Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Mei 26, 2017

Dato Husam : Apa program keIslaman kalau sungguh Pas perjuangkan Islam?

Husam MusaHusam Musa
Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menyelar sikap pemimpin kerajaan negeri Kelantan diterajui Pas yang cenderung menggunakan syurga dan neraka sebagai modal politik.
Berceramah di Panchor, Pengkalan Chepa malam tadi, beliau mempersoal sama ada balasan syurga dan neraka hanya terpakai ke atas rakyat sebaliknya golongan pemimpin Pas mendapat ganjaran syurga semata-mata.
"Lepas demo (pemimpin Pas) boleh empat tahun (mentadbir kerajaan negeri), mana syurga, neraka? Atas rakyat saja syurga neraka? Exco tak kena syurga neraka? Menteri Besar tak payah syurga neraka? Syurga saja? Mana boleh begitu.
"Tidak boleh lepas pilihan raya, mu (rakyat) kena sokong aku (Pas) sebab bawa perjuangan Islam, kalau tak sokong masuk neraka, kalau sokong aku, masuk syurga.
"Kalau balak jual murah patut jual mahal - masuk neraka. Kalau kita buat projek, tindas rakyat, rakyat mengadu hal kita tak dengar - masuk neraka," bidasnya di Gertak Poknik Loh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu turut mempertikai sejauhmana usaha Pas di Kelantan "memprogramkan kuasa" sejak empat tahun lalu iaitu selepas memperoleh sekali lagi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.  
"Lepas Menteri Besar menang, exco dilantik, Timbalan Menteri Besar dilantik, tok-tok wakil mengambil tempat dalam dewan, apa program kerajaan (negeri)?
"Masa empat tahun berlalu. Apa kerajaan buat? Bila sudah menang, apa program keIslaman kalau sungguh Pas perjuangkan Islam?" soalnya dalam ceramah yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Husam yang juga Penasihat Amanah Kelantan selanjutnya menyenaraikan tindakan sebagai pemerintah yang sebenarnya berlandaskan Islam.
"Islam ini luas. Cuci sampah, bersih dan indahkan, majukan negeri itu Islam. Tolong budak-budak boleh kerja - Islam. Bagi bantuan pada budak yang mahu berniaga - Islam.
"Tolong orang susah tengah harga getah murah ni - Islam. Cakap betul - Islam. Buat rumah untuk rakyat - Islam. Jadi, janganlah kita tiba pilihan raya kalau tidak sokong parti Islam (Pas), masuk neraka. Kalau sokong masuk syurga," tegasnya lagi.
Sehubungan itu, kata Husam dalam ceramah bertemakan 'Pemimpin Kaya Rakyat Tergadai', rakyat pada masa ini mempunyai pilihan untuk mengundi selain Pas dan tentunya Umno-BN.
"Sekarang ini ada pilihan. Umno-BN mengenakan pelbagai kesusahan kepada rakyat, bawa lari wang rakyat, semua orang tahu.
"Mahathir sendiri hulubalangnya dibedal, dirotan. Bermakna kita tak boleh sokong Umno-BN. Sejak awal kita tidak sokong. Sekarang ini, Mahathir pun kata Umno bawa lari pitih (wang). Cukup saksi, cukup bukti.
"Dulu, kalau tidak mahu Umno, terpaksa pilih Pas kerana marah pada Umno lebih tinggi daripada marah pada Pas.
"Walaupun Pas lemah, tidak buat apa misalnya terpaksa pilih Pas. Hari ini tidak begitu dah. Kalau kita marah pada Umno, Pas pun kita tidak berkenan, boleh pilih Amanah dan saing-saingnya (kawan-kawannya). Tiada masalah," tambah Husam lagi.
Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan menyaksikan Pas menguasai 31 kerusi dan Umno-BN (12) manakala Amanah dan PKR masing-masing satu kerusi. 
mdl
Picture

6 ulasan:

  1. Wahai husang kuasa 10 didarab dengan 15, untuk pengetahuan husang tugu setiap makhluk tidak akan terlepas dari keduanya dan terikat dengan dosa atau pahala dan diakhir perjalanan kita pun berakhir dengan syurga atau neraka.

    Elok lah PAS selalu memberi peringatan kepada rakyat tentang dosa pahala dan syurga neraka, takkan individu yang banyak berbuat dosa akan diangkat oleh rakyat untuk memimpin mereka, sudah tentu mereka akan memilih pemimpin yang kurang mudharatnya dan yang kurang juga dosanya, melainkan pemimpin yang banyak membuat dosa diangkat juga oleh rakyat yang tak faham atau sengaja buat tidak faham dengan dosa dan pahala, syurga dan neraka.

    Golongan ini juga akan mengangkat dan mengiktiraf kaum kafir sebagai pemimpin mereka walhal sudah dijelaskan dan dilarang oleh Allah SWT didalam Al-Quran supaya menjauhi kaum kafir dari memimpin umat Islam.

    Tidak dinafikan bahawa Islam ini luas macam yang dihuraikan oleh husang, tapi Islam melarang umatnya mengambil pemimpin dari golongan kafir, kamu ada hujah ke untuk melawan larangan Allah SWT ni?

    Kesian husang tugu.

    BalasPadam
  2. kemana pulak hilang ayat yang melarang menyokong golongan yg zalim, yg mana dulunya selalu dimulut walaun walaun..

    di masjid ditempat aku dah lama dah tak dengar ayat ayat tu. ayat terbaru yg dilagukan oleh ostaz ostaz hijau ialah kisah bercakap lembut nabi musa kpd firaun..awat jadi mcm ni walaun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaun2 sokong pendubur dan pemuki sebagai peeM ke7 dgn muka mahdey dan din panadol tersenyum paksa.Lawak...hehehe
      Ada video disahkan 99.99% sipelaku tapi ada jugak walaun2 PANxxx dan pgayR sembah dan sokong.
      Husam tugu dulu kutuk mahdey kejam tapi sejak jd budak suruhan mahdey nak angkat mahdey jd peeM.
      Kapir dapigs geli hati dgn gelagat bangsaT melayu haprak.
      Mgkin walaun2 PANxxx dan pgayR kata mrk dh sedar dan insaf...hehehe
      Maka..suasana yg indah dan tenang antara 2 parti melayu dan Islam terbesar skrg mgkin sama spt apa berlaku antara mahdey dan nuar.Tak perlulah kita cemburu atau dengki khianat.Ada hikmah semuanya.
      Yg bijak menilai adalah rakyat dan bukannya walaun2 PANxxx dan pgayR...
      Korang nak meroyan sampai mampuih..lantak ler.Hehehehe

      Padam
    2. Memang kerajaan BN zalim, PAS juga tidak menyokong kezaliman dan dalam masa yang sama PAS tidak tunduk pada pemimpin kafir kerana adanya larangan dari Allah SWT.

      Kerana kezaliman umno/BN lah PAS akan bertanding melawan umno/BN pada setiap kali PRU, itulah penyelesaiaannya, bukan tunduk dan jadi barua pada kafir dengan bermodalkan kezaliman umno/BN.

      PANgan dan bersatu tetiba datang bagi talian hayat pada umno/BN. Benggong.

      Padam
  3. ISLAM ITU SYUMUL TETAPI BErSENGKOL DENGAN PENETANG TEGAR ISLAM YANG TERANG MENOLAK HUKUM ISLAM TERMASUK MAHATHIR DAN SEWAKTU DENGAN JELAS MENOLAK HUKUM ALLAH.PAN SENDIRI TIADA DASAR YANG JELAS TENTANG ISLAM SEKandar berretorik dengan islam.sophan sophaan

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...