Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Jun 03, 2016

PANAS!! : YB KHALID SAMAD AKAN SAMAN SEMUA YANG MEMBUAT FITNAH KEPADANYA.

Surat Tuntutan Berita Harian (Letter of Demand) 

Saya telah mengarahkan peguam saya untuk menghantar surat ‘Letter of Demand’ atau Surat Tuntutan kepada pihak Berita Harian (BH) berkaitan laporan muka hadapan BH pada 27 Mei 2016 yang lepas. Laporan itu menyatakan bahawa saya telah membantah pembentangan Usul Persendirian YB Marang berhubung RUU Mahkamah Syariah sedangkan ianya jelas bahawa saya telah tidak membantahnya dan pendirian saya berbeza sama sekali dengan DAP tentang perkara ini.

Perlu disebut bahawa ini berhubung kredibiliti dan nama baik saya. Ada niat jahat untuk menggambarkan saya ini sebagai ‘khadam’ pada DAP yang sekadar mengikut sahaja kehendak DAP.

Sedangkan pendirian saya pada ketika itu berbeza dari ahli Parlimen DAP. Mereka tidak setuju usul tersebut dibahaskan di atas sebab prosedur dan peraturan. Saya setuju ianya dibahaskan kerana mengikut fahaman saya ianya tidak bercanggah dengan prosedur mahu pun peraturan. Malah saya tekankan bahawa saya setuju ianya dibahaskan. Persoalan samada setuju atau tidak dengan usul itu sendiri belum timbul kerana ianya belum lagi dibahas. Apa sebenar kehendak di sebalik usul persendirian tersebut belum lagi dinyatakan oleh pembawa usul kerana ianya tidak dibentangkan untuk perbahasan. Sepertimana yang semua sedia maklum, ianya sekadar dibaca.

MENGAPA SAYA BANGUN BERTANYA?

Ada yang bertanya, mengapa saya bangun bertanya? Saya bangun bertanya kerana ingin memberi peluang kepada kerajaan untuk meyakinkan kami sebagai ahli Parlimen dan rakyat jelata bahawa usul persendirian tersebut telah diutamakan untuk dibahas bukan atas sebab perkiraan politik, tiada udang disebalik batu atau agenda tersembunyi. Sebaliknya kerajaan memberinya keutamaan kerana ianya penting dan segala urusan untuk merealisasikan apa yang terkandung di dalam usul berkenaan perlu dimulakan esok! Barulah logik bahawa ianya didahulukan dari segala hal.

Sepatutnya soalan saya itu dijawab dengan tenang dan jelas oleh pihak Kerajaan. Antara jawapan yang boleh diberikan, sebagai contoh, adalah “ianya perkara penting dan perlu didahulukan kerana perlaksanaan terhadap usul YB Marang mampu mencegah maksiat di kalangan ummat Islam. Ianya selari dengan kesimpulan kajian yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri ‘Pasir Sebutir’ yang merumuskan bahawa sekiranya ianya dilakukan maka kadar kesalahan boleh dikurangkan sebanyak separuh”.

Atau, boleh juga dijawab, “sempena menjelangnya bulan Ramadhan maka dianggap amat sesuai usul sebegini didahulukan. Ianya sesuatu yang penting demi menjaga aqeedah dan akhlak ummat Islam.” Atau sebagainya. Takkanlah perkara seperti ini pun perlu saya ajarkan kepada pihak Kerajaan?

Tetapi mungkin ada baik juga soalan saya itu tidak dijawab. Kerana sekarang, bagaimana lagi boleh dipertahankan ianya penting untuk didahulukan apabila perbahasannya sendiri ditangguhkan? Sekiranya ianya penting, yang amat wajib sehingga ianya perlu didahulukan, maka mengapa perbahasannya telah ditangguhkan? Sekiranya ianya boleh ditangguhkan, maka mengapa ianya didahulukan! Tidak hairan, atas sebab ini, ianya dilihat sebagai hanya mainan politik atas sebab pilihan raya kecil SB dan KK. Atau mungkinkah bagi mereka ini urusan Parlimen bukanlah sesuatu yang penting dan boleh ditukar sesuka hati?

Maka siapakah akan bertanggung-jawab atas persepsi terhasil bahawa agama Islam ini khususnya syariatnya, hanya bahan mainan dan alat untuk kepentingan politik orang-orang tertentu, termasuk golongan agamawan?

TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Sifat Sidiq sifat Nabi. Makna antara maksudnya ialah bercakap benar. Tidak menipu. Bagaimana sambil menggelar diri sebagai parti politik yang perjuangkan Islam, pimpinan mereka menipu?

Saya memberi notis melalui posting ini, bahawa saya akan menyaman semua yang menuduh saya membantah pembentangan usul persendirian YB Marang. Samada melalui facebook atau kenyataan media mereka, semuanya akan diambil kira. Kecuali mereka yang pernah saya anggap sebagai guru saya dan telah menyumbang terhadap kefahaman saya mengenai Islam, mereka ini saya lepaskan. Buat kali ini sahaja. Oleh itu saya nasihatkan mereka yang terlibat, sila padamkan posting mereka di facebook dan tarik balik kenyataan yang mereka berikan kepada pihak media sebelum operasi ini dimulakan.

KESIMPULAN

Tindakan menyaman tidak merupakan sesuatu yang saya suka lakukan. Namun dalam kes ini, saya rasa ianya keterlaluan. Saya melakukan ini atas niat ingin menyelamatkan mereka dari dosa memfitnah saya dan sebagai pengajaran bagi yang masih belum mula terlibat dalam budaya keji ini. Allah telah berfirman, “fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

20 ulasan:

  1. Saman la jgn tak saman, golongan manusia lidah bercabang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lidah hadi lg bercabang menipu huDud

      Padam
  2. Khadam DAP....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okla khadam dap drp pas jd khadam mca mic gerakan dan tuan besar umno.kahkahah

      Padam
  3. saya bersetuju dng yb kita kena sokong usul yg baik dan yg memberi kebaikan kepada umat islam dengan kenyataan yb ini jelas bahawa yb akan sokong pindaan tersebut berdasarkan yb adalah seorang islam moga yb bersama teman2 islam yg lain dalam pan dapat memberi sokongan kepada usul tersebut perdulikan perkiraan prk yg penting usul tersebut dapat diluluskan.moga allah swt memberi hidayah pada yb dan kuarga.amiiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis tu kenapa bising semasa usul nak dibentang?

      Padam
    2. Usul apa yg dbentangkan tu.usul akta ya.kuikuikui.sudahla pas menipu rakyat

      Padam
    3. Abis2 cerdik akhirnya terperangkap...dah saman klu x sokong xke bangang nnt nampak...tp.xpe...pandir pandai spin...spin la selagi mampu

      Padam
    4. Xpe nnt pakar ulamak pkr aka wanji akan kuar fatwa xpe saman tapi lps.tu tolak ruu

      Padam
    5. Spin apa nya walaunta.muktamar dh jelaskan akta tu xda kaitan hudud pun.akta biasa je.hapa ke bengap btl walaunta ni.kahah

      Padam
  4. wanrosli kata ahli pas sejuta lebih lepas pemutihan.arini muktamar pemimpin pas kata ahli pas tgal 8ratusribu lepas pemutihan.kahkahkah.wanrosli kantoi menipu lg.dahla fitnah matsabu tolak hudud pn xsetel lg,ni lg satu kantoi tipu lg.apa nk jd pas ni jd parti penipu.kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walakontol aje yg pcaye pas.perwakilan johor kata 80% ahli pas johor masuk amanah.apa lg mau temberang wanrosli.kuikui

      Padam
    2. Nasib baik database kantoi...klu x skrg ni mau pan ada 2.2juta ahli...kt kk jer mau 500k...kacau chegubard ni...potong stim

      Padam
    3. 8:31 kantoi malu.kahahkah.mana yg kata sejuta ahli pas tu.harakah 60000 keluaran pun xlaku.kahahkah

      Padam
  5. Seronokla dpt tgk mat sabun main gitar dgn dap...dah tgk? Caya la...ni baru islam demokratik ala liberal...ramos pun hensem nampak..mah mah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi syok badut2 keris kat muktamar pas.kahkahkah.ada sekor badut tu pakai 2 keris.ketua badut potong kek pun guna keris.kahkahkah

      Padam
    2. Muktamar kali nu bertajuk pendekar kontol.kahkahkah

      Padam
  6. Mana lah video matsabu tolak hudud ni.dah beratus kali minta xdpt2 .xkan nk tgu sejuta kli kot nt sama ngan bilangan ahli pas.ops.ahli pas xla sejuta spt yg wanrosli tipu tu.kahkahkahkahahkahkahkahkah

    BalasPadam
  7. Mana walaun pas ni.aku rasa depa ramai2 g beli keris selepas muktamar keris.kahkahkah

    BalasPadam
  8. Keris hadi panjang coz banyak telan pil kuda...serupa mcm umno pas skrng..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...