Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Mei 09, 2017

Kit Siang : DAP jadi kempen fitnah Umno-BN

Lim Kit SiangLim Kit SiangDAP sering menjadi kambing hitam dengan pelbagai dakwaan tidak masuk akal untuk mengelirukan rakyat terhadap isu-isu kritikal yang melanda negara seperti isu rasuah skandal terbesar 1MDB, ekonomi, alam sekitar, pengangguran dan sebagainya.
Antara dakwaan yang sering dilontarkan kepada DAP khususnya Lim Kit Siang ialah mengaitkan beliau kononnya anti-Melayu, anti-Islam, pencetus tragedi 13 Mei 1969, komunis, tali barut kuasa asing dan sebagainya.
Ini termasuklah dakwaan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia dan menguasai gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan kononnya negarawan dan pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Mohamad Sabu sekadar boneka.
Semua dakwaan karut ini bagaimanapun dijawab Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyifatkan ia sebagai kempen fitnah ganas yang dilancarkan tentera siber Umno – BN menjelang pilihan raya umum ke-14.
“Saya telah berkecimpung dalam politik Malaysia selama 51 tahun dan cadangan untuk menjadi perdana menteri Malaysia tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.
“Berapa ramai rakyat Malaysia yang percaya bahawa cita-cita politik saya adalah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kit Siang, beliau menyertai politik untuk memperjuangkan Impian Malaysia di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, semuanya bersatu dan bangga mereka adalah rakyat Malaysia
“Saya sertai politik kerana percaya dengan Impian Malaysia, yang saya yakin dikongsi oleh ramai rakyat Malaysia yang kasihnya tidak berbelah bahagi dan setia kepada negara,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Ujarnya, DAP sentiasa menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk kaum-kaum tertentu.
“Pemimpin DAP, yang datang dari pelbagai kumpulan etnik dan agama, tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pemimpin untuk hanya satu kumpulan etnik atau agama.
“Kami selalu melihat diri kami sebagai mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.
“Tidak seorang pun boleh menjadi pemimpin Malaysia jika beliau menentang mana-mana kaum atau hanya memperjuangkan hak dan kepentingan hanya satu kaum,” katanya lagi.
mdl
peluang

9 ulasan:

  1. Yer memang betul apa yang dikatakan ianya bukan fitnah, Lim Kit Siang adalah butir taik Lee Kuan Yew yang ditinggalkan di Malaysia untuk menjadikan kaum cina sebagai kaum kelas 1 dan akan cuba untuk menguasai Malaysia, itu perancangan rapi PAP dan DAP.

    Melayu yang bengap dan terhutang budi dengan dedak takkan nampak semua ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dAP yg kamu benci sangat/cina babi yg kamu tak suka sangat:

      INILAH HASILNYA,Kat kelate ade camni???

      SUNGAI DUA, 8 MEI: Peruntukan hal ehwal Islam di Pulau Pinang meningkat hampir 100 peratus sejak tahun 2008 hingga 2016 sebanyak RM457 juta di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) berbanding sewaktu kerajaan Barisan Nasional (BN).
      Bagaimanapun, usaha murni kerajaan pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu mendapat kecaman sesetengah pihak yang menuduh kononnya kerajaan PH Pulau Pinang telah meminggirkan kaum Cina berbanding Melayu.
      “Jumlah peruntukan bagi Hal Ehwal Islam di negeri Pulau Pinang juga naik hampir 100 peratus sejak 2008 berbanding sebelumnya.
      “Malangnya, kenaikan ini mendapat kritikan daripada pihak tertentu yang mendakwa kerajaan negeri anti Cina – dapat undi bangsa Cina, tapi bantu Melayu,” kata Guan Eng.

      Ketua Menteri, Lim Guan Eng bergambar bersama wakil-wakil masjid yang menerima sumbangan Ehya Ramadan dari kerajaan negeri.
      Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemberian Sumbangan Ehya Ramadan kepada seluruh masjid dan surau Pulau Pinang semalam, di perkarangan Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung lapor Buletin Mutiara.
      Meski pun dikritik sedemikian rupa, Guan Eng menjelaskan bahawa kerajaan negeri tetap akan meneruskan usaha baik tersebut tanpa pilih kasih dan bersikap perkauman.
      “Kita tidak pedulikan kritikan tersebut dan akan meneruskan pemberian sumbangan tanpa sikap cauvinis dan rasis.
      “Pemberian sumbangan ini adalah penting sebagai salah satu usaha (supaya institusi masjid) dapat membangunkan rakyat Pulau Pinang secara kerohanian,” katanya lagi.
      Kerajaan negeri pada tahun ini memperuntukkan sebanyak RM235,000 bagi sumbangan Ehya Ramadan kepada 226 masjid meliputi masjid kariah, masjid biasa dan surau diri jumaat seluruh negeri.
      Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
      Hadir sama, Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd Salleh Man; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Datuk Sazali Hussein; Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa; barisan Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK); kariah Masjid Al-Marbawi serta wakil-wakil pemimpin tempatan. –Roketkini.com

      Padam
    2. Satu lagi tertinggal iaitu DAP berkuasa untuk menyekat fatwa umat Islam di Penang.

      Padam
    3. Umat haprak diberi dedak sehingga bisu...kemudian fatwa perlu ditapis oleh kapir dapigs.HEBAT!!!!!

      Padam
    4. Kenapa cerita kritikan dari sebhg golongan cina? Ceritalah berapa peruntukan utk kaum cina dan india pula.. dengar khabar berkali2 ganda dari jumlah utk org islam..

      Padam
  2. ada juga yg makan dedak untuk menjadi matang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada juga yg makan dedak untuk menjadi barua

      Padam
    2. Banyak dedak DAPigs peruntukkan khas untuk barua's termasuk peruntukan dari yahudi.

      Padam
  3. Jika merujuk kepada carta organisasi baharu Pakatan Harapan (PH), Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon Perdana Menteri manakala ada 3 orang yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri bayangan mereka iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Muhyiddin Yassin.

    Apa yang pelik, kedudukan Dr Wan Azizah sebelum ini adalah sebagai penasihat kepada PH. 29 Mac 2017, mesyuarat pertama kali PH yang dipengerusikan oleh Mat Sabu mungkin telah menukar beberapa perancangan awal itu. Tambah pelik, yang bercakap pada media adalah Khalid Samad, bukannya pemimpin lain yang lebih tinggi.

    Dalam mesyuarat 29 Mac itu, Dr Wan Azizah tidak hadir dan dia dilantik menjadi penasihat PH bersama-sama Dr Mahathir Mohamad. Jurucakap yang datang pada 29 Mac itu juga tiada dalam jawatankuasa penaja yang diumum hari ini. Azmin Ali yang berada di luar negara, hanya diberi jawatan kecil sahaja.

    Percayalah bahawa semua ini hanya wayang untuk menggaburi mata para pengundi sahaja. Sebenarnya pencatur di belakang adalah Lim Kit Siang sendiri yang berkuasa penuh terhadap percaturan PH. Mana logik sebuah organisasi yang dikuasai DAP tiada seorang pun pemimpin ulung mereka berada di atas.

    Melainkan perletakan Wan Azizah sebagai penasihat dan calon Perdana Menteri hanya sekadar boneka sahaja untuk DAP memiliki kuasa. Apatah lagi sekiranya DAP sudah mula mendapat kerusi majoriti dari kalangan PH, mana mungkin mereka hanya sekadar menjadi pengikut dan penonton kepada carta ini.

    Yang pastinya PH akan terus bergaduh. Bayangkanlah jika mahu membuat logo sendiri pun sudah gaduh teruk sesama sendiri, apatah lagi untuk merebut kuasa penentu di dalam parti dan kerajaan.

    Rakyat harus sedar, carta organisasi yang diwar-warkan itu sebenarnya ada agenda tersembunyi yang sengaja dicaturkan oleh DAP. Sekiranya kita percaya dan termakan dengan hasutan ini, ia bermakna anda sudah termasuk dalam jerat penipuan DAP.

    Wan Azizah hanyalah boneka untuk umpan undi Melayu sahaja. Apa jadi kalau Anwar keluar penjara? Apa ingat DAP mahu tengok sahaja biar Wan Azizah letak jawatan dan beri pada Anwar?

    DAP akan tikam PKR habis habisan masa itu. DAP adalah King Maker. Wan Azizah dan Mahathir hanyalah maskot sahaja buat pengumpan undi.

    Lepas dapat apa yang dihajati, buanglah umpan ke tepi. Berkuasalah DAP di atas kerusi yang mereka hajati.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...