Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Ogos 26, 2016

PANAS!! : HUJJAH MANTAP YB KHALID SAMAD [ RAKYAT WAJIB BACA ]


Khalid Samad

Kemunculan ‘Gagasan Sejahtera’ dan ‘Bersatu’


Banyak yang telah dan sedang berubah dalam suasana politik negara. Yang ada dahulu, pada PRU ke 13, sudah tiada dan yang tiada dahulu sudah ada. Startegi politik mesti berubah seiring dengan perubahan keadaan dan suasana. Keinginan untuk terus dengan sesuatu strategi dan pendekatan sedangkan suasana dan keadaan telah berubah merupakan punca kegagalan ramai pimpinan sepanjang sejarah manusia.

Dan inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh mana-mana pemimpin. Cabaran menangani dan mengurus perjuangan melalui strategi yang anjal dan realistik dalam suasana yang sentiasa berubah. Sememangnya ianya sukar dan sangat mencabar. Dan di situ diujinya kemampuan kepimpinan. Pemimpin mesti mempunyai ketajaman minda yang mampu memahami suasana dan persekitarannya. Mampu juga mengenali tindakan untuk mengatasi keadaan dan suasana yang sedang berubah dan berani pula mengambil risiko.

Namun risiko yang telah dipertimbangkan untung ruginya dan kemungkinan kejayaannya terlebih dahulu, bukan mengambil risiko secara rempuh membabi buta. Orang Inggeris sebut “calculated risk”.

PENUBUHAN ‘GAGASAN SEJAHTERA’ (GS)

Antara yang baharu adalah penubuhan Gagasan Sejahtera oleh PAS. Ianya merupakan gabungan dan kerjasama politik yang didominasi PAS. Ini sahaja corak gabungan dan kerjasama yang sanggup disertai PAS dewasa ini. Ia itu gabungan yang didominasinya. PAS sekarang tidak mampu bersama atas kedudukan sama-rata. Ia mesti dominan kerana dianggap dirinya ‘mewakili Islam’ dan mana mungkin Islam diletakkan dikedudukan yang sama.

Pendekatan ini merupakan pendekatan yang mengikut acuan BN di mana UMNO mendominasi BN. Maka sepertimana UMNO mendominasi gabungan dan kerjasama yang ditubuhnya, begitu juga PAS mesti mendominasi gabungan dan kerjasama yang ditubuhkan PAS. Isu dominasi ini penting dan merupakan kunci kepada memahami pemikiran PAS dewasa ini.

Melalui penubuhan GS secara sekali gus dizahirkan minda pimpinan PAS dewasa ini. Pendekatan baharu yang tidak selari dengan cara pemikiran Pakatan. Pakatan mementingkan ‘kata-sepakat’ atau ‘konsensus’, PAS mementingkan dominasi. Gabungan yang didominasi PAS mesti menjadi pengganti kepada gabungan yang didominasi UMNO. Yang penting Melayu Islam kekal dominan. Maka sekiranya tidak mampu BN diganti dengan gabungan yang didominasi PAS, maka mengekalkan BN yang didominasi UMNO adalah lebih baik. Walaupun sarat dengan rasuah dan penyelewengan. Yang penting Melayu Islam kekal dominan.

Melalui penubuhan ini juga dipertegaskan lagi keinginan PAS untuk memimpin dan mewujudkan Blok ke-tiganya. Ianya tindakan yang jelas menampakkan sikap ingin semakin menjauhkan diri dari Pakatan Harapan. Tidak boleh dita’wilkan atau ditafsirkan sebaliknya. Tidak boleh terus menipu diri bahawa PAS ingin bersama ‘pembangkang’. PAS bukan ‘pembangkang’. Walaupun disebut sebaliknya oleh beberapa pimpinannya. Hakikatnya, tindakan lebih boleh dipercayai dari kata-kata atau “action speaks louder than words”.

KEADILAN DAN BLOK KE-TIGA

PAS menjemput Keadilan bersamanya kerana diyakini Keadilan sanggup ‘didominasi’ PAS. PAS melihat bahawa walaupun berulang-kali dikhianati PAS, Keadilan tetap ingin bergantung pada PAS. Pimpinan PAS sentiasa mengingatkan Keadilan bahawa mereka kononnya tidak empunya jentera yang kuat, asas perjuangan yang jelas dan tiada sokongan yang padu. Keadilan, mengikut pandangan PAS, hidup atas ehsan PAS dan oleh itu diyakini akan menerima dominasi PAS. Keadilan bertanding di mana PAS benarkan dan tidak akan sanggup bertanding di mana PAS larang. Atas sebab itu maka baru-baru ini diumumkan bahawa PAS “membenarkan Keadilan bertanding di Kelantan”. Itu contoh sikap ‘dominasi’ PAS.

Saya yakin ini semua sekadar andaian PAS. Sebenarnya Keadilan, seperti Amanah dan DAP, tidak akan menerima ‘dominasi PAS’ atau mana-mana parti. Kami hanya menerima dominasi ‘ide dan prinsip’ bukan individu atau kelompok. Oleh itu kami tidak akan bersama Blok ketiga dan akan terus kukuhkan Pakatan Harapan.

Suasana di mana Blok ketiga sedang dimunculkan merupakan perubahan besar dalam suasana politik negara berbanding suasana sebelum PRU 13. Semasa sebelum sahaja PRU ke 13, Pakatan Rakyat bersatu. Keadaan satu lawan satu, pada ketika itu, merupakan satu strategi yang mungkin dilaksanakan secara umumnya. Tetapi sekarang suasana sudah berubah. Apabila suasana berubah maka apa yang mungkin juga turut berubah. Samada ianya baik atau sebaliknya, menguntungkan atau merugikan, itu soal lain. Perubahan ini bukan yang diusahakan pembangkang maka tidak perlu kita mengeluh atau menuding jari. Ianya telah berubah maka tanganinya, jangan menafikan perubahan tersebut.

PENUBUHAN PARTI BERSATU

Satu lagi perkembangan baharu dalam politik negara adalah penubuhan BERSATU. Ianya parti untuk golongan pri-bumi, khususnya bangsa Melayu. Ianya mampu mendatangkan saingan sengit kepada UMNO.

Ada yang mendakwa parti berasaskan kaum seperti BERSATU tidak wajar diterima sebagai rakan oleh PH. Ini adalah kerana ianya parti yang bersifat rasis atau perkauman kerana keahliannya hanya untuk kaum pri-bumi, seperti UMNO. Hakikatnya, menjadikan sesuatu pertubuhan atau organisasi ‘rasis’ atau perkauman bukan berdasarkan keahliannya semata-mata. Kalau begitu maka persatuan-persatuan perniagaan Cina seperti ‘Chinese Chambers of Commerce’ boleh dituduh rasis, sepertimana juga ‘Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall’ dan ‘Persatuan Pendidik Cina’.

Yang menjadikan sesuatu pertubuhan ‘rasis’ bukan keinginannya untuk menyatukan dan membantu kaumnya, tetapi kebencian yang ditanam terhadap kaum lain. Pertubuhan rasis, dalam usaha untuk menyatu dan membantu kaumnya, akan menabur dan menanam kebencian terhadap kaum lain.

Ianya masih tidak jelas lagi samada BERSATU akan menggunakan kaedah rasis sepertimana sering digunapakai UMNO dan badan-badan tajaannya, maka oleh itu tidak perlu ditolaknya secara mentah-mentah. Bersatunya sesuatu kaum tidak semestinya atas kebencian terhadap kaum lain. Sesuatu kaum dan bangsa tetap boleh dibangunkan atas sifat kemulian dan kecintaan terhadap keadilan untuk semua.

Oleh itu, biar kita lihat terlebih dahulu samada BERSATU ingin memusnahkan minda Melayu melalui propoganda ‘rasis’ seperti yang dibuat UMNO atau sebaliknya membangunkannya melalui menghayati nilai-nilai mulia sejagat yang diperjuangkan kita bersama. Keadaannya sebagai parti rasis atau sebaliknya masih belum jelas. Yang jelas, dari saat ianya disebut akan ditubuhkan, adalah keadaan kecelaruan yang telah ditimpanya terhadap pimpinan UMNO. Potensinya untuk memberi alternatif kepada bangsa Melayu yang masih berada dalam ‘perigi buta kebangsaan Melayu ciptaan UMNO’ adalah satu kelebihan yang tidak boleh dinafikan sesiapa. Semoga mereka akan membawa keluar bangsa Melayu UMNO dari perigi buta itu dan diperlihatkan kepada mereka kebesaran Allah yang mencipta manusia dalam berbagai kaum dan bangsa, bukan untuk dibenci, tetapi untuk dikenali dan berinteraksi.

KESIMPULAN

Cabaran kita bersama, khususnya pimpinan PH, adalah untuk memahami perubahan yang sedang berlaku dan merancang bagaimana mengurusnya ke arah mencapai kemenangan dalam PRU ke 14. Yang menguntungkan perlu dimanfaatkan sambil yang merugikan perlu ditangani secara berkesan untuk meminimakan impak negatifnya. Tiada makna kita terus berpegang kepada satu ilusi bahawa keadaan adalah seperti sebelum PRU ke 13 dan kita terus sahaja sepertimana semasa itu sedangkan suasana sudah jauh berubah.

Artikel ini telah diterbitkan dalam Akhbar Amanah Edisi 13.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA. 

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT 

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM 

1 LOT AKAN DAPAT RM400 

2 LOT AKAN DAPAT RM800 

10 LOT AKAN DAPAT RM4000 

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000 

DAN SETERUSNYA.. 

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT BOLEH LAYARI http://biz55.lot.my

24 ulasan:

  1. PKR Selangor pun dah tak nak pd PAN.. Jangan buat tak tahu pulak KS!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xmalu ka pigs join pkr selangor?sbl raya si harun jin kata nk umum penarikan pas dr krjn selangor, tp smpi sekarang senyap lgi...uturn ka..mana telorrr walaun pigs.kikikki

      Padam
  2. Hujjah mantap Khalid Samad seperti dibawah...

    " Apa kata YB tentang lompat parti "

    " Kalau dia lompat parti tak bawak lari kerusi itu hak dia...tapi kalau dia lompat parti dan bawak lari sekali dengan kerusi parti itu PENGKHIANAT ".......

    " Siapa mereka tu YB? "

    " Mereka tu ialah saya dan kawan-kawan saya"

    " Tertubuhnya PAN adalah atas dasar dan pemikiran PENGKHIANAT, kami semua suka PENGKHIANAT "

    Kahkahkahkah.....kaki lebong, pencacai pandap memang selalu kena lebong, padan muka...kahkahkah.....mantaplah sangat konon.....MUNAFIKUN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ckp pjg pongpang. Dey fitnah matsabu tolak hudud tu mana video nya dey????

      Padam
    2. Hujjah mantap la sangat konon?....kahkahkah.

      Padam
    3. Hujah dari pigs kan mmg gitu..main sondol je.dah nma pun pigs..dok kata amanah pan je..last2 pas jdi pigs..huhuhu pigs tu apa?babi kn?kahkahkah..babi prangai mcm ne?..huhuhu

      Padam
  3. Pigs xperlu risau lagi kerana munafikun umno akan menawarkan 90juta utk hujah bodoh pigs...semoga pigs xterasa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah.....hujjah mantap korang sama je dengan kolik samak....kahkahkah....mana hujjah korang dey tambi.....

      Padam
    2. Ye la dari hujah pigs yg nyondol tak tentu hala lagi teruk n busuk.sjak jdi pigs ni nyondol je la kahkahkah..

      Padam
    3. Ini je hujjah mantap korang....kahkahkah....sondol menyondol.....apa hujjah korang pasal kolik samak punya lidah yang bercabang......pedulikan saja?.....kahkahkahkah....itu je la korang ada....kahkahkah

      Padam
    4. Puak khodam mana ada hujah malah nak menafikan pun takut sbg contoh spt kes di bawah:

      PERBEZAAN ANTARA :

      A. KERJASAMA PAS DENGAN UMNO
      dan
      B. PERSEKONGKOLAN PAN DENGAN DAP

      HASIL-HASILNYA IALAH :

      A. i. RUU 355 dan
      ii. EPF PELABURAN SYARIAH

      B. i. PERTAHAN KEWAJARAN OCTOBERFEST KERANA TONGGANG ARAK SECARA TERANGAN OLEH HANYA BUKAN ISLAM. BERMAKSUD JIKA DIANJURKAN ZINA SECARA TERANGAN JUGA WAJAR JIKA OLEH HANYA BUKAN ISLAM??,
      ii. PEMBELAAN HAK GOLONGAN LGBT TERMASUK HAK "SI SUAMI" dan "SI ISTERI" JIKA PERKAHWINAN SEJENIS BERLAKU?? dan
      iii. SARANAN MANSUHKAN STATUS AGAMA DALAM MYKAD DI MANA SETAKAT INI PAN MASIH BERDIAM DIRI TANDA SETUJU??

      Wassalam..


      Padam
    5. Dh mmg prangai babi kn sondol je.mcm tu lah kau wan rosli sesumpah..jap jadi sndiri jap jadi lain..lidah aji,tontowi lagi berbelit ngalahkn ular,yg beduh lah dh mcm org bodoh.ahli bawahan mcm kau sondol je..dh mmg kena pun dgn nama pigs..fitnah org boleh lah ye..video mat sabu tolak hudud tak brani nk tunjuk.ckap je brapi,kita kah,kah,dia pun sibuk nk ikut kah,kah..tak ke mcm babi nk nyondol org je..cian pigs dpat ank2 pigs mcm wan rosli pigs..oooppp sesumpah..

      Padam
    6. Setuju2.wanrosli mmg pigs munafikun kapir harbi

      Padam
  4. Balasan
    1. Ni seko lg malaun pigs. Kahkahkah

      Padam
  5. Bila nk samam sr ni pigs oi.wat malu islam je cakap berdegar2. Dgn kapir harbi pun takut nk saman ke.kata perjuang islam. Tp saman pun takut.pejuang dedak je ni.kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah tiada hujah balas mulalah melalut .. Sia- sia je org bagi dedak tapi hujah mcm budak tak lepas tadika!

      Padam
    2. Sapa yg melalut?klau kau tu ye la,video tak bagi ckap dh bagi mintak tunjuk link kat sini pun tak brani.pigi daahh..kau yg mkan dedak pigs byk sgt n merapu tak sedar..mcm tu la pigs wan rosli.dh bodoh,bangang lak,pastu jdi baghal jadi pasik last2 jadi pigs..kahkahkah

      Padam
    3. PAS tak perlu lagi melayan karenah musuh islam.. ini kerana mereka hanya cakap berdegar2 tapi bila buat demo tak de sambutan.. rupa2nya betul org kata bhw PAN ni cakap macam bom nak meletop tapi sebenarnya hanya mercun shj yg mampu meletop!!

      Padam
    4. Hek eleh wanrosli pigs.meletop konon.bila tanya bab video matsabu tu terus wanrosli menggelupur kepananasan.kahkahkah

      Padam
    5. Jgn kata dah kasi video plak ya wanrosli walaun pigs.dah bpuluh kali aku terangkan kalau masih bebal jgk ttg video bangang yg ko kasi tu baik ko jadi pigs je lah.kahkahkahkahkah

      Padam
  6. Mengaku pun aku dah bagi, tapi nak wat camana dah tak boleh terima kenyataan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi tapi takda knyataan mat sabu tolak hudud kat situ..apa bangang sgt.mmg bagi tpi org lain brucap..bodoh btul kau ni!!!

      Padam
    2. Wanrosli lari tajuk letew.kahkahkah.tektik bodoh budak tadika blhla wanrosli.kahkahkah.mmg otak pigs tahap tadika je bebal.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...