Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Mac 24, 2017

Hot!!! : AMK Ampang tegaskan tidak guna jentera Pas, sedia lawan konco Umno

Hubungan Pas dan PKR di Selangor umpama retak menunggu belahHubungan Pas dan PKR di Selangor umpama retak menunggu belah
Muak dengan serangan bertali arus Pas Selangor terhadap Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berhubung komen beliau terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pas untuk menawan Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK), berdiri teguh mempertahankan Menteri Besar Selangor itu dan mengecam 'kenyataan nakal' Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah berkata, kenyataan Nik Abduh untuk menawan Selangor sudah cukup menggambarkan bahawa Pas yang sebenarnya mula bermain api serta menimbulkan 'provokasi nakal'.
"AMK Ampang dengan tegas mengingatkan bahawa pada PRU 13 yang lalu, kami tidak mengunakan jentera Pas mahupun jentera Dewan Pemuda Pas. Parti Keadilan Ampang mempunyai kekuatan Angkatan Muda dan Sayap Wanita Keadilan yang cukup, serta kami sendiri yang menguruskan segala hal mengenai PRU13 yang lalu," tegas beliau.
AMK Ampang tambah beliau, kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa Dewan Pemuda Pas kawasan di Selangor yang menyerang Menteri Besar, seolah-olah sedikitpun tidak menghiraukan masa depan negara yang kini berada di dalam keadaan mendung dan bergelumang dengan rasuah serta salah guna kuasa.
"Seharusnya tekanan diberikan kepada regim kleptokratik Umno dan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak, bukannya menyerang pentadbiran Selangor yang terbukti cemerlang dan bersih dari penyelewangan serta salah guna kuasa," ujarnya.
Sehubungan itu, Adam Rosly memberi amaran akan menentang sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan rejim kleptokrasi BN dan menyeru seluruh rakyat Selangor berganding bahu mempertahankan kepimpinan Azmin Ali yang terbukti cemerlang dan bersih dalam mentadbir negeri Selangor.
"Jangan gadaikan undi demi memastikan regim dan konco-konconya kekal menzalimi masa depan anak bangsa. Satukan tenaga lawan regim Umno dan konco-konconya," tegas beliau dalam satu kenyataan.
mdl
Iklan Berbayar

19 ulasan:

  1. Pas bising2 tp dok melahap jawatan dlm krjn selangor lg. Kalau berani letak jwtn sbg tanda protes.....kompom xberani... Pas mana ada telurrrrrrr. Kehkehkeh

    BalasPadam
  2. Mcmana nak lepas jawatan. Lobai Hadi kata jangan. Adun2 terpaksa wala' la.
    Adun2 malu dgn kelakuan Lobai Hadi ni.

    BalasPadam
  3. Takpe kita tunggu dan lihat aje.. Kalau tak larat panjat tiang utk pasang bendera makan je pil kuda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perasanla wanrosli walataik ni.org2 yg rajin bekerja dlm pas dah masuk Amanah. Tgal org yg rajin menyalak jer dlm pas skrg ni..tu pun menyalak jer.ajak debat kecut teloooooo.kahkahkahkah

      Padam
    2. Betul lah, pas ni kata PKR cuma bergantung pada tenagakerja mereka seolah-olahnya PKR tiada ahli yg mampu bekerja. Ini bukan di Sgor shj, malah dimana-mana sekalipun inilah ayat yg dikeluarkan. Ternyata parti yg berjuang atas dasar Islam ini terlalu berkira, mengungkit segala bantuan yg diberi, padahal segala gerakkerja bukannya dia buat semuanya, kita saling tolong menolong, membuat bersama-sama, walaupun mungkin kita agak kecil bilangan ahli ketika itu. Ternyata akhlak Islam agak kureng didlm jiwa penganut pas ini, buat sesuatu tak ikhlas, sbb itu mudah dibeli dgn sedikit umpan donia, dgn selonggok dedak hapak lagi basi, terus menelan segala yg dipanggil tahi dan cirit sebelum ini. Mulut sentiasa berwirid harian dgn kalimah suci ajaran al merengi iaitu kafir, pengkhianat, barua, broker, babi, anjing, serta beberapa perkataan suci dari mahaguru yg diangkat setaraf imam ke 13 agaknya. In Shaa Allah, kita tengok selepas pru 14 nanti, kemana kabilah ini akan mengatur jejak, berangan nk tawan 5 negeri, takutnya yg 1 itu pun bakal tersungkur.

      Padam
  4. Kesian walaun, panjat tiang lain, diperbodoh pemimpin sendiri lain. Tapi rasanya hanya spesis wanrosli sahaja masih tinggal dalam PAS kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2 tu.spesis yg jenis anggap pas tu agama islam manakala hadi tu nabi.... Selain pas bermakna kapir masuk neraka.masuk pas dpt no ahli syurga.. Kalau x nt nk tanam kat jirat mcm kata pemimpin pas lah last2 mintak maaf balik kat wan azizah
      Kahkahjahjahjah

      Padam
  5. Sesekali bila direnung-renung...terlihat akan kebodohan, kebangangan dan kepandiran wala'uns dan walawatinya dipergunakan semahunya dek pemimpin2nya sendiri demi keperluan perut dan dibawah perut mereka. Mereka para wala'uns dan walawati ini didodoi dgn kalimah2 suci, didendangkan irama sendu dgn ayat suci terpilih, terfana dgn labuhnya jubah yg dipakai pemimpin, terpesona dgn besarnya serban yg melingkari kepala pemimpin, lalu menjadi asyik, terus tunduk memperhambakan diri kerana ketaksuban yg infiniti, kerana tterlentok akan janji2 syurga dan bidadari yg menanti, sehingga terlupa akan kebenaran sebenarnya. Kesian, dan amat dikasihani sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya kesian lah kepada golongan LGBT.. Kalau ada kematian di kalangan keluarga anda boleh juga disolatkan oleh lebai.. ke nak suruh LGBT solat kan?

      Padam
    2. Takpe, mereka ada tuan guru siti kassim dan g-25, mungkin tak perlu disolatkan jika ada lgbt yang mati dan mungkin tak perlu dikafan dan ditanam mungkin mereka akan bakar je lgbt yang dah mati tu.

      Padam
    3. Aik...seronok wanrosli menfitnah nampak.... Kehkehkeh

      Padam
    4. Petik je nama siti kasim pasti PAN mati kutu ..

      Padam
    5. Petik je video matsabu tolak hudud wanrosli ilang telurrrrrrr

      Padam
  6. Pemuda pembantu AP Ampang, Datuk Adam Rosly ingin buat sendiri pasang bendera. memang saya yakin dia mampu.. dia kan jutawan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaaaa.cer tunjuk bijak sikit wanrosli.... Xmalu ke x abis2 tunjuk bodoh....

      Padam
    2. Memang tujuan aku nak bagi korang bengkek.. sambil2 bukak mata korang siapa yg akan solatkan jenazah korang nanti.. samada ulamak yg memperjuangkan hukum Allah atau ulamak su' yg menolak hukum Allah ataupun si kafir yg sama2 menolak hukum Allah!

      Pasti bengkek pasti bengkek!

      Padam
    3. Bengkek ngan bodoh tu lain wanrosli. Eloklah wanrosli g skolah balik. Kehkeh

      Padam
  7. Sekarang dah tak panjat tiang, semua skylift....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...