Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, November 19, 2016

Panas!! Skandal lombong bijih mangan : Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.

"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas  beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.

Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden PasSurat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas


Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.


"Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.

mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for banner iklan tone excel

17 ulasan:

  1. Sarawak report pun pas xberani nak saman...nk jelaskn apa lagi kes ni...

    BalasPadam
  2. Siri mari kenali siapa Wan Azlan Wan Jaafar, Ahli Tegar PAN Kelantan yang masih lagi menggunakan kad keahlian PAS bagi tujuan memburukkan PAS. Suhaizan Kaiat pun masih ada kad keahlian PAS. Kalau dia terbaca sila tunjukkan kad anda di potong di media sosial. Kenapa simpan lagi kat tu? Nak buat kenangan ke? Tapi jangan guna untuk fitnah!


    1. Pernah menjadi bodyguard Atgna, agar mudah mendekati Almarhum untuk mohon kawasan lombong.

    2. Menubuhkan syarikat Vigorous Global Sdn Bhd untuk mohon kawasan mangnese di Aring. Jemput TGHH untuk solat hajat.

    3. Kawasan magnese nya gagal kerana lesen cari gali dan kerja buat menunjukkan hasil magnese di sini tiada dan tidak ekonomik. Lesen diserah semula kepada pihak berkuasa.

    4. Kemudian menubuhkan Syarikat IMD Plantation Sdn Bhd untuk mohon kawasan lombong emas pula di Kelantan.

    5. Pada 2hb Nov lalu, Wan Azlan menghantar wakilnya supaya mengugut Exco Kerajaan Negeri agar meluluskan permohonan lombong emasnya yang baharu ini. Kegagalan pihak kerajaan meluluskan kawasan beliau ini, akan mengakibatkan gambar TGHH solat hajat beberapa tahun lepas akan disabitkan bahawa TGHH sedang "merompak dan menyedut" hasil mahsul bumi Kelantan iaitu magnese.

    6. Kerajaan negeri tidak tunduk kepada ugutannya. Dan menolak kawasan emas yang dimohon olehnya dalam mesyuarat baru baru ini.

    7. Beliau marah dan telah menyebarkan gambar TGHH solat dan TGHH "melayan" beliau menunjukkan pelan kawasan magnese-nya dahulu (dalam gambar tersebut beliau berbaju belang belang), sebagai kononnya TGHH sendiri yang mohon kawasan magnese.

    8. Semalam juga beliau bersama rakan rakan PAN nya hadir ke pejabat SPRM Kelantan dengan laporan fitnah kononnya orang asli makan duit pembalak. Dalam gambar itu kelihatan beliau bersama Ketua Pemuda PAN Kelantan iaitu Jeming Hassan dan juga AJK Pemuda PAN Kelantan iaitu Syam Ghaz, pemfitnah tegar kerajaan negeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ckp byk tarak guna walaun.kalau salah PAN buat fitnah..saman la pan...apa lg mau tunggu...mau tunggu mcm nk saman sarawak report ker???kahkahkah

      Padam
    2. Saman bukan jalan penyelesaiannya, hanya taubat dan meminta maaf saja lah yang mampu menyelesaikan masalah fitnah.

      Padam
    3. En. Tanpa Nama,

      Siapa kata saman bukan jalan penyelesaiannya???

      HAbis tu kalau orang membunuh keluarga yang dibunuh tak maafkan, boleh selesai dengan taubat dan minta maaf sahajalah???

      Hukum Islam apa macam ni???

      Kata nak buat hudud, hudud pun tak reti bodoh piang???

      Lagi satu tak tentu lagi kes di atas tu fitnah!!!

      Kalau memang Haji HAdi kuat makan duit haram macam mana????

      Dokumen ada!!!

      Suruhlah Haji Hadi bertaubat dan minta maaf kerana cuba makan duit haram!!!

      Padam
    4. En. Tanpa Nama,

      Yang Encik tuduh Wan Azlan Wan Jaafar mana bukti???

      Tetapi yang melibatkan Haji Hadi presiden PAS ada bukti macam di atas!!!

      Tak payah nak buat character assasination kepada Wan Azlan, tunjuk bukti kenapa Haji HAdi tak pelahap makan duit haram!!!

      Kalau tak dapat nak jawab, ternyata penyokong PAS ada duit halal ada duit haram nak makan duit haram!!!

      Kalau ada ayam dan ada BABI, pilih BABI!!!

      Padam
    5. Kalau keluarga yang dibunuh tidak maafkan pembunuh keluarga simati boleh membalas dengan membunuh pembunuh tersebut.

      Kalau keluarga yang dibunuh itu memaafkan pembunuh maka keluarga pembunuh tersebut tergolong dalam golongan manusia yang dicintai oleh Allah swt. Sesunggunya Allah swt adalah maha pengampun dan penyayang.

      Kalau TGHA tamakkan duniawi dan duit haram dah lama dah TGHA kaya raya.

      Jangan terlalu emosional dengan sesuatu perkara, selidik dulu, fahami dulu sesuatu isu.

      Padam
    6. En. Tanpa Nama,

      Siapa kata Haji Hadi tak kaya raya???

      Elaun ahli parlimen berapa belas ribu??? Campur claim lagi???

      Elaun Adun berapa belas ribu campur elaun???

      Elaun presiden PAS lagi???

      Komisyen recommend kontraktor buat projek kepada DS NAjib RAzak???

      Tak payah kita cerita pasal emosi-emosi.

      Mana bukti dokumen di atas adalah fitnah???

      Haji HAdi kuat makan duit haram semua orang dah tahu, kuat ponteng sidang parlimen dan dewan undangan negeri tapi duit elaun kebas!!!

      Padam
    7. En. Tanpa Nama,

      Sekarang saya dah selidik dan faham satu isu!!!

      Wan Azlan Wan Jaafar adalah ahli PAS dan bukannya ahli Amanah!!!

      Kalau dia ahli Amanah tunjukkan bukti???

      Sekarang ni bersepah di internet gambar kad keahlian PAS dia!!!

      Korang ni, dahlah pemimpin PAS kuat makan duit haram ponteng parlimen, korang nak bersubahat dengan kerja-kerja mungkar lagi???

      Dah tak cukup jual agama, korang naktambah dosa memfitnah lagi???

      Padam
  3. Kenapa perlu pemuda pas kelantan yang jawab isu in? Bukankah lebih elok pejabat presiden pas yang jawab sebab yang tuduh telah mengemukakan bukti kepada tertuduh, jadi tertuduh perlu menjawab. Barang kali presiden sakit masuk hospital sebab tak reti nak jawab soalan ini. Ini soalan di dunia, bukan soalan mungkar dan nangkir.

    BalasPadam
  4. Salam semua,

    Baju kuning dan baju merah tak ada siapa pun yang cedera masuk hospital!!!

    Tun Dr Mahathir umur 91 tahun pun ok je!!! Si tanpa nama tu kata Tun M tak datang lain kali kalau dah bodoh sangat selidik dulu, jangan ada halal pilih haram, ada ayam pilih BABI!!!

    Yang hairan tu yang berhimpun ribuan orang tak masuk hospital, Haji Hadi yang masuk hospital, kenapa ya???

    Itulah, lain kali exercise, jalan-jalan, pastikan otak dan fizikal selalu berlatih, jangan pemalas nak mampos, perut dah boyot penuh lemak, taknak exercise minda pula tu ponteng parlimen dan dewan undangan negeri, sunnah makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang taknak ikut, bedal semua, apa jadi???

    MAsa mimpi jumpa Rasulullah 3 kali tu Rasulullah ada pesan tak suruh exercise buang lemak dan toksik di perut serta jangan makan duit haram???

    BalasPadam
  5. Oooi mangkok...walau pun projek ini tak jadi...surat ini ada di tandatangani.. tuang presiden dtg ke tapak..kalau nak mcm ini tuang presiden tak merestui ke projek ni.. guna lah akal.. sikit2 je org nak fitnah parti pas.. sikit org nak fitnah parti pas.. penduduk kat malaysia ni..memang takde keje lain...celik je mata.. nak buat fitnah pd parti pas.. suci benar ke parti pas tu

    BalasPadam
  6. Kau ingat MO1 saja ka yg nak kenyang, lebai2 pun nak jugak. Lebai2 ni belajar dari MO1 la macamana nak kayo.

    BalasPadam
  7. Alamak...masak walaun kene balonnnnn.kahkahkahkahkah

    BalasPadam
  8. Saman la.. berani kerana benar.. nyorok diam2 kerana salah ler kot.. hehe..

    BalasPadam
  9. Salam semua,

    saya copy paste tulisan saya supaya semua orang tahu, kalau si bodoh tanpa nama tu masih nak menuduh Anwar gay tua dan berdegil dengan kemungkaran, tanpa bukti, ketahuilah bahawa dia sedang melanggar perintah Allah seperti yang ditulis dalam Al-Quran Surah An-Nur ayat 4!!!

    Memang patutlah Allah gelarkan parti dia PIGS. Perangai macam BABI!!! Ingkar larangan Allah!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam En. Tanpa Nama,

      Encik dah tengok fakta kes???

      Yang mana ada cerita pasal air mani tertanam 4 cm???

      Exhibit berapa??? Exhibit 1, Exhibit 2, Exhibit 3, ke Exhibit 100???

      Kau kalau dah bangang, ilmu tak ada, belajar universiti pun tak pernah, belajar setakat SPM je itu pun kantoi, cerita apa???

      Sekarang kau explain mana bukti kau air mani sedalam 4 cm???

      Dah aku cakap kau bodoh, tak percaya, jangan nanti kau ni sebenarnya bukan sahaja bodoh malahan mereng???

      Memang ada isu pasal DNA, tapi bukan pasal cerita kau, malas aku cerita pasal kau bangang sangat!!! Nanti kau bukannya mencari kebenaran sebaliknya mengenakan orang!!!

      China doll pula, pakar mana yang sahkan video tu adalah Anwar??

      Ikut Rasulullah S.A.W dan Islam saksi kena nampak penetration (penembusan) dalam faraj wanita tu!!! Ada tak video tu tunjuk penetration????

      Jam Omega tak pernah boleh dijadikan bukti zina wahai bahlol!!! Sekolah undang-undang mana kau belajar, Queen's Mary, Oxford, UIA, Al-Azhar ke Sekolah Menengah Kebangsan Pasir Mas???

      Dah tau kau bodoh, nak cerita benda yang tak terjangkau akal kau apahal???

      Kau ni macamlah aku tak tahu Dr Asri cadangkan sumpah tu tetapi dia terkhilaf kerana tidak mengambil kira politik UMNO/BN!!! Kalau dah potong brek kereta Anwar apa cerita???

      Surah An-Nur ayat 4 terang-terang melarang manusia termasuk daripada parti PIGS ke, mimpi jumpa Rasulullah 3x ke untuk tuduh orang berzina tanpa bukti!!!

      KAu nak jadi kafir harbi ke???

      KAu nak cerita banyak-banyak pasal kes sex ni aku ni aku tanya kau 1 je soalan, kau jawab itupun kalau kau ni taknak jadi kafir harbi lah. Anwar dibicarakan atas seksyen apa???

      Bodoh punya budak, dah tau kau tu bodoh, lain kali nak tuduh orang berzina atau meliwat, selidik dulu. Ini kesalahan besar dalam Al-Quran!!!

      Sanggup jadi fasik tu!!! Islam apa kau ni??? Islam mimpi Rasulullah 3x ke??? Kasih Rasulullah ke macam ni punya bahlol???

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...