Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Mei 05, 2017

Panas!! : Lebih baik DAP berbanding BN dan MCA

Tun Mahathir MohamadTun Mahathir Mohamad
Banyak sudah yang diperkatakan berkenaan DAP, terutama kesanggupan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bekerjasama dengan parti itu. Hampir semua cemuhan terhadap DAP diasaskan kepada kebencian terhadapnya sebagai parti totok Cina. DAP dipercayai berjuang semata-mata untuk bangsa Cina.
Yang anehnya parti MCA yang 100 peratus Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu. Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada Umno dan ramai orang Melayu.
Walaupun MCA yang menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua bagi menjadinya lebih kuat dalam parti Barisan Nasional, ini juga tidak menarik bantahan dari ahli Umno dan ramai orang Melayu.
Sebenarnya parti DAP bukan parti perkauman Cina. Ia adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti dari ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah Sarawak dalam DAP. Ada wakil rakyat DAP yang terdiri dari orang Melayu dan India. Pemimpin besar DAP dahulu ialah Karpal Singh.
DAP banyak mengguna bahasa kebangsaan dalam mesyuaratnya. Lagu partinya juga dinyanyi dalam bahasa kebangsaan.
Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan DAP telah menyatakan secara terbuka dan menandatangani penyataan sokongan Pakatan Harapan kepada Perlembagaan Malaysia.
DAP bersama Pakatan Harapan, dan secara bersendirian menyokong dan mengiktiraf:
a) Institusi Raja-Raja Melayu
b) Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera
c) Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan
d) Agama rasmi Malaysia ialah Islam
Kepimpinan DAP tidak pernah tuntut jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Pimpinan tertinggi DAP mengaku bahawa oleh kerana penduduk Cina adalah minoriti di Malaysia, tidak mungkin DAP mendirikan kerajaan di peringkat pusat di Malaysia, jauh sekali dari menjadi Perdana Menteri walaupun jika DAP menang semua kerusi yang ditandingi.
Dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendirikan kerajaan, DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi. Tetapi ia boleh menganggotai kerajaan campuran walaupun kurang dari kerusi Melayu. Demikian juga MCA dan Gerakan.
Mungkin juga parti berbilang kaum Melayu memberi beberapa kerusi kepada calon bukan Melayu. Tetapi majoriti dari tiga buah parti kepimpinan Melayu akan meletak calon Melayu dan PPBM sebagai parti Melayu tidak mungkin mencalon dan menyokong bukan Melayu sebagai Perdana Menteri. Gabungan parti-parti pembangkang tidak mungkin didominasi oleh DAP selain di Pulau Pinang.
Kenyataan Najib bahawa jika Umno kalah maka Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri tidak berasas sama sekali. Sebaliknya Najib sudah pun mengadakan perjanjian ketenteraan dengan China dan seorang penulis China menyatakan pelabuhan Melaka dan Kuantan yang sedang dibangun dengan berbilion Ringgit modal syarikat China akan diguna oleh tentera laut China. Kemenangan Najib dan Umno akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu.
Sebenarnya yang patut ditakuti oleh Umno dan orang Melayu ialah Najib sebagai Perdana Menteri, bukan Kit Siang. Rekod Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Sebaliknya rekod DAP di Pulau Pinang tidak seburuk Kerajaan BN di pusat.
mdl

Iklan Berbayar [23/4/17]

11 ulasan:

  1. Kaum melayu yang mewakili DAPigs jadi rosak, Madey memang lama dah rosak, BN rosak pun kerana Madey.

    BalasPadam
  2. Kalau nak dibandingkan BN dan DAP, PAS lah yang paling baik berbanding DAP dan BN, Mahafiraun kurang teliti dengan penjelasan diatas.

    DAP bukan parti totok bangsa cina tapi DAP adalah parti yang menentang Islam. Itu saja.

    BalasPadam
  3. Pas skrg dah tunduk pd kafir harbi MCA, MIC, GERAKAN dlm BN.

    Melayu rosak kerana UMNO.
    Islam rosak kerana PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan PAS yang tunduk pada MCA, MIC,Gerakan dan Umno dalam BN, malah BN lah yang tunduk pada PAS hasil politik matang dan sejahtera yang dibawa oleh PAS, cuba teliti betul-betul.

      Islam terjamin dibawah PAS.
      Islam rosak dibawah PH. Ini hakikat yang perlu diteliti dan difahami.

      Padam
    2. Hehehe....sekurang2nya tidak jadi keldai dan hamba abdi kapir dapigs dulu kini dan selamanya...
      Rakyat sedar tapak kaki kapir dapigs melekat di muka PANxxx..pgayR dan parti bunga
      kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

      Syabas kpd pas krn tidak tunduk kpd kapir dapigs.Biar mrk bertuankan kapir dapigs dan dibonekakan bagai manusia pekak..buta dan bisu...hehehe

      Padam
  4. Gelak komen walaun pas. SEJAK KAWAN DGN UMNO ni tak dak pulak ya komen mic mca gerakan ya. Oo sbb mereka ni sbhg drp bn. So kira 1 teamlah dgn pas ya. Dulu apa yg kau tak cavi mic mca. Makin terselah kemunafikan yg mengaku ulamak lebai2 ustaz2 yang sangup menjual agama n diri demi habuan duniawi. Jadilah PUNAISihat. Syabas kpd 11.50 yang tak tunduk pada dap tapi sangup ditanduk oleh mic n mca. Napalah jadi sampai sangup jilat balik maki yg kaunpenah luah pada mereka dulu ya. DEmi SESUAP DEDAK YA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS hendak berTAAWUN dgn UMNO katanya..sedar tidak sedar ada 14 lagi parti kafir dibelakang UMNO..yg sibuk diratibnya hanya DAP sebagai menyambung lidah UMNO..penangan dedak..hehe

      Padam
  5. Dorang ni pantang kalau kita kata DAP menentang islam.. DAP rileks je dorang yg lebih2 panasnya ..

    BalasPadam
  6. pemimpin umno/bn kebanyakannya dtg dr family yg kaya raya.. apa diorg tau pasal susah rakyat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom cepat2 kita turunkan UMNO.. dengarnya UMNO kini kalau boleh tak mahu hadapi pilihanraya lantaran sudah nampak tanda2 kejatuhan.. malah kalau boleh hari raya pun mereka nak tangguh biar puasa berterusan pun tak apa.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...