Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, usaha itu dilakukan bagi memastikan Kelantan tidak jatuh ke tangan Umno yang dakwanya lebih 'rakus' daripada Pas.

"Saya hendak minta izin rakyat Kelantan untuk Amanah mengambil alih pemerintahan Kelantan dalam PRU akan datang, kita tidak mahu Kelantan jatuh kepada Umno yang lebih rakus daripada Pas.

"Pas berada dalam keadaan goyang kaki, tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin kerajaan Kelantan tapi yang disiapkan ialah tugu banjir, kita tak marah kalau nak buat tugu tetapi siapkanlah rumah mangsa banjir dahulu... siap tugu dulu rumah tak siap macam mana," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Husam kini sarung 'jersi oren' secara rasmi]

Mengulas lanjut Husam berkata, untuk  memastikan Amanah berjaya menggantikan Pas di Kelantan pada PRU akan datang, Amanah perlu bekerja kuat daripada sekarang.

"Kita akan fokuskan 30 atau 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sementara sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pula Amanah perlu dapatkan 35 peratus, dan Insya-ALLAH lah," katanya.
Dun Kelantan kini terdiri daripada 45 kawasan iaitu diwakili oleh  Pas 31 kawasan, 12 BN, PKR 1 dan Bebas 1.

sh