Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, September 19, 2016

INSYA ALLAH PARTI ISLAM (AMANAH) AKAN MEMBAWA PERUBAHAN POLITIK BARU

SETAHUN AMANAH: Mohamad Sabu memotong kek diperhatikan pimpinan utama parti meraikan genap setahun Amanah ditubuhkan dalam satu majlis makan malam diadakan malam tadi.SETAHUN AMANAH: Mohamad Sabu memotong kek diperhatikan pimpinan utama parti meraikan genap setahun Amanah ditubuhkan dalam satu majlis makan malam diadakan malam tadi.


Setelah setahun Amanah ditubuhkan Presidennya Mohamad Sabu optimis parti itu akan membawa perubahan politik baru di Kelantan dan negara.

"Bila kita lihat perubahan dan sambutan semalam (di Kelantan), saya yakin perubahan politik besar-besaran akan berlaku di negara ini.

"Kehadiran Datuk Husam Musa dan mereka yang menyertai Amanah saya lihat perkembangan dan gelombang ini akan cepat merebak.

"Orang Kelantan otaknya elestik boleh mengecil dan membesar,sebab itu orang Kelantan mudah berubah.

"Masa tahun 1959 rakyat masih buta huruf Kelantan dimenangi Pas dan Perikatan hilang deposit dan Dun, lepas itu Pas kalah dan lepas tu BN kosong dan hari ini kerajaan Kelantan jatuh kerana 'membesarkan' nama Ahmad Yaakob,secara kebetulan saya tak tahulah...," ujarnya.

Beliau berkata demikian dihadapan 300 yang hadir dikalangan pemimpin utama parti, pemuda, wanita diperingkat negeri ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amanah sempena setahun parti itu ditubuhkan yang diadakan di Kelab Alumni Universiti Malaya malam tadi.

Kata Mohamad lagi yang mesra dipanggil Mat Sabu,  Amanah kini sudahpun memasuki kawasan pinggiran bandar antaranya beliau  menyebut di Kedah terutama di Baling, Pendang dan Sik.

"Alhamdulillah dengan yuran diturunkan RM2 ramai orang kampung sertai Amanah.

"Dari Baling, Pendang dan Sik. Di Sik ada 22 cawangan baru ditubuhkan dan lima daripadanya diketuai wanita," ujarnya yang mahu lebih banyak penyertaan golongan muda dan wanita dalam parti itu disetiap peringkat.

Dalam majlis sama Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir turut berkata, Amanah sedang mempergiatkan usaha ke arah memberikan penjelasan terutama kepada golongan wanita dan pemuda untuk menyertai parti itu.

"Kita perlu beri penerangan dan penjelasan kepada rakyat terutama golongan muda dan wanita. Amanah kenalah bekerja kuat.

"Dalam tempoh setahun ini kita menerima dokongan dan sokongan daripada rakyat cukup luar biasa.

"Di Dun Salor sahaja kita menerima 1,500 borang dikalangan bekas ahli Umno,bekas Adun, bekas Senator, bekas ulama, profesor, golongan wanita dan pemuda sempena setahun Amanah yang diraikan di Kelantan," ujarnya.

Anuar berkata Amanah berazam akan menjadi sebuah parti yang sesuai pada zaman ini yang akan mendapat sokongan diperingkat masyarakat keseluruhannya.

Malah beliau juga memberikan penghargaan terima kasih kepada pendokong-pendokong diluar parti antaranya di kalangan NGO.

"Saya ingin ambil kesempatan merakam penghargaan kepada mereka yang menyokong kelahiran parti ini antaranya Datuk Seri Wan Azizah, Lim Kit Siang, Gopalan, pemimpin NGO dan masyarakat yang telah memberikan sumbangan besar menyokong penubuhan parti ini," ujarnya.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dua Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan Liew Chin Tong; Peguam Datuk S. Ambiga, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Gabungan #TangkapMO1 Anis Shafiqah Md Yusuf.

Sebagai rekod Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebuah parti politik serpihan daripada Pas yang diasaskan oleh Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas yang meninggalkan parti itu bersama-sama beberapa bekas pimpinan Pas lainnya, selepas mereka diketepikan dari barisan kepimpinan dalam pemilihan parti itu di Muktamar Tahunan Pas 2015.

Parti ini mengambilalih Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.

Amanah ketika ini mempunyai enam Ahli Parlimen yang sebelum ini menang selepas bertanding atas tiket Pas dalam PRU ke13 lalu.

 Pandangan mengenai Setahun Amanah


(dari kiri)  Ambiga, Maria Chin, Wan Azizah dan Mohamad ketika duduk semeja dalam  Majlis Makan Malam  meraikan setahun penubuhan parti Amanah malam tadi(dari kiri) Ambiga, Maria Chin, Wan Azizah dan Mohamad ketika duduk semeja dalam Majlis Makan Malam meraikan setahun penubuhan parti Amanah malam tadi


Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, Amanah mempunyai harapan untuk bergerak ke hadapan sekiranya parti itu terus kukuh dan diperkuatkan.

" Dengan setahun amanah usianya ini adalah harapan untuk kehadapan mengukuhkaan dan memperkuatkan semua tindakan dan usaha untuk kukuhkan demokrasi di negara ini, melahirkan kepimpinan yang berkaliber, bertangungjawab dan  beramanah untuk masa depan negara." ujarnya.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok pula mengucapkan taniah kepada parti itu dan mahukan lebih banyak kesaksamaan gender dikalangan pemimpin di setiap peringkat.

"Bagi saya pemimpin Amanah sudah berjaya wujudkan perjuangan baharu dalam pentas politik. Cuma penyertaan gender kena seimbang agar parti ini dilihat lebih inklusif dan progresif sesuai dengan moto parti itu.

"Dalam tempoh setahun boleh bertahan menunjukkan Amanah ada tarikan terhadap masyarakat muslim dan Melayu tetapi kena lebih usaha diperlukan untuk tembusi kampung dan luar bandar saya percaya ini boleh dilakukan," ujarnya.

Manakala Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pula berkata, pengalaman parti itu dalam tiga kali hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini menjadikan parti itu matang walaupun ia baru ditubuhkan.

" Amanah masih lagi dalam proses pengembangan dalam usia setahunnya. Walaupun begitu mereka berjaya mengatur langkah untuk bersama hadapi PRK di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ia dilihat lebih matang berbanding ketika mula-mula Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan satu ketika dulu, mereka tiada pengalaman itu dalam tempoh setahun," ujarnya.

Aktivis Hishamuddin Rais pula berkata, kekuatan Amanah kerana mereka mempunya enam Ahli Parlimennya.

"Bolehlah dikatakan Amanah ini masih muda usianya tetapi mereka sudah ada enam orang Ahli Parlimen. Satu kelebihan untuk Amanah dalam suasana politik pada masa ini, memang penubuhannya sesuatu yang tepat.

"Bukan mudah untuk kita  dalam suasana agak istimewa Najib tidak lagi diterima rakyat tetapi masih kawal segalanya. Ini cabaran Amanah dan parti lain memang besar dan bukan mudah. Saya rasa akhirnya jika kita mahu bersama, perjuangan kita akan berjaya," ujarnya.

Bagi Mahasiswa Anis Shafiqah Md Yusuf berpandangan, Amanah perlu menarik lebih ramai ahli terutama di kalangan generasi muda dan tidak peduli dengan tohmahan pihak tertentu sebagai sebuah parti 'serpihan'.


"Taniah kepada seluruh ahli dan pimpinan Amanah. Saya percaya mereka boleh bertahan dan kekuatan  mereka untuk mendapatkan ahli baru tanpa pedulikan tohmahan bahawa mereka itu parti serpihan," ujarnya.

mdl
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

IKLAN BERBAYAR

 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT klik http://biz55.lot.my

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah dan Tahniah buat pasukan AMANAH.

    Jadikan Islam itu rahmat Allah utk sekalian makhluk dan alam.

    BalasPadam
  2. Insya Allah.....akan ada perubahan.....tiada lagi perkara yg betul....lebong adalah salah satu perubahan yang akan dibawa oleh KUALI......kahkahkah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap Amanah akan terus maju ke depan. Jgn jadi spt parti lebai lebong Pas menjual agama menipu Allah, rasul, umat Islam dan ahli2 parti yg tolol dulu, kini dan selamanya. Parti lebai lebong habuk pun tarak.kahkahkah

      Pas @ Pigs pemakan dedak haram yg istiqomah menjual agama dan memalukan Islam.

      Padam
    2. Yg lebong tu pigs.pigs dh mula jadi mcm umno.siap nk halang org tukar parti lak tu..huhuhu sapa yg lebong skrg walakontol.smpai aji sotong pun merapu nk mintak org mlutut kat oigs..huhuhu

      Padam
    3. Nak maju macamana kalau asyik lebong sana lebong sini.....kahkahkah

      Wan rohing tidak lebong Allah, Rasul.....wan rohing lebong puak-puak mung jah....kahkahkah

      Padam
    4. Kahkahkah....sama bodoh je pencacai KUALI dengan wan rohing....masuk KUALI ramai2 pakat lebong rakyat terutama rakyat salor yang terang-terang kena lebong....kahkahkah

      Padam
    5. Kebodohan pencacai pigs tiada taranya..ditipu lebai pembohong bersiri penjual agama yg ditolak majoriti org melayu di negeri sendiri.kahkahkah

      Padam
  3. Kesian tgk komen pig's.. Xda org bijak2 ke dlm pig's nih.kahkahkau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah....bijak macam wan rohing ker?......kahkahkah......kalau wan rohing tu dikatakan bijak alamatnya semua rakyat akan jadi kaki lebong....kahkahkah....boboiboy kuasa 5 telah kalah dengan husang kuasa 10.....kahkahkah....lawak ooooiiiii

      Padam
    2. Mana boleh lawan lebong lebai dan walaun pigs. Agama pun sanggup dijual utk cari makan.kahkahkah

      Pas @ Pigs pemakan dedak haram istiqomah menjual agama dan memalukan Islam dulu, kini dan selamanya...lawak oooiiii...

      KAH KAH KAH

      Padam
    3. Yg bijak2 tak nak join pigs pemakan dedak rompakan 90juta.harammmm..yg tinggal tahap walaun2 tolol pigs. kahkahkah

      Lawakkk oiii..

      Padam
    4. Wan rohing tu bijak la.....kahkahkah

      Padam
    5. Sekurangnya wan rohing xmakan dana haram 90juta spt olammak pas islam semayang tunggang tunggit serban 10 kilo tp melahap dana haram 90juta

      Padam
    6. Dalam dok temberang,pemimpin2 pas pelahap baham duit haram RM90 juta..walaun2 hanya
      Dpt sedut kentut2 hadi saja..itupun mereka kata wangi harum semerbak dan menyelerakan..maklumlah kentut ularmak.hahaha

      Padam
  4. Dah setahun rupanya..Alhamdlillah..hadi kata hayat amanah 3 bulan jer..

    BalasPadam
  5. Mana wanrosli ni.kecut telor smpi xberani komen sini.kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wanrosli xdak tulur...mana berani...tulur hadi pun dh kene pgg dek najib,inikan pula tulur Wanrosli....

      Padam
  6. Tidak timbul isu Amanah masih bertahan atau tidak..hakikatnya Amanah terus berkembang mekar dan cawangan2 baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..mereka sudah bersedia utk hadapi pru14 dan calon2 yg berkaliber dan mungkin jauh lebih baik dari pkr dan tentunya jauh lebih baik dari pas sendiri.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...