Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Oktober 04, 2016

PRU14 : Yb Khalid Samad yakin boleh menang Shah Alam walaupun 3 penjuru lawan PAS+BN

Khalid Samad yakin boleh menang tiga penjuru jika semua pihak komited untuk menangkan calon Pakatan.Khalid Samad yakin boleh menang tiga penjuru jika semua pihak komited untuk menangkan calon Pakatan.


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yakin beliau boleh mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam walaupun bertanding tiga penjuru dengan Pas dan BN jika berlaku kerjasama baik antara Pakatan Harapan dengan Bersatu.

"Dengan syarat PKR komited untuk memenangkan calon Pakatan Harapan, Insya Allah kita boleh menang," kata Khalid menjawab pertanyaan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zainol Abidin yang bertanya apakah beliau boleh menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Shah Alam, kerusi yang beliau wakili sekarang.

Dalam forum anjuran Pemuda Amanah Selangor di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur baru-baru ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zainol Abidin bertanya Khalid apakah beliau yakin boleh terus menang di Shah Alam jika pertandingan tiga penjuru berlaku dalam pilihan raya umum nanti.

Ini berikutan sikap PKR yang menolak cadangan agar Selangor membubarkan Dewan Negeri untuk membolehkan pilihan raya awal diadakan bagi mengelak kesan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Kita nak sangat bubar Dun, nak pilihan raya, yakinkah kita menang?

"Sekiranya terbubar Dun Selangor, kalau Pas dan Amanah letak calon di kerusi yang sama bertanding, bagaimana?

"Apakah YB Khalid contohnya mampu menang dalam keadaan Pas meletakkan calon di kerusi Parlimen Shah Alam?" soalnya.

Menurut Khalid, semua pihak dalam Pakatan Harapan perlu bekerja untuk yang terbaik iaitu untuk membolehkan pertandingan dua penjuru berlaku dalam pilihan raya umum akan datang tetapi meminta agar parti juga bersedia untuk tiga penjuru.

"Usahakan yang terbaik tetapi bersedia untuk hadapi yang terburuk.
"Kita patut bekerja untuk dua penjuru tetapi kita perlu bersedia juga untuk tiga penjuru," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

Ini kerana, kata Khalid, Amanah memang sedia untuk bekerja dengan semua pihak tetapi bersedia juga jika mana-mana pihak tidak mahu bekerjasama dengan Amanah.

Menurut Khalid, dalam pilihan raya umum ke 13 lalu, Pakatan Rakyat telah mencapai kata sepakat agar kerusi Kota Damansara diserahkan kepada calon dari PSM yang menggunakan logo PKR.
Di kerusi Sungai Acheh, Pulau Pinang, mesyuarat Pakatan Rakyat yang terdiri dari Pas, PKR dan DAP juga bersetuju agar diserahkan kerusi itu kepada calon dari PKR.

Namun, pada hari penamaan calon, katanya, Pas telah meletakkan calon mereka di situ selepas mendapat restu dari presidennya sendiri.

Ia menyebabkan calon BN menang di kedua-dua kerusi itu.
"Jika semasa kita bersama dalam Pakatan Rakyat perkara ini boleh berlaku, apakah jaminan pertandingan tiga penjuru tidak akan berlaku dalam pilihan raya umum nanti.
"Jadi kita kena bersedia juga ke arah itu," kata Khalid.

Menurut beliau, tidak semestinya pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan calon Pakatan Harapan  kalah sebagaimana pertandingan di pilihan raya kecil Permatang Pauh.
"Walaupun Pas berkempen untuk mengalahkan calon PKR, tetapi Datuk Seri Wan Azizah tetap menang juga dalam pilihan raya itu," kata Khalid.


Namun dengan bekerja dan berharap untuk berlaku pertandingan dua penjuru sahaja akan menyebakan Pakatan Harapan akan benar-benar kalah jika berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum nanti.

mdl

IKLAN BERBAYAR
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT
 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari http://biz55.lot.my

11 ulasan:

  1. Selamat bertanding bakal mantan YB Shah Alam!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PRU 14, Selangor mengucapkan selamat tinggal kpd yb2 dari Pas.

      Kelantan bakal terlePAS dari tangan Pas @ Pigs penjual agama.

      Takbirrr!!!

      Padam
  2. Next pru kelantan akan beralih kpd bn.begitu juga selangor..manakala penang dap menang tipis..bn akan menang besar.padan muka semua pembangkang.masa tu pembangkang kalah besar so blhla fokus bergaduh 24jam...

    BalasPadam
  3. Biar bn menang, sama je semuanya penyamun.

    BalasPadam
  4. Kolik ni kalau berangan kalahkan mat jenin, deposit pun boleh melayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg berangan kalahkn mat jenin ialah parti jual agama yg bergabung dgn ikatan jadi PIGS. Konon nk jd goblok ke3. Deposit pun boleh melayang.

      Padam
  5. 12:21.. Andaian yg cukup menarik dan sinikal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik lagi andaian pas utk saman sr.kahkahkahkahkah

      Padam
    2. Kahkahakkahkah...apa wanrosli lebong ni...sinikal tu ape????kahkahkah

      Padam
    3. Kahkahkah.setuju tu
      L:Lebai
      G:guru hadi
      B:Bangang
      T:Taik

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...