Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Jun 18, 2016

MESEJ JELAS!! : YB KHALID SAMAD KEPADA RAKYAT.


Sekiranya Berlaku 3 Penjuru
Berikut merupakan suntingan dari artikel saya yang bertajuk: Jawapan Kepada Soalan Yang Ditanya Berhubung Harapan Baru yang telah diterbitkan pada 30 Julai 2015.

Sekiranya berlaku 3 penjuru, maka rakyat kena bijak apabila memilih antara calon parti yang ingin menang dan membentuk kerajaan menggantikan BN dan calon yang bertanding “hanya demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa”. Maka yang bertanding demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa; insyaAllah tercapai matlamat mereka dengan hanya sekadar bertanding. Oleh itu, tidak perlu undi mereka dan undi pihak yang ingin menang dan menggantikan kerajaan BN. Maka dengan itu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan HB (AMANAH) mencapai matlamat mereka masing-masing. Satu sekadar ingin bertanding demi keredhaan Allah dan satu lagi pihak bertanding untuk menang demi keredhaan Allah.

Siapa akan menang? Bergantung pada kefahman rakyat dan betapa kuatnya keinginan rakyat untuk menggantikan BN. Kalau keinginannya kuat, mengatasi segala yang lain, maka PR 2.0 (Pakatan Harapan) akan dimenangkan. Lebih-lebih lagi apabila disedari bahawa jika dimenangkan PAS sekalipun, terdapat kemungkinan PAS akan bersama BN untuk tubuh kerajaan seperti pernah dicadangkan pada 2008 dan semasa krisis MB Selangor.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!!

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!


Cara gandakan simpanan wang

8 ulasan:

  1. Pas dah kata masuk prk bkn utk menang. Full stop...xda guna pangkah pas buang masa ja..baik pangkah Amanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pangkah PAN mcm pangkah DAP!.. ngerinya!...

      Padam
    2. Yeke.mane video matsabu tolak hudud??? Lama tgu ni.kahkahkah

      Padam
    3. PAN = Kayu
      PAN = Kuali
      PAN = Mampus
      Undi PAN = undi DAP....hancur Malaysia.

      Padam
  2. Krj selangor terlalu beri muka pd org2 pas dan inilah akibatnya. Tiada ketegasan dan kata putus. Akhirnya ph yg rugi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pandangan saya pula kedua2 PRK benar2 membawa rahmat kpd PAS.. di mana diharap PAS tidak perlu menoleh ke belakang lagi kerana bimbang akan dibuli lagi oleh PR.

      Spt yg kita dah jelas, PAS lebih kuat bersendirian jika dibandingkan dgn DAP bersendirian mahupun dgn PKR bersendirian.. tak perlu komen pasal PAN bersendirian sbb semua org dah tahu..

      Begitu juga bilamana PH telah mewujudkan 'precedent' iaitu dgn melanggar kawasan PAS.. jadi PAS tak perlu malu2 alah lagi utk langgar kawasan PH pula pd PRU 14 nanti..

      Saya ingin mencadangkan agar PAS bertanding di kawasan PAS yg sediada dan juga kawasan PAS yg pernah dipinjamkan kpd PKR sebelum ini.. manakala bagi kerusi2 PKR yg lain dan kerusi DAP pula, PAS letaklah calon parti gabungan Blok ke 3, tapi masih guna lambang PAS. Yg ada buat masa ni ialah Parti Ikatan.. pastikan jentera di setiap cawangan dan kawasan PAS di tempat Parti Ikatan bertanding digerakkan seluruhnya utk berhadapan dgn jentera BN. Ini adalah bagus utk bagi latihan kpd Parti Ikatan atau parti gabungan yg lain kelak..

      Tidak lupa juga kpd ahli2 bersekutu dlm Dewan Himpunan Penyokong PAS.. mereka ini jg boleh bertanding di kawasan DAP dan PKR bagi berdepan dgn BN!

      Itu shj yg dapat saya fikirkan buat masa ini..

      Padam
    2. Laaa.itu je yg dpt wanrosli pikir buat masa ni.kahkahkah. Apasal otak bebal sgt.mesti belum minum susu omega kan.kahkahkah. G minum susu omega dulu kasi bijak sikit br la buat ulasan.kalau rasa masih bengap lagi minum selori susu omega dgn botol2 sekali telan insyaallah bijak.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...