuali PAS, sebabnya PAS takut nak rompak harta rakyat, takutnya kepada Tuhan tiada bandingan dengan buaya dan harimau.

      Padam
    3. Bersama di sini bermakna samada join BN atau join PH atau join GS.. syukurlah GS tidak pandai merompak dan rasuah.. maka sesuailah dgn pilihan rakyat..

      Padam
  2. Ya ke pas takut. Lagu mana balak kat kelantan. Tanah sebelah masjid telipot lagi. Yang kena saman tu apa cite. Akhir zaman byk topengkan agamawan yg kononya warak alim tapi disebaliknya lebih busuk n haloba. Pakaian tak melambangkan keislaman seseorang. Nama parti tak semstinya melabangkan islam yg sebenar. Memang jahanam segelintir agamawan akhir zaman yg mengejar habuan duniawi dgn melacurkan agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yang kena tu? atau saja je persepsi? Adam ke Lguend?

      Padam
    2. Ya ke pas takut.(MEMANG PAS TAK TAKUT 3 PENJURU) Lagu mana balak kat kelantan.(BUKAN KE HUSANG PUN DAH SENYAP BILA KERAJAAN NEGERI DAPAT ISO 2008 MENGENAI PENGURUSAN BALAK TERBAIK NEGARA?) Tanah sebelah masjid telipot lagi. (ITU CUMA PEMBANGUNAN DI TEPI MASJID ATAS TANAH KERAJAAN YG PENDUDUK TAK SETUJU BUKANNYA MENGHALAU PENDUDUK KAMPUNG DARI TANAH KERAJAAN SEPERTI DI KG PALA PENANG!) Yang kena saman tu apa cite.(RAYUAN KERAJAAN NEGERI SDG BERJALAN APA MASALAHNYA?) Akhir zaman byk topengkan agamawan yg kononya warak alim tapi disebaliknya lebih busuk n haloba.(AKHIR ZAMAN PEMIMPIN YG ZALIM PUN BOLEH JADI BAIK HANYA DGN BERPAKAT BERSAMA PH!) Pakaian tak melambangkan keislaman seseorang. (BETUL TAPI YG MENUTUP AURAT PASTINYA YG DIKEHENDAKI ISLAM) Nama parti tak semstinya melabangkan islam yg sebenar. (BETUL.. TERUTAMANYA JIKA PERLEMBAGAANNYA TIDAK TERCATAT LANGSUNG BERLANDASKAN ALQURAN DAN ALSUNNAH) Memang jahanam segelintir agamawan akhir zaman yg mengejar habuan duniawi dgn melacurkan agama. (BETUL .. SEHINGGAKAN HUKUMAN ALLAH PUN MEREKA TIDAK YAKIN LAGI UTK DILAKSANAKAN HANYA KERANA ALASAN MASYARAKAT MAJMUK.. SEDANGKAN MASYARAKAT MAJMUK NI PUN CIPTAAN ALLAH JUA. MANA MUNGKIN ALLAH TERLUPA BAHAWA DIA TELAH MENJADIKAN MAKHLUK DARI PELBAGAI BANGSA!)

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...