Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Mei 07, 2017

Dato Husam Musa : Hubungan mesra Pas-Umno merosakkan

Datuk Husam Musa ketika membicarakan karyanya Cinta Yusuf A.S bersama Hasbie Muda sebagai moderator di PBAKL semalamDatuk Husam Musa ketika membicarakan karyanya Cinta Yusuf A.S bersama Hasbie Muda sebagai moderator di PBAKL semalam
Hubungan mesra Pas dan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebenarnya tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat ketika pelbagai isu penyelewengan dan salah guna kuasa masih berterusan, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa.
"Kerjasama seperti ini adalah merosakkan apabila satu pihak menyokong satu pihak yang lain ketika rakyat gelisah dibebani peningkatan kos hidup.
"Hubungan baik Umno-Pas juga tidak bermakna apabila penjenayah 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dibiarkan tidak dihukum selain banyak kes rasuah mega terus berlanjutan," ujarnya ketika ditemui di reruai Ilham Books sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) semalam.
Beliau diminta mengulas kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis melabuhkan tukun tiruan di perairan laut Pulau Kapas, Marang bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, 4 Mei lalu.
Menurutnya, kemunculan Abdul Hadi dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas itu dilihat sebagai pendekatan untuk menguji persepsi politik pengundi Melayu.
"Ini semua adalah percubaan untuk mukadimah hubungan politik antara Pas dan Umno. Mereka mahu melihat minda siasah orang Melayu sama ada kerjasama itu diterima atau tidak.
"Pada asasnya, kerjasama politik atas apa nama sekalipun sama ada atas nama Melayu, Islam dan demi kepentingan negara itu tidak menjadi satu kesalahan.
"Namun, kerjasama politik itu tidak lebih hanya menambahkan kerosakan sedia ada akibat kepimpinan negara pada masa ini yang korup sekaligus ini bercanggah dengan prinsip Islam, kenegaraan dan demokrasi," tegasnya.
Penasihat Amanah Kelantan itu berkata, Islam tidak menerima serbarang bentuk kerjasama yang memudaratkan umat.
"Sesuatu kebaikan itu mesti lebih baik daripada keburukan. Pada hari ini, keburukan yang berlaku lebih besar daripada kebaikan," jelasnya.
Tidak kurang pentingnya juga, tambah Husam, hal berkaitan kedudukan sosio-ekonomi nelayan tempatan serta masa depan industri perikanan sepatutnya benar-benar ditangani.
"Bila kedua-dua pemimpin itu turun ke laut, saya berharap bukan sahaja untuk sesi bergambar, (Abdul Hadi) pakai terendak dengan menonjolkan kemesraan dua pemimpin yang dulunya bertentangan.
"Tetapi juga mengetahui laut kita telah dicerobohi nelayan asing akibat penguatkuasaan undang-undang yang lemah sehingga peluang nelayan tempatan meraih rezeki terjejas dan bekalan ikan di dalam negara terancam.
"Kita pun sedia maklum kebanyakan nelayan di negara ini berada di bawah paras kemiskinan tetapi pemimpin kita tidak berbuat apa-apa lantaran tidak berteraskan kesejahteraan rakyat dan agenda besar negara," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menekankan pentingnya pendekatan lebih komprehensif termasuk input-input nelayan yang lengkap bagi membantu meningkatkan kualiti sosio-ekonomi keluarga nelayan tempatan diberi perhatian serius.
Terdahulu, Husam menghadiri sesi bicara karyanya, 'Cinta Yusuf A.S.' bersama Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda sebagai moderator di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

23 ulasan:

  1. Hari tu dia kata balak di kelantan tak terkawal. Tapi bila kerajaan negeri dapat pengiktirafan ISO mengenai pengawalan balak terbaik negara tahun 2016, maka dia kini bercakap soal laut pula.. husam husam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila sprm nak dakwa kerajaan kelantan pasal balak?

      Padam
  2. Jeles ler tu....
    Husam tugu...ko dh dpt kwn dgn mahdey kira dh ok dh tu...
    Takyah meroyan sgt...bersyukur selalu
    Sementara kapir dapigs msh memerlukan khidmat ko dgn memberi dedak dan menubuh parti PANtat..bersyukur yer
    Nasihat aku...jgn bermodalkan mimpi dan fitnah.Tu prinsip org yg mudah berputus asa dan mengadu domba...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa pulak yg jelous,dah kawan dgn penyamun ni.memang orng2 parti agama suka mencarut.

      Padam
  3. Jutaan ringgit Huse kaut dari genting sebagai kuda tunggangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tak boleh la lawan jumlah dedak yg mengalir masuk...tak gitu ke kawe

      Padam
    2. Dedak dari dapigs lagi hebat...
      Sampai tertubuh parti PANxxx....hehehe

      Padam
    3. dedak dari sang penyamun hebat,pas geng umno,judi genting okay,toto,ekor,lottery dah kira halal dah.
      idup pas/ameno/melayu/isle..bersama club judi negara.

      Padam
    4. Hilang ingatan ker...hehehe
      Org yg korang kutuk sbg penyamun tu dah jd penasihat haprak...
      kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

      Padam
  4. Dulu Parti Umno mengangap Kerajaan Malaysia itu adalah UMNO dan Umno itu adalah KERAJAAN MALAYSIA,semua institusi kerajaan dianggap sebagai harta umno dan semua majlis kerajaan dianggap sebagai majlis umno. Sehinggakan wakil rakyat pas tidak dijemput ke mesyuarat PIBG di sekolah dalam kawasannya dan anaknya juga bersekolah disitu. Sekarang UMNO telah faham dan dapat membezakan antara institusi kerajaan dan parti politik, tapi sayangnya Dato' Husam Muse menjadi semakin tidak faham setelah menyertai PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org umno tu dh join pakatan haprak.Mgkin klu menang pru14...dia boleh isytihar perkara tu semula....hehehe

      Padam
    2. Msh terngiang2 betapa pedihnya sindiran dan kutukan bekas org no1 umno yg masuk haprak suatu ketika dulu...hehehe

      Padam
    3. adalah lebih baik lagi daripada orang itu,yg pakai serban berkilo2,cakap islam berdegar2,tapi bersama perompak,bersama tauke2 judi,mca ramai tauke ahlong,JUDI DAH JADI HALAL.

      ISLAM ALA PAS,SEKARANG NI SEMUANYA BOLEH.
      ISLE BERSAMA ULAMA GENTING.

      Padam
  5. Balak di klate terkawal sbb itu lwn dgn org asli pun kalah kah kah kah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelantan tetap merayu akan keputusan tersebut.. pastinya ada jalan penyelesaian.. kami bukan jenis yg memfitnah akaun affin lepas tu senyap menikus bila PAS ambil tindakan saman terhadap SR..

      Padam
    2. Husang memang terkenal dengan sikap pengecutnya, pasal tu wan rohing beri husang kuasa 10 supaya hilang rasa pengecutnya.....kahkahkah

      Padam
    3. husam bgthu ttg masalah kehidupan nelayan melayu yg miskin giler di pantai timur.. adun2 lebai yg takut menikus.

      Padam
    4. Ye ke miskin.. nelayan dekat pantai barat kaya ke?

      Padam
    5. SAPE YG PENGECUT,HARI TU HUSAM DATANG TAPI,PENGECUTNYA LOBAI TARBUS.CABUT LARI,menyorok celah-kangkang bini.Bercakap depan orang sendiri berdegar-degar,bila husam muncul...huu..huu..harapkan serban jerr

      Padam
    6. tak semua nelayan miskin,yg rajin bekerja tu banyaklah rejekinya.tapi nelayan kat negeri lobai,ketingalan sobab,geng2 lobai asyik cito AUDIQ7,PORSHE JERR..

      Padam
    7. Husam dtg dan ganggu majlis org.. itulah kaedah politik matang PAN.. org ajak berdebat secara profesional terus petik nama Yusof Qardawi lah bagai.. bila dah terdesak ganggu majlis org.. aku kenal lama dah husam ni.. apa jadi dgn akaun Affin? Terus senyapkan?

      Soalan aku nelayan di oantai barat kaya ke sorang pun tak berani jawab dan macam biasa petik nama kereta mewah lah bagai tapi tak berani petik nama banglo disney dan takde kolam..keh keh

      Padam
  6. Semua ulasan mengarut...pas-umno tak pelik la...mmg pas asal umno juga..s46,pkr.bersatu...amanah.berjasa.hamim asal dari pas...jadi tak pelik pun...bab judi..lagi tak pelik...org keje kerajaan n perima br1m mmg da lama makan duit halam(halal+haram) sbb tu otak n hati jadi kelabu...yg penting jgn jadi taksub atas pendapat sendiri sampai kapir kan org..pas tu dia plak trhegeh nk joint geng yg dikapirkan...hahahha nk jadi penasihat(barua)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita bukan nak join umno sebagaimana PAN join DAP utk jadi barua.. kita akan terus cari titik persamaan selagi ianya bermanfaat utk rakyat dan islam. Bukan macam DAP dan baruanya PAN, yg baik utk islam dan rakyat pun diterajang habis oleh DAP dan diredhai pula oleh pengangguknya.. hina betul rupanya jadi barua ni..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...