Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Oktober 01, 2016

WAHAI PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN ABAIKAN PARTI PAS

Khalid SamadKhalid Samad
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada veteran Pas, Subky Latif kerana menjelaskan pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) sekaligus membantu pakatan politik pembangkang itu untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi BN tanpa melayan karenah Pas.

Menurut beliau, apa yang dinyatakan Subky dalam tulisannya di Harakahdaily adalah jelas dan sepatutnya membuka mata sesetengah pemimpin parti gabungan PH tentang pendirian sebenar Pas.
"Sekiranya maksud di sebalik tulisan Subky masih belum difahami, kita hanya mampu mengandaikan bahawa ada yang sengaja tidak mahu memahaminya," ujar Khalid.

Subky dalam tulisannya menasihati pembangkang agar tidak membuang masa menunggu Pas bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU14) dan menjatuhkan Perdana Menteri dan BN.
"Usah pedulikan Pas dan usah tunggu Pas!" pintanya.

Subky LatifSubky LatifMenurut Subky, kehadiran DAP dan Amanah dalam pakatan pembangkang menjadi penyebab utama Pas enggan bersama pembangkang.

"Sekalipun Mahathir dan Anwar dapat cantumkan otak mereka yang bergeliga itu, Pas tetap macam sepat tak makan pancing berumpan emas. Biar kucing bertanduk, cacing dapat telan ular, Pas bersama rakan-rakannya selesa bersendiri.

"Pembangkang buatlah apa yang patut! Jangan buang masa menunggu Pas!" tegas veteran Pas itu lagi.
Mengulas lanjut, Khalid berkata terlalu banyak masa telah terbuang menunggu Pas untuk menyertai barisan pembangkang sedangkan masa yang begitu bernilai sepatutnya digunakan untuk membina kekuatan dan kesatuan PH.
"Setahun telah berlalu sejak perlancaran PH tetapi ianya masih bagaikan satu gabungan yang terumbang ambing, tidak yakin dengan perlunya kewujudan dirinya sendiri. Dan oleh itu, tiada kesungguhan secara 100% untuk membinanya.

"Cukuplah dengan ketidaktentuan dan kekaburan. Cukuplah dengan 'indecisiveness' yang sekian lama merencatkan pengukuhan PH. Biarlah kita bina apa yang ada pada kita. Dan dengan yang sanggup bersama kita. Adakan sedikit keberanian dan keyakinan diri," ujar Khalid.


Sehubungan itu, Khalid sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Subky kerana membantu menjelaskan pendirian terbaru Pas terhadap pakatan pembangkang.

mdl

IKLAN BERBAYAR
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT
 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari http://biz55.lot.my

25 ulasan:

  1. Setuju.. PAS berhak memilih dgn siapa mereka hendak berkolaborasi tapi sudah tentu tidak termasuk DAP dan G18 (kini PAN).

    Sesungguhnya inilah cita2 murni para pendokong PAS yg mana telah mendorong mereka menyingkirkan golongan pentaksub DAP dalam PAS pada muktamar yg lalu..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas parti penjual agama sesuai berkolaborasi dgn parti penyamun Umno. Dua parti ini patut dikuburkan kerana telah byk menipu serta merosakkan umat Islam dan org melayu.

      Padam
    2. Saman sr pun xberani, malu nya pas ni.hahahahaha

      Padam
    3. Islam versi PAN merangkumi:

      a. Doa
      b. Fitnah

      Selain di atas akan dianggap oleh PAN sebagai telah menjual agama dan menipu Allah..

      Sebab itu kini harbi pun amat dapat merasai bahawa islam versi PAN memang selari dan sesuai sangat dgn kefahaman harbi itu sendiri mengenai islam.. malah mungkin boleh mencapai sehingga ke tahap harbi sendiri pun merasakan bahawa mereka sudah pun menjadi islam; jika islam versi PAN inilah yg menjadi sandaran harbi..

      Patutlah G18 amat marah pabila majoriti ahli PAS tak mahu langsung mengikuti jejak langkah mereka utk masuk PAN! Kerana PAN masih menyangka bahwa semua org perlu tunduk kpd harbi spt mereka! Yg lucunya PAN tak perasan pun bhw sebenarnya selama ini hanya PAN sahaja yg tergamak utk tunduk kpd harbi! kih kih kih..

      Sebab tu dalam PAN boleh:

      a. Membiarkan tonggang arak secara terang2an spt acara Octoberfest selagi mursyidul am PAN redha dan langsung tidak bersuara!

      b. Perjuangkan hak2 pengamal LGBT asalkan PAN boleh meraih sebanyak mungkin akan sokongan bukan islam serta harbi!

      c. Perjuangkan hak2 pengamal murtad kerana PAN sedar bahawa ianya adalah amat selari dgn perjuangan harbi yg dikasihinya!

      d. Fitnah parti islam dgn melanggar sumpah bai'ah kerana katanya parti islam telah "mengkhianati" rakyat walaupun secara faktanya ialah G18 yg kecewa lantaran tewas dalam muktamar parti islam lalu menubuhkan PAN!

      e. Fitnah para pewakaf dgn merampas harta wakaf mereka di mana org2 yg telah wakafkan harta kpd parti islam sejak dulu samada yg masih hidup atau yg telah mati dianggap "sudah pun tahu" bahawa G18 akan keluar parti islam lalu "diserahkan" hak wakaf tersebut kepada PAN!

      f. Fitnah dgn membuat ramalan tok nenek mereka jika sipolan2 itu dan ini masih hidup adalah diyakini akan turut serta jadi ahli PAN!

      g. Fitnah parti islam berUG dgn UMNO tapi jika PAN dgn parti harbi tidak mengapa!

      h. Fitnah ada 10 org ADUN akan lompat parti tapi jika tak menjadi kenyataan PAN hanya perlu buat muka bodo!

      i. Membentak seorang mufti kerana menyokong RUU 355 tapi jika harbi MENENTANG RUU 355 tak mengapa kerana ini yg PAN katakan rahmatal lil aalamiin!

      j. Fitnah parti islam habis2an dgn hanya bersandarkan berita dari sumber asing SR. Al-maklumlah kini sumber tersebutlah yg kini diimani oleh PAN berbanding sumber dari alQuran yg terang2 perintah org2 beriman agar melaksanakan hukum Allah. Ini juga lantaran PAN amat takut (berbanding takut kpd Allah) jika nak laksanakan hukum Allah kerana pasti mendapat tentangan hebat dari golongan harbi yg dikasihi serta ditunduki mereka!

      Sekian seadanya kehidupan terkini para sang pengkhianat!!

      Padam
    4. PAS pengkhianat rakyat. Perjuangan menegakkan hudud akhirnya bersetuju dengan RUU 355 yang tk dak huhud pun di dalamnya. Selamat pengantin baharu PAS dengan UMNO.

      Padam
    5. Salam EN. Ir Anonymous,

      Sudah-sudahlah menegakkan benang yang basah. Dalam banyak-banyak alasan rekaan yang atas, tolong sebutkan bukti? Tak payah banyak, 1 bukti PAN (PAN lagi bagus daripada Babi-Babi (PIGS) sokong Octoberfest?

      Ataupun alasan rekaan PAN membentak mufti yang menyokong RUU355 tetapi harbi menyokong RUU355 tak apa???

      Kau ni bodoh ke apa??? Bagi bukti??

      Memang patutlah kau kena laknat Allah dengan gelaran PIGS!!!

      Padam
  2. Pas pengkhianat undi rakyat dan ahli2 parti.

    BalasPadam
  3. Pas memalukan Islam.

    BalasPadam
  4. Pas parti bangsat..balun 90juta duit rakyat..janji nak saman SR..haram..

    BalasPadam
  5. Bila nk Sr ni wanrosli...pas xda kemaluan ke.kahkahkah

    BalasPadam
  6. Ambik kau wan rosli,gi minum susu omega daun ketom hadi dulu ye baru komen..kahkahkah.bila tulur sudah kecot merepek,mrapu n meraban jadinya..kahkahkah.jgn ngis lagi dh..sunyi komen ni..kahkahkahkah

    BalasPadam
  7. Kesian tgk wanrosli kena balun bertubi2
    .tu la sapa suruh jadi walaun.walaun mmg otak letak kat lutut tu sbb kena bantai. Cuba la bijak sikit jgn jadi bodoh.hadi tu bukanla tuhan dan pas pulak bukanla agama...kalau itu pun xreti nk beza baik wanrosli masuk tanjung rambutan je.kakakakaka

    BalasPadam
  8. SUBKY latif tk pyh la nk pnjgkan isu ini rakyat dh fhm dh kita tunggu dan lihat k

    BalasPadam
  9. Takde satu pun hujahku dinafikan.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaun pigs Hadi bukannya berhujah tapi penuh auta. Taip pjg2 semuanya sampah merapu. Walaun kaki lebong dari Parti Auta Semalaysia.

      Padam
  10. Ir anony yg tak sedar. kau kira blog2 yg pro PK berapa.. yg pro pas berapa.. yg aku tgk kau ni je berani menghadapi pelayar pro ph walau pun di blog pro ph.. cuma aku tak pasti engkau salah seorg yg mengkafirkan org dulu..masa akta 355 mula2 panas.. kalau kau salah seorg di alam maya mintalah maaf. Sbb kesan nya terlalu besar.. takut di padang di sana nanti merangkak mencari sape yg di kafirkan tu. Di sini tak kenal.. di sana lagi lah tak kenal.sbb aku tgk byk pengomen pas..seolah tak pandai cari fakta.. tak leh jawab fakta.. mengkafirkan org je..

    BalasPadam
  11. Korang layan la hujah bodoh wanrosli tu. Wanrosli tu jenis anggap pas sbg agama.manakala hadi sbg nabi..

    BalasPadam
  12. Azmin jea yg masih tergila gilakan pas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abisla pkr sbb nk kejar pas akhirnya pkr terpalit busum sama.terbaru pemimpin pkr sabah keluar pkr..babaila pkr pas ni...semenanjung pun xske pkr dh.pkr xda prinsip pun.

      Padam
    2. Tak perlu kejar PAS sgt apatah lagi harbi.. Yg paling penting kejar islam..

      Padam
    3. Pas memalukan Islam.

      Padam
    4. Mmgla xperlu kejar pas tp ntah hapa ntah si azmin tu takut sgt.pas pis pigs xyah la kejar parti bodoh tu sedangkan ku li pun kata pas makin lemah...tgk2 pkr pun sama berjangkit kebodohannya

      Padam
    5. Berbanding dgn PAN, PKR lagi cerdik kerana tidak mahu bermusuh dgn PAS..

      Padam
    6. Pas pengkhianat undi rakyat dan ahli2 parti sendiri.

      Padam
    7. Lari kat sini lak ye wan rosli..kat blog lain kena bodoh n bangang je

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...