Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Januari 19, 2017

Berita Baik : Anwar dibenar rujuk rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada 2 Februari depan

 Hakim Rohana juga menghidupkan kembali permohonan Anwar dan keluarganya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan Lembaga Pengampunan atas petisyen bagi pengampunan diraja berhubung sabitan sodominya.Hakim Rohana juga menghidupkan kembali permohonan Anwar dan keluarganya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan Lembaga Pengampunan atas petisyen bagi pengampunan diraja berhubung sabitan sodominya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan hari ini untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan diraja boleh dicabar di mahkamah.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Hakim Datuk Rohana Yusuf mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk merujuk dua persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Tinggi juga diarah membuat rujukan itu ke Mahkamah Persekutuan.
Hakim Rohana juga menghidupkan kembali permohonan Anwar dan keluarganya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan Lembaga Pengampunan atas petisyen bagi pengampunan diraja berhubung sabitan sodominya.
Permohonan mereka untuk kebenaran itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 15 Julai tahun lepas.
Hakim Rohana juga memerintahkan prosiding di Mahkamah Tinggi mengenai permohonan Anwar untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dikekalkan sehingga penyelesaian perkara itu di Mahkamah Persekutuan.
Hakim juga menetapkan 2 Februari bagi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.
Dalam keputusannya, Hakim Rohana berkata perayu (Anwar dan keluarganya) telah memenuhi syarat perlu di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persektuuan.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi telah silap dalam melaksanakan budibicaranya dengan tidak merujuk persoalan yang ditimbulkan ke Mahkamah Persekutuan.
Turut menganggotai panel ialah Hakim-hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Anwar, yang hadir pada prosiding hari ini, kini menjalani hukuman penjara lima tahu selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 10 Feb, 2015 bagi mengetepikan sabitan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31, pada 2008.
Pada 24 Jun, 2015, Anwar dan anggota keluarganya - isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah dan Nurul Nuha - memfail cabaran perundangan terhadap penolakan Lembaga Pengampunan atas petisyen pengampunannya sebelum itu pada 16 Mac, tahun yang sama.
Terdahulu, peguam utama Anwar N. Surendran berhujah bahawa terdapat kekaburan dalam undang-undang kerana dua undang-undang kes yang dipakai oleh hakim Mahkamah Tinggi semasa menolak permohonan Anwar telah tidak diputuskan dengan betul.
Datin Seri Wan Azizah melemparkan senyuman penuh bermakna dengan keputusan mahkamah hari ini. Beliau bersama  peguam S. Sivarasa ketika berjalan keluar dari mahkamah selepas mendengar pendengaran kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Datin Seri Wan Azizah melemparkan senyuman penuh bermakna dengan keputusan mahkamah hari ini. Beliau bersama peguam S. Sivarasa ketika berjalan keluar dari mahkamah selepas mendengar pendengaran kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

11 ulasan:

  1. Berbulu je HADI baca nih.....

    BalasPadam
  2. Siapa yang menzalimi kamu wahai DSAI?

    BalasPadam
  3. Semoga dia sempat merayu kpd tuhan atas salahlaku seksnya sblm nafasnya terhenti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya org bangang mcm ko je percaya kes tu..

      Padam
    2. Siapa yang menzalimi DSAI?

      Padam
    3. Anwar ibrahim sendiri yg bahlol dan bangang.Rakan akrab dia cuba selamatkan dia agar meredakan keadaan dgn bersumpah laknat tetapi dia gagal melakukannya.Jelas ada sesuatu kpd ketakutannya bersaksikan dgn nama Allah swt.

      Padam
    4. Malaon sekor ni lagi bahalol byk sgt mkn taik hadi tu sbb bahalol dan tolol.....sumpah laknat je blh selamatkan anwar?!???ajer bangang tahap babi..patutla pigs...sbb bahalol bangang dan tolol tahap pigss.kahkahkahjahjag

      Padam
    5. Kamu takkan faham sampai bila2 kesan sumpah laknat nih sebabnya kamu sama bahlol dengan kafir najis.

      Padam
    6. Smpi skrg walaunggas walakontolol ni x tunjuk aku mana surah yg kata kafir tu najis......perangai menfitnah mcmni menunjukkan pas najis......

      Padam
    7. Senyap terus walakontololtaik2 semua kecut telor sama mcm haditaik kata nk saman sr smpi skrg xsaman2..... Kagkahkahkakah.dr presiden taik smpi ke walakontololtaik semua mcm taik dlm pas busuk belako melucah mencarut je tau lain2 satu sen tarak guna.kahhkahjahjahjahjagjagjag

      Padam
  4. Bila agaknya tun m nak tarik balik tuduhan beliau kpd dsai bhw dsai seorg dot dot dot?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...