SEREMBAN - Parti Amanah tetap bertegas untuk meneruskan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz walaupun mendapat bantahan.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, penganjuran seminar itu tidak perlu dibatalkan kerana ia bukan satu kesalahan walaupun keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak agar tidak diteruskan.


“Kita akan teruskan juga. Siapa pun bantah kita tak layan. Itu adalah seminar biasa dan Tok Guru adalah milik semua," katanya ketika ditemui ketika menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Dewan City Kingdom, di sini, semalam.

Mohamad berkata demikian sebagai mengulas tindakan keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz yang membuat laporan polis meminta penganjur membatalkan program tersebut yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, 9 April ini.


Kelmarin, anak kelima Allahyarham, Nik Adli mewakili ibunya, Datin Sabariah Tun Ishak mendesak supaya penganjur membatalkan seminar tersebut yang dianggap sebagai satu penghinaan dan memberi imej tidak baik kepada Allahyarham bapanya serta keluarga.

sh

IKlan Berbayar