Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Februari 22, 2017

Panas!! : Datuk Husam Musa dakwa ada fatwa, bai'ah cerai talak tiga isteri terbatal

Husam sedia debat dan tidak akan lari.Husam sedia debat dan tidak akan lari.
Datuk Husam Musa mendakwa, beliau mempunyai fatwa-fatwa yang jelas dari seluruh dunia bahawa bai'ah yang dibuat oleh Pas menjelang pilihan raya lalu yang boleh mencerai isteri ke talak tiga jika melompat parti terbatal.
"Saya akan siarkan fatwa yang pertama iaitu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis kerana ia telah disebut oleh YB Nasaruddin," kata Husam merujuk kepada Exco Agama kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.
Sehubungan dengan itu, katanya, wakil-wakil rakyat Pas yang membaca bai'ah itu menjelang pilihan raya umum lalu boleh bila-bila masa keluar dari parti Pas dengan tidak terikat dengan bai'ah tersebut lagi.
Husam berkata demikian dalam satu kenyataan malam tadi selepas kekecohan berlaku dalam Ceramah Mega Pas di Kota Bharu.
Semua wakil rakyat Pas di Kelantan diminta berbai'ah (membuat aku janji atas nama agama) sebelum pilihan raya umum lalu bahawa mereka tidak akan melompat parti dan jika berbuat demikian isteri mereka tercerai dengan talak tiga.
Ekoran itu, tidak ada yang berani meninggalkan Pas walaupun parti itu berpecah kepada dua apabila tertubuhnya Amanah kecuali dua iaitu Dr Hatta Ramli (MP Kubang Kerian) yang masuk Amanah dan Datuk Kamarudin Jaffar (MP Tumpat) yang masuk PKR.
Husam sendiri telah dipecat dan menyertai Amanah kemudiannya.
Cabar mencabar berlaku antara Husam dengan Nasarudin mengenai bai'ah ini sehinggalah mereka bersetuju berdebat.
ceramah mega Pasceramah mega PasKemuncaknya malam tadi apabila Pas menganjurkan ceramah atas nama "Husam lari dari debat bai'ah".
Dewan Pemuda Pas Kelantan telah menganjurkan ceramah mega itu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu.
Atas jemputan timbalan ketua pemuda Pas Kelantan, Nor Azaliza Mohd Alawi yang dibuat melalui facebooknya, Husam hadir malam tadi.
Mulanya beliau berada bersama penonton bagi mendengar ceramah itu selepas dijemput, namun beliau naik ke pentas selepas di ajak oleh penceramah ketika itu, Wan Ismail Wan Jusoh.
Permohonan beliau untuk memberikan ucapan ditolak oleh Datuk Nasaruddin Daud.
Husam kemudiannya diminta meninggalkan majlis itu selepas kekecohan berlaku ekoran tindakan seorang penonton yang meminta Husam berdebat malam itu juga.
Selepas itulah, Husam membuat satu ucapan di sebuah kedai makan yang terletak di perkarangan Kota Darul Naim, pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
POHON MAAF
Husam naik ke pentas ceramah mega Pas selepas dijemput naik oleh penceramah, Wan Ismail Wan Jusoh.Husam naik ke pentas ceramah mega Pas selepas dijemput naik oleh penceramah, Wan Ismail Wan Jusoh.
Dalam ucapan itu juga, Husam menuntut agar Pas Kelantan membuat permohonan maaf kepada beliau kerana menggunakan nama beliau dalam ceramahnya malam tadi sehingga boleh membawa implikasi negatif..
"Saya cadang Pas Kelantan minta maaf dengan saya kerana guna nama saya. Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakub patut minta maaf kepada saya," kata Husam dalam satu kenyataan selepas peristiwa kekecohan malam tadi.
Menurut Husam juga, beliau telah menulis tiga pucuk surat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas bagi memohon salinan minit mesyuarat majlis itu untuk menentukan apakah badan tetinggi dalam Pas itu meluluskan kalimat-kalimat dalam bai'ah Pas yang dibacakan oleh semua bakal calon Pas di Kelantan itu.
Menurut beliau, minit ini perlu untuk menyokong beliau dalam membuat persiapan debat beliau dengan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nasruddin Daud mengenai Bai'ah.
Menurutnya, jika beliau diberikan peluang berucap malam tadi, beliau akan terangkan isu bai'ah ini dengan baik agar kesemua pihak memahaminya.
Sehingga kini, kata Husam, Majlis Fatwa Negeri Perlis telah mengeluarkan fatwa mereka mengenai bai'ah ini.
Menurut beliau, fatwa ini bukan dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagaimana didakwa tetapi oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis.
Antara anggotanya adalah Datuk Dr Johari Mat, Naib Ketua Dewan Ulama Pas yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan dan juga Timbalan Pesuruhajaya II PAS Kelantan.
"Saya akan mengedarkan fatwa ini tidak lama lagi," kata Husam yang membayangkan fatwa ini menolak bahawa sesiapa yang melanggar bai'ah ini terus jatuh talak tiga kepada isterinya.
Husam juga mendakwa, beliau telah mendapat fatwa dari pelbagai pihak mengenai bai'ah ini termasuk Ikhwanul Muslimin Sudan, Majlis Fatwa negara Mesir dan lain-lain pihak lagi bagi membuat persiapan kepada debat antara beliau dengan Nasaruddin dan tidak bercadang untuk lari.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for bukti gaji tone excel

25 ulasan:

  1. Manusia ini adalah manusia lebong, pelawak, bacul dan pengecut.

    PAN Kelantan dah mula cium mulut dengan umno Kelantan.

    UG PAS dengan umno konon, last2 PAN yang berUG dengan umno, hebat PAN.

    KAHKAHKAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak kenal siapa sebenarnya husam dan apa kesimpulan pandangan peribadi beliau terhadap arwah TGNA sila baca di bawah:

      Patutlah beliau termimpi sampai 15 kali akan arwah yg mula2 mencadangkan agar baiah spt ini diadakan. Semasa mengumumkan beliau bermimpi 15 kali tu, kita menyangka beliau nak bagitahu bahawa beliaulah yg paling rapat dgn arwah berbanding pimpinan pas yg lain. Tapi rupa2nya beliau sebenarnya nak menyalahkan arwah di mana baiah itu kini tidak lagi diakui betul oleh husam sendiri.. sukahatilah kamu husam... tanpa kamu dan tok peti songkok pun kami boleh buat perhimpunan lebih besar dari Bersih 5.. alhamdulillah..

      Padam
    2. Husam lompat parti ato husam dipecat?sumpah tu untuk lompat parti ato untuk dipecat dari parti?

      Padam
    3. Kalo pas boleh buat himpunan lebih besar dari bersih 5 maknanye pas boleh majukan kelantan lebih hebat dari penang laa..tapi bila nak maju ni?

      Padam
  2. Eeeeee....bodohnya idea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percanggahan pendapat antara pimpinan UMNO KELANTAN berhubung cadangan kerjasama yang sedang dijalankan oleh pimpinan tertentu UMNO Kelantan dengan PARTI AMANAH NEGARA ( AMANAH) semakin membarah.

      Ada diantara Ketua Umno Bahagian mula menyuarakan ketidak puas hati berkaitan kerjasama yang bakal dibentuk oleh Umno Kelantan di bawah pimpinan Datuk Seri Mustafa Muhamad dengan Pengerusi Amanah Kelantan yang dipimpin Dato Wan Rahim WAN Abdullah untuk menawan Kelantan dari Pas.

      Antara pimpinan Umno yang melahirkan kekecewaan atas kerjasama yang bakal dibentuk ialah Setiausaha Umno Negeri Kelantan merangkap Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Rahimah Mahammad, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Mas, Datin Shuhanie Deraman, Ketua Pemuda Umno bahagian, Nor Azmawi Ab Rahman dan Ketua Puteri Umno bahagian, Wan Harinawati Wan Daud.

      Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, ada berkata beliau pernah mengemukakan cadangan dalam beberapa siri perjumpaan bersama pemimpin Umno Kelantan pada beberapa bulan lalu untuk membentuk gagasan kerjasama dengan UMNO Kelantan bagi menghadapi PAS dalam Pru 14 akan datang. Katanya, secara peribadi beliau tidak mahu melihat Kelantan terus diperintah oleh Kerajaan PAS yang korup dan bermasalah.

      “Sebenarnya, saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama lagi mengenai cadangan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PAS.

      “Kerjasama ini tidak bermakna kita tidak bertanding. Ada tempat kita letak calon dan UMNO akan bantu kita, ada tempat kita ( AMANAH) akan bantu UMNO.

      “Namun, saya pun tidak boleh tunggu terlalu lama dan rasa sudah tidak boleh tahan (sabar) kerana sehingga kini tiada sambutan balas daripada pemimpin UMNO negeri ini.

      Tetapi persoalannya mampukah UMNO Kelantan menawan Kelantan tanpa bantuan Amanah setelah 25 tahun menjadi pembangkang di Kelantan?
      Dalam politik tidak ada yang mustahil. Apa yang penting ialah pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sedia buka ruang perbincangan dan menjalin kerjasama dengan AMANAH bagi mencapai matlamat yang sama.

      Mereka juga perlu berusaha memperkukuhkan kedudukan UMNO Kelantan serta sedia menjalin kerjasama dengan AMANAH dan dengan meninggalkan segala perangai buruk dan sikap pentingkan diri yang selama ini menjadi penghalang utama kemaraan UMNO untuk menumbangkan Pas di Kelantan.

      Oleh itu pemimpin yang terlibat perlu berubah sikap demi masa depan UMNO di Kelantan. Mereka sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan lebih bersedia membuka ruang perbincangan bersama AMANAH atas tujuan yang sama iaitu kembali memerintah Kelantan.

      Untuk UMNO kembali memerintah Kelantan bukanlah sesuatu yang aneh atau pelik, tetapi yang aneh atau pelik ialah jika tiada usaha dijalankan untuk menjalinkan kerjasama bagi mencapai kemenangan biarpun sejarah membuktikan Pas boleh dikalahkan.

      Padam
    2. Tanpa nama 1:34,

      PAN memang terkenal dengan kebodohannya, idea nak berUG dengan UMNO memang bodoh dan banggang macam yang korang meratib PAS nak UG dengan UMNO.

      Tiba-tiba pengerusi PAN Kelantan Wan Rohim kaki lebong dan pelawok bercium mulut dengan Tok Pa.

      Kesian macai-macai dan khodam-khodam kat sini dilebong,dipelawok dan diperbodohkan oleh Husang dan Wan Rohim.

      KAHKAHKAHKAH

      Padam
    3. Peringkat pusat hadi kerjasama dengan najib...peringkat negeri umno kerjasama dengan PAN...mcm viter kartun plak...tak ke marah 2 presiden ni?

      Padam
  3. Baik dia bina tugu dpd merapu bermimpi 15kali...

    BalasPadam
  4. Tunggu dulu. Belum tahu siapa yg dipelawok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemimpin pas dah pandai pelawok...nak saman SR bulan depan...dah berapa kali bulan depan...nak saman husam...tapi tak tau bila...saya pakai proton jer...tapi rupa mcm porshe...nak tuduh najib rompak 1mdb kena ade saksi...fbi dah sebar seluruh dunia...singapore siasat jho lo konco najib tapi pas senyap tak mau desak najib siasat jugak jho lo...heboh nak buat hydud tapi serah kpd umno bentang ruu buku tiga lima...dap tolak hudud tapi umno tak pernah kata terima hudud...pas pusing2 sama mcm umno...pas dah rosak sejak tuan guru nik aziz tiada...pilih pemimpin ikut kehendak presiden guna chai...tolak pemimpin yg menentang kerjasama dengan umno...

      Padam
  5. Kenyataan Media

    PEMUDA PAS DIMINTA SEMAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN CERAMAH

    1. Kecaman Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari bahawa Datuk Husam Musa tidak profesional dan membuat provokasi dalam ceramah yang diadakan di Kota Bharu pada 20 Februari 2017 adalah tidak berasas kerana permintaan beliau untuk berucap adalah selaras dengan haknya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan setelah beliau dijemput untuk hadir dan nama beliau dijadikan tajuk ceramah.

    2. Hak membela diri daripada sebarang dakwaan adalah selaras dengan undang-undang dan hukum syarak yang seharusnya dihormati oleh PAS.

    3. Alasan Ahmad Fadhli bahawa Datuk Husam tidak dibenarkan berucap kerana nama beliau tiada dalam permit adalah dakwaan yang dangkal dan bertentangan dengan undang-undang kerana kebenaran ceramah sekarang ditadbir oleh Akta Perhimpunan Aman 2012. Seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman menghendaki pemberitahuan (notification) diserahkan kepada pihak polis di mana nama penceramah tidak dihadkan dan ia bukanlah sesuatu yang mandatori.

    4. Pemberitahuan di bawah seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman hendaklah dibaca bersama dengan Perlembagaan Persekutuan agar amalan demokrasi dapat berjalan dengan adil dan baik. Sesungguhnya, tiada lagi permit yang perlu dipohon sepertimana dakwaan Ahmad Fadhli menurut undang-undang masa kini.

    5. Oleh demikian, Pemuda PAS diminta untuk menyemak dahulu undang-undang dan merujuk kepada pakar peguam PAS sebelum memberikan alasan yang bercanggahan dengan undang-undang dan perlembagaan, tidak demokratik, tidak profesional dan tidak matang untuk justifikasikan tindakan mereka tidak membenarkan Datuk Husam berucap.

    FAIZ FADZIL
    PEGUAM (AJK KANUN)/TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH

    BalasPadam
  6. PENJELASAN ISU BAI'AH DAN SUMPAH TAKLIK TALAK TIGA ADUN/ADR PAS - Siri II.
    Oleh Che Ibrahim Mohamed



    Bila isu Bai'ah dan Sumpah Talak ini mula dipercakapkan secara umum tahun 2013, aTGNA, Mursyidul Am, TGHH, Presiden Pas dan Ust Hashim Jasin, Ahli MSU (skrg Mursyidul Am Pas) menafikan dan mengaku tidak tahu menahu berkaitannya.

    Pemimpin2 utama Pas waktu itu cukup sedar bahayanya isu ini jika dibincang secara terbuka kerana ianya melibatkan hukum syarak yang sudah pasti tidak ramai yang menguasai dan memahami perselisihan pendapat tentangnya.

    Jika ulama yang muktabar boleh berselisih pendapat tentang hukum taklik cerai dan sumpah, maka sudah tentu isu ini, jika dibiarkan dibahas atau dibincang oleh mereka yang tidak berilmu walaupun berjawatan exco agama atau ketua dewan ulama dan seumpamanya, sudah tentu perbincangannya lebih dipengaruhi oleh dendam dan perbalahan peribadi berbanding hukum syarak.]

    Imam2 mazhab pun tidak sepakat mengatakan cerai talak tiga sekali gus dikira jatuh talak tiga, maka siapakah Exco Agama Kelantan dengan yakinnya mengeluarkan hukum seorang yang bertaklik talak tiga, dikira jatuh tiga talak jika telah melanggar apa yang ditaklikkan.

    Ulama ulama mazhab Al Shafie juga menyebut (memberi fatwa) bahawa seorang suami yang telah bertaklik dengan talak tiga, boleh membebaskan dirinya dari taklik tersebut secara cerai tebus talak. Siapakah kita untuk menghalang mana mana pasangan YB Pas untuk memilih kaedah ini bagi membebaskan diri mereka drp sumpah taklik talak tiga tersebut. Hampir semua kitab kitab feqah yang muktabar membincangkan kaedah ini dalam bah talak khul'ei atau perceraian secara tebus talak.

    Ulama juga sepakat mengatakan mana mana sumpah yang memudharatkan atau sesaorang yang berhalangan untuk melaksanakan sumpahnya, boleh membatalkan sumpah tersebut dengan membayar kifarat sumpah.

    Adakah semata mata seorang itu ada sijil keahlian Pas, maka mereka berhak menolak semua pendapat ulama lain dan memaksa musuh politiknya hanya menerima dan mematuhi hukum yang diputuskan oleh pihak parti mereka sahaja?

    Semua undang undang keluarga Islam di Mesir, Jordan, Syria, Maghribi dll memperuntukkan dalam kanun masing masing bahawa tidak jatuh talak jika suatu taklik talak itu dilafazkan bukan bertujuan untuk menceraikan isterinya di ketika itu juga.

    Ajaran Islam apakah ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rekalah hujah apa2 pun konon utk memperbetulkan keadaan tapi akhirnya mereka redha juga kpd pemimpin kafir yg mempengerusikan mesyuarat mengenai perlu atau tidaknya sesuatu fatwa utk org islam dibawa kpd YDPA! Jika sesuatu fatwa dibawa kpd YDPA, maka nampaklah kedudukan baginda lebih tinggi dari MB negeri. Tapi jika fatwa tidak dibawa kpd YDPA, maka nampaklah kedudukan baginda lebih rendah dari MB negeri (si kafir pulak tu).

      Tapi PAN ok jer kan?

      Padam
    2. Oooo fatwa tak boleh laksanalaah...fatwa rokok haram jadi kerajaan malaysia dah laksanakan?...fatwa hanya pendapat dari ijtihad...adekah rosak umat islam dipenang?

      Padam
  7. 10.14, 10.23 and 10.27. Informative and educational. Mcm tu le berhujah.

    BalasPadam
  8. http://greenboc.blogspot.my/2017/02/video-jemput-husam-rupa-rupanya-nak.html?m=1

    BalasPadam
  9. Khairuddin jawab serangan Audi Q7

    Anggota parlimen Kuala Nerus Tuan Haji Khairuddin Aman Razali mempertahankan langkahnya membeli kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, yang menyebabkan beliau diserang hebat di Internet.
    Kenderaan baru jenis itu bernilai kira-kira setengah juta ringgit.
    Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu hari ini dilaporkan mempertahankan tindakan itu kerana ia sebahagian daripada haknya.


    “Saya ada hak beli apa yang saya mahu.


    “Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star Online.
    Isu itu timbul minggu ini selepas isterinya didakwa memuat naik gambar kereta itu di Facebook dengan status bertulis:
    "Kita dapat hadiah kereta dari En Somi"," tulisnya.
    Dengan kereta itu, tambahnya, bolehlah mereka "merayap" ke Kuala Lumpur.
    Sementara itu, Khairuddin juga berkata beliau berkemampuan membeli kereta itu dan menggunakan sumber-sumber kewangan yang sah.


    Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia kereta baru atau dibeli daripada orang lain.


    Khairuddin dan isterinya juga dilaporkan terlibat dalam perniagaan produk kecantikan.

    BalasPadam
  10. Perjuangan Pas untuk membela islam dan tegakkan islam adalah bagus.Tapi islam tidak terkongkong dalam hukum hakam dan amalan sahaja...ekonomi orang islam juga perlu dititikberatkan seiring dengan amalan dan hukum...barulah ade kesejahteraan...adakah pas membela ahli2nye yg majoriti mundur dan miskin...adakah pas telah membangkitkan kpd umno hasil dari pelaksanaan dasar kerajaan menyebabkan orang melayu dan islam sengsara dengan kenaikan kos sarahidup...dasar politik sejahtera pas nampaknye hanye untungkan pemimpin pas sahaja dengan berkereta mewah...kemunduran melayu tetap ditahap sama...lihatlah berapa ramai lagi melayu dikampong2 yg tinggal dirumah buruk...
    Mengenai camportangan majlis fatwa sepatutnye pas mencari kaedah yg sesuai untuk ditangani misalnye hanye majlis fatwa kebangsaan sahaja berhak keatas fatwa kerana perlu seragam diseluruh malaysia...isu kalimah Allah ade perbezaan pendapat dikalangan bijakpandai islam...ade pendapat kapir kristian boleh guna kalimah Allah seperti di Mesir dan Indonesia...kristian pun ugama dari langit sama dengan ugama yahudi...kalo majlis fatwa kebangsaan dah putuskan semua negeri kena pakai...tak perlu majlis fatwa peringkat negeri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat tuan sebenarnya tak banyak beza dgn pemuka2 PAN yg lain.. eloklah kita bermufarakah demi memperjuangkan haluan masing2. PAS akan terus berjuang menegakkan hudud agar islam lebih terbela di kalangan rakyat dan pemimpin. Pihak lain teruskanlah bermimpi utk menunggu kesemua org melayu islam jadi kaya barulah nak laksanakan hudud. Sedangkan di zaman Rasulullah SAW sendiripun serta beberapa sahabat termasuk Umar ibnu al Khattab tidaklah byk meninggalkan harta ketika bertemu penciptaNya. Syukurlah PAS masih berdiri utk meneruskan perjuangan asalnya. Kami tak rela ianya ditukarganti dgn terpaksa tunduk kpd pihak lain terutamanya pihak yg merasakan mereka punyai cara yg lebih terkini kononnya.. biarlah masing2 dgn cara masing2.. cukuplah tu..

      Saya juga ingin ucapkan penghargaan kerana tuan melihat PAS mampu berperanan dlm majlis fatwa kebangsaan walaupun pada hakikatnya PAS masih belum berkuasa lagi di peringkat pusat.

      Wassalam..

      Padam
    2. Hek.eleh... Lebong apa wanrosli.... Mana Video matsabu tolak hudud tu????

      Padam
    3. Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

      Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    4. Tahniah Mat NASIR kerana percayakan alQuran juga. Cuma mintak kamu tlg bgtahu husang musang akan bahaya fitnah tu! Dan kita bagi masa kpd husang utk videokan bukti yg dia ada (kunonnya)..

      AlQuran ada menyebut kewajiban melaksanakan hudud. LKS pula ada menyebut kewajiban menolak hudud. Jadi MOHD NASIR boleh tak tolong bgtahu mana satu pilihan PH? Samada beriman kpd alQuran atau LKS?

      Padam
    5. Laaaaaa.kan dah kata xda video. Astaga ulang balik.ok xpa kami fhm tahap IQ wanrosli. So kamu ulang balik supaya wanrosli blh membaca perlahan2
      Baca pelan2 wanrosli. Kami fhm wanrosli lmbt nk membaca so xfhm isi kandungan. Kami post lg supaya wanrosli blh baca perlahan2
      Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

      Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    6. Laa.. tapi mana video RM90 juta tu MOHD NASIR? Fitnah macam husang le tew!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...