Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Oktober 27, 2016

OHHH..MELAYU..MELAYU..MELAYU..MELAYU..APA LAGI MELAYU MAHU?? WAJIB BACA!!


Image result for khalid samad

 Apa Lagi Yang Melayu Mahu?


KEPIMPINAN POLITIK MELAYU

Kepimpinan politik Melayu telah berada di tangan UMNO sekian lama. Walaupun UMNO telah dilanda berbagai skandal dan masalah, namun secara umumnya, masyarakat Melayu masih menerima kepimpinan UMNO. Kedudukan UMNO sebagai parti bangsa Melayu telah pada waktu tertentu tercabar, itu pun hasil dari perpecahan yang telah berlaku dalam UMNO. Parti serpihan UMNO, bermulanya dengan PAS, kemudian Semangat 46 dan Keadilan telah menghakis sokongan Melayu terhadap UMNO, tetapi hanya untuk seketika. Kemudiannya sokongan tersebut telah kembali pada UMNO walaupun UMNO terus dikaitkan dengan corak kepimpinan yang korup dan rasuah.

PAS yang telah wujud sejak tahun 50an dilihat secara tradisinya sebagi saingan pada UMNO. Namun setelah 60 tahun telah tetap tidak berjaya mencabar kedudukan UMNO sebagai parti politik utama orang Melayu. Kecuali hanya di daerah dan Negeri tertentu. Secara umumnya dianggarkan tidak sampai 30% masyarakat Melayu bersama PAS. Itu pun sokongan tersebut tercapai hanya sejak tahun 1998 sedangkan sebelum itu sokongan PAS hanya terdapat di negeri Kelantan dan Terengganu serta Kedah dan Perlis.

PAS MENGAKU TIDAK MAMPU?

Keadaan ini mungkin antara sebab mengapa PAS sudah berubah pendekatan, kecewa dengan kegagalan mendapatkan sokongan majoriti Melayu, maka mula bermesra dengan UMNO. Sepertimana yang dikatakan Presiden PAS Hj Hadi, “Nakkan undi UMNO, perlu berbaik dengan UMNO”. Kata-kata itu dengan sendirinya menzahirkan kesimpulan bahawa cara selama ini yang diikuti PAS tidak boleh diguna-pakai. Sokongan Melayu terhadap UMNO begitu kental dan tidak boleh berubah dengan PAS melawan UMNO. PAS mesti berkawan dengan UMNO.

Malangnya tindakan sebegitu menyebabkan PAS berpecah. Ingin tambah undi melalui pendekatan baharu tetapi akhirnya hilang sokongan sebahagian ahli dan pimpinan sendiri! Sedangkan yang dengan UMNO tetap dengan UMNO. Dengan berpecahnya PAS sehingga tertubuhnya AMANAH, kemungkinan sokongan 30% tersebut telah menjadi tidak lebih dari 20%. ini yang dikatakan pepatah Melayu, “yang dikendung tercicir, yang dikejar terlepas”.

WUJUDNYA KEADILAN

Dengan wujudnya Keadilan pada tahun 1998, maka sokongan Melayu terhadap UMNO turut terhakis lagi. Pada awalnya, sebaik sahaja DSAI dipecat dan muncul dengan mata lebamnya, hampir 30% masyarakat Melayu bersama Keadilan. Ini menyebabkan pada tahun 1999, lebih 50% undi Melayu telah bersama gabungan BA apabila dicampurkan sokongan Melayu pada PAS dan Keadilan. Namun undi bukan Melayu pula tidak bersama BA pada ketika itu. Maka, undi bukan Melayu menyelamatkan UMNO/BN dalam pilihan raya tersebut.

Dalam keadaan sekarang Melayu yang bersama Keadilan mungkin tidak lebih dari 20%. Itulah sebabnya apabila dicampurkan sokongan Melayu terhadap PAS dan Keadilan, ianya sekadar lebih kurang 40 - 45% sahaja sepertimana undi yang diperolehi pada pilihan raya 2008 dan 2013.

MELAYU TETAP BERSAMA UMNO?

Keadaan di mana sokongan majoriti Melayu tidak berganjak dari UMNO terus menjadi sesuatu yang menghairankan ramai. Apa yang perlu dilakukan sehingga Melayu boleh dibawa berhijrah dari UMNO?

Kalau ingin terlebih dahulu melihat pemimpin UMNO melakukan rasuah dan penyelewengan, baru mahu tinggalkan UMNO, ini sudah pun berlaku secara MEGAnya. Kalau ada rekod dunia untuk rasuah dan penyelewengan, saya yakin Malaysia akan mendapat emas.

Kerajaan tidak akan berjaya ditukarkan tanpa berlakunya anjakan sokongan Melayu dari UMNO kepada pihak yang lain. Sedangkan Melayu tetap bersama UMNO/BN!

SOAL KEYAKINAN?

Tetapi ada juga yang mengatakan ianya soal ‘keyakinan’. Keyakinan terhadap kemampuan pemimpin ‘Melayu pembangkang’ berbanding pemimpin Melayu UMNO. Khususnya ketidakyakinan rakyat Melayu terhadap kemampuan kepimpinan Melayu pembangkang menangani kepimpinan bukan Melayu pembangkang! Mengikut pandangan mereka, teruk macam mana sekalipun UMNO, UMNO tetap menguasai BN. Melayu UMNO mendominasi bukan Melayu dalam BN. Adakah Melayu pembangkang dapat mempertahankan kepentingan dan hak Melayu dalam gabungan pembangkang? Ini yang dikatakan sebagai kekhuatiran utama.

Ada yang memahami tindakan PAS keluar dari Pakatan Rakyat dari sudut ini. Ada yang melihatnya sebagai pengakuan ketidak-mampuan pimpinan utama PAS khususnya Presidennya untuk berhadapan dengan pemimpin-pemimpin DAP. Dalam keadaan takut PR akan dikuasai yang bukan Islam dan bukan Melayu, maka PAS mencari alasan untuk keluar dari PR dan dimulakan penubuhan Blok ke-3 yang dapat dikuasai PAS. Pendekatan ini digabungkan pula dengan pendekatan mesra UMNO.

Namun demikian, kurang keyakinan diri yang menghasilkan tindakan sebegini, tetap tidak mampu melepaskan Melayu dari genggaman kepimpinan UMNO. Sebaliknya ianya mengukuhkan kedudukan UMNO apabila imej UMNO telah sedikit sebanyak ‘dibersihkan’ oleh pimpinan PAS. Sememangnya imej UMNO amat sangat perlu dibersihkan. Dan apabila ianya sudah dibersihkan, maka genggaman UMNO ke atas Melayu akan bertambah kukuh. Pada ketika itu UMNO tidak perlu lagi kepada PAS dan apakah yang akan terjadi kepada PAS ketika itu?

PERUBAHAN MELANDA POLITIK MELAYU

Tetapi yang lebih penting dari melihat kepada tindakan kecewa dan hilang keyakinan diri PAS adalah melihat pada apa yang telah berlaku dalam arena politik Melayu sejak itu. Tanpa diketahui atau dirancang, perubahan senario politik Melayu bergolak lagi. Selain penubuhan AMANAH, telah turut muncul juga BERSATU. Maka perjuangan untuk membebaskan Melayu dari genggaman UMNO mampu diteruskan lagi walaupun PAS masih belum lagi bersama. Malahan tanpa PAS, mungkin ianya bergerak dengan lebih cergas lagi.

Kalau dilihat sekarang ini, kepimpinan Melayu pembangkang terdiri dari satu senarai nama yang mengkagumkan. Ianya mengandungi nama-nama seperti DSAI, bekas Timbalan Perdana Menteri (1993 - 1998), Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri (1982 -2004) dan TS Mahyuddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri (2014- 2016). Begitu juga turut disenaraikan nama pemimpin-pemimpin yang tidak kurang hebatnya berbanding senarai pimpinan UMNO. Orang-orang seperti Saudara Mohd Sabu, seorang yang terbukti istiqamahnya memperjuangkan kepentingan rakyat, Azmin Ali, Salahuddin Ayub, Wan Azizah, Nurul Izzah, Dr Siti Mariah, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan sebagainya turut tersenarai. Kesemuanya pemimpin Melayu yang berkaliber.

Turut juga bersama adalah dua bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia ia itu Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Begitu juga cendiakawan dan ilmuan Islam seperti Dr. Siddiq Fadhil dan Dr. Mohd Nor Manuti serta ramai lagi.

KEPIMPINAN SUDAH ADA, MAHU APA LAGI?

Berdasarkan senarai nama yang sebegini rupa, apa lagi yang diinginkan Melayu sebelum sanggup memberanikan diri ke arah perubahan? Dalam bahasa mudah, “Apa lagi Melayu mahu?” sebelum berani bertukar?

Suasana kebobrokan begitu mendesak supaya perubahan berlaku. Apa alasan yang munasabah untuk Melayu terus ketakutan? Sedangkan keperluan untuk perubahan telah Allah sediakan!

Kita semua tahu bahawa sekiranya sokongan Melayu terhadap UMNO tidak berpindah, maka perubahan tidak akan berlaku. UMNO/BN akan terus memerintah sambil pemimpin negara akan terus merompak harta rakyat. Keadaan akan menjadi semakin sukar dan Negara akan hanya bertambah dalam hutangnya. Pendapatan akan semakin mengecil serta akhirnya rakyat akan semakin terbeban dan kebanyakan rakyat yang terbeban itu adalah rakyat Melayu.

Oleh itu adalah amat sangat diharapkan bahawa bangsa utama negara kita ini, iaitu bangsa Melayu akan berani berubah. Semoga mereka akan yakin dengan kemampuan bangsa sendiri dan kepimpinan Melayu pembangkang yang telah dikurniakan Allah sekarang. Oleh itu, dengan apa yang telah Allah sediakan maka tiada lagi sebarang alasan Melayu untuk terus mengekalkan UMNO/BN.

Artikel ini telah diterbitkan di dalam akhbar Amanah Bil. 22 (23-29 Oktober) yang sedang berada di pasaran.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

26 ulasan:

  1. Xsemua melayu sama tp yg paling hina melayu jual agama demi 90juta rasuah.pakai lebai serban tebal tp merompak balak smpi menindas org asli..ni melayu Zionis israel nama nya.

    BalasPadam
  2. Melayu mahu Melayu jadi bangsa yang berprinsip, Melayu mahu Melayu jadi KHODAM kepada perjuangan memartabatkan syariat Islam, bukan PENGKHIANAT yang Melayu inginkan dan bukan KHODAM kepada kafir harbi yang Melayu idamkan, hanya Melayu PENGKHIANAT akan mengkhianati bangsa sendiri......kahkahkah

    Kolik Samak dah selesai ke masalah talak dengan isteri tersayang? Bagi makan 10 fakir miskin boleh selesai ke lafaz talak tu? ....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi hina kodam umno yg tebang balak kelantan..PANkhianat pun xda rompak balak tp Pigs merompak smpi menindas org asli...dasat kodam umno ni buat kerja...

      Padam
    2. PAS @ PIGS dah jd parti politik NATANG ciptaan tuang guru lebai kaki ponteng.

      Takfir!

      Padam
    3. En. Tanpa Nama,

      Sebab tu orang bodoh tak boleh bawa usul RUU 355!!!

      Saya tanya dan jawab dengan ikhlas, di dalam Islam, nazar adalah perkara yang wajib dibuat sekiranya mendapat sesuatu. Bolehkah kita bernazar kalau kita mendapat sesuatu kita membuat perkara yang haram contohnya berzina???

      Tak boleh hukumnya haram!!!

      Sama juga, bolehkah kita berbaiah dengan perkara-perhara haram dan maksiat??? Tak boleh, hukumnya haram!!!

      Menceraikan isteri tanpa sebab-sebab yang boleh diterima adalah menganiaya wanita dan hukumnya haram!!!

      Apabila berbaiah dengan perkara-perkara yang haram, maka baiah itu adalah baiah yang haram jadah dan maksiat!!!

      Jadi baiah maksiat itu adalah baiah yang wajib tidak diikuti kerana menganiaya wanita!!!

      Tak perlu bicara berkenaan undang-undang Islam, undang-undang konvensional juga membatalkan kontrak sebegini sebagai void ap initio ataupun tidak sah daripada mula lagi!!!

      Si bodoh Hadi tu nak bawa RUU 355 konon, buat baiah pun haram dan maksiat!!!

      Korang ni orang PAS dah bodoh tu belajar, sesukahati sindir-sindir orang, otak dah la tak ada, berlagak konon tau agama pula tu!!!

      Tau agama taik kucing!!!

      Padam
    4. Tanya orang yang berbaiah tu.....si Kolik Samak, kalau haram kenapa berbaiah?......siapa yang suruh gadai bini?....hanya yang gilakan kuasa je sanggup buat apa saja.....kahkahkah......kan dah jadi masalah.....dah selesai ke isu talak Kolik Samak nih?....jgan sampai berzina pulak dengan isteri tercinta.....kahkahkah

      Padam
    5. En. Tanpa Nama,

      Tak payah tanya Khalid, tanya Hadi kenapa wajibkan baiah tu untuk jadi calon???

      Dah tau baiah tu mungkar???

      Kata alim ulama kenapa bodoh sangat macam ni???

      Kalau saya jadi Khalid pun saya ikut!!! Baiah bodoh yang tak mengikat!!!

      Saya baiah jadi wakil rakyat, kalau apa-apa jadi tak mengikat saya!!!

      Baik tanya Haji HAdi kenapa bodoh sangat???

      Kalau dah baiah tu void ap intio, macam mana nak jadi berzina dengan isteri tercinta, bodoh!!!

      Padam
  3. Nama2 Melayu yang disebut diatas semuanya Melayu bermasalah, PENGKHIANAT ada, kepala perompak ada, masalah scandal ada, Melayu yang jadi KHODAM kepada kafir harbi pun ramai. yang dituduh meliwat pun ada sekali dengan peliwat.

    Madey dan DSAI sekarang pun tengah memperbodohkan Melayu dengan satu lakonan hebat.

    DSAI mengaku tidak pernah melakukan kerja terkutuk tu, ianya fitnah yang dirancang dan Madey bermati-matian kata DSAI seorang peliwat, sekarang mereka tidak lagi bermusuh, yang mana satu kita nak ikut ni, pengakuan DSAI atau fitnah Madey yang bukan fitnah?

    Kalau betul Madey memfitnah DSAI, eloklah mengaku jangan ingat rakyat tak sedar dengan lakonan hebat ni. Hanya mereka berdua saja yang tahu kebenarannya.

    Rakyat sekarang berada dipersimpangan yang mana betul dan yang mana fitnah, DSAI ke Madey yang betul? Kalau Madey betul bermakna DSAI sah lah seorang peliwat, kalau DSAI yang betul maka sah lah memang Madey merancang segala fitnah liwat terhadap DSAI, boleh ke rakyat menerima peliwat dan penfitnah bergabung?

    Selesaikan kekeliruan ini dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lg sekor bebal bengong..xda isu ke..yg songlap 2.6b walaun ni xberani nk sentuh pun.nmpk benor pigs jd kodam umno yg setia...syabas..patutla xberani nk saman sr.90juta dh dimakan kodam umno ni.halallah toiyibah kater nye.kahkahkah

      Padam
    2. Isu Anwar dan Mahathir dah kira selesai bila kedua2 mrk mempunyai jiwa yg besar sanggup berjumpa dan bermaafan. Allah jua maha pengampun lg mengasihani.

      Tapi lebai2 yg menjual agama, menipu org Melayu dan ahli2 partinya dgn peralatkan Islam lg menjijikkan. Lebai2 dah kenyang dedak 90juta menyokong pulak ketua penyamun negara yg zalim dan kerajaan menindas rakyat marhaen.

      Pemimpin2 jual agama dan para khodam mrk ni perlu menjawap bkn saja pd Allah tapi jutaan umat Islam yg ditipu selama puluhan tahun.

      Padam
    3. Selesai? Macamana tu boleh dikatakan selesai? Bermaafan memang dituntut oleh islam tapi jangan sampai rakyat diperbodohkan.

      Adakah Madey mengaku bahawa semua itu adalah fitnah yang dirancang semasa bermaafan dengan DSAI? Kalau tak maka itu semua adalah satu lakonan.

      Tuduhan liwat amat besar dosanya dan kesalahan liwat pun amat besar dosanya, siapa sebenarnya yang berdosa? Madey atau DSAI?

      Jangan ambil mudah perkara ni, takkan rakyat nak pemimpin mereka seorang peliwat atau pemimpin yang suka merancang fitnah demi kedudukan dan kuasa sehingga memalukan keluarga DSAI?

      Salah seorang kena mengaku secara jujur baru layak digelar pemimpin yang berjiwa besar, jangan biarkan rakyat terkeliru dengan lakonan ini.

      Aku nak tanya khodam kat sini, adakah DSAI seorang peliwat atau Madey yang merancang fitnah liwat untuk menjatuhkan DSAI?

      Padam
    4. Satu dunia tahu Anwar mangsa konspirasi politik. Hukuman penjara 6thn masa Dr Mahathir krn tuduhan salahguna kuasa bkn liwat ye. Jgn suka buat fitnah mcm ketua lebai Pas. Dosa Anwar dan Dr Mahathir ketika itu adalah dosa peribadi antara pelaku dan Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan mengampuni.

      Bagaimana dosa Hadi, ostad2 Pas dan para khodam mrk yg suka mengkafir, memfitnah dan memaki hamun org mukmin yg baik di masjid2 dan ceramah politik jumud mrk? Sudahkah Hadi Awang dan para knodam meminta maaf dgn jutaan umat Islam, keluarga mangsa memali dan org2 mukmin yg difitnah termasuk yg dituduh jual pil kuda?

      Pernahkah lebai2 penipu Pas menafikan secara terbuka mrk tak kongsi duit rakyat yg dicuri 90juta? Para khodam lebai sila jawap.

      Parti lebai penipu pilih pemimpin masa muktamar guna kaedah cai. Matlamat menghalalkan cara bkn politik cara Islam ye khodam. Para khodam bersubahat dgn lebai2 jual agama peralatkan Islam dulu, kini dan selamanya.

      Lebai2 hipokrit mcm ni kalau memimpin negara lagi bertambah rosak dan memalukan Islam. Pas penternak ularmak2 suu akhir zaman.

      Padam
    5. Salah guna kuasa pun berkaitan tuduhan liwat jugak, sampai sekarang pun DSAI masih berjuang dengan fitnah liwat, kenapa Madey tak buat pengumuman bahawa tuduhan yang dibuat oleh beliau terhadap DSAI adalah fitnah yang dirancang.

      Bagaimana pulak dosa Madey dengan rakyat? Merompak harta rakyat, PKFZ, Perwaja dan sebagainya.

      Tiada dosa peribadi apabila seseorang itu bergelar pemimpin kerana mereka dipilih dan diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin dengan jujur, amanah ikhlas dan bersih dari segala kerosakan akhlak dan moral baru boleh dikatakan pemimpin berjiwa besar.

      Jangan biarkan rakyat terkeliru dengan tipu daya ini.

      Padam
    6. Anda termasuk 4 org saksi ke yg npk perbuatan salahlaku Anwar? Kalau Dr Mahathir mengaku menganiaya Anwar akan bebaskah Anwar dari penjara skrg? Yg pasti Anwar dipenjara krn salahguna kuasa bkn liwat. Anda masih memfitnah krn berguru dgn presiden Pas.

      Najib dan menteri2 umno bebas menyiasat salahlaku Dr Mahathir kalau ada..knp masih tiada tindakan? AG, PDRM,SPRM parti lebai penjual agama semua melutut pd Najib skrg.

      Kalau bercerita psl moral pemimpin2 melayu sepatutnya kosonglah kabinet menteri2 Najib skrg krn masuk penjara. Rakyat dah tau moral pemimpin2 Umno dan Pas mcm mana. Jgn bersikap biased bila nak menghukum. Islam tak ajar begitu.

      Iman lebai2 pun boleh dibeli dgn duit haram. Islam digadaikan.

      Jangan biarkan rakyat khususnya org melayu terkeliru dgn tipu daya lebai2 yg bertopengkan agama, serban, jubah tapi hati bagai serigala. Mereka ularmak suu yg menyokong ketua penyamun Najib, pemerintah zalim dan kerajaan yg menindas rakyat marhaen.

      Undi Pas = Undi Umno

      Padam
    7. Salam En. Tanpa Nama,

      Kalau iya pun nak menuduh, periksalah fakta dulu!!!

      Mahathir dinasihati oleh sebahagian jemaah menteri dalam kes Anwar!!! Oleh itu kesalahan tersebut adalah konsensus ataupun bersama!!!

      Yang Encik buat lawak pasal Mahathir merompak harta rakyat, PKFZ, Perwaja dan sebagainya, Encik ada bukti ke???

      Mahathir ada banyak projek-projeknya yang berjaya dan ada projek-projeknya yang gagal!!!

      Tetapi PAS, projek Kohilal, projek Tabung Memali, dan yang terbaru projek bentang RUU 355 semua gagal!!!

      Bayar duit KWSP staff Yayasan Islam Kelantan pun gagal!!!

      Rakyat banjir sampai sekarang duduk dalam khemah pun gagal!!!

      Tegur DS Najib pasal 1MDB pun gagal!!!

      Dah PAS memang tak guna, buat apa pun gagal nak ikut buat apa???

      Padam
    8. En. TAnpa Nama,

      Memanglah saya percaya Anwar tidak diliwat. Anwar sendiri pernah berkata dari dahulu lagi bahawa beliau sanggup memaafkan Tun Mahathir tetapi tidak Tun Daim!!

      Boleh jadi, jemaah menteri yang memberi maklumat yang salah kepada Tun Mahathir!!!

      Walaubagaimanapun, Tun Mahathir sudahpun mengakui kesilapaanya boleh rujuk videonya dahulu.

      Yang Encik sibuk pasal Anwar dan Tun Mahathir yang sudah bermaafan, yang rakyat hari ni menderita sampai ada yang bunuh diri kerana kezaliman kerajaan yang disokong oleh Haji Hadi Presiden PIGS tu, kenapa kau tak bersuara???

      Kalau nak sangat membela orang yang dizalimi jangan cakap banyak, Haji HAdi dan Harun Din membela DS NAjib yang menganiaya hampir keseluruhan rakyat Malaysia!!!

      Kenapa kau tak bising, yang sekarang membela rakyat kau sibuk cerita menyondol-nyondol???

      Padam
    9. Dulu tuduh Madey maha firaun, maha zalim, perompak segala perompak....kahkahkah.....sekarang dah cium mulut pulak dengan Madey......mana pergi semua tu? semuanya dah diampunkan ke segala tuduhan keatas Madey?

      Sekarang Najib digelar dan dituduh macam2....nanti bila Najib keluar UMNO masuk PH terus disanjung dan semua gelaran dan tuduhan lenyap macam tu je.....kahkahkah

      Padam
    10. En. Tanpa Nama,

      Kami semua ikut stail Haji HAdi presiden PIGS, dulu mengkafirkan 3 juta orang UMNO sampai tak boleh sembahyang belakang imam UMNO, tak boleh makan sembelihan orang UMNO dan sebagainya???

      Sekarang kenapa cium mulut hisap lidah dengan UMNO????

      Lagi satu Encik Tanpa Nama ni bangang sangatlah, kata pejuang Islam pernahkah rujuk kepada Imam Ghazali berkenaan fiqh alawiyat ataupun fiqh keutamaan???

      Keutamaan sekarang ialah Rakyat!!! Isu Mahathir dan Anwar mereka sudah bermaafan demi rakyat!!!

      Sekarang ni Najib Razak ni perompak terbesar antarabangsa setuju tak???

      Keutamaan Haji HAdi PResiden PIGS bukan rakyat, satu isu untuk rakyat pun tak dibangkitkannya!!!

      Keutamaan Haji HAdi ialah menyokong DS NAjib perompak terbesar dunia!!!

      Mungkin di sebalik itu, keutamaannya Haji Hadi ialah dedak RM 90juta???

      Sebab tu macam sotong tak berani saman Sarawak Report!!! Pondan kot???

      Hhahahahahah!!!!
      Entah-entah

      Padam
  4. Mana wanrosli aka ir anonymous ni..sudah2 la blakon jd tanpa nama...xkan kena bantai ngan nobody terus xberani nk bersuara lgsung...xkn penakut sgt kot...ketar lutut kot ya wanrosli. Kohkoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kohkoh bro,krok,krok,krok krok..nyondol ubi diam2..krok,krok,krok...

      Padam
  5. Kapada mangkok2 walaun... kalau aku jadi khalid samad..aku tak buat denda lafaz talak tu.. kau tgk tak video tuang presiden kesayangan kau tu atas pentas menghalau sesiapa yg tak setuju dgn parti pas keluar dr pas.. masa tu pimpinan amanah skg dlm pas lagi. Itu bukan pemutus baiah ke..bg aku ucapan tuang presiden tu kata pemutus baiah.. nak buat apa nak bayar denda lafaz talak lagi...semua yg islam org pas je benar dan betul.. org lain salah.. bodoh piang betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slmat dtg lelaki cermin..bukan walaun,walakontol sbb mereka guna kontol je utk bpkir..parti ajaran syiah la katakan.

      Padam
  6. Salam En. Tanpa Nama,

    Kalau Ecik bersimpati dengan Anwar, Encik membuat perkara yang betul kerana Islam sendiri membela orang-orang yang ditindas!!!

    Anwar telah dibela oleh antara lain, Almarhum Dato' Fadzil Noor, Almarhum Nik Aziz, Mohd Sabu, Dato' Husam Musa, Dato' MAhfodz Omar, Dato' Kamaruddin Jaafar dan ramai lagi. Mereka semua melakukan perkara yang disuruh Islam!!!

    Cuba Encik periksa betul-betul, adakah Haji Hadi Awang dan Harun Din membela Anwar???

    Sekarang yang ditindas adalah rakyat. Mahathir dan Anwar bersatu untuk rakyat!!!

    Haji HAdi buat apa???

    Tidak ada 1 perkataan daripada beliau yang membela rakyat!!!

    Ketika semua orang sekarang bersatu membela rakyat, kenapa PAS berpeluk dengan UMNO???

    Sebab tu PAS sekarang bergelar PIGS!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak bela DSAI kenapa bersubahat dengan maha firaun yang mencipta segala tuduhan terhadap DSAI....pemimpin berjiwa besar kena jujur bukan main wayang kulit.....kahkahkah.....semuanya sudah diperbodohkan oleh Madey......

      Padam
    2. En. Tanpa Nama,

      Itulah kalau mengaku pejuang Islam tapi bangang!!!

      Encik rasa-rasalah Anwar tu bodoh ke memaafkan Mahathir untuk rakyat???

      Enciklah bangang, fiqg alawiyat dah lah tak tahu, rakyat dah kena zalim dengan kerajaan pun sokong Haji Hadi lagi???

      Tapi yang pasti Haji HAdi memang bodoh, buat baiah pun haram dan mungkar kahkahkah!!!

      Lepas tu cakap berzina dengan isteri!!!

      Apa punya bangang penyokong PAS???



      Padam
    3. Kahkahkah ambik kau brbakul2 kena bodohkan dgn nobody..aku dh warning jgn main sondol je nti terkena balak,kn dah kena hempap balak..dh tak paham konsep mngambil yg terpenting dari yg penting n juga mengambil antara dua mudharah tpi ehhh degil nk sondol juga.skali kena balak besar hempap terkulat2,lain kali gi minum susu omega + ketum hadi dulu ye wan rosli aka ir aka tanpa nama ye bru komen..kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...