Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Mac 27, 2017

PANAS!!! : 'Selesailah sandiwara Pas ditipu'

Salahuddin  menerima borang penubuhan sembilan Cawangan Amanah di Dun Pasir Tumboh kelmarin sambil disaksikan Datuk Husam MusaSalahuddin menerima borang penubuhan sembilan Cawangan Amanah di Dun Pasir Tumboh kelmarin sambil disaksikan Datuk Husam Musa
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan BN akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) 355 sebagai pengakhiran 'sandiwara' Pas dibohongi.
Menurutnya, isu berkaitan pelaksanaan undang-Undang jenayah Syariah atau hukum hudud di Kelantan telah dibincangkan dalam mesyuarat Pas Pusat sejak beberapa tahun lalu ketika beliau dan beberapa pimpinan lain masih berada dalam Pas.
Satu jawatankuasa melibatkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kelantan, jelasnya, diputuskan dengan masing-masing dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Sebenarnya, selesailah sebuah sandiwara Pas ditipu bila dengan tiba-tiba Zahid mengumumkan kerajaanlah yang akan membawa Rang Undang-undang 355.
"Saya bertanggungjawab dunia sampai akhirat untuk saya beritahu rakyat pada malam ini (kelmarin). Kita bincang isu ini tahun 2013, 2014, 2015 sebelum kami mengakhiri perjuangan dalam Pas setelah muktamar 2015," ujarnya dalam ceramah di Pasir Tumboh, Kelantan kelmarin.
Mengimbas situasi polemik hukum hudud itu, beliau menceritakan bagaimana Ketua Biro Undang-undang Amanah, Hanipa Maidin yang ketika itu Ahli Jawatankuasa Pas tegas supaya hal tersebut bukan sekadar mainan politik.
"Peguam Hanipa berhujah dalam mesuarat Pas pusat - 'Kita ini betul ke nak sungguh buat hudud atau main politik? Ini diminitkan dalam mesyuarat.
"Kalau sungguh supaya dapat buat untuk Kelantan ia mesti dibawa kerajaan yang memerintah. Maka, parti putuskan ditubuhkan jawatankuasa dua pihak - kerajaan pusat dan negeri.
"Bila kerajaan bawa rang undang-undang maka dia akan pastikan parti-parti dalam BN sokong rang undang-undang itu. Kalau kita bawa atas nama usul persendirian belum tentu (dapat)," jelasnya dalam program sempena penubuhan sembilan Cawangan Amanah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Tumboh itu.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, Jamil Khir kemudiannya meminta Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula membentangkan pindaan Akta 355 sebagai usul persendirian.
"Dia (Jamil Khir) kata Paslah bawa sebab kalau kami (kerajaan BN) bawa susah, kami kena mengadap raja-raja Melayu dulu.
"Rang undang-undang ini bukan boleh bual di kedai kopi, cakap tengah padang. Ada peraturan-peraturannya. Umno sendiri kena mengadap raja-raja Melayu kerana hal agama di bawah raja-raja Melayu.
"Kalaulah Umno susah nak bawa, adakah (Ahli Parlimen) Marang logik bawa (rang) undang-undang itu? Memang Umno mengenakan Pas, memecahkan Pakatan Rakyat. Hudud pun tidak boleh buat lagi.
"Berpanjanganlah (polemik) sedangkan dalam mesyuarat (Pas Pusat) sudah bincang pilih sama ada mahu jalan yang cerah atau berbelit-belit," tegas Salahuddin.
Mengulas lanjut, bekas Naib Presiden Pas itu berpendapat Umno sebenarnya tidak memerlukan Pas jika parti itu benar-benar mahu melaksanakan hudud.
"Alwi (Adun BN Kok Lanas) menangis (menyokong hudud) dalam dewan (sidang Dun Kelantan pada 18 Mac 2015). Orang Pas teruja tengok betapa ikhlasnya Umno menangis. Inilah masa Umno bersama Pas.
"Padahal, Umno nak buat hudud tidak perlu Pas. Kenapa Umno tidak menangis di Terengganu, Johor? Melainkan Umno gunakan Pas untuk kepentingan dia.
"Kita (Pembangkang) akhirnya berpecah belah. Rakyat jadi keliru dan Pas jadi parti paling tidak boleh dipercayai," tambah Salahuddin lagi.
Turut hadir dalam ceramah anjuran Amanah di Kampung Seribong, Pasir Tumboh itu Adun Salor merangkap Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa; Bekas Adun Salor, Rusli Ibrahim; Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Sukirman Mustafa dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM merangkap Ketua PPBM Bahagian Tumpat, Datuk Nordin Salleh.
mdl

IKLAN BERBAYAR.

29 ulasan:

  1. Smpi skrg masih xda video matsabu tolak hudud.... Igt Allah byk2 wanrosli walataik oi...insaflah sbl terlambat...Sesungguhnya fitnah tu dosa besar...

    BalasPadam
  2. Kalau PAS ditipu maka PAS kini berada di dalam keadaan lemah. Peluang ini harus diambil oleh PH utk bertanding di seluruh negeri Kelantan sebagaimana PH tak perlu risau jika PAS yg lemah bertanding di seluruh negeri Selangor!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ditipu je malah pas penipu. Kata ada video matsabu tolak hudud tp smpi skrg xda lg..

      Padam
  3. Tak sabar tunggu 3 penjuru semua kerusi PRU kecuali kerusi2 DAP!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Labun kencang tp Igtlah fitnah tu dosa besar.. Mana Video matsabu tolak hudud tu????

      Padam
    2. Mana video rm90juta?
      Fitnah tu dosa besar!!!!!

      Padam
    3. Abe Mud Penjinak Berok27 Mac 2017 pada 8:19 PTG

      Bila nak saman Husam...keh keh keh

      Padam
  4. sgt pelik, ngaku parti islam tp sombong bongkak takabur riak
    ckp besar, label org lain mcm2.

    bukankah itu sifat mazmumah yg Nabi saw larang.

    sekarang hadi kata BN biawak kecik, PH biawak besar.

    dlm Malaysia ni hanya hadi aje yg manusia, yg lain semua binatang.

    ini sudah doktrin yahudi

    dlm Malaysia ni hanya pas yg islam, yg lain kafir munafik liberal

    ini sudah doktrin syiah

    dlm pas hanya hadi aje yg betul, semua lain kena ikut

    ini sudah doktrin ayatollah syiah yg dh mcm tuhan.

    sebaiknya dihanyutkan pemimpin begini ke laut sorang2
    kerana kehadirannya membawa bencana bkn saja pada org bukan islam
    tetapi kepada org islam juga.

    sedara sendiri dikafirkan, bukan islam dimusuhi, pemerintah yg kunun dia nk pertahankan pun dah digelar biawak kecil, kesusahan rakyat tidak dihirau.

    dok mabuk hudud yg bukan hudud. rupanya mcm pokok ruu aje.. batang besar daun nya kecil, buah tkleh makan. Nampak gah bunyi berdengung je lebih.

    PH nak bahas ruu dianggap menentang. bila BN nk bawa ruu eeehh hadi pula nak tengok dulu.

    hadi dan pas ni dh jadi musuh sekelian alam di Malaysia ini.

    islam apa macam ni???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Relaks la cai...
      Ko nak ikut doktrin dapigs..PANtat..pgayR atau parti mamak..sukati ko lerr
      Korang nak bahas ruu tapi muka korang melekat tapak kaki kapir dapigs..apa citer!!!
      Tiada sekor pon pemimpin2 Islam haprak yg berani membahaskan ruu krn takut ditampar oleh kapir dapigs.Paling ada pon setakat mencaci dan mghina.
      Jgn haraplah..ulamak korang di penang mcm tikus diterajang mufti kapir dapigs tak bersuara.
      Betul2 makan dedak babi kapir dapigs..
      Kedengkian korang adalah apabila suasana tak setegang dahulu antara pas dan umno dibandingkan ketika era mahdey pegang umno.Itu jer...
      Nak harap korang mewujudkan suasana harmoni tu...jangan haraplah.Betul2 serupa yahudi melayu!!!
      Ptuuiiiihhhhh!!!!

      X-Reformis 98

      Padam
    2. Lagi bodoh kalau orang tak faham peribahasa melayu, dari sekolah rendah lagi dah diaajar peribahasa tu umpama memikul biawak hidup, kalau TGHA kata umpama memikul babi hidup baru boleh dikata kasar, bodoh tak faham peribahasa bangsa sendiri.

      Padam
    3. Abang Mud Penjinak Berok27 Mac 2017 pada 8:22 PTG

      Pas dah tinggal hampas...Pas boleh merasa perintah Terengganu pun atas jasa Anwar Ibrahim....koyal ja leh lebai...

      Padam
    4. Tanpa pas...tak merasa pgayR memerintah selangor.Tak bernyawa gay tua tu di permatang pauh...

      Padam
    5. Ha ha ...Walaun...

      Padam
  5. Malang sungguh sesiapa yg jd ahli Dap. Apa2 kemusnahan dan kebinasaan di malaysia ini sume salah Dap. Itulah manusia yg membutakan mata dan memekakkan telinga diatas kecelakaan ini. Tak layak jd pemerintah walau berlabel parti agama.

    BalasPadam
  6. Abang Mud Penjinak Berok27 Mac 2017 pada 8:24 PTG

    Ularmak...lebai ni tahu salahkan orang saja...dia saja yang betoi...tak sembahyang Suboh sebab balik lewat dengaq ceramah tak apaa....Kalau tang dia kena belaka....

    BalasPadam
  7. Curi duit 1MDB orang melayu, jual tanah pada China orang melayu, jual tanah KTM di Singapura orang melayu, jual agama orang melayu, jual bangsa juga orang melayu, tipu orang melayu juga orang melayu, gadai FGV orang melayu, curi hak melayu jual pada bukan melayu juga orang melayu, tipu kuota melayu juga orang melayu, banyak perkara orang melayu buat untuk susahkan orang melayu, tapi mudah salahkan DAP sebab kebanyakan ahli mereka orang cina. MCA dan Gerakan lepas tangan walaupun mereka betul-betul parti yang berjuang atas nama kaum cina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahakahak...
      Mgkin terlepas pandang apa yg berlaku di penang kot...
      Blm pijak putra jaya dah banyak kepala bangsaT melayu kena pijak oleh kapir cina dapigs..
      Layaknya sekadar hamba abdi...

      Padam
    2. Jgn terlepas pandang video matsabu tolak hudud pula ya.mana video nya? Walaunggas ???

      Padam
    3. Sembang je lebih barua2 ni.. konon merungut asyik DAP je disalahkan.. bila aku bangkitkan isu Maqasid syariah dan fatwa Muslim di Penang sorang PAN pun tak berani komen balas..

      Padam
    4. Wanrosli labun konon. Bila tanya mana video matsabu tolak hudud terus jd bongok. Kehkehkeh

      Padam
    5. Apa khabar siti zabedah kasim.. penyebar pemikiran PAN dalam isu ketuhanan melalui getaran.. tak pernah dengar org PAN berkomentar mengenai beliau.. taraf Mursyidul Am PAN ke dia ni?

      Padam
    6. Igtlah wanrosli. Fitnah tu dosa besar...

      Padam
    7. Yg paling penting jangan kena tipu dgn DAP si kafirun.. sampaikan jd ketua Maqasid Syariah dan mempengerusikan mesyuarat fatwa dan juga pembawakan siti kasim dalam isu ketuhanan melalui getaran pun PAN tidak melihatnya sebagai satu kesalahan.. betapa hinanya jadi barua kafir.. mungkinkah ini memang adat jadi munafikun!

      Padam
    8. Org kuat fitnah tu lah org munafik. Oleh kerana wanrosli jelas menfitnah matsabu tolak hudud maka sesuai sgt nama Wanrosli munafik

      Padam
    9. Harap maklum.. Kalau lah ya pun tersangat tunduk kepada DAP janganlah sampai secara jelas tunjukkan bahawa PAN tidak tahu langsung pasal fakta kaki kelab dan si kafir yang masing2 mengetuai Magqasid Syariah dan Mesyuarat Fatwa bukannya fitnah!

      Padam
    10. Laaaaa.cer tunjuk bijak sikit wanrosli munafikun.. Xmalu ke x abis2 tunjuk bodoh....

      Padam
    11. Memang tujuan aku nak bagi korang bengkek.. sambil2 bukak mata korang siapa yg akan solatkan jenazah korang nanti.. samada ulamak yg memperjuangkan hukum Allah atau ulamak su' yg menolak hukum Allah ataupun si kafir yg sama2 menolak hukum Allah!

      Pasti bengkek pasti bengkek!

      Padam
    12. Sian wanrosli. Bengkek ngan bodoh pun xreti nk beza
      Kihkihkihkih

      Padam
    13. Tok lebai tokong lagilah kena tipu dgn DAP dalam perjanjian Pangkor 2!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...