Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, April 28, 2017

Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat

Mohd Sany Hamzan Mohd Sany HamzanIklan : WWW.KELABSIMKAD.COM
Rentetan kenyataan pimpinan Pas ketika ini menggambarkan parti itu tidak berminat untuk membuat perubahan terhadap pentadbiran negara, maka Pemuda Amanah Nasional mengajak rakyat bersama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang mengajak rakyat memilih sama ada Pas atau Umno dan menolak parti-parti yang lain.
Terbaru, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Ahmad Yaacob ketika Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat di Kedah semalam berkata, tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan sekarang yang dipimpin BN.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dengan memberi gambaran yang sangat negatif dengan mengatakan parti sekular sosialis akan memerintah sekiranya BN dijatuhkan.
Justeru Ketua Pemuda Amanah Nasional  Mohd Sany Hamzan berpandangan, tindakan Pas menakut-nakutkan rakyat untuk membuat perubahan hanya memberi nafas kepada BN untuk terus berkuasa sebagai pemerintgah.
"Pas tidak sewajarnya membuat persepsi jijik demi menggagalkan hasrat rakyat untuk membuat perubahan.
"Dalam keadaan negara dihantui krisis pentadbiran dan skandal besar, ditambah lagi hambatan ekonomi yang tenat, sewajarnya Pas sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai dasar haruslah lebih mengetahui tuntutan menyelamatkan negara.
"Tidak sewajarnya Pas memberi nyawa kepada Barisan Nasional dengan memburukkan serta mewujudkan persepsi negatif terhadap parti-parti pembangkang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kata Mohd Sany lagi, hari ini nada serta pendekatan pimpinan Pas dakwanya adalah selari dengan pengumuman parti itu sebelum ini yang mengatakan akan bertanding kira-kira 80 kerusi parlimen secara bersendirian.
"Angka itu sudah menzahirkan bahawa sangat mustahil untuk parti itu memimpin negara sebaliknya hanya bertindak sebagai pihak ketiga yang mampu mengganggu kelestarian untuk melihat satu pentadbiran baharu dibina.
"Amanah dan Pakatan Harapan komited untuk menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi yang sedang bermaharajalela menjarah hasil negara.
"Atas kesedaran tuntutan menyelamatkan negara, kami konsisten mengajak masyarakat untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan datang.
"Ayuh bersama kami selamatkan Malaysia. Kami yakin, rakyat khususnya golongan muda dapat menilai tentang realiti sebenar politik negara dan pihak mana yang benar-benar mampu untuk mengubah pentadbiran negara," ujarnya.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

8 ulasan:

  1. Memang PAS tak berminat kecuali kalau PH berikrar hendakkan islam barulah PAS berminat.. ini yg PH minat ialah undi cina ..ptuii

    BalasPadam
  2. Rakyat tak mahu PH, sebabnya PH sama je dengan umno/ bn, perompak dan penyamun harta rakyat.

    BalasPadam
  3. pas pandai memerintah ke..? setakat bg tok lebai kuno jd wakil rakyat apa lebai tau pasal ekonomi? yg pakar dan ada kemahiran semua dah masuk amanah bai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kau ingat puak kau je yang pandai tadbir negara, biarpun bertempek perasuah dan penyamun didalam PH, ramai jugak yang akhlaknya rosak teruk, semuanya ada dalam PH, ini ke pemimpin yang kau sanjung bai? Hancur Malaysia, punah ranah umat.

      Padam
  4. Memaki, mencarut, dan berludahh.
    Hmmmm, ayuh pengundi, kita TOLAK parti yang ada pengikut tegar sedemikian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kita melabel atas perkara yg benar dikatakan memaki atau mencarut..

      Bila mereka buat2 tidak nampak akan kekhilafan membiarkan fatwa negeri dibelek kafir dan maqasid syariah diketuai kaki kelab malam, tidak pula dikatakan menghina islam..

      Padam
    2. Mereka nampak melabel ni adalah satu dosa yang amat besar kalau dibandingkan dengan kaki mabuk arak, kaki betina, kaki rasuah, hina Islam dan macam2 lagi kegiatan yang tidak bermoral yang boleh merosakkan Islam asal saja jangan melabel dan maki hamun, pada perkiraan mereka pemimpin macam ni lah yang patut disokong dan dipilih walaupun mereka dari golongan kafir.

      Padam
    3. Sebab itu kami tendang puak2 liberal ini lebih awal (Muktamar 2015) agar tidak mengganggu persiapan PAS utk PRU14 nanti..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...