Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Julai 19, 2016

PANAS!! : KENYATAAN TERKINI YB KHALID SAMAD ISU GENCATAN SENJATA

khalid-samad_pakatan_pas_600


dana-100-allSebelum sempat dipertimbangkan secara serius dan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ‘tawaran Gencatan Senjata’ dari Timbalan Presiden PAS kelihatan sudah seolah-olah ditarik balik. Ianya perkembangan yang mengecewakan. Usaha menyatukan parti pembangkang dalam satu jenis kerjasama telah pada asalnya dimulakan oleh PAS sejak dahulu lagi. Antara yang paling mutakhir adalah dengan Semangat 46 pada 1990 dan Keadilan pada 1999. Pada ketika itu, PAS menganggap menjatuhkan BN dalam PRU merupakan usaha murni dan wajib demi masa depan negara.

Malangnya dewasa ini suara Timbalan Presiden sendiri disanggah dengan begitu sahaja oleh pimpinan PAS yang lain. Setakat ini yang menyatakan sokongan terbuka terhadap cadangan TITM hanya YB Iskandar, Pesuruh Jaya PAS Selangor. Ini semua adalah petanda kepada wujudnya pemikiran baharu di dalam PAS.

PEMIKIRAN BAHARU PAS

Pemikiran baharu PAS meletakkan DAP sebagai musuh utama masyarakat Melayu dan ummat Isam. Ianya pemikiran yang sealiran dengan propoganda BTN yang ditaja UMNO selama ini. Bagi PAS dewasa ini UMNO sebagai pemerintah tidak lagi digeruni dan tiada keperluan untuk ditukar. Ianya kepimpinan Melayu Islam yang boleh berkerjasama dengan PAS.

Oleh itu, bersatu dengan parti-parti pembangkang lain, termasuk DAP tidak lagi konsisten dengan pemikiran baharu ini. Apatah lagi apabila bersama DAP adalah Amanah, nemesis PAS yang baharu. Kerjasama ini tidak mampu dikuasai PAS dan tidak dilihat didominasi samada oleh PKR atau Amanah. Ia kononnya didominasi DAP. Atau paling kurang itulah yang didakwa oleh BN dan diyakini PAS.

TITM DAN PEMIKIRAN BAHARU PAS

Saya melihat TITM dan YB Iskandar serta beberapa pimpinan PAS lain, khususnya di Selangor, berada di dalam keadaan serba salah. Mereka tidak sealiran dengan pemikiran baharu ini dan oleh itu berusaha untuk membawa kembali pemikiran dan pendekatan lama. Mereka cuba suarakan pandangan bahawa UMNO/BN musuh utama yang merosakkan ummat Islam, bangsa Melayu dan merosakkan Negara. Oleh itu diperlukan ‘gencatan senjata’ dan berkerjasama demi menjatuhkan UMNO/BN menerut mereka.

Namun suara-suara mereka kedengaran semakin sumbang setiap hari apabila ianya diutarakan atas wadah PAS. Saya yakin mereka sendiri semakin sedar akan keadaan ini. Saya rasa sudah tiba masanya untuk pimpinan PAS yang melihat UMNO/BN sebagai musuh politik utama ummat Islam dan rakyat jelata untuk mengakui bahawa keadaan PAS tidak lagi seperti dahulu. Telah tiba masanya mereka mengakui bahawa mesej Islam sepertimana yang mereka bawa selama ini dan sepertimana yang ingin mereka terus bawa, iaitu Islam sebagai perjuangan menegakkan keadilan, menentang kezaliman, bebas dari perkauman dan sebagainya, tidak lagi mampu dibawa PAS.

PAS sekarang menganggap menang bersama Pakatan tidak bermakna kerana tidak dapat ‘dilaksanakan hudud’! Kalau tidak boleh laksanakan hudud maka ianya ‘bukan kemenangan Islam’ bagi mereka ini. Kemenangan di Selangor sendiri tidak lagi dihargai mereka kerana tidak dapat laksana hudud maka tiada nilai tambah kepada perjuangan Islam mengikut pandangan mereka lagi. Sambil dengan UMNO/BN ada harapan akan terbuka jalan kepada perlaksanaan hudud kerana UMNO itu Melayu Islam. Begitulah sempitnya pemikiran PAS terhadap apa itu perjuangan Islam dewasa ini.

SERUAN KEPADA TITM DAN SAHABAT SEPENDIRIAN DENGANNYA

TITM dan mereka yang melihat kepada perlunya UMNO/BN dikalahkan mempunyai sikap yang berbeza dari pimpinan PAS sekarang.

Saya menyeru TITM dan kumpulan ini untuk mengakui, sepertimana telah kami dari Amanah sedar dan mengakui terlebih dahulu, bahawa tanggung-jawab terhadap risalah Islam dan perjuangannya mengatasi tanggung-jawab terhadap mana-mana jemaah atau ‘parti Islam’. Sekiranya PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai ‘rahmatal-lil-’aalamin’ maka sudah tiba masanya untuk TITM dan sahabat beliau, termasuk YB Iskandar, meninggalkan PAS. Pilihlah dari parti-parti yang ada di dalam Pakatan Harapan sebagai wadah baharu tuan-tuan untuk meneruskan perjuangan tuan-tuan selama ini. Yang penting adalah risalah dan perjuangan, bukan jemaah.

Tidak semestinya TITM dan rakan-rakan bersama Amanah. Jika difikirkan bahawa Amanah tidak sesuai dan mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu, itu terpulang kepada pernilaian mereka. Kami tidak pernah mendakwa hanya Amanah yang mampu membawa perjuangan Islam atau hanya kami sahaja Islam. Tetapi kami hanya mampu berusaha untuk mengikut dasar Islam dengan setepat mungkin. Dan yang lebih penting, itu jugalah yang perlu tuan-tuan usahakan sedangkan PAS tidak lagi ingin membawanya sepertimana dahulu.

PKR juga mempunyai cendiakawan dan ilmuan Islam bersamanya. Ust Dr Mohd Noor Manuty dan juga Ust Dr Sidek Fadhil bukan calang-calang orang. DSAI sendiri seorang pimpinan gerakan Islam yang dikenali Qaradhawi dan Almarhum Az-Zuhaili. Penyertaan TITM bersama mereka pasti juga menyumbang kepada kekuatan dan pengaruh mereka.

DAP sendiri menunjukkan keterbukaannya terhadapa kefahaman Islam yang lebih mantap. Mereka berusaha ke Tunisia bertemu Ghanousi dan ulama-ulama lain di Timur Tengah. Mereka turut disertai cendiakawan Islam seperti Aziz Bari dan lain-lain.

IMPLIKASI TERUS BERSAMA PAS

TITM dan rakan-rakan perlu faham implikasi terus bersama PAS. Ianya satu tindakan yang akan memberikan harapan kepada sesuatu yang tidak lagi mempunyai harapan. Ianya tindakan hasil ‘denial syndrome’ yang ada ‘maalat afaalnya’ atau kesan dan implikasi dari tindakan tersebut. PAS sudah berubah, semakin mesra dengan UMNO/BN dan semakin ingin mempertahankan pemerintahannya. Hasil dari itu, kebersamaan TITM dan rakan-rakan dengan PAS akan menyebabkan sebahagian ahli dan penyokong PAS yang sudah sedar akan perubahan ini terus kekal bersama PAS. Sedangkan pandangan TITM dan rakan-rakan tidak lagi mewakili pendirian PAS. Implikasinya UMNO/BN mungkin menang besar dalam PRU akan datang kerana PAS akan bertanding 3 penjuru di semua kerusi demi memenangkan UMNO/BN.

Saya melihat tawaran gencatan senjata TITM sebagai satu tawaran yang ikhlas. Ianya bukan kenyataan bersifat politik untuk menggambarkan PAS terbuka. Ianya bukan ‘political posturing’ dengan tujuan mendapatkan sokongan terhadap PAS. Ianya tawaran ikhlas demi menjatuhkan UMNO/BN, demi membebaskan negara dan ummat Islam dan bangsa Melayu dari terus dikongkong dan dirosakkan. Malangnya PAS tidak lagi berminat untuk menjatuhkan UMNO/BN.

KESIMPULAN

Suara menyeru kepada kesatuan pembangkang tidak lagi disambut baik oleh PAS. Dahulu PAS pencetus kesatuan dan persefahaman antara pembangkang demi menghadapi UMNO/BN. Itu dulu, tetapi dulu lain sekarang lain.

TITM dan sahabat lain tahu bahawa Allah menguji manusia dengan berbagai ujian. Tidak perlu saya ceritakan padanya dengan lebih lanjut. Kadang kala manusia diuji dengan kemenangan dan kesenangan. Kadang kala kita diuji pula dengan kesusahan dan kekalahan. Ada juga kalanya kita diuji dengan perkara yang paling dikasihi, yang telah dibina dan dicorak selama berpuluh tahun, tetapi akhirnya yang dikasihi itu tetap terpaksa ditinggalkan. Kerana ia telah berubah dan tidak lagi menjadi medan di mana keredhaan Allah boleh lagi diusahakan.

Gencatan senjata yang dihajatkan mungkin tidak tercapai kerana senjata yang diasah sejak sekian lama untuk menjatuhkan UMNO/BN demi membebaskan rakyat dari belenggu perkauman, rasuah dan kezaliman serta kefahaman Islam yang songsang sekarang sudah berada di bawah penguasaan lawan. Oleh itu, campakkan sahaja senjata tersebut walaupun ianya paling serasi dengan genggaman kita satu ketika dahulu. Imbangannya, beratnya, tajamnya, kilauan besinya dan cantik hulunya semua seperti yang diinginkan. Namun harus dicampakkannya dan hadapilah kenyatan ini.

Genggamlah pula senjata baharu dengan genggaman yang lebih kuat. Asahkannya sepertimana diasahnya senjata lama dan teruskan perjuangan menentang pemerintah yang zalim. Percayalah, yang penting perjuangannya dan bukan senjatanya. Jangan sekali-kali tersimpang dan jangan sekali-kali kita tertipu.

Rakyat mengharapkan pembebasan. Rakyat berhak dibebaskan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


IKLAN BERBAYAR

Formula Mudah untuk Menjadi Jutawan Online.

ANDA ADA RM55.00...

ANGGAP JE LA RM55.00 NI PERGI BAWA ANAK-ANAK MAKAN KFC...KALAU SATU KELUARGA.. BAHKAN LEBIH DARI RM55.OO...

MARI KITA KIRA..

JIKA ANDA BELI 1LOT PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN

HANYA RM55.00 SEKALI SEUMUR HIDUP...

ANDA AKAN DIBAYAR BONUS RM400.00 PENDAPATAN PASIF.

DENGAN RM400 ITU ANDA ULANGI LAGI BELI LOT DENGAN KAMI...
DENGAN RM400 INI ANDA DAPAT BELI LAGI 7 LOT.
DAN DENGAN 7 LOT INI ANDA AKAN DI BAYAR BONUS PASIF SEBANYAK RM2800.00...

DENGAN RM2800 ANDA BELI LAGI 50 LOT...
DENGAN 50 LOT ANDA DAPAT RM20,000.00

DENGAN RM20,000 ANDA BOLEH BELI LAGI 363 LOT...
DENGAN 363 LOT ANDA DAPAT BONUS RM145,200.00

DENGAN RM145,200 ANDA BOLEH BELI LAGI 2640 LOT..
DENGAN 2640 LOT ANDA DAPAT BONUS

RM1,056,000.00
TENGOK!!!!

KINI ANDA SUDAH BERGELAR JUTAWAN...BIZ-55...ONLINE....

MAKLUMAT DAN DAFTAR VIP DENGAN KAMI

: http://biz55.lot.my

29 ulasan:

  1. TITM sarankan Khalid Samak lebih baik diam dan bubarkan saja PAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Titm tu kena samak dulu sbb xwalak ngan hadi.nt masuk neraka tau.kakakaka

      Padam
    2. PAS berprinsip dan mempunyai ukhwah yang hebat bukan macam PH hanya mempunyai perompak dan penyamun.

      Padam
    3. Setahu aku perompak balak kelantan tu olammak pas.membalak bersama olammak

      Padam
  2. Puak-puak PAN ni lah punca segala kekecohan dan huru-hara didalam pakatan pembangkang.

    DAP tersilap percaturan kerana mengangap PAN adalah sebuah parti yang boleh menarik sokongan melayu.

    Selepas prn dan prk baru-baru ini DAP mulai sedar PAN adalah liability kepada pakatan pembangkang dan DAP terpaksa menghabiskan banyak wang untuk menjaga puak-puak PAN, umpama memikul biawak hidup tiada keuntungan.

    Eloklah saranan TITM supaya PAN dibubarkan supaya segala kekecohan dan huru-hara pakatan pembangkang dapat diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas yg elok bubar xda pendirian uturn kluk klek dan penasihat umno

      Padam
    2. Eloklah saranan TITM, PAN umpama biawak hidup.

      Padam
    3. Biawak idup lg mulia drp jadi barua umno

      Padam
  3. Boleh ke nak bubarkan Dewan Himpunan Penyokong DAP @ DHPD ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, asal saja ianya dipersetujui oleh TGLKS dan TGLGE....

      Padam
    2. Bubar saja pas masuk umno kan senang..

      Padam
    3. Kita dah biasa difitnah dengan UG, tak perlu korang nak ajar kami sebab pemiikiran kami lebih baik dari korang.

      Padam
    4. Mmgla pas biasa menfitnah,merompak mencaci maki.mmg perangai pas mcmtu kan walaon kan...

      Padam
  4. APA PUN KITA SEMUA NAMPAK ..... TOKOH TOKOH PIMPINAN PAS NEW GEN SENYAP DAN MENYEPI... TOKOH PIMPINAN VETERAN KENA BAGI RUANG KEPADA NEWGEN BERKATA KATA
    ISLAM TIDAK MELARANG PERBETULKAN YANG TIDAK BETUL... JIKA TIDAK KELEMAHAN PAS
    BERTERUSAN....TERUTAMA SAYAP KANAN PARTI TAMPIL KEDEPAN.

    BalasPadam
  5. Malam ni DAP dan PKR akan bertegang urat leher.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap bro....yang bertegang urat leher bukan DAP - PKR. Pas team Haji Hadi bertegang leher dengan team ADUn PAS selangor yang menyokong gencatan senjata saranan Tuan Ibrahim. Maka berpecah dualah PAS...lagi cepat berkubur lagi bagus PAS ni. Dah tak lama AMANAH bakal ambil alih Selangor. Selamat bergaduh biar terbarai kepimpinan PAS yang khianati Pakatan Rakyat.

      Padam
    2. PAS berprinsip bukan macam PH, TITM hanya melontarkan buah fikiran, bukan nak menyertai PH yang kelam kabut. PAN kenalah buat-buat baik kat pkr agar dapat kerusi nanti dengan dap rasanya payah sikit.

      Padam
    3. Taik kucingla walaon.yg pas selangor sokong cadangan titm apasal?xwalak pada hadi ke?xrasa bdosa ke pas join pkr kat selangor??

      Padam
    4. Sokong cadangan bukan bermakna nak masuk kedalam bahtera yang kelam kabut yang penuh dengan manusia bermasalah sokong supaya PAN dibubarkan. Itu saja.

      Padam
    5. Umpama biawak idup tp hairan nape pas takut sgt dgn pan.kahkahkah

      Padam
  6. Laaa.kemain kecoh lagi.wanrosli tabur fitnah.aku mintak video matsabu tolak hudud smpi skrg xdak lg...kasi la cepat...jgn kasi alasan bodoh lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn risau.msti wanroli pis kasi alasan bodoh lg.kahkahkah

      Padam
  7. Korang menuduh PAS nak UG dengan umno sampai sekarang pun tuduhan korang masih lagi berstatus FITNAH.....makanan korang adalah FITNAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum pusing2 benda lain.tunjuk dulu mana video matsabu tolak hudud???

      Padam
    2. Spt biasa bila tanya mana video matsabu tolak hudud,wanrosli / parawalaun akan senyap atau kasi alasan bodoh.kahkahkah

      Padam
    3. Sudah2 la tu kasi alasan bodoh nk kalih isu.sorryla xlaku alasan sebodoh itu.aku Minta video bukti matsabu tolak hudud.hukan alasan.skrg tjuk segera mana video nya??!!

      Padam
  8. Setelah x berjaya jatuhkan TGHA yg dikasihi, jom kita bersolidariti bersama para perasuah!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum fitnah benda lain,tunjuk dulu mana video matsabu tolak hudud..jgn kasi alasan bodoh lagi ya..lepas ni xyah tulis apa,terus tunjuk link video tu.aku nk tgk,lama benar tgu ni xda pun bukti.xkan pas xda telor kot..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...